Showing posts with label Exchange Activities. Show all posts
Showing posts with label Exchange Activities. Show all posts

Calling All "BOMians"

Thursday, January 14, 2010

Attention!!!
Calling!!! Calling!!! Calling!!!
Calling all "BOMians"..


Ok.. Di sini Mus selaku salah seorang dari ahli BOMians.. Nak buat sedikit penerangan.. Hiksss.. Gaya apa ntah.. Cikgu ke apa ka ni.. Ok.. First sekali, Mus nak buat sedikit amend pada chart Mus yang lalu.. Dimana dalam chart tuh, refer pada gambar di bawah ni.. Instead of title Block 1, Block 2 and so on.. Changed to Block Jan, Block Feb and so on.. Faham tak? Kerana Mus difahamkan ada segelintir BOMians yang keliru antara TITLE BLOCK dan TITLE FILE.. Ok.. Sekarang sila refer pada jadual yang baru itu ya.. Yang sudah ditukar kepada Block Jan, Block Feb and so on.. Penerangan adalah seperti di bawah ini ya..

Contoh:
Block Jan itu merujuk pada Title Block (Figure 1) bukan pada Title File (Figure 2)..
Merujuk pada file yang kite telah save, sila amati dan kita akan dapat beza yang Title File (Figure 2) adalah tidak sama seiring dengan Title Block (Figure 1) ..
Dimana dalam contoh di bawah, Title File (Figure 2), cinnamon-teenBlock12 adalah mewakili Title Block (Figure 1), January Block..
Bermakna Title Block (Figure 1) adalah menganjak satu ke depan dari Title File (Figure 2).. Dapat paham tak?
Title Block (Figure 1) adalah mewakili Title Block (Figure 1) pada chart sebelum ini.. Bukan Title File (Figure 2).. Title File (Figure 2) adalah tidak diguna pakai sama sekali..

Ok.. Siapa yang tidak faham? Boleh tanya pada Mus.. Tinggalkan komen atau skype Mus atau ym Mus.. Mana-mana saja pun boleh.. Pada yang mau gambar penerangan lebih jelas.. Tolong komen tinggalkan email.. Mus send filenya untuk penerangan yang lebih besar dan terang benderang ok..

P/S - Minta semua jangan salah faham niat Mus ya.. Sekadar membantu ahli BOMians yang dalam kekeliruan sahaja.. Harap maklum.. Terima kasih ya.. Good luck BOMians..

Stash Swap Suka Hati

Thursday, December 31, 2009

Yes! Yes! Hari terakhir di tahun 2009.. Kita jumpa next year tahun 2010 ok.. Hehe.. Dah macam lama sangat la nak masuk tahun baru kan? Drama betul.. Padahal esok tahun baru 2010.. Huhu.. Cepatnya masa berjalan.. Pantas giler.. Huhu..


Ok.. Today nak citer tentang peristiwa Cik Kema itu merajuks sebab nama penuh tak dapat isi lagi masa Stash Swap yang Hani organize tuh.. Tapi at last Cik Kema itu sempat masuk stok ke-dua.. Hehe.. Memacam.. So, masa Mus dapat jadi orang terakhir a.k.a orang ke-sepuluh tu la di mana Cik Kema itu telah makan hati sebab tak sempat nak join.. Ekekek.. Disebabkan kemerajukan itu, maka Mus pun layan la pujuk dengan Stash Swap Suka Hati ni bersama Cik Kema.. Sapa lagi nak pujuk kan? Mus juga.. Agaga.. Perahsan! Mus lupa pulak nak tangkap gambar, apa yang Mus beri pada Cik Kema.. Tak ingat dah.. Lama dah ni.. Baru hari ni nak posing-posing gambo bagai.. Selalu tuh macam tak berapa rajin kah? Haha.. Tak leh sebut 'malas' sebab karang jadik pemalas macam mana? Susah pula.. So, yang di atas sana adalah apa yang Mus dapat dari Cik Kema.. Sonok giler.. Ada flannel.. Cotton love.. I likeeeee.. Then ado benang seketui, button berketui-ketui, ring, riben dengan magnetic button.. Best ok.. Boleh buat beg itu magnetic button.. Suka-suka.. Pada Cik Kema yang sebuk di sana, "Selamat potong felt dan Selamat Tahun Baru 2010 na.." Terima kasih pada goodies ni semua.. Cik Mus suka ok.. Pada semua reader, "Selamat Tahun Baru 2010.. Moga tahun 2010 nanti membawa seribu kejayaan.. Aminnn.."

