Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts
Showing posts with label Baju Kurung. Show all posts

Kurung Moden Manik Tabur Zana

Friday, April 23, 2010

As-Salam.. Selamat hari Jumaat..

Dah Jumaat.. Best!!! Bertambah best bila dah lega satu kerja.. Legaaaaa sangat! Tak lalu makan.. Tak lena tidoq duk ingat kat baju ni.. Dahla tuan dia nak balik jauh kat Sarawak.. Flight pagi Sabtu.. Pengsan! Mus letih.. Huhu.. Malam ni leh tidoq lena sikit.. Pas tu sambung baju orang lain pulak.. Duhhh.. Ok.. Baju ni totally 100% kerja tangan Mus.. Dari potong, jahit terus ke manik-manik segala mak nenek sumer.. Tuh yang penat lebih.. Penat pikiaq.. Haha.. Baju dia kain satin grey.. Fesyen kurung moden.. Zip sembunyi kat belakang.. Kain susun belakang.. Then.. Jahit manik tabur kat tangan.. Dan bawah tabuq base dia keliling dan sikit bunga jalar-jalar kat depan tuh.. Objektif adalah untuk beratkan kain ni.. Pasai.. Kain ni dia macam pesen keras kah? Atau tebalkah? Tak berapa nak tau explain.. Kalau tak buh manik bagi berat, takkan nampak effect wavy-wavy ala-ala kembang kat bawah tu.. Memang pattern tak buat kuncup kat bawah.. Buat kembang nampak effect alun-alun.. Tangan pun kembang ujung.. Ala-ala zaman dulu.. Kat luaq masa dia pakai.. Nice giler effect dia.. Huhu.. Ni kes puji sendiri ni.. Wakakakak.. Ok la.. Penat.. Nak lepak-lepak sebelum balik.. Hari ni ofis half day pasai ada dinner malam.. Muahahah.. Tangkap gambaq banyak-banyak.. Harap-harap best la.. Tak kalu sah lagi penat.. Ok.. Ok.. Cukup.. Kang tambah merepek.. Happy holsssss kawan-kawan..

Jom Berangan!

Friday, January 22, 2010

Selamat Hari Jumaat..

Jom berangan bersama Mus.. Bayangkan bebudak sekolah seluruh Malaysia memakai uniform yang ada label "Jarum Sutera" seperti tertera di bawah.. Muahahaha.. Ting!!! Agagaga.. Dah! Dah! Cukup berangan! Jom kerja..

P/S - Today Jumaat.. Mana tahu doa dimakbulkan oleh Allah.. Kan? Good luck!

Kurung Siti Zubaidah

Wednesday, December 16, 2009

Morning kawan-kawan..

