Facelift Drawer

Monday, October 29, 2007










Ce tengok drawer tuh sebelum dan selepas.. Hehe.. Ni la projek orang sakit kepala.. Tak boleh nak stitch hari Sabtu lepas sebab sakit kepala so godek menda alah lain le.. Drawer mesin jahit tuh banyak selumbar, takleh nak letak barang langsung.. Sebab Mus tukaq meja mesin baru seketui, yang lama tuh dah patah.. Rugi pulak tak pakai drawer tuh so lapik dengan kain then now dah lawa, baru boleh simpan barang.. Tak kalu mau asek tercucuk tangan ngan selumbar..

Instant Puff

Tuesday, October 23, 2007










Hehe.. Sekarang nak interprem Instant Puff pulak.. Teringin nak buat lama dah ni, semalam berkesempatan pi beli bahan2, malam balik buat.. Sepeket 5 keping dapatla 10 ketui puff ni.. 4 ketui bakaq semalam, 4 ketui bakaq pagi tadi, 2 lagi adek suh simpan kat dia nak bakaq tengahari makan masa pi sekolah.. Tak cukup katanya.. Semalam dia rebut ngan abah.. Hehe.. Abah pun suka puff ni.. Selalu Abah bolayan je apa2 masakan macam ni tapi semalam gamaknya dia bau2 macam karipap wangi2 gitu, menyelerakan.. Haha.. Nak kena pi carik yg 25 keping la, pepakat ngadu tak cukup.. Tak rugila sesapa try buat, memang menjadik.. Tetambah makan panas2, lagik sedap.. Mus buat inti sardin.. Nyum.. Nyum.. Sedap.. Rapuh2 puff ni.. Kesimpulannya, pantas & sedap.. Haha..

Laksa Sarawak

Laksa Sarawak.. Dulu cukup risau nak buat Laksa Sarawak sebab banyak sangat komen kata tak sedapla, rasa rempah la, macam2 la.. Tapi sekali try.. Walalala.. Sedap betui.. Teruja.. Tak rugi la kalu try buat, senang je reneh kuah bagai.. Pes laksa ni dah lama simpan dalam gobok, tak expired lagi.. Haha.. Duk perabih stok lama gobok la ni.. Bukan nak katala, rasa lemak2 sedap, makan pulak dengan sambal udang kering memang terangkat.. Nyum.. Nyum.. Habes licin dek penangan sedapnya Laksa Sarawak.. Adik2 suruh buat lagi, tak puas makan katanya.. Haha.. Nampaknya nak kena carik supplier dari Sarawak la ni, tolong poskan pesnya.. Haha.. Kepada sesapa yang berkenaan, yang ada pes Laksa Sarawak dalam gobok, meh ler try buat.. Ahaksss..

Biskut Raya

Wednesday, October 10, 2007

"Selamat Hari Raya..
Diucapkan pada semua.. La.. La.. La.."

Haha.. Nyanyi lagu raya pulak.. Syioknya.. Sekarang tak bercross stitch buat sementara.. Sebuk gedebuk gedebak kat dapuq buat biskut raya.. Hasilnya.. Tadaa.. Meh kawan2 kita cuci mata nengok biskut raya pulak.. Ada Biskut Dahlia, Biskut Sarang Semut, Biskut Aiskrim, Maruku, Biskut Buah Kana, Biskut Tart Gulung, Biskut Almond London dan Snowy Heart Cookies.. Wah.. Dah.. Dah.. Takyah buat biskut dah.. Mabuk tengok biskut raya je hari2.. Kita tunggu raya ja.. Haha..




























Birthday Present From Kak Ros

Friday, October 5, 2007

Thanks a lot Kak Ros for the present.. Kak Ros buatkan Mus fob dan gunting dapat sekali.. Paling penting, dapat surat cinta.. Hehe.. Bertambahla koleksi gunting Mus.. Cantik fob tuh dan Kak Ros assemble jadik fob dalam version yang lain.. Nice.. Nice.. Mus suka.. Terima kasih banyak2 eh Kak Ros atas ingatan tuh.. Suka sangat2 fob tuh.. Thanks again Kak Ros..

SAL 2007 - As At 2nd October 2007

Tuesday, October 2, 2007

Ni je yang mampu dibuat setakat ni.. Banyak lagi nak siap ni.. Tatau bila boleh siap agaknya eh.. Plus sekarang nak raya bagai, sebuk gedebuk gedebak kat dapur buat biskut raya.. Haha.. This year kalut la sebab assistant dah pergi belajar, terpaksa godek semua sendiri.. Rindu pulak kat assistant tuh.. Haha.. Assistant balik raya sehari sebelum raya, mana sempat nak minta bantuan lagi.. Baru tahu betapa pentingnya assistant tuh eh.. Haha.. Sempena bulan baik ni, Mus nak ucap Selamat Hari Raya kepada semua my stitching sis.. Andai ada silap dan salah, terlanjur kata terkasar bahasa Mus minta maaf zahir & batin.. Jangan disimpan di dalam hati.. "SELAMAT HARI RAYA"