Malaysian sHexies - 7th Round

Wednesday, December 9, 2009

Morninggggg.. Bangun sumer kawan-kawan.. Jogging.. Ekekek..

Ok.. Baru semalam boleh transfer gambar.. Hua.. Hua.. Seb baik ada BIL yang berjasa.. Baru best sket nak citer.. Tak kalu.. Memang hambar giler.. Huh.. Ni nak citer benda basi.. "Hexy The Sexy".. Theme pink tampuk kuning.. Kepunyaan Jurra.. Dah lama siap dah dah sent pun.. Dah ada nun jauh di Sabah dah hexy ni pun.. Tukang jahit hexy jer yang tak up to date.. Ehek.. Ehek.. Jurra kata dia suka.. So do I.. Asal hexy jer mesti sukaaaaa.. Sekarang ni Mus tengah tunggu cutter blade.. Takleh potong kain untuk theme hitam sebab cutter tumpul terus.. Huh.. Tapi portion merah KD udah siap! Wahahah.. Nanti sok2 Mus tayang gambar ok..

P/S - KD.. Mus pos semua 30 sekali la na.. Tunggu ok.. Akan siap dengan pantas once blade dah ada.. Walalalala..

Malaysian sHexies - 7th Round

Monday, November 23, 2009

Morning all.. Monday blueeesssss.. Hehe.. Mus dah siap dah "Hexy The Sexy" untuk Jurra.. Dah siap pos juga.. Theme pink.. Macam Kak Shima punya jugak.. Gambo ada dalam phone.. Ermmm.. Nak transfer tak boleh.. Nanti eh Mus figure out macam mana nak transfer.. Ni yang ada simpan niat nak beli kamera.. Help!!! Help!!! Haha.. Sapa nak juai kamera murah-murah? Heh.. Duit tak cukup lagi.. Nak kena korek tabung.. Pada Jurra, sila tunggu abang posto esok na.. Sah-sah sampai esok.. Harap bergumbira dengan "Hexy The Sexy" dari Mus.. Ada 3 portion lagik.. Makna ada 30 kuntum lagi.. 10 kuntum dah on the way.. Nak potong kain untuk theme hitam.. Cutter blade pulak tumpul.. Haishhh.. Tensen owh.. Plus, Mus ada nak tunjuk "Kurung Siti Zubaidah" yang Mus jahit untuk customer sempena nak Raya Haji ni.. Ramai yang suka sebut "Kurung Pahang" baju jenis gini.. Nanti eh.. Mus pi cari sapa-sapa leh tolong transfer gambaq ni.. Pas siap tempahan Raya Haji ni, nak pulun bantal nikah untuk anak Kak Reen.. Huhu.. Pengsan!


P/S - Attention Kak Reen.. Minggu depan Mus pos melalui poslaju ok.. Kasik cepat dapat.. Jangan risau na.. Mesti on time punya.. Tengah pulun untuk orang hak nak Raya Haji pakai baju baru.. Tukang pulun gak takda baju baru.. Wakakak..

Stash Swap - Parcel From Azie to Mus

Tuesday, November 17, 2009

Morning everyone.. Hujan sesaja sekarang eh.. Kawasan tempat tinggal Mus, banjir semalam.. Siap tanah runtuh bagai.. Huhu.. Air sungai pasang, melimpah ruah ke jalan.. Gerun.. Waspada la eh kawan-kawan sekalian.. Ok.. berbalik pada topik.. Semalam Mus citer tentang parcel untuk Alynn.. Hari ni Mus nak citer tentang stash swap, parcel dari Azie untuk Mus.. Seronok ok.. Sekali-sekala terima barang, seronok tak terkata.. Melompat-lompat tak terhingga.. Ekekek.. Tipu betul.. macam-macam ada dalam parcel Azie nih.. Di sini Mus senaraikan apa yang ada di dalam sampul ekspress ajaib..


**Riben..
**Button..
**Bunga ros kecik-kecik..
**Pin kepala bujur..
**Handmade card..
**Iron-on patch sticker..
**Felt..
**Cotton..
**Beg jeans kecil..

Beg jeans tu lawa owhhh.. Ada bunga pink di depan.. Katanya Azie buat sendiri.. Hehe.. Comel-comel.. Boleh bawa pi market ok.. Suka-suka.. Pada Azie, terima kasih tak terhingga atas tanda ingatan itu.. Mus suka semuanya.. Tetambah ada cotton Japan bermotif apron itu.. I likeeeee.. Terima kasih Azie..

