Sebenarnya kan, ni cerita Ahad minggu yang lepas.. Bukan kelmarin tapi Ahad lagik satu.. Haha.. See.. Malas nau nak update kan.. Benarnya banyak gambar yang ada dalam pc Mus ni yang boleh di ceritakan.. Cerita takde gambar macam tak best pulak.. Suram dan sunyi jerk.. Hehe.. Saja nak tunjuk kitchen set ni.. Mus beli sempena besday anak jiran.. Perempuan.. Sempena umur 2 tahun.. Mus kan kat rumah Mak jaga budak lelaki.. Selalu beli jer kereta ke robot ke apa ke, derang layan jer.. Best jer.. Tapi sekali masa Tok dia datang memanggil, dia kata cucu perempuan dia.. Aisehhh.. Mus dah lama tak beli apa-apa untuk budak perempuan, 2 tahun pulak tuh.. Itu yang menapak ke Sunshine mencarik besday present ni.. Tak tahu nak beli apa benarnya, rembat je kitchen set ni.. Sebab dulu-dulu masa Mus kecik, Mus suka giler set-set begini.. Main masak-masak sorang-sorang kat beranda.. Main ngan anak patung.. Berangan tera memasak mengemas bagai.. Eheh.. Hadiah ni Aminah yang bawakan masa dia nak pi masa besday party pukul 3 tuh.. Bersama hadiah ni ada Mus buat kek coklat juga sejibik.. Tapi kan.. lepas dah balik hantar tuh, lupa nak snap gambar.. Takde buktila.. Ekekek.. Mus nak keluar petang tuh, so Mus siap-siap bakar sejibik kek hantar tengahari dalam pukui 1 lebih tuh.. Tanda sebagai pengganti diri.. Boleh eh? Mus kan dah berangan nak buat besday party adik Mus dua orang tuh.. Nanti adik lelaki Mus balik, Mus nak buatla.. Buat sekali sebab derang berdua share sama hari tapi bulan yang berlainan.. Agaknya next month adik lelaki Mus dah balik ni.. Bestkan.. Daha lama takde besday-besday party ni.. Zaman kecik dulu best.. Abah selalu buat untuk kami.. Hadiah yang dapat semedang sabun mandi jer.. Nostalgia benar.. Sekarang dah besar kan, bawa diri gamak eh memasing.. Zaman kecik dah berlalu.. Zaman tua dah menjelma.. Sila sedar diri.. Ekekek..
PERINGATAN!!!
-
Sila klik pada *"available"* di barisan *"Label MUS"* di sebelah kiri
blogshop Mus untuk mengetahui barang-barang yang sedia available untuk
dijual..
Te...
0 comments:
Post a Comment