Seperti yang dijanjikan lama-lama dulu yang lepas.. Ahaksss.. Hari ni Mus sajikan dengan "Kurung Siti Zubaidah".. Ramai orang suka panggil ini "Kurung Pahang".. Actually 2 nama ni adalah tak sama.. Huhu.. Tapi agaknya memang ini normal panggilan dia la kan.. Kurung Pahang tak dak tulang tepi di pesak tuh.. Manakala, Kurung Siti Zubaidah ada tulang di tepi pesak sana.. Nampak beza dia? Baju begini memang takda kekek.. Effect kembang di bawah dek kerana bukaan pesak bawah lebih besar dari normal "Kurung Biasa".. Pesak selaras bahagian pinggang ada sedikit cutting.. Baju ni sesuai untuk kain yang berat jatuh.. Kain yang ringan kembang amatla rasa lebih besar effect dia.. Tak berapa menarik.. Orang yang berbadan besar kalau takut nak pakai kebaya, cuba try buat jenis kurung begini instead of kurung biasa saja dalam almari.. Sangat cantik ok.. Effect nice nice cutting masuk badan sedap mata memandang.. Cubalah.. Ada adik beradik kurung begini, nama "Kurung Riau".. Yang jenis ini plak pesak tuh di bahagi 2 bhagian.. Ada atas dan bawah.. Huhu.. Bahagian bawah pula ada 2 jenis pulak.. Kalau yang Kurung Riau ni takda belah jahitan tepi tapi kalau "Kurung Riau Brunei" ada belah dan perlu disambung jahitan belah tepi.. Tak ingat dah nama yang ni sama ada ada "Riau" ke tak tengah tu.. Tapi yang pasti, "Brunei" ada.. Wakakakak.. Pening ok.. Banyak jenis sebenarnya.. Tapi orang kita sekali harung jerk.. Ekekek.. Sebab semua akan pulun kata semua jenis ni adalah "Pahang".. Kan? Kalau tak cakap "Pahang" mesti cakap "Riau".. Hehe.. Pening kan? Dah.. Dah.. Mus hak explain ni pun pening..Gambar yang Mus attach tuh.. Dedua baju kawan Mus tempah.. Nak sejibik lagu baju dia beli di kedai.. Mus ada tengok contohnya.. Tapi nak suruh Mus ikut contoh, memang tak berapa nak berkenan la.. Bukan semua ukuran kita boleh dapat tepat sebab baju gini, dia kena pusing pola dan gam bagai.. Huh.. Hard to explain.. Ayat pun tungging terbalik.. So, kalau orang ada depan mata, Mus prefer amik ukuran badan.. Baru ngam-ngam baju masuk tak kecik tak besaq.. Kawan Mus padankan kurung ni dengan "Kain Datin" atau nama lain "Kain Pakai" atau nama lain "Kain Batik".. Agaga.. Pening.. Lagu pakai kain batik nuh.. Takdak belah.. Haha.. Pengsan! Lawa ok.. Since rangka kawan Mus ni besar, so bila hang dekat hanger Mus tuh tak berapa cantik flow dia.. Sebab bahu dia tak terletak elok.. Sebab bahu dia dah TERkeluar dari hanger.. Kawan Mus ni orang berangka besar, boleh bayangkan? The one yang kaler pink memang sangat cantik.. Kain dia berat dan jatuh lawa ke bawah.. Tapi the one yang kaler hijau tuh dia keras dan tebai.. Dia kain baju melayu tuh.. So, dia akan kembang besar la.. Paham kan? Angguk-angguk paham je la eh kawan-kawan.. Leher still di mata lalatkan.. Mus suka gini, nampak klasik.. Tak suka jalan cepat pakai list bagai.. Rasa macam xcantik betui.. Ermmm.. Cacat jer nampak.. Walau jahit pakai list memang cepat dan mudah giler.. Ekekek.. Ok.. Ok.. Penat menaip dah.. Selamat baca Mus mengarut pagi-pagi buta.. Hiahaha..

Kurung Sutera Hijau

Thursday, October 1, 2009

Morning..

Pening gempa bumi semalam.. Bergoyang-goyang.. Ekekek.. Sapa bergoyang sama? Semua lari keluar bangunan dan terus balik.. Ahaksss.. Yang nak buat OT semua batalkan program juga.. Takotsss.. Risauuu.. Melalut dah.. Haishhh..

Ok.. Hari ni interprem sepasang lagi kurung kepunyaan Che' Mah.. Kali ni sutera.. Che' Mah ni untung dia.. Mana-mana anak sedara dia jalan-jalan, selalu akan belikan dia cenderahati.. Ni orang pi Terengganu.. Merasa la dia kain sutera.. Wangi sangat sutera ni.. Walau katanya dah lama Che' Mah simpan dalam almari kain ni.. Menjahit sutera boleh tahan siksanya.. Ekekek.. Sutera dan chifon, lebih kurang sama degilnya.. Lembut lembai ya amat.. Tapi bila siap, lawa tak dapat sangkal la kan.. Kain ni cantik sangat coraknya.. Ada ber'kaki' orang kata.. So, Mus suka kalu guna sepenuhnya corak 'kaki' tuh.. Maka Mus buatkan baju dan kain kurung ni ber'kaki' semuanya.. Lawa sangat.. Lain kali Mus sah kena tangkap gambaq kain masa bentang seluas alam kan.. Tak kalu, sah tak dapat imagine kecantikan nya.. Baju ni pun sama, Che' Mah tak suka pasang span bahu.. Baju lelembut gini, kena span bahu wajib terletak cantik elok.. Takpala.. Dah kata trade mark Che' Mah, "bebasssss'' Ekekek.. Terima jer la..

Kurung Sulam Purple

Tuesday, September 29, 2009

Pagi kengkawan..