Stash Swap - Parcel From Mus to Alynn

Monday, November 16, 2009

Hehe.. Monday blues all.. Biru jerk muka Isnin.. Ahaksss.. Ok.. Dah ado gambar ni ha.. Berlagak sket.. Berkat bantuan BIL kelmarin.. Seb baik.. Tak kalu, buhsan jer Mus nak update.. Lesu.. Kali ni nak update tentang stash swap anjuran Hani hari tuh.. Boleh refer post yang bawah eh.. Seperti kitaran tuh, Mus kena beri pada Alynn.. So, inilah hasilnya.. Gambar tak begitu nampak apa yang Mus beri kan.. Nak view yang lebih menarik, sila ke blog Alynn.. My CrossStitch World - Stash Swap.. Nak tahu senarai barang apa yang Mus bagi juga sila baca cerita lebih lanjut di sana ok.. Segan plak nak cerita kat sini.. Segan ke malas? Ekekek.. Macam sama makna pulak eh.. Nanti sok Mus cerita apa yang Mus terima ok.. Syiok ooo sekali sekala berexcen.. Dah lama tak excen ni.. Since sekadar excen barang yang ada dalam gobok, so nan ado masalah la kan.. Nampak betul pemalasnyer eh? Huh.. Sapa tatau? Muahahaha.. Larikkksssss..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 7th Parcel

Thursday, November 12, 2009


Updated Pic On 16th November 2009..

Huhu.. Another boring entry ok.. Nak melompats gelek-gelek pun nan ado happy.. Emo plak.. Sendiri lupa letak cd software, sendiri emo.. Seronok giler ok.. Semalam sampai hexy Mus ni.. Pos ekspress dari Jurra.. Thanks eh Jurra.. Mus like it very much.. Happy giler.. Ni yang tambah semangat nak buat perabih yang lenlain punya portion.. Nak bebasssss macam Kak Shima punya pasal.. Hehe.. Semangat lebih ok.. Tapi harap-harap samala laju ngan tangan ni.. Sekarang Mus tengah berusaha keras untuk habeskan Jurra punya portion.. Theme pink.. Then terus boleh proceed untuk KD.. Theme merah dan hitam.. 30 pcs tuh.. Pengsan! Cemana la KD begitu gigih.. Kagum.. Ni dah 2 hari KD diam jer.. Mesti tengah pulun hexy.. Hua.. Hua.. Kengkawan lain pun tengah pulun hexy gamak.. Good Luck sHexies..

Malaysian sHexies - 6th Round

Tuesday, November 10, 2009

Updated Pic On 16th November 2009..


Huhu.. Tak semangat ok nak update.. Gambar ada dalam hp.. Nak transfer tak boleh.. Mana Mus letak cd software dia ntah.. Uwaaaaa.. Suram ok nak lompat-lompat happy pun.. Takpala.. Lompat happy sorang-sorang ja la.. Sebabnya.. "Hexy The Sexy" Mus yang ke-6 sudah naik lori pos ekspress pi ke tuannya yang baru ok.. Ahaha.. Kali ni Mus sempat kejar keretapi.. Happynya.. Pada Ahkak Shima yang super duper laju itu, sila tunggu posmen pi sekolah esok yer.. Nanti tangkap gambo leh Mus pinjam interprem kat blog Mus sekali.. Ekekek.. Sekarang Mus tengah jahit hexy untuk Jurra.. Theme pink juga.. Nak cepatkan siap.. Supaya Mus bebasssss.. Ahaha.. Then boleh la sambung untuk KD punyer.. KD, Mus dah siap potong kain merah untuk KD ok.. Wah.. Giler semangat.. Jom.. Jom.. Kita cepat-cepat kasik siap hexy.. Bleh sambung buat blanket slow-slow ala snailsssss.. Ahah.. Giler Mus excited.. Sebab boleh kejar keretapi.. Muahahaha..

