Alisha's Own
Thursday, January 27, 2011
Posted by Mrs. Fedex at 2:56 PM 4 comments
Masih & Masih Wedding Pressy
Monday, September 28, 2009
Selamat petang kengkawan..
Posted by Mrs. Fedex at 2:56 PM 6 comments
Labels: Gifts
Masih Wedding Pressy
Tuesday, August 11, 2009
Hehe.. Jangan jeles.. Sekali lagi.. Jangan jelesssss.. Panjang sket tarik.. Mus masih dapat wedding pressy.. even dah 2 bulan kawen ok.. Menari-nari ronggeng sket.. Hiahhh!!! Pressy yang pertama datangnya dari Kak Da.. Bungkusan yang lawa owh.. Kotak bunga-bunga.. Ala-ala english theme.. I like.. Di dalam kotak tu, Kak Da kirimkan sepasang kain dari Bandung, bookmark kulit kayu dari Egypt kah?, fridge magnet dari London.. Ingat juga pada Mus ya.. Suka fridge magnet tuh.. Tak dilupakan, surat chenta pengarang jantung.. Hiksss.. Kain kiriman Kak Da tuh bolehla Mus test buta baju raya.. Hehe.. Syiok.. Syiokk.. Thanks Kak Da.. Jasamu sangat-sangat Mus kenang.. Terima kasih atas ingatan itu..
Posted by Mrs. Fedex at 3:38 PM 0 comments
Labels: Gifts
Shuttlecock Contest
Monday, February 16, 2009
Aaaaa.. Mus tak menang contest ni pun.. Ingat tak lagi pasai contest ni? Shuttlecock Contest.. Ekekekek.. Jom terjah blog Cik Kema.. Sebabkan 5 orang ja yang masuk pertandingan, maka Cik Kema telah berbaik hati menghadiahkan semua orang hadiah.. Apa punya ayat ni ntah.. Hiksss.. Saguhati je Mus dapat.. Jadikla sebagai penceria hidups.. Hehe.. Seekor rerama felt serta sebijik kepala alien.. kecik comels je kepala alien ni ha.. Thanks eh Cik Kema.. Pi le buka contest.. Bak mai Mus nak masuk lagik.. Mus ni tukang bagi ramai peserta jerk.. Hiksss.. Ketibaan hadiah adalah pada hari Jumaat lepas.. Laju plak dia sampai dari parcel-parcel lain semua.. Haishhh.. Mana menghilang parcel yang sepatutnya tiba ni? Doa-doa semoga semua sampai dengan selamat.. Aminnn..
Posted by Mrs. Fedex at 2:00 PM 4 comments
Labels: Gifts
Spiderman In The House
Friday, January 23, 2009
Comel tak? Hehe.. Mus punya kerja la ni.. Ni kasut untuk budak Shafiq kat bawah tuh.. Tapi kan.. Kaki dia montel ok.. Ni size 3 tau.. Tak muat untuk budak 9 bulan.. Haha.. Mus nak kena beli size 4 nanti.. Bila dia pakai, merah-merah kaki dia.. Ingat Mus nak sistem barter ngan sapa-sapa yang ada anak lelaki boleh muat size 3 ni.. Comel ok.. Sapa nak? Mus nak kena beli baru untuk dia size 4, lebih selesa.. Nak biarkan gituh, sayang pulak rasa.. Sapa ada anak lelaki boleh muat size 3? Mehla.. Kita excen.. Apa-apa saja.. Just for fun.. Takde makna apa.. Ada kalu, inform Mus na.. Budak perempuan pun boleh kot.. Wakakak.. Tapi spiderman ni kasar lak nampak.. Tapi boleh je.. Sapa ada? Mari.. Mari..