Pagi ni nak santapkan semua dengan hasil jahitan Mus.. Kurung sulam purple ni milik jiran Mus.. Che' Mah ni memang customer tetap lepas dari hari pertama dia tahu Mus boleh menjahit.. Terus semua baju dia ke Mus saja.. Hehe.. Rezeki.. Che' Mah ada 2 pasang baju raya.. Sakan orang-orang lama beraya.. Ni yang 1st punya Mus jahit dulu.. Sebabnya Mus suka nak potong kain ni dulu.. Kain pasang ni 4 meter siap bersulam dah.. Mus tak pernah cuba buat kain gini lagi.. Tuh yang excited nak cuba.. Bentang luas-luas sepanjang alam.. Then teropong mana badan kaki tangan bagai.. Sebab depa kan dah siap sulam semua part.. Badan, pesak dan tangan.. So, pepandaila nak ambil sulam bawah dia.. Dan sila jahit dan potong dengan cermat, dengan ukuran yang tepat untuk nak dapatkan hasil yang cantik di kaki baju.. Kaki baju tuh siap bersulam.. So, kena sama bawahnya.. Ada tailor yang nak mudah, takkan mau pakai sulam tuh.. Renyah agaknya.. Rugila.. Tapi kalu sesiapa tahu teknik nak samakan, adalah sangat mudah menjahit.. Bila dah siap.. Nampak cantik pula.. Lebih cantik dan terletak kalu ada pasang span bahu.. Tapi Che' Mah kan orang lama.. Huhu.. Span-span semua dia tak mau.. Tak bebas katanya.. Haha.. Apa-apala.. Asal Che' Mah bebasssss.. Ahaksss..

Kurung Moden Ala Aminah

Tuesday, September 8, 2009

Huihhh.. Lama kan Mus tak selit gambar baju-baju Mus jahit.. Tak sempat snap terus bagi tuan punya dah.. Hari tuh baru kata nak snap gambaq Kurung Pahang kain Chiffon.. Dah bagi pada tuan dia semalam, lupa juga.. Pening-pening.. Takpa.. Kita tengok yang ni.. Ni Kurung Moden.. Pattern ala-ala Kurung Moden Aminah yang kaler merah hati dulu.. Ingat tak? Belah tepi kiri kanan baju, kain susun belakang.. Baju ni kepunyaan wife kawan Mr. Fedex.. kan Mus kata. Mr. Fedex ni sales marketing memang hebat.. Ahaksss.. Tuan punya berbadan chubby sikit.. Katanya risau nak buat baju moden gini takut ketat bagai.. Tapi Alhamdulillah.. Mus jahit dengan selesa dan jayanya untuk tuan punya.. Mus juga kali pertama jahit Kurung Moden untuk plus size.. Tapi sukses yooooo.. Kejayaan.. Kejayaan.. So, sekarang dah confident untuk jahit baju gini untuk saiz yang begini juga.. Kain printed macam kulit ular.. Stripey gini kena pandai match tungging terbalik dia.. Tak kalu, mau culang-caling depan belakang, haru punya kerja.. Kain dari Dubai, ala sutera.. Atau betul sutera, Mus pun tak berapa tera.. Tapi memang macam sutera la.. Kain sutera dan chiffon memang Mus akan tambah RM5 lebih dari harga upah.. Hehe.. Paham-pahamla kenapa.. Panjang lebar plak kalu nak explain.. Sekarang tengah cuba-cuba jahit manik kat hujung tangan.. Doa-doa sukses yooooo.. Banyak lagi baju tak berjahit ni.. Pengsan! Pengsan! Sembunyikan diriiiii.. Larikkkkk.. Muahaha..

Kurung Moden Aminah

Tuesday, June 30, 2009

Salam kawan-kawan..