Stash Swap

Thursday, November 5, 2009

Wah.. Wah.. Mus was the lucky no. 10.. Ahahah.. Ingat kan dah penuh list.. Sesaja try tanya jugak, mana tau leh join 2nd group.. Rupanya masih berbaki satu tempat ok.. So, Mus la yang mengisi tempat itu.. Walla.. Syiok.. Dah lama tak excen-excen dan swap-swap ni.. Seronok juga mengimbas kenangan lalu.. Tengok syarat tuh, mostly semua barang dah ready.. So, nanti gather semua barang dan pos minggu depan by 9th November 2009.. Sesiapa yang teringin nak join, jangan lepaskan peluang untuk isi nama di 2nd group ok.. Santai saja swap ini.. Tiada yang terikat apa-apa.. Inila masa kita nak tukar-tukar taste.. Hehe.. Sesiapa berminat tinggalkan comment di blog Hani.. Klik dekat url bawah ok.. Selamat ber-swap kengkawan.. Serta selamat berkenalan pada yang belum..



Stash yang perlu disediakan:
* 10 biji butang
* 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
* 3 pieces ribbon (1 meter each)
* 2 pieces felt (A4 size)
* Special (surprise) stash dari diri sendiri

Kitarannya adalah seperti di bawah.. So, partner yang patut Mus hantar adalah Alynn <--[klik sini].. Si penggemar cross stitch.. Mus juga gemar cross stitch.. Hehe.. Manakala, akan menerima dari Azie <--[klik sini].. Bestnya.. Tak sabar nak tunggu minggu depan.. Selamat ber-swap kengkawan.. Good luck!!!

Fida --> Shiela --> Hani --> Jaja --> Faiza --> Azie --> Mus --> Alynn --> Kak Pah --> Anas --> Fida

Malaysian sHexies - 5th Round

Updated Pic On 16th November 2009..


Muahaha.. Gelek bontuits.. Menari reggae.. Aserehe.. Ha.. Rehe.. Mus dah siap ok "Hexy The Sexy" untuk Si Via.. Walla.. Akhirnya.. Bertungkus lumus ok kejar keretapi KD bersama segerombolan gerabak yang lain.. Theme biru untuk Via.. Kali ni juga ada anak tiri la.. Haha.. Terkonteng-konteng biru buah stroberi merah takda geng.. Apa-pun.. Alhamdulillah.. Lega giler rasa.. Sekarang nak cantum untuk Kak Shima punya.. Best sikit nak cantum Kak Shima punya sebab theme pink.. I like.. Nampak kaler lain sikit.. Seronok.. Enjin Mus dah mula nak panas dah ni.. Kena teruskan.. Tak kalu kala dia suam-suam kuku, jenuh nak perangat balik.. Jom kengkawan sekalian.. Siapkan "Hexy The Sexy" kita.. Pas tuh leh join kutu Fida pulak.. Bestnya.. Walalalala..

P/S - Pic tak da ni.. Gambaq dah tangkap.. CD hp Mus pi mana tatau.. Lupa mana letak kotak dia.. Dapat pc baru kat sini, nak kena install lain.. Nanti Mus update gambar hexy biru ok.. Tungguuu..

Malaysian sHexies - 4th Round

Wednesday, October 28, 2009

Fuhhhhh.. Hembus jauh-jauh angin lega.. Sangat lega ok.. Giler-giler punya lega bila siap dah "Hexy The Sexy" Mus untuk round yang ke-4 ni.. Siap dalam sehari dua dah.. Cuma tak pos lagik.. Takdak sapa nak tolong pi beli sampul ekspress kat Mus.. Haishhh.. Nak kena pi Tesco la beli banyak-banyak.. Pos opis kat sana lepas waktu kerja dok buka lagi rasa.. Tapi ntah ada ke tak.. Nak kena check.. Hope Ahkak Naiz sabar menanti di seberang laut sana ya.. Hehe.. Jangan risau.. Dah siap ni ha.. Cuma tak TERpos jer lagi.. Jangan marah pada Mus yer.. 10 keping hexy merah tampuk kuning.. 9 keping peten yang sama tetiba sekeping ada peten lain.. Ahah.. Itu makna anak tiri.. Wakakak.. Sekarang tengah pulun untuk Via.. Orang lain semua dah siap pos dah.. Aisehhhhh.. Sah-sah tertinggal ketapi.. Tapi takpa.. Pulunnnnn.. Muahaha..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 6th Parcel