Posted by Mrs. Fedex at 8:26 AM 2 comments
Labels: Gifts
Christmas Exchange 2008
Monday, January 19, 2009
Hiksss.. Giler lama peram gambaq ni kan.. Dari tahun lepas.. Bunyi cam lama benar.. Padahal tak sampai sebulan lagi dari tarikh sepatutnya.. Benarnya, ni adalah gambar atas adalah pressie Mus untuk Christmas Exchange 2008 dianjurkan oleh company Mus kerja ni.. Mus tak pernah masuk.. This year baru terasa nak masuk.. Heh.. Saja.. Nak happykan diri dengan ekonomi yang tak menentu ni.. Tapi memang best eh.. Perasaan dapat hadiah.. Haha.. Heaven! Mus beri tempat letak pen yang dalam dia ada air yang boleh kita tonggeng terbalik tu ha.. Then, sebabkan Jiji ni adalah kegilaan ramai di company ni.. Maka, Jiji juga Mus lekatkan di situh.. Budak yang menggila sangat kat Jiji ni dah cop awal-awal kata dia nak menang hadiah Mus.. Haha.. Tapi last sekali, dia juga yang dapat.. Rezeki! Masa cabut nombor, tengok nombor 6 saja.. Tu dia.. Melompat tak sangga.. Siap jerit-jerit pi berlari-lari ke christmas tree amek Jiji ni.. Wakakak.. Dah nak macam orang gila dah nampak.. Siap tak bagi orang pegang Jiji dia, takut rosak.. Heh.. Syukurla.. Jiji dapat pada orang yang over admired kat dia.. Dan untuk Mus, dapat bear kat bawah ni.. Cute kan? Comelsss.. Sekarang dia ada di atas cpu berkawan ngan Tetty Teddy.. Comelsss sangat.. Mus suka.. Harap-harap tahun ni punya christmas, masih ada lagi aktiviti macam ni.. Rasa happy juga.. Merry Christmas.. Muahaha.. Terlewat ngat aihhh.. Saja gatai nak wish gak.. Hiksss..
Posted by Mrs. Fedex at 7:55 AM 0 comments
Labels: Gifts
Mama Kema - Gift Away
Wednesday, January 14, 2009
Ok.. Kali ni kita nak bercerita tentang gift away Mama Kema laks.. Aisehhh.. Sakan eh korang buat give away.. Mus tau, ramai suka give away ni.. Contest-contest.. Sempena En. Somi Mama Kema itewww suka main badminton.. Makanya, bersepah bulu tangkis dalam stor Mama Kema.. Maka, untuk tidak membazir bulu tangkis itewww, Mama Kema mintak idea dari kawan-kawan sumer yang mana dapat membantu Mama Kema dari mengelakkan pembaziran.. Di bawah ni, Mus copy paste dari blog Mama Kema <--[klik sini]Salam tahun baru!
Di sini cik kema nak bg free gifts butterfly felt kepada 9 bloggers terawal (sempena 2009..keh3) yg come out dgn idea kreatif paling menarik utk transform shuttlecock yg lama kepada sesuatu yg menarik utk dijadikan gift hehehe. Dan Hadiah2 menarik utk 4 pemenang terpilih. Jadi apa lg Jom lah join weeeiiihhhh!
Cara-caranya:
1. Sila tinggalkan idea kreatif anda di entry ini bersertakan link blog anda dan beri keizinan untuk cik kema menyimpan link anda di dalam blog ini.(err...kalau nak link balik blog rayyan pon boleh gaks heheh)
2. Ceritakan tentang Idea kreatif shuttlecock ni di dalam blog anda. (boleh copy gambo hat ateh tu sekali)
3. Tarikh last utk postkan idea kreatif anda ialah pada 21/01/09
4. 9 blogger terawal akan menerima seekor butterfly felt :)
Ok.. Keterangan lanjut, sila ke blog Mama Kema yer kawan-kawan.. Banyak hadiah menarik menanti kawan-kawan.. Serius menarik.. Semua gambar-gambar hadiah ada dipaparkan di sana.. Apa lagi, serbuuu.. Hiksss.. Mus sesaja gatai tangan nak memeriahkan serta menyupport Mama Kema.. Di bawah adalah komen dari Mus.. Hiksss.. Mari kawan-kawan.. Kita selesaikan masalah Mama Kema bersama-sama..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 0 comments
Labels: Gifts
Mama-aimansarah Handmade - Give Away
Sunday, December 21, 2008
Yes!!! Pepagi buta Selasa ni nak ajak korang semua kawan-kawan sekalian menang hadiah free.. Kali ni give away dari Mama-aimansarah.. Sila semua pakat terjah ke blog ini --> Mama-aimansarah Handmade.. Bila lagi nak merasa handmade item.. FREE lagi.. Benda sonang jo..Ni Mus copy post dari blog Mama-aimansarah Handmade..