Lama owh tak update.. Saja.. Bertapa.. Mabuk dengan soalan tentang kahwen dari semua orang.. So, duk dendiam dulu.. Hehe.. Juga mabuk ngan gambar semua.. Kerja banyak so kurang masa nak resize mak nenek semua.. Nanti kalu dah dpt album sekali harung Mus snap semua.. Kita berehat dari cerita kenduri ok.. Kasik Mus masa happy-happy nanti tanpa paksaan so Mus letak gambar pelan-pelan.. Kadang-kadang buat kerja paksa pun hati tak hepi kan? Hehe..
So, sempena nak bulan puasa ni.. Mai kita cuci mata dengan fesyen baju.. Kali ni nak interprem kurung moden milik Aminah.. Mus jahit untuk dia sempena kenduri Mus hari tuh.. Kurung moden belah tepi kiri kanan.. Leher ala-ala kurung biasa bentuk airmata yang nanti dipadan dengan keronsang besaq yang hasilnya adalah sangat deboom.. Huh.. Lawa.. Zip sembunyi di belakang.. Tangan kembang hujung untuk effect lebih menawan.. Padanan kain warna polos susun belakang.. Lawa tak kain susun belakang? Normal kita boleh lihat kain susun belakang selalu ada macam satu pelapik macam empat segi tuh kan? Dan susun dia adalah leper.. Tapi kain susun Mus lain sikit.. Susun adalah menegak dan terletak berdiri.. Boleh nampak kelainan? If kita berjalan, kain tak akan bersepah.. Terletak je kembang.. Mus dah mula sebuk menjahit.. Raya nak dekat dah ni.. Dah banyak kain orang hantar sebelum kenduri.. Huh.. Efisen please.. Cukup-cukup makan angin.. Haha.. Kawan-kawan dah tempah baju raya? Muahaha.. Saja nak api sikit bagi teringat raya nak dekat.. Larikkkkk..

P/S - Hutang Ibu baju anaknya.. Matila.. Efisen.. Efisen.. Vroom.. Vroom..

Kurung Kebaya

Wednesday, May 27, 2009

Holla kengkawan.. Heh.. Lama nau nak mengupdate blog ni.. Kali ni Mus nak tunjuk baju kurung kebaya Mus yang Mus war-war hari tuh.. Dah lama dah tangkap gambaq ni.. Tapi tuan blog je yang pemalas lipash agaknya.. Haha.. Mus tak dapat nak tunjukkan dengan details baju ni.. Tak pandai le plak nak snap2 situ sini.. Blurrr sesaja.. Takpa.. Mai Mus citer ciri-ciri baju ni.. Ni adalah fesyen paling latest.. Confirm semua orang tak pernah tengok fesyen ni lagi.. Gabungan antara baju kurung pahang serta kebaya.. Boleh nampak kan bawah baju adalah kembang? So, itu adalah cutting kurung pahang.. Manakala bahagian atas nampak fit kan? Cuba tengok di bahagian tangan tuh.. So, itu adalah cutting kebaya.. Di belakang dipasang zip sembunyi.. Sekarang ni Mus dah tera ok pasang zip sembunyi.. Hehe.. Peningkatan.. Berkat pergi kelas, tunjuk ajar Chegu Jeff.. Mus dah pakai pun baju ni pi kenduri.. lain sikit dari orang.. Semua tegur.. Padankan dengan kerongsang besar kat leher baju tuh.. Meletopsss.. nak lebih meletopsss lagi kalu, sila jahit manik batu-batu tuh keliling.. Meletopsss glemsss semua lengkap owwhhh.. Dalam gambar tak berapa nampak sangat kan? Bila pakai sangat sedap.. Simple and nice.. Nanti Mus tunjuk baju Mus jahit pada Aminah.. Kurung moden belah tepi, kain susun belakang.. Hehe.. Dah tera ok jahit kain susun belakang.. Miahahaha.. Seronok! Seronok!

Kurung Biru Tok

Sunday, April 19, 2009

Lama kan.. Mus tak tunjuk baju kurung Mus jahit.. Apa Mus buat sebelum ni ha? Haishhh.. Macam hilang ingatan.. Ekekek.. Kurung Tok Mus glamer berbatu permata bagai.. See.. Orang lama pun pandai bergaya ok.. Kurung biru ni khas nak pakai masa Mus akad nikah nanti.. Dah siap pesan dah pada Tok.. Melayan la kerenah cucu nan seorang ni.. Ala.. Kata Tok sayang Angah kan? Muahaha.. Sebenaqnya lama dah siap.. Tapi bertagak nak jahit mata lalat.. So, Ahad lepas Mak ajak pi rumah Tok.. Kami lepak sana sementara tunggu Aminah habes bengkel motivasi apa ntah.. Sementara tunggu tu, sempatla Mus jahit mata lalat.. Siap sehelai.. Lega.. Ada 2 helai lagi ooo.. Dah siap jahit, cuma tinggal nak memata lalat leher saja.. Tok kata tak payah jahit semua tuh tapi Mus tak mau.. Rasa tak puas hati ja.. Rasa tak elok ja baju Mus jahit tuh.. Tu yang gagah jahit kemas-kemas mata lalat semua.. Baru puas.. Haishhh.. Banyak kerja menanti Mus ni.. Doakan Mus berjaya ok.. Hari ni nak runner beli barang kenduri lagi.. Aishhh.. Tak pernah habes kan.. Makin beli, makin tak cukup.. Ada-ada saja.. Haishhh.. Dugaan..

