Lagik! Savoury Quickbread Lagik!

Wednesday, December 24, 2008

Gelak kuat-kuat semua.. Sempena krismas.. Ho.. Ho.. Ho.. Merry Krismas.. Krismas ni jamu apa pada tetamu? Mai nak suggest.. Buat Savoury Quickbread ni.. Sedap! Actually ni minggu lepas Mus buat.. Entah malam bila.. Ni seperti biasa la, Mak Mus la punya arahan.. Mak kan lapaq je memanjang tau.. Haha.. Mus kan penerima arahan yang sangat baik.. So, buatla.. Mak dah siap masak daging.. Selebihnya kerja Mus menanti.. Masa buat ni, Ika ada.. Laju je habesnya.. Sakan depa makan.. Mus bakar roti ni guna loyang baru.. Hiksss.. Beli masa balik Gurun hari tuh.. Seronok borong loyang.. Murah juga kalu kena gaya.. Rembat beberapa.. So, excited nak guna.. Hiksss.. Masak dalam loyang baru, sedap pulak rasa.. Lagik sedap! Haha.. Alasan!

Harta Karun Cik Tun

Tuesday, December 23, 2008

Hantaran ni dah siap minggu lepas lagik.. Biasala.. Alasan.. Sebuk.. Heh.. Malas la tuh.. Harta karun Cik Tun sempena nama tuan rumah.. Tema purple.. Tapi kamera fon Mus adalah murah, maka keluar kaler biru.. Ni semua bidan terjun punya kerja.. Mus tak boleh fikir dah nak buat design apa lagik.. Masa nak buat terhad.. Terkejut-tergempaq Mak Mus suruh buat bagi satu.. So, artificial flower sajala jadiknya.. Beli riben dan bunga then assemble semua.. Kotak tu adalah tempat simpan benang jahit Mus.. Haishhh.. Terpaksa korbankan.. Takpa, sok Mus beli kotak baru.. Alasan! Eheh.. Coklat duit emas ni makin lama rasa makin tak sedap pulak.. Kenapa tatau.. Dah tak best macam dulu.. Kenduri kawen anak perempuan Cik Tun berlangsungnya Ahad lepas.. Mus sebuk benar dari Jumaat bawa ke Ahad.. Sabtu ada satu kenduri then Ahad ada 2 kenduri.. berturut-turut hari di sebelah rumah Mus.. Mana nak membesiang rumah sebelah ni, then lari ke rumah sebelah nuh.. Then pepagi membesiang untuk memasak di rumah kenduri then petang berlari membesiang di rumah satu lagik.. Ahad kenduri rumah membesiang semalam then malam ada kenduri di dewan pulak.. Kawan sekerja kawen.. Haishhh.. Sangat sibuk.. Kalu semua kenduri takat pi duk makan saja memangla tak sibuk.. Tapi jadi orang dapur.. Bau asap dapur tuh, kenyang perut terus.. Apa-apa pun dah lepas.. Tunggu minggu nak mai ni pulak.. Juga ada kenduri.. Tapi ni jauh sikit.. Pi makan je kot.. Hehe.. Esok dah mula cuti.. Lagi sebuk nak buat semua benda.. Ermmm.. Doakan Mus hepi sekejap ok kawan-kawan semua.. Aminnn..

Away..

Monday, December 22, 2008

Will be shutdown..
From 24hb Dec 2008 till 4hb Jan 2009..
Not in a happy time tough..
Wish me luck and happiness..
Aminnn..

Mama-aimansarah Handmade - Give Away

Sunday, December 21, 2008

This is sticky post!!! Scroll down for a new entry!!!

Yes!!! Pepagi buta Selasa ni nak ajak korang semua kawan-kawan sekalian menang hadiah free.. Kali ni give away dari Mama-aimansarah.. Sila semua pakat terjah ke blog ini --> Mama-aimansarah Handmade.. Bila lagi nak merasa handmade item.. FREE lagi.. Benda sonang jo..

Ni Mus copy post dari blog Mama-aimansarah Handmade..

Salam....

Sempena pembukaan blog "Mama-aimansarah Handmade" ni.... Mass pun nak buat macam orang selalu buat tu :P ...... "Give Away".