Salam....
Sempena pembukaan blog "Mama-aimansarah Handmade" ni.... Mass pun nak buat macam orang selalu buat tu :P ...... "Give Away".
Kandungan "Give Away" tu;
1) HP Case (5 1/2 inch x 3 inch)
2) HP Case (5 inch x 3 inch)
3) HP Charm (Ms. Rabbit)
Semuanya adalah HP accessories.Rules dia senang aje... actually macam orang selalu buat jugak;
1) Tinggalkan comment kat dlm n3 ni bersertakan link blog anda dengan memberikan Mass keizinan untuk menyimpan link anda di dalam blog ini.(if u will link me back... wow... I'm very much appreciated!)
2) Ceritakan tentang N3 Give Away ini di dalam blog anda.
Itu je rules nya. Very da simple. Kalau sesiapa yang sudi dengan hasil kerja tangan Mass.... sila lah join.
OK.. Mass akan umumkan lucky winner by 22nd Dec (Monday).
Perlu diingatkan ini adalah iklan charity.. Mus tak mengambil apa jua bahagian..
Posted by Mrs. Fedex at 10:53 AM 2 comments
Labels: Gifts
Belated Birtday Present From Kak Reen
Thursday, November 27, 2008
Dah terlupa hari apa.. Isnin agaknya.. Sampai satu kotak bungkusan.. Tengok atas meja solek, rasa pelik pulak.. Tengok alamat pengirim.. Owh.. Kak Reen.. Ok.. Kak Reen hantar plastik bungkus kueh kenduri untuk Mus.. Kak Reen dah inform kata dia ada plastik tuh.. Dengan tak buka kotak terus sms ke Kak Reen.. Ucap terima kasih.. Sekali Kak Reen kata, "Sori.. Lambat hantar birthday present?" Huh.. Birthday present!!! Dan-dan lari pi bukak kotak.. Tengok-tengok ada segala macam mak nenek tuh.. Best ok.. Besttt!!! Mus dapat knitting kit.. Hari tuh ada niat nak beli dari Kak Reen.. For some reason, Terpaksala Mus hentikan beli stash ni semua.. Some more, Mus takleh lengah-lengah melangut kat barang kraf banyak sangat.. Karang Mus terleka lalai semua, punah! Hiksss.. bila dah dapat ni, giler membelek menda alah tuh.. Syiok ok.. Syiokkkkk!!! Tak tau nak habaq lagu mana perasaan kalu dapat present barang-barang yang kita suka gila.. Heaven!!! Rindu nak beli benang dah crochet gumi-gumi semua.. Rinduuuuu.. Takpa.. Kuat semangat! Terima kasih banyak-banyak Kak Reen.. Mus suka gilerrr.. Sukaaaaa!!!
