Showing posts with label Bag. Show all posts
Showing posts with label Bag. Show all posts

Reversible Bag

Sunday, June 24, 2012


As-Salam..

Lama na tak cerita pasai reversible bag ni kan.. Bukan takdak cerita pasai dia tapi kan.. Tuan dia kan.. Haha.. You know I know.. Muahahah.. Gelak besaq skit.. Ni Mus tempek yang terbaru la.. Yang tak terbaru pun ada.. Ekekek.. Nanti kena korek gambaq.. Tapi this one latest order.. Flower brooch tu dari benang campoq2.. Dari China.. Syiok juga crochet pakai benang tu.. Nanti nak try benang-benang lain yang dah lama bertapa dalam gobok.. Ekekek.. Ok la.. Enough this time.. Until then.. Miss everyone.. Hugsss..  

Diaper Bag

Tuesday, October 4, 2011

As-Salam..

Ni pun salah satu entry TER-tangguh.. Ekekek.. Nasebla.. Ingat tak dulu.. Duluuuuu.. Ada keluaq entry pasal polka dots diaper bag kan? Ha.. Berbulan-bulan.. Ni la sambungannya.. Ahaksss.. Plus dah siap pos ke tuan dia lama dah punnnnn.. Tuan pun dah pakai, dah asuh berkali-kali dah kots.. First time buat beg cara ni, suka.. Dalam ada batting.. Rasa tegap.. Dalam ada poket dan luar pun ada poket.. Then zip kat mulut beg tuh.. Selamat.. Enjoy buat beg ni.. Pasai kain dia lawa kot.. Terus hati suka.. Bunga-bunga.. Hehe.. Plus kasik nice dengan renda-renda.. Pasni Mus buat posting tentang whole set dia pulak.. Memang kona kiri kanan depan belakang guna kain yang dibekalkan saja.. Saya yang mengikut perintah.. Hehe.. Until then.. Hugsss everyone..

Clutch Bag

Wednesday, July 13, 2011

As-Salam..


Benaqnya menyepi sebelum ni bukan pasai apa.. Duk buat barang nak letak kat booth.. Tu dia.. Sakan.. Depa pun teringin nak test market bukak booth.. Alhamdulillah.. Bisnes ok.. Laku.. Hehe.. Antara yang menjadi bahan jualan di hari tu adalah clutch bag ni.. Lawa dak? Tu dia.. Suh orang puji.. Kah.. Kah.. Memula buat clutch ni memang la rasa payah sikit pasai nak quilt dalam dia semua.. Tapi bila dah siap satu, terus laju ja semua hak lain.. Dah dapat skill dia, cepat aihhh.. Clutch ni bahagian dalam adalah di quilt.. Kalau letak handphone ka, selesa la handphone tuh, tak calaq semua.. Kot-kot sapa berminat, bolehla email Mus na.. Ada tinggai 4 ketui lagi yang dah siap.. Till then, hugsss everyone..

Reversible Bag + Fabric Flower

Tuesday, June 14, 2011

As-Salam..

Hari ni nak sambung cerita tentang beg pula.. Benaqnya dah lama pun buat beg ni.. Beg ni Mus ambil upah menjahit saja.. Kain adalah dari koleksi customer.. Still lagi ramai yang meminati reversible beg.. Beg ni senang nak bawa ke mana-mana.. Kali ni, digabungkan dengan fabric flower brooch dari kain yang sama juga.. Kain kali ni kain bulu-bulu.. Haha.. Apa eh terms yang bagus untuk kain jenis ni? Asal paham sudah.. Kah.. Kah.. Apa jenis kain pun, Mus tukang jahit jer.. Boleh saja.. No hal.. Hehe.. Okla.. Today takdak idea nak merepeks meraban.. So, kita jumpa esok je la eh.. Hugsss..

Sunbonnet Sue Bag

Tuesday, May 31, 2011

As-Salam..