Kurung Mak Mus

Wednesday, December 17, 2008

Kali ni jahitan baju kurung untuk Mak Mus.. Asyikla sangat menjahit untuk orang kan, sampai terlupa nak jahit untuk Mak sendiri.. Heh.. Seb baik ada orang hint-hint kata dia nak baju baru.. Tak kalu, alamat.. Tak siap lagi la nampaknya.. Siap baju ni minggu lepas hari Khamis.. Pulun jahit bagi siap jugak-jugak sebab Mak Mus nak melaram pakai baju kurung baru ke kenduri rumah sedara Mus kat kampung nanti.. Tengok.. Mentang-mentang ada tailor kat rumah kan.. Dan-dan tuh nak baju baru pi kenduri.. Ekekek.. Takpa.. Melaram sekali sekala.. Kain ni beli masa balik kampung raya puasa hari tuh.. Murah-murah kain ela kat Jitra.. Naik rambang mata tengok.. Haishhh.. Kalu balik lagi, nak simpan duit beli lagi.. Hiksss.. Kain nak buat baju kurung Mak ada dua pasang lagi rasanya.. Bila nak siap tatau.. Sekarang tengah duk siapkan baju Tok Mus jap.. Shutdown minggu depan dah berkira-kira nak jahit langsir rumah Mr. Fedex.. Buat awal-awal senang.. Kang letih Mus nak berlari sorang-sorang.. Kawan-kawan, taknak tempah baju pi kenduri ke? Mai la.. Boleh jugak survive sempena shutdown nanti.. Eheh..

Kurung Pahang Ngah

Thursday, December 11, 2008

Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Countdown untuk berhujung minggu.. Ekekek.. Sah nak kena tibai belakang.. Draft entry ni pun berjam-jam.. Apa ke benda yang dimenungkan pun tak tau.. Haishhh.. Dah.. Dah.. Takmo malas-malas.. Entry kali ni nak tayang Kurung Pahang Ngah Mus.. Mus ler suggest Ngah buat baju ni since Ngah tak tau nak buat baju apa.. Selalu Ngah main rembat kat kedai ready made jer.. Ni kira baru nak try upah jahit.. Ada sorang customer dia menjual kain pasang agaknya.. Ngah rembat le, bukan Ngah nak beli rasanya ni.. Ngah ni dia lembut hati.. Ekekek.. Plus beli barang lak, soping-soping Ngah sukala.. Haishhh.. Apa nak jadik Ngah ni.. Terus Ngah bagi Mus.. Katanya jahit le apa-apa.. Baju kurung ke, baju apa ke.. Haha.. Lawak.. Mus suka Kurung Pahang, tuh Mus suggest.. Tetambah Ngah ada Kurung Pahang dalm koleksi.. Mus ikutla sejibik.. Tapi sayang.. Kain ni ngam-ngam 2 meter untuk baju.. Sebab kain ni pesen kain ngan baju asing-asing kain.. So, kat pesak tuh tak boleh nak kembangkan sangat.. Limited.. Tapi still kembang di bawah la.. Kain contoh Ngah kipas belakang tapi sempit katanya tak selesa, so Mus suggest kain pakai la.. Sebab Ngah takmo kain belah, so Mus buat kain pakai la.. Selesa katanya.. Taknak sempit-sempit.. Baju ni, first time Mus jahit span bahu sendiri.. Hiksss.. Suka.. Selalu Mus akan bawa kain perca then pergi kedai Auntie Kongsi dan minta dia jahitkan.. Sebab beli span dengan dia.. Kali ni, Mus beli span satu papan tuh, then balik jahit sendiri.. Berjaya.. Dah lama Mus duk tengok cara Auntie tuh buat.. Kemas dan lengkuk elok.. Menjadi.. Sukaaa.. Mus dah amek pola pesak baju contoh Ngah yang lawa tuh.. Mus nak buat kat baju Mus.. Hehe.. Nak jahit baju sendiri.. Asyik jahit baju orang saja.. Ni pun entah bila ni.. Ekekek.. Berangan je lebih..