Tuesday, October 27, 2009

Yes.. Yes.. 6th parcel.. From the 7th sHexies.. Diri sendiri adalah 10th sHexies kah? Haha.. Two more parcels left.. From another two sHexies yang berada di seberang Laut China Selatan.. Ya.. Ya.. Mus yang setia menanti.. Ahaksss.. 10 hexy datang dari KD lagi.. Portion Kak Khis yang KD dah take over.. Nampaknya nanti jenuhla nak berhexy untuk KD.. 30 hexy ok.. Wah.. Syioknya KD nanti.. Berbaloi dengan usaha KD kan? Enjin KD bukan tahap turbo, ntah berapa lapis turbo dah tuh.. Laju ok KD.. Mus adalah jeles.. Hiahaha.. Boleh nak jeles.. Mus pun kena laju ni.. Tertinggal dah.. Sekarang ni yang Ahkak Naiz dah siap, tinggal nak pos.. Tengah jahit untuk Via pulak.. On time.. On time.. Kang terlepas ketapi lagi Mus.. Ahah.. Larikkkkk.. Kejar ketapi.. Huhu..


P/S - Sorry for the long silence guys.. Mus baru balik dari Kursus.. Ada yang rindu Mus kah? Nan ado? Uwaaaaa..

Malaysian sHexies - 3rd Round

Tuesday, October 6, 2009

As Salam & Selamat Sejahtera..


Malaysian sHexies.. 3rd Round.. Tema merah tampuk pink.. Giliran Cik Kema itu.. Maaf na Cik Kema.. Cik Mus lambat poskan.. Atas alasan menjahit untuk raya.. Hiksss.. Diterima kah? Muahaha.. Esok sampai rasanya.. Dah due lama dah ni.. Dah pun undi untuk round ke-4 dah.. 4th round adalah giliran Ahkak Naiz.. Yes.. Dah half way.. Wish me on track back.. Fuhhh.. Pun tetap kaler merah.. Mau merah berdarah mata ni.. Ahah.. Mintak-mintak next round kaler lain plak.. Selamat menunggu ketibaan "Hexy The Sexy" na Cik Kema.. Tak sabaq nak tengok blanket glamer Cik Kema itu.. Semoga berjaya.. Nanti tolong buat blanket ke Cik Mus sekali na.. Huahaha..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 5th Parcel

Monday, September 14, 2009

Salam Hari Isnin kengkawan..

Isnin.. Sinonim dengan blurry moody.. Ahaksss.. Tetiap pagi Isnin mesti ada email motivasi dari HR, beri kata-kata semangat untuk melalui hari Isnin yang boring.. Ngengada eh pekerja sekarang.. Kena motivasi puji bagai.. Ahaksss..

Ok.. Kat sini nak interprem "Hexy The Sexy" yang glamour itewww.. Kali ini adalah daripada Cik Kema.. Suka owhhh.. Kain love love semua.. Polka dots merah.. I likeeeee.. Plus dapat cenderamata dari Cik Kema iaitu kain cotton.. Nampak kan kain cotton kecik tepi tuh.. Kaler coklat dan pink.. Suka.. Suka.. Yang lelebih suka pasai motif love.. Muahaha.. Menari gelek bontuits sket.. Hehe.. Terima kasih ya Cik Kema.. Jasamu dikenang.. Cik Mus adalah suka..
Bukan itu saja.. Mus juga adalah salah seorang pemenang giveaway Cik Kema sempena birthday si Baby Rayyan.. Ada 16 keping felt lain-lain warna lebih kurang saiz A4.. Juga lapik cawan hasil tangan Cik Kema.. Kain love jugak.. Lawa-lawa.. Suka.. Suka.. Terima kasih daun keladi na Cik Kema.. Sayang kat Cik Kema.. Meh nak peluk sket.. *Hugsss*

Malaysian sHexies - 2nd Round - 4th Parcel

Tuesday, September 8, 2009

Salam sHexies sekalian..


Yes.. Yes.. Parcel ke-4 telah selamat sampai minggu lepas.. Baloq nak transfer gambaq ja.. Ahaksss.. Seperti yang dijangka.. Diterima dari Ahkak Naiz.. Gambaq atas tuh sekali gabung dari Faridah punya.. Sonok.. Sonok.. Syiok tengok banyak hexy the sexy.. Ekekek.. Pas ni dari sapa pulak? Cik Kema? Jurra? Walla.. Syiok.. Syiok.. Kena pulun buat ke Cik Kema plak.. Fuhhh.. Lap peluh japs.. Cik Kema, pas raya boleh? Kuang!!! Kuang!!! Kuang!!!