Posted by Mrs. Fedex at 8:51 AM 4 comments
Labels: Gifts
Kad Raya Cum Kad Besday
Friday, November 21, 2008
Pemberian Cik Seri.. Baru sampai hari Selasa rasanya kalu tak silap.. Boleh? Kad raya sampai selepas hampir 2 bulan raya? Citernya.. Cik Seri sudah lupa mau pos.. Cik Seri ni saja tau.. Tuh pun seb baik dia cari apa tatau dalam gobok.. Tengok-tengok ada kad ini bersama bungkusan Mus.. Saja tau Cik Seri mendera perasaan Mus.. Haha.. Takpala.. Janji ingatan tuh penting.. Dah ler hantar kad lambat.. Kad pulak 2 in 1.. Hiksss.. Sekali kad besday katanya.. Saja sungguh Cik Seri menganiayai perasaan Mus.. Haha.. Nak jugak.. Dakla.. Saja ja.. Cik Seri, Mus suka la.. Berseri-seri kad ni macam Cik Seri.. Ahah.. Kim salam semua yer.. Pada Bos, Amir & Adeeb.. Terima kasih atas sekeping ingatan..
Posted by Mrs. Fedex at 1:22 PM 0 comments
Labels: Gifts
Beg Sarawak Dari VP
Thursday, November 13, 2008
Walalalala.. See.. Menang beg owhhh.. Jangan tak tahu.. Mus menang beg.. Best owhhh.. Semalam balik kerja masuk bilik tengok ada parcel atas meja solek.. Wah.. Tahu dah.. Dari VP a.k.a Viruspadu.. Hari tuh tanpa disengajakan Mus TERmenang contest yang VP anjurkan.. Pengomen paling tinggi.. Hiksss.. Benarnya.. Mus tak tahu pun yang VP ada buat contest.. Cuma suka tengok keletah anak VP, Si Nisa tuh jer.. Aktif bebenar.. Plus ada la yang rahsia-rahsia.. Hehe.. Bukak pembalut nampak ada box lagi kaler ala-ala purple nak biru gituh merelip-merelap.. Syiok.. Buka penutup nampak ada beg.. Lawa.. Mus suka.. Mus suka kat tangkai dia tuh.. Comel.. Kecik jer.. Comel sangat.. Beg duit panjang Mus pun tak leh masuk beg ni.. Hiksss.. Sah kan comelnya.. Hehe.. Beg ni datang bersama gelang magnet tuh.. Special beg ni.. Luar tuh ala-ala jalin kayu.. Lawa.. Suka.. Gelang magnet tuh Abah Mus try-try then dia ketawa.. Haha.. Pelik Abah Mus ni.. Mus suka dua-dua.. Thanks eh VP.. Mus suka..
Posted by Mrs. Fedex at 2:00 PM 4 comments
Labels: Gifts
Kitchen Set
Monday, November 10, 2008
Sebenarnya kan, ni cerita Ahad minggu yang lepas.. Bukan kelmarin tapi Ahad lagik satu.. Haha.. See.. Malas nau nak update kan.. Benarnya banyak gambar yang ada dalam pc Mus ni yang boleh di ceritakan.. Cerita takde gambar macam tak best pulak.. Suram dan sunyi jerk.. Hehe.. Saja nak tunjuk kitchen set ni.. Mus beli sempena besday anak jiran.. Perempuan.. Sempena umur 2 tahun.. Mus kan kat rumah Mak jaga budak lelaki.. Selalu beli jer kereta ke robot ke apa ke, derang layan jer.. Best jer.. Tapi sekali masa Tok dia datang memanggil, dia kata cucu perempuan dia.. Aisehhh.. Mus dah lama tak beli apa-apa untuk budak perempuan, 2 tahun pulak tuh.. Itu yang menapak ke Sunshine mencarik besday present ni.. Tak tahu nak beli apa benarnya, rembat je kitchen set ni.. Sebab dulu-dulu masa Mus kecik, Mus suka giler set-set begini.. Main masak-masak sorang-sorang kat beranda.. Main ngan anak patung.. Berangan tera memasak mengemas bagai.. Eheh.. Hadiah ni Aminah yang bawakan masa dia nak pi masa besday party pukul 3 tuh.. Bersama hadiah ni ada Mus buat kek coklat juga sejibik.. Tapi kan.. lepas dah balik hantar tuh, lupa nak snap gambar.. Takde buktila.. Ekekek.. Mus nak keluar petang tuh, so Mus siap-siap bakar sejibik kek hantar tengahari dalam pukui 1 lebih tuh.. Tanda sebagai pengganti diri.. Boleh eh? Mus kan dah berangan nak buat besday party adik Mus dua orang tuh.. Nanti adik lelaki Mus balik, Mus nak buatla.. Buat sekali sebab derang berdua share sama hari tapi bulan yang berlainan.. Agaknya next month adik lelaki Mus dah balik ni.. Bestkan.. Daha lama takde besday-besday party ni.. Zaman kecik dulu best.. Abah selalu buat untuk kami.. Hadiah yang dapat semedang sabun mandi jer.. Nostalgia benar.. Sekarang dah besar kan, bawa diri gamak eh memasing.. Zaman kecik dah berlalu.. Zaman tua dah menjelma.. Sila sedar diri.. Ekekek..