Kurung Oren

Thursday, November 20, 2008

Semalam siap sudah kurung oren.. Ditempah oleh kawan Mr. Fedex, Boy.. Kawan yang sangat istimewa untuk dihadiahkan pada Si Kekasih Hati nya yang juga istimewa.. Satu hari nanti Mus blogkan pasai derang.. Sangat istimewa.. Pertama kali jumpa, sedih rasa, sebak di dada tapi ditahan air mata.. Tapi berulang kali, dah biasa, tak apa.. Boy di KL, Si Kekasih Hati di Penang.. Bercinta tak kenal jarak.. Itu semua bukan alasan pemisah.. Kan? Disebabkan faktor tertentu, kain ni kami yang beli.. Mr. Fedex cuma mendapat arahan.. Boy minta belikan kain ela serta minta Mus jahitkan baju kurung buat Si Kekasih Hati.. Surprise al-kisahnya.. Si Kekasih Hati badan lebih kurang Mus saja.. So, ikut ukuran baju kurung Mus.. Siap sudah.. Minggu lepas terkejut-tergempaq Boy datang Penang.. Baju tak siap lagi.. Tak diberitahu pun nak datang.. Tiba-tiba sampai saja.. Tidak kalu, boleh Mus segerakan siap malam tuh juga.. Boleh Si Kekasih Hati buat pakai Raya Haji nanti.. Al-kisahnya rindu pada Si Kekasih Hati pengarang jantung penenang jiwa.. Dapat berbicara sekejap sambil minum pun dah terubat rindu, tak apa.. Rindu bermacam cara.. Rindu dari hati tak perlu melihat wajah.. Cukup sekadar berbicara menerusi jiwa.. Ajaib kan? Kita yang tidak istimewa, lengkap segalanya harus mencontohi mereka.. Mus sayang mereka, kedua-nya.. Semoga mereka berbahagia.. Mus doakan..

Baju Kurung Ika

Tuesday, November 11, 2008

Mus kan dalam malas-malas ni kena la rajinkan diri.. Takda maknanya malas-malas ni.. Banyak kerja Mus nak kena buat.. Kain rasanya ada 3 pasang nak kena jahit lagik.. Sekarang ekonomi jatuh, sektor pengeluran memang terasa.. Mus ni sektor swasta, sah-sah terjejas.. Nasib baikla Mus ni ada juga busuk-busuk skill lain.. Ujung tahun kilang Mus akan shutdown.. Biasala.. Hujung tahun tak banyak bisnes kan.. So, dari sekarang Mus terpaksala gigih jahit baju.. Mus nekad dah.. Jahit baju selagi ada daya.. Mus kan nak kenduri, banyak nak guna duit.. Kekadang fikir macam tak boleh nak pi dah rasa dah ni.. Tapi cabaran, kena la kita harungi.. Kalu fikir tak boleh, tak lepas, sampai bila pun tak kawen kot Mus ni.. Haha.. Takpala.. Selagi ada kudrat kan, selagi tu la Mus bekerja.. Allah bagi kita tenaga.. Kan? Kena la guna sehabis baik.. Doa, mana tau kejayaan kita harungi cabaran nanti.. Mus ni merata pergi je iklan sakan tau sapa-sapa nak jahit baju.. Dah takda malu dah.. Mana saja Mus pi tanya ja.. Mana tau, ada tempahan dapatla Mus bayar duit nak kenduri nanti.. Berjimat sehabis boleh dah ni.. Segala benda buat sendiri.. Hiksss.. Moga-moga lepas la kan dugaan dan cabaran ni semua.. Sampaikan dalam mimpi pun masuk cerita preparation nak kenduri nanti.. Tuh.. Punya fikir.. Mai nak iklan jugak sikit.. Sapa-sapa mencari tailor nak jahit baju, tak nak cuba skill Mus ke? Ekekek.. Mus sedia berkhidmat.. Murah je.. Upah sepasang baju kurung cuma RM28 je.. Mari-mari.. Ok.. Ok.. Sudah gamaknya iklan.. Hehe..