Kandungan "Give Away" tu;

1) HP Case (5 1/2 inch x 3 inch)
2) HP Case (5 inch x 3 inch)
3) HP Charm (Ms. Rabbit)

Semuanya adalah HP accessories.Rules dia senang aje... actually macam orang selalu buat jugak;
1) Tinggalkan comment kat dlm n3 ni bersertakan link blog anda dengan memberikan Mass keizinan untuk menyimpan link anda di dalam blog ini.(if u will link me back... wow... I'm very much appreciated!)
2) Ceritakan tentang N3 Give Away ini di dalam blog anda.

Itu je rules nya. Very da simple. Kalau sesiapa yang sudi dengan hasil kerja tangan Mass.... sila lah join.

OK.. Mass akan umumkan lucky winner by 22nd Dec (Monday).

Perlu diingatkan ini adalah iklan charity.. Mus tak mengambil apa jua bahagian..

Sandwich Lepa Mentega Coklat Rice

Friday, December 19, 2008

Sedap dak title? Nama mengancam kan kawan-kawan? Ni resepi baru ni.. Ni semua idea Achik la ni.. Habes merebak satu rumah.. Yang paling tak tahan, habes coklat rice Mus setupperware besar depa duk kerjakan hari-hari.. Haishhh.. Mai nak ajaq lagu mana nak buat.. Sandwich lepa mentega coklat rice.. Haha..

Bahan-bahan:
1. Sekeping roti sandwich
2. Lepa mentega
3. Sedikit coklat rice

Cara-caranya:
1. Ambil sekeping roti sandwich, lepakan mentega rata-rata sesuka hati.. Setebal mana sesuka hati..
2. Taburkan coklat rice serata permukaan roti sesedap rasa dan mata.. Hiksss..
3. Sedia untuk di makan begitu saja.. Nyum.. Nyum..

See.. Sedapkan? Mai tengok gambar kat bawah ni.. Kiri adalah Ika dan kanan adalah Eyon.. Mereka sedang bekerjasama membuat sandwich lepa mentega coklat rice.. Ika sapu mentega then Eyon tabur coklat rice.. Bekerjasama ok.. Tuh wajib.. Enak di makan di malam hari..
Sekarang kan musim cuti sekolah, rumah Mus memang meriah giler.. Selalu bila tak cuti sekolah, hanya kami berempat saja.. Mak pandang muka Abah.. Aminah dalam bilik.. Mus kat belakang dengan mesin jahit.. Bila cuti sekolah.. Rasa nak roboh rumah.. Achik cuti semester.. Ditambah Ika memang akan datang bercuti berminggu-minggu di rumah.. Rindu pada Mak Udang-nya.. Eyon tak cukup datang siang, akan datang bermalam pulak kat rumah Mak Itam-nya.. Ya la.. Ika ada, Eyon wajib ada.. Depa membesar sekali dulu.. Sangat ngam dua orang ni.. Makan sama-sama.. Main sama-sama.. Tido sama-sama.. Mandi asing-asing.. Hehe.. Cuti sekolah dah tinggal beberapa minggu saja lagi.. Akan sunyila rumah Mus menjelang tahun baru.. Ermmm.. Dah takda sapa nak jerit-jerit lari-lari lagi.. Sunyinya..

Claypot & Sizzling

Thursday, December 18, 2008

Selamat hari Khamis all.. Sehari lagi kerja, then cotiiiii.. Muahaha.. Hari ni Mus ingat makan-makan.. Asyik pergi bloghop sana-sini jumpa orang makan claypot dan sizzling punya makanan.. Mus teringin betul yang dalam claypot punya.. Yang sizzling ni tak berapa nak berahi sangat dah sebab ada cerita di sebalik-nya.. Hiksss.. Dah lama Mus tak makan sizzling mee.. Rasanya dalam 4 tahun.. Lama kan? Hari Ahad hari tuh pas runner cari barang-brang semua, singgah Tesco.. Pi beli barang sekali keluar makan kat food court Tesco.. Sedap ooo.. Mus teruja ngan claypot Mr. Fedex.. Apa ke nama dia.. Mee tomyam claypot? Ah.. Tak ingat.. Sedap! Aroma dia.. Wah.. Rasa leleh air liur bila tengok gambar dia.. Mus pesan sizzling mee.. Nama penuh tak ingat dah apa.. Haishhh.. Mus asyik hirup kuah tom yam Mr. Fedex.. Last2 kita switch dulang.. Haha.. Sodap aishhh.. Nak makan tomyam claypot ni lagi.. Bila tatau dapat pi.. Hujung minggu semua full dengan kenduri.. Sekarang time makan nasi hujan panas.. Sedapnya nasi kenduri.. Heaven!