Baru hari ni nak dapat bersiaran.. Sehbuk sikit hujung minggu.. Macam-macam aktiviti.. Masih lagi Mus berlegar-legar cerita beg.. Tapi kali ni lain sikit.. Kali ni lebih menarik.. Ada applique Sue di poket luar tuh.. First time Mus buat design Sue ni.. Sebelum ni teringin nak buat tapi tak kesampaian.. Tapi kali ni, dengan semangat dari kawan-kawan 1D1P, Mus dapat siapkan Sue ni.. Rupanya bukanla begitu susah.. Bila da hkena tune dia, senang saja.. Yang penting, kreatif.. Cabaran Sue tengah berlangsung di 1D1P sekarang, tapi akan berakhir mlm ni tepat kul 12.. Syaratnya Sue yang dah siap, kena finalize buat satu produk.. Cara nak jahit Sue ni tak kira, macam mana pun boleh.. Ikut sesedap tangan eh.. Keh.. Keh.. Memula Mus plan nak jahit sarung bantal.. Tapi disebabkan Sue Mus ni besaq gabak, Mus pikir buat beg sajala.. Next time nak print template yg kecil skit, mudah nak finishing ke mana-mana item.. Beg menggunakan cotton Jepun.. Lining adalah cotton polka dot coklat.. Di sebelah dalam ada poket juga.. Tak sempat nak snap gambaq.. Kaluts pagi tadi.. Di bahagian tepi beg, Mus jahit button replika Sue.. Penutupnya adalah menggunakan fabric flower pin dari kain lining.. Overall, Mus sangat suka.. First time cuba, suka sangat.. Kalau dapat buat tangkai dari kain yang sama mesti best.. Tapi sayang kain ngam-ngan saja untuk buat body beg..Beg ni besaq.. Sue tuh pun dah sebesaq A4 size.. Bayangkan.. Leh buat diaper beg Alisha.. Tak payah duk gendiang 2/3 beg sepanjang masa.. Keh.. keh.. Siap semalaman.. Pas ni sambung semula bulk order.. Kena pecah kepala settlekan ASAP.. Keh.. Keh.. Till then, hugsss everyone..

Tulip Bag

Thursday, May 26, 2011

As-Salam..


Sejuk hari ni.. Haishhh.. Banyak kerja.. Nak update blog pun tak dan.. Selalu sangat kita cerita pasal reversible bag kan? Hari ni kita cerita tentang tulip bag pulak.. Demam beg tak habes-habes lagik.. Hiksss.. Kali ni experiment design lain.. Yang lebey menarik.. Beg tulip ni lebey steady.. Sesuai ok kalau nak bawa keluar jalan-jalan takat nak buh beg-beg duit segala mak nenek keperluan.. Actually beg tulip ni pun boleh juga kalau nak alihkan.. Reversible jugak.. Dalam luaq boleh guna.. ikut mood.. Beg ni siap penutup.. Tak la terburai masa letak barang kan.. Digandingkan dengan fabric flower pin yang comel tu di luar.. Means kalau nak guna sebelah dalam di luar, maka pinkan flower ni kat belah fabric yang kita nak gunakan.. Simple.. And nice.. And steady.. Tak lembik-lembik.. Lain kali nak experiment beg lain pulak.. Seronok jahit beg.. Lumayan.. Keh.. Keh.. Hugsss..

Reversible Bag + Tiny Crocheted Bebear

Tuesday, May 24, 2011

As-Salam..

Masih lagi berlegar-legar sekitar cerita reversible bag.. Tapi kali ni lain sikit.. Selalunya reversible bag digandingkan dengan bouquet pin, tapi kali ni digandingkan dengan tiny crocheted bebear.. Heavy cotton fabric bermotif mickey hitam diganding dengan normal cotton fabric bermotif turqoise.. Actually, tiny crocheted bebear tu adalah berfungsi sebagai keyfinder.. Means, boleh gantung kunci kat keyfinder tuh.. Key finder tuh suka hati kita la.. Nak letak belah dalam ka luar ka.. Mudah nak cari kunci.. Lawa dak? Kah.. Kah.. Masuk bakul angkat sendiri.. Sapa-sapa nak order bebear saja pun boleh.. Nak order sekali dengan beg jugak boleh.. Apa-apa email Mus eh.. Next nanti Mus cerita pesen lain plak.. Beg tetap beg yang sama.. Pesen berbeza.. Hehe.. Ada-ada ja eh.. Banyak akai.. Ahaksss..

Reversible Bag Merah Aminah

Monday, May 23, 2011

As-Salam..

Lamanya tak bersiaran.. Minggu lepas banyak sungguh halangan.. Macam-macam jadik.. Satu-satu.. Dugaan betul kan.. Takpa.. Harus ditempuh dengan rela hati.. Banyak benda Mus nak cerita.. Pending banyak item.. Tak terpost dah.. Kita mula dengan cerita reversible beg yang sinonim dengan blog Mus ni.. Kali ni kain heavy cotton motif mickey merah digandingkan dengan kain cotton jalur merah.. Di luar tuh crochet rose bouquet macam biasa.. Bunga ni memang menjadi pilihan kegilaan sungguh.. Mus ada buat bunga baru juga, sesuai dengan budget si penempah.. later Mus cerita ok.. Satu-satu.. naik pening dah pun ada ni.. Sesapa nak order reversible bag, jangan malu-malu na.. Sila email mus ok.. Jumpa lagi esok na.. Hugsss..