Posted by Mrs. Fedex at 10:25 AM 0 comments
Labels: Gifts
Belated Birtday Present From Kak Index
Saturday, November 8, 2008
Hari Khamis lepas.. Sementera tengah siap-siap nak ke rumah mayat tuh.. Ada Abang Poslaju datang bagi salam.. Wahhh.. Dah lama ok Mus tak dapat apa-apa bungkusan.. Tapi Kak Index ada cakap yang dia ada poslajukan something.. So, tunggula.. Naseb belum keluar lagi masa tuh.. Tak kalu jenuh Mus nak pi collect kat Tanjung.. Tapi sebab tengah kalut-kalut so tak dan nak buka bungkusan.. Balik dari sana juga tak sempat nak buka sebab dah kalut siap-siap nak pi kacau pulut.. Pas balik letih penat semua dari rumah kenduri, berayun atas buaian depan rumah.. Then, Mak Mus jerit tanya bila nak buka bungkusan ni.. Haha.. Lawakla.. Mak excited lebih.. Mus dah terlupa kat bungkusan tuh.. Bukan apa.. Penat kacau pulut tak habes-habes lagi.. Terus masuk menonong dalam buka bungkusan.. Terlompat-lompat girang hati.. Dah lama ok tak rasa sebest ni.. Sejak-sejak sebuk nak kenduri ni, tak sempat nak buang masa buat kraf bagai.. Bila dapat tuh, giler rasa best..
Belated birthday present dari Kak Index.. Andai kata nama Kak Index, sahla glamer set stitching family dia.. Banyak ooo Mus dapat.. Including surat chenta.. Huhu.. Mus dapat pinkeep, needlebook, scissor keeper, scissor with fob and matress pincushion.. Walla.. A set of flower.. Tau dah.. Kak Index memang giler bunga.. Mus suka.. Mus sukaaa.. Best.. The "Surat Chenta" best.. Suka bab-bab nak baca surat ni.. Ini kira berapa tahun punya besday rangkum sekali ni? Hugsss.. Thank you eh Kak Index.. Mus sukaaa.. Giler sukaaa.. Hugsss to Kak Index..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 2 comments
Labels: Gifts
Fridge Magnet
Tuesday, November 4, 2008
Hari ni Mus nak tayang fridge magnet yang Mus dapat dari Mummy Dhiacoco (klik sini).. Ni tanda saguhati.. Kenang-kenangan dari kedai Pinky Frog Shop (klik sini).. Thanks a bunch Archik for the thought.. Suka.. Kaler merah dan putih.. Actually ni adalah sepasang kasut kecik yang dicrochet comel-comel dijadikan hiasan fridge a.k.a fridge magnet.. Sangat kecil.. Lupa nak ukur berapa saiz kasut comel nih.. Comel kecik je.. Cute-mute.. Sesapa berminta nak memiliki sepasang, nak jadikan hiasan di fridge.. Silala ke kedai Mummy Dhiacoco.. Sila ke Pinky Frog Shop.. Macam-macam jenis hiasan ada di sana.. Semuanya barangan crochet.. Andai terbekenan pada anaknya Si Dhiacoco tuh, boleh juga cuci mata dengan gelagat si kecil tuh dekat blog Dhiacoco.. Jangan tak tahu, si kecil zaman sekarang pun ada blog sendiri.. Hiksss.. Zaman dah berubah.. Dunia dah maju.. Huhu..