Kurung Mak Mus

Wednesday, December 17, 2008

Kali ni jahitan baju kurung untuk Mak Mus.. Asyikla sangat menjahit untuk orang kan, sampai terlupa nak jahit untuk Mak sendiri.. Heh.. Seb baik ada orang hint-hint kata dia nak baju baru.. Tak kalu, alamat.. Tak siap lagi la nampaknya.. Siap baju ni minggu lepas hari Khamis.. Pulun jahit bagi siap jugak-jugak sebab Mak Mus nak melaram pakai baju kurung baru ke kenduri rumah sedara Mus kat kampung nanti.. Tengok.. Mentang-mentang ada tailor kat rumah kan.. Dan-dan tuh nak baju baru pi kenduri.. Ekekek.. Takpa.. Melaram sekali sekala.. Kain ni beli masa balik kampung raya puasa hari tuh.. Murah-murah kain ela kat Jitra.. Naik rambang mata tengok.. Haishhh.. Kalu balik lagi, nak simpan duit beli lagi.. Hiksss.. Kain nak buat baju kurung Mak ada dua pasang lagi rasanya.. Bila nak siap tatau.. Sekarang tengah duk siapkan baju Tok Mus jap.. Shutdown minggu depan dah berkira-kira nak jahit langsir rumah Mr. Fedex.. Buat awal-awal senang.. Kang letih Mus nak berlari sorang-sorang.. Kawan-kawan, taknak tempah baju pi kenduri ke? Mai la.. Boleh jugak survive sempena shutdown nanti.. Eheh..

The Tribute To Achik

Monday, December 15, 2008

Yes.. It's my brother.. The only brother I have.. Mus tak pernah kenalkan adik beradik Mus kan.. Ini adalah adik lelaki Mus.. Satu-satunya lelaki.. Dia anak ke-tiga dalam family.. Serba boleh.. Dari kerja lelaki hingga ke kerja perempuan.. Basuh baju, memasak yang sangat sedap, mengemas, tolong Mus buat benda kraf bagai, macam-macam lagi, namakan saja.. Semua dia.. Very helpful and talented.. Tapi sila paham, upahnya harus diberi ok.. Hiksss.. Buat isi minyak motor kesayangan..

Hari ni Mus nak cerita sikit kejayaan Achik.. Yes.. I do proud of him.. Tak sia-sia usaha Mus selama ni.. Dia dapat tempat ke-dua dalam pertandingan rekabentuk enjin kenderaan.. TOYOTA Technical Education Program.. Achik ni memang dia ikut Mus.. Minat sama.. Dalam bidang lukisan kejuruteraan.. Pertandingan ni adalah disertai Institut Kemahiran Mara seluruh Malaysia.. Masa mula Mus sampai nak amek Achik balik dari Lumut, Achik awal-awal bagi Mus tengok lukisan ni dulu.. Achik sangat excited.. Kata-kata pujian wajib ok Mus bagi.. Achik dah berusaha, biar Achik bersemangat lagi untuk berjaya.. Pertama kali tengok hasilnya, Mus tak percaya.. Sungguh.. Ini adalah taraf profesional.. Kilang semua menggunakan teknik yang sama.. And yes.. Mus kena admit.. He is pro than me.. Haha.. Software yang Achik guna lebih maju dari software kilang Mus gunakan.. What to do, we are just worker.. Hiksss.. The drawing, pengiktirafan dari Jepun.. See the drawing at the corner.. Siap tulis.. Printed in Japan.. And he is proud of the word "Japan".. Mus sedang merangka hidup Achik yang seterusnya.. Dalam fikiran, nak biarkan dia jadik cikgu yang berjaya.. Cikgu lukisan kejuruteraan.. Cerah masa depan.. Itu yang Mus fikir sekarang.. Will be eyeing for UPSI after this.. Doakan kejayaan Mus dan family ok.. Aminnn..

Felt

Friday, December 12, 2008

Attention!!!

Harga felt naik RM0.10!!!