Reversible Bag

Wednesday, April 6, 2011

As-Salam.. Happy Wednesday..

Ramai orang duk tanya-tanya.. Mus dah tak menjahit ke? Hehe.. Jangan risau.. Ado ni.. Jahit sedia ada.. Tapi tak terposting kat blog ni.. Ecewahhh.. Macam Mus ni busy sangat eh.. Busy body adala.. Ahaksss.. Yang terbaru projek Mus jahit reversible bag ni.. Order dari Kak Ratna.. Heavy cotton bunga-bunga, gandingan cotton biasa merah.. Tambah pulak rose bouquet ada merah terang.. Perghhh.. Bangkit kan? Hah.. Perahsan sendiri! Rasa macam ceria semacam je bawa beg ni.. Dalam boleh letak macam-macam.. Boleh buat beg telekung untuk Muslim.. Boleh juga buat beg pergi kerja hari-hari.. Shopping beg juga amat sesuai.. Bergaya habes ok.. Memang nice sangat.. Dijamin kualiti yang kemas.. Cehhh.. Promote.. Pada sesapa yang nak order reversible beg ni.. Contact Mus na.. Jangan malu-malu.. Pilihan kain banyak ada.. Lawa-lawa.. Selawa tuan yang buat beg ni juga.. Haha.. Ini sudah melampau.. Lariksssssss..

More.. Rose Bouquet Reversible Bag

Wednesday, December 15, 2010

As-Salam..

Lama no duk diam-diam.. Tak sehat sangat kebelakangan ni.. Awat tatau.. Ni dia mai sakit tekak, batuk-batuk pulak.. Letih aihhh.. Mus dalam tak berapa nak ok ni pun buat jugakla perabes apa yg patut sebelum deliver ni.. Bukan boleh duk saja.. Rasa macam makin letih.. Buat kerja skit then baring.. Itu je la kerja Mus.. Ahaksss.. Berazam kuat nak settlekan Kutu BOM ni.. 3 keping dah jahit ada lagik 4 keping.. Harap-harap sempat buat.. Dah ptg kain semua.. Tinggai nak jahit lagi saja ni.. Pos takpa.. Ada despatch kat rumah boleh tolong settle.. Beg-beg pun semua dah settle.. Alhamdulillah.. Rezeki baby.. Dua ketui reversible beg ni siap nak pi jumpa tuan dia.. Harap-harap depa suka la na.. Esok pos.. Lusa sampai la rasanya.. Lega rasa bila benda siap dah sikit-sikit.. Tak kalau serabut aihhh kepala.. Misi jahit sarung bantal baby ja tak kesampaian lagik ni.. Ekekek.. Tapi progress dah ada.. Jangan risau.. Uh.. Baby sedang akrobat.. Esok kita sambung len.. Huggsss everyone..

Rose Bouquet Reversible Bag

Friday, December 10, 2010

As-Salam.. Happy Friday..

Even hari ni Friday, tapi hati macam tak happy.. Huhu.. Awat tatau.. Lately ni terasa hati sungguh.. Ka memang gituh dekat-dekat nak hujung pregnancy ni.. Senang sedih sungguh la tambah-tambah kalau takdak orang pujuk.. Huhu.. Mengada aihhh.. Dah.. Semalam Mus cuba crochet rose bouquet ni.. Berjaya!!! Yeayyy!!! Suka tengok rose ni.. Nampak macam nice-nice pulak.. Macam hidup sket.. Makan hati la Cik Seri itu kalau tengok bunga rose Mus ni.. Ahaksss.. Rose bouquet pin ni untuk reversible bag kat bawah ni.. Matchkan? Tapi tataula kot-kot tuan dia tak kenan.. Kena tanya dulu sebelum pos.. Huhu.. Dak kalau naya aihhh.. Ada lagi 3 ketui reversible bag nak kena buat.. 2 ketui dah siap potong, tinggal nak jahit.. 1 ketui tak buat apa lagik.. Ahaksss.. By next week kena settle pos semua.. Harap-harap sempat.. Baby duduk diam-diam ok dalam sana.. Baby baik kan? Kan? Kan? Happy holsss everyone.. Hujung minggu ni sebuk.. Huhu.. Tak dapatla nak settlekan keja semua.. Takpala.. Harap semua ok.. Hugsss..

Reversible Bag

Thursday, December 2, 2010

As-Salam..