Posted by Mrs. Fedex at 9:09 AM 2 comments
Labels: Gifts
Pre-Birthday Present
Tuesday, September 23, 2008
Tengok ke title tuh.. Tahu dah.. Ada orang nak hadiah lagi.. Haha.. Mr. Fedex, Sabtu ni baru kita beli hadiah rasmi kan? Eheh.. Kan? Haha.. Sebenarnya semalam makan kat New World Park tuh sebab konon Mr. Fedex nak belikan handbag.. Walalala.. So, boleh pilih sendiri yang mana suka dan kat mana.. Apa lagi, terus nak handbag yang macam Kak Ej pernah beli tuh.. Mus suka betul.. Comel sangat.. Tapi kan.. Apa kan daya.. Bukan rezeki Mus.. Handbag fesyen tuh dah habes.. Langsung takda even kaler lain or apa.. Takda jejak langsung.. Siap tanya kat SA tuh.. Mana tau masuk stok baru.. Takda juga.. Erm.. Nampak sangat takda rezeki Mus kan.. So, jalan-jalan pusing kat situh tengok andai kata ada kedai lain ka apa.. Tapi hampa la.. Takda.. Ada satu kedai souvenir bear lawa2.. Pusing situh then keluar.. Then jalan sampai depan dah, nak balik.. Then tak jadik, patah balik pi kedai souvenir tuh.. Mr. Fedex suh juga ambil apa-apa buat present kecik la.. Karang dah Sabtu dah macam lepas hari kan.. Memang kalu balik tangan kosong, mesti sedih.. Haha.. Perempuan.. Sori eh Deary Lovey Dovey.. So, masuk kedai tuh.. Pusing-pusing amek juga bear kecik sekor dan Mus suka tabung burung antu nih.. Haha.. Dah letak duit dah.. Dah besar pun banyak tabung.. Sukaaa.. Suka giler.. Even takda handbag tuh, dapat barang kecik-kecik ni pun jadila.. Mus suka.. Thanks a lot My Deary Lovey Dovey.. Sekarang duk atas meja solek.. Suka kat dia.. Gelek-gelek suka.. Walalalala..
Posted by Mrs. Fedex at 12:49 PM 2 comments
Labels: Gifts
Weekend
Tuesday, May 27, 2008
Semalam Mus Emergency Leave, personal matter.. Hehe.. Alasan no.. Macam tak percaya lak Cik Mus cuti.. *wink* Nih nak buat report aktiviti hujung minggu lepas.. Minggu lepas ni tatau rajin apa ntah, macam-macam digodek oleh Mus.. Dikorek abes semua gobok-gobok yang ada di rumah tuh.. Dilap, disusun, dikemas bagai.. Tatau angin apa ntah.. Ok.. Ok.. Mai nak mula bercerita-ceriti.. Alkisah hari Jumaat lepas duk meroyan pasai cupcake pincushion dengan EP.. Mula la lawan duk challenge tengok sapa leh buat.. Haha.. Ni la keja kami bedua, bergosip sakan bila Bos bagi rehat sat.. Dah tu tarak gosip lain, asekla menggosip pasai craft, macam-macam.. End up, balik rumah Mus pun apa lagi, tak mau kalah kan.. Terus angkat semua gobok, godek apa yang patut then hasilnya seperti gambar yang tertera.. Cupcake pincushion versi baru yang ditengok di satu web itewww.. Disebabkan semalam cuti, so kejap lagik baru nak bergosip tanya EP punya version.. Hehe.. Then hari Sabtu pagi pulak.. Sabtu pagi tuh terlebih rajin.. Haha.. Mengaku nih, ikhlas.. Godek gobok masak-memasak kat dapur lak.. Godek-godek nampak ada pulut susu, dah lama xsentuh pulut ni, nak habeskan dia dari hari tuh lagik tapi tak terhabis juga.. Haishhh.. End up, buat Kueh Lopes nih.. Tak salah Mus, resepi dari web Mamafami agaknya.. Mus tak ingat lak.. Sebab masa Mus amek resepi tuh memang duk terliuq aishhh tengok gula merah dia meleleh-leleh atas Kueh Lopes tuh.. Haha.. Sekejap ja buat Kueh Lopes nih, sedap pun sedap.. Sangat sedap resepi tuh.. Tak keras macam beli kat kedai, lembut berlemak.. Lenkali leh buat lagi, senang.. Masa mula nak buat ingat payah sangat, padahal tak payah mana pun aishhh.. Tu dia, ayat macam berlagak na.. Haha..