P/S - Duh.. Ingat minyak turun, harga barang turun.. Lagi naik ada.. Apa cerita? Duh..

Kurung Pahang Ngah

Thursday, December 11, 2008

Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Countdown untuk berhujung minggu.. Ekekek.. Sah nak kena tibai belakang.. Draft entry ni pun berjam-jam.. Apa ke benda yang dimenungkan pun tak tau.. Haishhh.. Dah.. Dah.. Takmo malas-malas.. Entry kali ni nak tayang Kurung Pahang Ngah Mus.. Mus ler suggest Ngah buat baju ni since Ngah tak tau nak buat baju apa.. Selalu Ngah main rembat kat kedai ready made jer.. Ni kira baru nak try upah jahit.. Ada sorang customer dia menjual kain pasang agaknya.. Ngah rembat le, bukan Ngah nak beli rasanya ni.. Ngah ni dia lembut hati.. Ekekek.. Plus beli barang lak, soping-soping Ngah sukala.. Haishhh.. Apa nak jadik Ngah ni.. Terus Ngah bagi Mus.. Katanya jahit le apa-apa.. Baju kurung ke, baju apa ke.. Haha.. Lawak.. Mus suka Kurung Pahang, tuh Mus suggest.. Tetambah Ngah ada Kurung Pahang dalm koleksi.. Mus ikutla sejibik.. Tapi sayang.. Kain ni ngam-ngam 2 meter untuk baju.. Sebab kain ni pesen kain ngan baju asing-asing kain.. So, kat pesak tuh tak boleh nak kembangkan sangat.. Limited.. Tapi still kembang di bawah la.. Kain contoh Ngah kipas belakang tapi sempit katanya tak selesa, so Mus suggest kain pakai la.. Sebab Ngah takmo kain belah, so Mus buat kain pakai la.. Selesa katanya.. Taknak sempit-sempit.. Baju ni, first time Mus jahit span bahu sendiri.. Hiksss.. Suka.. Selalu Mus akan bawa kain perca then pergi kedai Auntie Kongsi dan minta dia jahitkan.. Sebab beli span dengan dia.. Kali ni, Mus beli span satu papan tuh, then balik jahit sendiri.. Berjaya.. Dah lama Mus duk tengok cara Auntie tuh buat.. Kemas dan lengkuk elok.. Menjadi.. Sukaaa.. Mus dah amek pola pesak baju contoh Ngah yang lawa tuh.. Mus nak buat kat baju Mus.. Hehe.. Nak jahit baju sendiri.. Asyik jahit baju orang saja.. Ni pun entah bila ni.. Ekekek.. Berangan je lebih..

Baju Raihan Version Raya Haji

Wednesday, December 10, 2008

Hiksss.. Saja ja kasik title glamer sket.. Takda menda pun.. Saja gatai pepagi Rabu.. Bukan apa.. Aura malas a.k.a baloq liat menjelma sudah.. Ni la padah kalu raya-raya time.. Tanduk setan semua timbui.. Ok.. Ok.. Takmo malas-malas.. Mus budak rajin.. Wahhh.. Haha.. Semangat! Ok.. Pagi Rabu ni nak cerita tentang baju raihan yang Mus jahitkan untuk kawan opis ni.. Mus kan dah pernah dah buat 2 helai dulu.. Sedap kata, so dia tempah sehelai lagi untuk Raya Haji.. Sakan ooo.. Sapa kata lelaki tak melaram.. Tuh.. Sakan ok.. Nak match ngan kain pelekat bagai.. Mus layan ja.. Janji dapat masuk tabung.. I'm on.. Sapa-sapa lagi nak tempah baju? Mari.. Mari.. Oppsss.. Sempat iklan.. Ok.. Sedar diri, kembali ke pangkal jalan.. Baju ni dah siap minggu lepas lagik tapi sibuk benar update makan-makan.. Sebab makan-makan berleluasa minggu lepas.. Hiksss.. Cuba tengok butang baju ni.. Lawa dak? Inila padahnya kalu tailor adalah button maniac.. Haha.. Kawan Mus kata cantik butang dia.. Mana dapat tanya dia.. Ha.. Mau tau aaa.. Kan ke ni Mus.. Ekekek.. Seb baik tak buh butang bunga matahari ke rama-rama ke.. Penganiayaan berlaku pulak satgi.. Baju ni adalah sebijik seperti baju hari tuh.. Yang berbeza cuma warna kain dan jenisnya sahaja.. Kali ni punya baju lebih sesuai kainnya.. Baru merewang depa kata.. Suka nak kembang bawah tuh.. Mus tak kisah.. Layan saja apa customer mau.. Pas ni leh try pesen baju raihan jenis lain pulak.. Bila jahit menjadi, hepi dalam hati.. Rama-rama terbang dalam perut.. Hiksss.. Kupu-kupu dah besar.. So, kena panggil rama-rama.. Ekekek..