Malaysian sHexies - 2nd Round - 3rd Parcel

Friday, September 4, 2009

Walalalala.. Jom nari-nari geleks bontuit pagi ni.. Hati senang.. Aha.. Kenapakah? Ya la.. Ya la.. Semuanya kerana hexy the sexy itu la.. Semalam sampai parcel yang ke-3 dari Faridah.. Ni gambar atas tu pinjam Faridah punya.. Hehe.. Mus tak sempat tangkap gambo.. Duk merapu-meraban mende lain.. Pas ni sapa punya pulak nak sampai? Hiahahaha.. Adakah Ahkak Naiz? Muahaha..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 2nd Parcel

Thursday, September 3, 2009

Yes.. Yes.. Dah terima hexy the sexy yang ke-2 dari Kak Shima.. Muahaha.. Syiok.. Syiok.. Kain dia semua merah terang-terang.. I likeeeee.. Sampai hari apa tak ingat dah ni.. Lupa nak update.. Sehbuk menjahit.. Ekekek.. Pelupa ka pemalas? Muahaha.. Mus menanti parcel yang ke-3 pulak.. Agak-agak dari sapa eh? Faridah? Ahkak Naiz? Sapa? Sapa? Walalala..


P/S - Mus punya round dah due.. So, 3rd round adalah giliran Cik Kema.. Details di Blog Kak Khis.. Congrats Cik Kema.. Cik Kema minta merah juga bertampuk pink.. Walla.. Syiok.. Syiok..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 1st Parcel

Wednesday, August 26, 2009

Walla.. Jangan jeles everybody.. Menari geleks bontuit skit.. Ahaksss.. Walalala.. Mus adalah sHexies bertuah yang ke-dua ok.. Muahaha.. Syiok.. Syiokkkkk.. Theme Mus adalah merah bertampuk putih.. Maka, hasilnya adalah seperti gambar yang tertera.. First hexy the sexy yang tiba semalam, hari Selasa.. Ketibaan hexy merah comel-comel semua dari KD.. 20 hexy merah the sexy.. Haha.. Suka.. Suka.. Ada macam-macam kain merah di situh.. Paling syiok, ada kain orang kerdil krismas.. Comelsssss.. Tak puas belek.. Plus dapat pincushion merah sebagai tanda mata.. Serta before, Mus ada order embroidery dengan KD.. So, sekali datang satu package.. Ahaksss.. Efisen.. Dah pegang, letak, pegang lagi.. Haha.. Buat hexy ni addicted.. Sebab maybe sifat dia yang kecil dan cepat siap agaknya.. Tak jemu juga.. Enjoy.. So far, Mus punya progress dah siap yang merah tepi.. Tinggal nak jahit yang putih tengah then sambungkan aje.. Walau this round turn Mus, tetap kena buat untuk diri sendiri.. Tak kalu, alamatla.. Sampai bila pun tak buat.. So, kena ikut peraturan.. mana tau, leh buat blanket besaq.. Blanket sekarang kecil bebenar, tak berapa nak muat untuk 2 orang.. Haha.. Azam baru konon.. Tatau terlaksana ke tak ni.. Takpa.. Walau seperti siput babi, biar ada progress kan? Wahhh.. Semangat Ramadhan.. So, apa citer sHexies sekalian? Good luck ok untuk semua sHexies.. Go sHexies Go..

Malaysian sHexies - Ist Round Completed

Monday, August 17, 2009

Malaysian sHexies
1st Round Completed!
Theme Colour: Blue
Delivered: 17th August 2009
Receipent: Faridah

Malaysian sHexies

Monday, August 10, 2009

Yes.. Mus adalah salah seorang dari peserta Malaysian sHexies.. Seramai 10 orang.. Dapat jemputan dari KD.. Dah lama tak excen apa-apa.. Rindunya.. So, sengaja nak buat barang ringan-ringan sampingan.. Cabutan pertama adalah nama Fida.. Theme Fida adalah kaler biru.. Hehe.. Mus ni tak banyak kain kaler biru.. Tuh pasal kena cotton hunting.. Tak berapa syior ngan biru.. Ahaksss.. So, today nak update progress Mus.. Agar Fida tak tertanya-tanya serta Puan Penganjur juga.. Setakat hari ini, seperti dalam gambar.. Dah siap potong template dan kain.. Sekarang adalah masa menjahit menjadi Hexy yang sexy dan seterusnya adalah proses penyambungan.. Ujung minggu ni due date kan? 15 Ogos 2009.. Take note.. Hehe.. Doakan Mus berjaya siapkan dalam masa yang di tetapkan.. Selamat maju jaya semua kawan-kawan.. Go sHexies Go.. Yeehaa!!!