Minggu ni mood tak berapa nak ok.. Huhu.. Badan tak berapa nak larat.. Hati tak berapa nak sehat.. Ekekek.. Boleh gitu? Biarla kat hati tuh.. Suruh dia pandai-pandai bawa hati sendiri.. Ahaksss.. Kali ni kita cerita tentang bag.. Seronok aihhh kalau buat beg ni.. Potong-potong.. Jahit-jahit.. Siap!!! Beg ni kawan adik Mus order.. Bagus.. Bagus.. Masuk tabung baby lagi.. Beg recycle yang memula hari tuh pun dah TERjual.. Bagus sungguh agen kat rumah tu.. Masuk tabung baby semua.. Hujung minggu ni adalah kena settlekan pasai sarung bantal baby pulak.. Harap-harap boleh settle sebelum badan dan hati buat perangai lagik.. Mengada-ngada betul.. Baby duduk diam-diam dalam sana ok.. Mak baby nak berperang japs.. Ahaksss.. Opsss.. Sebelum terlupa.. Sapa-sapa yang nak menambah ke tabung baby Mus.. Ekekek.. Yang TERbekenan kat reversible beg ni.. Boleh check it out kat FB page Mus eh.. Semua details dan pilihan fabric ada sana.. Selamat beramal.. Ekekek.. Mereng.. Ok la.. Kita sambung lenkali dengan cerita lebih ceria.. Hari ni tak berapa nak ceria.. Huhu.. Hugsssss everyone..

Made By MUS.. Ngeee..

Thursday, November 25, 2010

As-Salam..

Today kita interprem beg lagik.. Excited buat beg pulak dah.. Haha.. Ini adalah kes pembakaran terbuka khas untuk Cik Seri itewww.. Sila TERtekan lalu dengan pantas crochet bebear balloon Cik Mus ok.. Ahaksss.. Saja kan? Membakaq orang.. Ekekek.. Sonok aihhh.. Ok.. Beg ni dia dua lapis.. Sebelah luaq heavy cotton.. Sebelah dalam normal cotton jer.. Beg ni reversible.. So, makna boleh pakai dedua belah tuh.. Gamak rasa nak macho-macho, pakai la belah heavy cotton tuh.. Gamak hari tuh rasa bunga-bunga, pakaila kot normal cotton yang ceria itu.. Mus gabungkan hijau lumut ngan cotton oren tuh.. Nampak menarik juga kan.. Then, Mus crochetkan bunga besaq gedabak tuh untk hiasan.. Bunga tuh mus buat pin kat belakang dia.. Means boleh pin-kan kalau nak letak.. Suka hati.. Mudah kan? Ni adalah order Cik Seri buat nak buh benang crochet nak bawa pi merata-rata.. Beg ni sesuai kalau nak buat buh benda gituh.. Mus try buh, lawa aihhh.. Dan-dan berangan nak jugak beg macam ni seketui.. Hiksss.. Nanti boleh potong kain then jahit tuk diri-sendiri satu.. Tak boleh jadik.. Jeles!!! Makan hati la Cik Seri hari ni.. Muahahaha..

"DAM" Quilt Bag

Friday, November 19, 2010

As-Salam..

Happy Friday.. Selamat Hari Raya Haji semua.. That day lupa nak wish.. Ahaksss.. Apakah yang telah TERkorban raya bebaru ni? Ekekek.. Soalan subjektif.. Dah.. Today nak cerita tentang beg.. First time ni nak cerita pasai beg.. Mus telah berjaya buat beg ini.. Kombinasi kain heavy cotton dan jeans.. Heavy coton dari potong kaki seluar Mr. Fedex that day dan jeans tuh dari kaki seluar kawan Mus yang dah menderma jeans dia kat Mus.. Sayang nak buang kain kaki seluar Mr. Fedex tuh.. Tu yang buat beg.. Kain baru tuh.. Sayang sangat.. Fikir-fikir then jadikla beg ni.. Amacam? Besaq ok beg ni.. Boleh sumbat segala mak nenek nak sumbat.. Letak batting kasik gebu-gebu.. Syiok sikit nak jinjing.. Dalam tuh ada 2 poket.. Boleh buh hp, wallet, pen atau buku nota.. Then tepi tuh ada satu D-ring buat gantung kunci keta ka, kunci rumah ka.. Dakla hilang sesat barat dalam beg yang besaq kan.. Pas ni dah berangan nak buat beg lain pulak.. Ekekek.. Tunggu ok.. Tapi apa-apa pun, benda wajib lain kena dahulukan.. Ni buat atas dasar di celah-celah kesibukan.. Ahaksss.. Boleh terima alasan? Syiok juga no bila buat benda menjadi walau payah toksah duk habaq la.. Ada lagi yang menunggu dalam senarai.. Dah siap Mus upload.. Nak upload tuh bercinta.. Huhu..