aMUSing crafter

Monday, December 8, 2008

This is sticky post!!! Scroll down for a new entry!!!

Updated!!!
Sila cuci mata..

Savoury Quickbread Versi Sos Cili

Saturday, December 6, 2008

Another version of savoury quickbread.. Hari tuh kan Mus ada buat dah, savoury quickbread versi sos tomato.. Hari Rabu lepas Mus buat versi sos cili.. Pada tekak Mus, sos cili punya sedap lagi.. Maybe Mus tak suka masam-masam tomato kot.. Ni semua idea Mak Mus la.. Tengah Mus duk potong kain nak jahit baju kurung Mak, tetiba dengar suara kata, "Angah, Mak lapar la.." Haishhh.. Sila paham bahasa isyarat ok.. Haha.. Then Mak pi bukak peti ais.. Tengok ada bahan-bahan untuk buat savoury quiskbread ni.. Resepi dia kan semua main pakai setengah je.. Beli di kedai, takkan beli setengah.. Hiksss.. So, Mus memang potong sesiap simpan lagi half tuh.. Terus Mak kata, "Angah.. Kita buat roti na.. Mak tolong goreng daging dia.." Ha.. Nak jawab apa? Sila.. Sila.. Bagi jawapan.. Buat macam Mus, jawab dengan senyuman.. Sejuk perut.. Dah siap Mak goreng daging, Mak terus pi perangat oven.. Wah.. Tuh memang gaya lapar dan teringin benar.. Mus pun bagun la pi sukat tepung, ayak, gaul bagai.. Then zup zap apa patut terus masuk oven.. Fuh.. Kali ni Mak tolong basuh besen-besen semua.. Haha.. Bagus juga eh macam ni.. Syiok gak.. Bukan Mus suruh tau, Mak automatik offer diri.. Macam tak percaya laks.. Hiksss.. Bakar 30 minit, sedia untuk di makan.. Semua bau je, lapar.. Abah Mus suka roti ni.. Semua suka.. Habes satu lengat tuh tak dan kata apa.. Kengkawan marila cuba bersama.. Sedap! Sangat dijamin!

Bye! Bye!

Friday, December 5, 2008

Hello.. My name is Froggy..
I am moving to a new house with the new owner..
Bye my friend, Mr. Turtle..
Adios guys!!!

Shahera Helps Team Shoot Down National Record


(Petikan The Star Online, Friday December 5,2008)
PETALING JAYA: Shahera Rahim Raja upstaged the more experienced Nur Suryani Mohd Taibi to win the women’s 10m air rifle individual gold on the opening day of the National Shooting Championships at the Subang Shooting Range yesterday.

Shahera then played her part in helping the Armed Forces shoot down the national record in the team event.

Shahera, Nur Suryani and Muslifah Zulkifli bettered the previous national mark of 1174 by one point.

The previous record was set by Nur Suryani, Saidatul Ashikin Roslan and Haslisa Hamed two years ago.

In the individual competition, Shahera found herself trailing Nur Suryani by two points after the preliminary round.

Shahera shot 97-99-98-98 for 392 points while Suryani managed 96-99-99-100 to head the field of eight to qualify for the final on 394 points.

In the final, Shahera got the better of her Armed Forces team-mate when she chalked up 103.6 for a 495.6 total.

Nur Suryani, the top woman rifle shooter in the country, settled for silver after shooting 98.4 for a total of 492.4.

This is the second time Shahera has beaten Suryani in a local competition. The 22-year-old also fared better than Suryani in the Tun Tan Siew Sin Trophy Championships in July last year where she set a national record of 500.5.

“I am satisfied I was able to produce a good performance although there has been no competition for some time.