Pastuh ada personal matter, terkejut tergempaq balik kampung.. Haishhh.. Terbatal program hari Ahad, dahla plan cantik punya.. Haha.. Takpa.. Takpa.. Next time.. So, semalam Birthday Future Daddy.. Haha.. Macam pelik ja bunyi.. Future Father-In-Law a.k.a Daddy Si Mr. Fedex.. So, buatkan dia kad tapi lain skit dari bagi kat Abah punya.. Daddy sebaya dengan Abah dan Mak Mus.. Daddy dengan Abah sama bulan beza cuma 6 hari ja.. Kebetulan kan.. Mr. Fedex kata Daddy tak ketawa, dia terpegun aishhh tengok bunga-bunga, reben-reben dalam kad tuh.. Haha.. Malu aishhh.. Tapi tatau nak present apa, bagi kad boleh kan? Ha.. Happy 52nd Birthday Pakcik..
Posted by Mrs. Fedex at 8:12 AM 2 comments
Labels: Cooking, Gifts, Projects And WIPs
Happy Birthday Abah
Tuesday, May 20, 2008
20th May.. Yeayyy.. Abah's birthday.. I bought a card and made 2 crocheted love.. Then, pagi tadik lekat kat fridge, then larikkk.. Haha.. Itik bintik-bintik pelangi tungging juboq antara itik putih semua.. You're special.. One in a million.. I love you Abah.. Happy 52nd Birthday..
Posted by Mrs. Fedex at 9:07 AM 0 comments
Labels: Gifts
Fly Fly Away
Wednesday, April 30, 2008
Hehe.. Chick is going to fly fly.. Huhu.. Masih ingat lagik Hawaii Chick yang deboom deboogee devass iteww.. It's going to be a birthday present to someone.. Handmade by Adik Manis.. Walalala.. Ha.. Sekarang dia berada dalam kurungan sebuah taman.. Sebenarnya Chick nih dia tergantung tuh, bila kita goyang botol tuh dia boleh gerak, swing-swing di dalam tuh.. Canggih dak? Tak nampak tali gantung dia kan? Mus guna tali tangsi halus, ala2 magic.. Haha.. Konon.. Disebabkan space botol jem tuh tak berapa besar so tak dapat nak letak lebih barang dalam tuh sebab nanti Chick tuh tak dapat swing-swing.. Tak dapat beli di kedai nih, satu dalam dunia.. Tu dia.. Dah siap, tinggal lagi nak beli besday card kecik dan amek muka depan dia ja, tulis wish kat belakang dan nak gi laminate then punch slot masuk dalam riben tuh.. Huhu.. Hope orang iteww suka nanti.. Nampak murah kan? Tapi buat dengan kasih sayang nih.. Haha.. 3 more days.. Yeehaa..
Posted by Mrs. Fedex at 8:11 AM 0 comments
Labels: Gifts