“I will try to be more consistent in the remaining events,” said Shahera, who will also compete in the 50m rifle prone today.

While the Armed Forces took home two golds yesterday, the remaining three gold medals were shared by shooters from Kedah, Perlis and Johor.

P/S - Kepada sesiapa yang tertanya-tanya.. Shahera is my becoming SIL soon.. Everyone is proud of you Shera.. Tetambah Ibu yang melahirkan anak nan bertuah ini.. Bunga api dalam hati Daddy tak perlu disangkal lagi.. Family and friends were excited about this.. Kami sama-sama tumpang gembira atas kejayaannya.. Didoakan moga akan beroleh kejayaan lagi di hari-hari mendatang.. Aminnn..

To Shera:
Congrats on your achievement.. I am proud of you.. So does your brother that keep sms-ing me to watch you on tv.. He is proud of you to.. Walau Abang-mu degil tapi jauh di lubuk hati, he loves you so much.. I know.. Jangan terpedaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut dia.. Lakonan semata.. Haha.. Sori my dear Mr. Fedex.. So, dah berjaya ni.. Tak nak suruh Mak carikan jodoh lagi ker? Haha.. Don't frust everytime you failed.. Hope to see your name in the Top Ten Asia ranking soon.. Good luck ok.. We are always with u.. Pray and hope..

Santai Di Porch

Thursday, December 4, 2008

Ekekek.. Gelak dulu pepagi.. Untuk senaman serta menambahkan keawetan kemudaan kulit kita.. Hiksss.. Ni adalah sambungan entry kerabu pucuk paku di bawah..

Mus cuti 2 hari tuh migrain melampau benar.. Makan ubat pun tak jalan.. Ni kira semua aktiviti Mus main redah jugak.. Niat tuh nak hilangkan migrain.. Kang kalu melayan sakit ni, Mus nanti demam terus.. Payah.. Mus bangun juga, abaikan migrain tuh.. Tapi sampai satu masa, flattt.. Haha.. Pas makan kerabu tuh, pi lepak-lepak sembang ngan Tok sambil kelim bakul.. Dalam masa kelim bakul tuh, macam mana boleh terlena.. Haha.. Terlena ok.. Tuh bermakna paksa diri.. Tapi sekejap je.. Mus mana tido siang.. Tak sampai setengah jam terjaga terus bangun.. Tengok-tengok Tok Mus pun dah terbaring sekali.. Kaleh tengok kat luar, Abah Mus dah balik tengah santai-santai atas buaian kat luar.. Dengar orang ketawa seronok sangat, jenguk tengok.. Rupanya depa pakat duk piknik kat porch kereta.. Haha.. Mereka merujuk kepada Aminah, sepupu dia dan seorang mak sedara Mus.. Ewahhh.. Rumah Mus kan tepi bendang, angin sepoi-sepoi bahasa.. Best.. Abah Mus hampar tikar, then letak karpet nipis kat atas.. Derang apa lagi, lepak-lepak guling-guling.. Mus bangun pi join sekaki..

Dengar pulak Mak Mus laung, "Udang dah goreng ni, nak makan nasi ke?" Laju je budak-budak ni bangun.. Kalau datang rumah Mus, depa suka makan, makan dan makan.. Tu je aktiviti.. So, bawak semua lauk ke luar.. Ada udang goreng kunyit, sayur bayam, gulai kepala ikan idaman Tok Mus ngan sambal bilis semalam.. Habes nasik satu periuk.. Haha.. Apa ke sedapnya pun tatau.. Agaknya makan ramai-ramai kot eh.. Tok Mus macam biasa, bertambah-tambah dia.. Berselera kalu ke rumah anak dia nan seorang ni.. Beralih angin agaknya eh.. Korang, kawan-kawan semua maila singgah rumah Mus makan nasi tengahari.. Hiksss.. Best.. Package tak dapat kat tempat lain.. Tepi bendang ni.. Haha..

Kerabu Pucuk Paku & Kerang

Wednesday, December 3, 2008

Slurrppp.. Jangan kata kawan-kawan.. Mus tarik air liur leleh dulu.. Hiksss.. Hari ni kita sarapan mata dengan kerabu pucuk paku & kerang pulak.. Sedap ok.. Belum apa-apa dah sedap.. Haha.. Kan ke Mus kata Tok Mus datang berholiday kat rumah Mus.. Tok kalu datang, memang siap dengan checklist makanan Tok nak makan.. Normal ni.. Siap senarai, gulai ikan, kerabu pucuk paku, ikan kering Mak Mus buat sendiri, dan lagi dan lagi.. Tak ingat dah Mus.. Sebenarnya pucuk paku ni nak lawan ngan perut.. Tapi sayangnya hari Ahad tuh pagi pi market takda pulak perut.. Apa daya.. So beli kerang ni la.. Mus tak kisah.. Mana-mana pun sedap kat mata Mus.. Janji kerabu pucuk paku.. Hiksss.. Lepas siap Mak Mus buat gaul, terus serbu.. Semua orang pulak tuh.. Haha.. Mula Mak kata, banyak ni sebesen.. Sekali kaleh saja, zasssss.. Habes ooo.. Pakat ratah.. Mus kalu makan ngan nasi kerabu ni macam tak berapa nak jalan nasi Mus.. Mus karang makan kerabu saja.. Tok makan sampai peluh-peluh.. Lepas kempunan kata.. Puas hati.. Sedap ooo kawan-kawan.. Saat tengok ni pun dah tertelan-telan air liur.. Haha.. Buruk perangai..

Roti Arab Lagi!!!

Tuesday, December 2, 2008

Hiksss.. Ni adalah sarapan pagi Sabtu lepas.. Roti arab lagi.. Tak jemu lagi ok.. Haha.. Actually, ni adalah permintaan Pak Lang Mus.. Dia tak berapa sihat.. Tak lalu nak makan nasi-nasi semua.. Hari tuh masa Mus buat roti arab ni Mus ada bagi dia.. Dah pas makan, disuruh Mak Lang tanya Mus mana beli roti tuh.. Suka katanya.. Berselera.. Nak beli kat mana? Dia tak tau Mus buat sendiri.. Bila Abah bagi tau kata Mus buat, terus Pak Lang kata ingatkan beli.. Sebab dia nak suruh Mak Lang belikan lagi.. Dah dengar lagu tuh, Mus buatkan la Sabtu lepas.. Berselera sungguh Pak Lang makan.. Kebetulan Tok Mus datang berholiday di rumah Mus Sabtu tuh.. Tok pun suka.. Pulun Tok makan.. Berselera.. Yerla.. Makan benda baru, mesti sedap kan.. Kami yang dah makan pun, makan lagi.. Hiksss.. Tak jemu.. Suka.. Kak Ana dah cuba.. Kawan-kawan lain takmo cuba ka? Jomla.. Jomla.. Haha.. Edisi menggoda.. Sedap!!!

Savoury Quickbread

Monday, December 1, 2008

Last Friday.. Pas balik kerja terus singgah kedai beli carrot, daun sup, daun bawang dan kucai.. Yang lenlain dah ada bahan siap kat rumah.. Ni semua dek terpengaruh ngan Kak Reen.. Dia cerita kata dia buat Savoury Quickbread <--[klik sini untuk resepi] tuh.. Resepi dari blog Maisya.. Mus pun apa lagi.. Teringin ok.. Mus bukan boleh orang goda-goda skit.. Terus nak buat.. Makannya tak pun.. Hiksss.. Resepi tuh dia kata letak hotdog.. Sebabkan Mus ni bukan peminat hotdog, so mus tukar ke minced beef.. Sedap ok.. Serius sedap.. Cepat pulak tuh buat.. Sekelip mata saja siap.. Rasa macam nak ala-ala pizza pun ada.. Sebab atas tuh kan sapu sos tomato.. Sedap ok.. Sedap gilos.. Mus suka.. Aminah kata kalu parut cheese, terus jadik macam pizza.. Hehe.. Hari Sabtu Tok Mus datang holiday kat rumah.. Sampai-sampai terus makan roti ni.. Sedap dia kata.. Terus suruh Mus buat nanti.. Tok Mus suka pizza-pizza ni.. Dia kata sedap rasa.. Tuh.. Maybe lain kali boleh letak cheese dan tabur apa-apa.. Will see later.. Pada sesapa yang teringin di pagi Isnin, buatla.. Kat sana ada Mus linkkan resepinya.. Sedap.. Tak rugi buat.. Simple and nice.. Slurppp..