Benarnya nak cerita pasai baju kurung yang Mus dah siapkan.. Jumaat lepas dah deliver ke tuan badan.. Ni baju Si Zulaikha itu.. Sepupu Mus.. Dia nak pakai baju ni untuk raya lepas.. Tapi tu la.. Datang hantar lewat sangat, tempahan kan dah penuh.. Hiksss.. Pakai Raya Haji la na.. Ni kira baju budak ni.. Dia baru darjah 2 tapi badan ngalahkan Mus.. Tinggi renjong budak ni.. Sebab saiz dia standard budak menegah maka upahnya RM20.. Sapa-sapa nak cuba jahit baju, maila.. Dijamin puas hati.. Ekekek.. Iklan lagi.. Dapat duit ni lepas la nak buat dan beli benda kecil-kecil.. Lega rasa dah siap.. Mencari kudrat nak siapkan banyak lagi baju.. Doakan kejayaan Mus ya.. Terima kasih..

Kurung Peach

Friday, October 24, 2008

Dalam malas-malas Mus kan.. Siap dah baju kurung peach kepunyaan Shahera.. Mus jahit bahagian baju dia saja.. Sebabnya bahagian kain dah siap berjahit oleh tailor lain.. Dia nak padankan kurung peach ni dengan kain songket colour yang sama.. Material satin.. Tapi sayangnya hujung kain ada yang rosak.. Maybe derang tak belek masa beli kain hari tuh.. Mus jahit kurung peach ni selepas je balik dari kampung.. Siap dah sehelai ni.. Ada 3 helai lagi dalam proses.. Progress ala-ala slow snail jer.. Hehe.. Sambil-sambil jahit layan gulung kertas.. Buat 2 kerja sekali maka kerja tak berapa nak efisen.. Yer la.. Sebab gulungan kertas tu nak kena top-up setiap hari.. Kaki tangan tak banyak.. Semua perlu sendirian berhad.. Andai kata surut je, proses anyaman terhenti.. Tak buat sehari rugi sangat.. Beribu perlu anyam.. Masa pula tak banyak.. Ermmm.. Doakan kejayaan Mus eh.. Moga mudah jalan serta Mus banyak bersabar.. Erm..

Kebaya Labuh Mus

Monday, October 13, 2008

Walalala.. Pagi-pagi ni atas permintaan orang itew yang gigih tangkap gambar model mana tatau.. Haha.. Mus interpremkan gambar Kebaya Labuh yang Mus jahit untuk diri sendiri.. Mus asyik lupa nak snap gambar kebaya Mus.. Ni orang itew tolong snapkan dengan modelnya sekali.. Abaikan si model, tuh ilustrasi semata-mata.. Model ni renek je macam pokok herba.. Hiks.. Perasan tak kain untuk bahagian baju tuh sama spesis ngan Mr. Fedex punya? Ha.. Tahun ni kita orang buat gempak sikit.. Kasik sedondon.. Kebaya kosong dipadankan dengan kain batik yang dijahit jadik kain belah.. Lawa dak? Then leher tuh tinggi ala-ala leher cekak musang skit, potongan V.. Butang depan tuh Mus jahitkan butang cina.. Mus suka sangat dengan butang cina.. Kebanyakan kebaya Mus semua fesyen nih dan ada butang cina.. Masuk baju ni, Mus ada 3 pasang fesyen yang sama, kain kosong dipadankan dengan kain batik.. Mus tatau kenapa.. Mus suka sangat kain kosong padankan dengan kain batik.. Rasa klasik.. Tak ditelan zaman.. Mus jahit kebaya labuh ni berpandukan pada nasihat kakak tailor.. Sesambil tengok contoh baju Mus yang sedia ada.. Mus berangan pas abes Syawal ni nak pi menuntut ilmu kat kakak tailor tuh.. Tu pun kalu dia sudi amek buat anak murid.. Hehe.. Dia duk kata dia banyak baju nak jahit.. Takpa, nanti Mus kenen-kenen sampai dapat.. Upah le kek ke apa ke sejibik.. Hehe.. Doakan Mus na.. Mana tahu esok-esok dah berani jahit kebaya kat orang pulak.. Besar angan-angan eh.. Huh..

Kurung Kedah Tok

Friday, October 10, 2008

Ni juga semua projek sebelum raya hari tuh.. Banyak barang kena jahit, semua kena habeskan sebelum raya tiba.. Mus ada cerita sebelum ni tentang Kurung Kedah Tok ni kan.. Yang Abah nak beri baju raya pada Tok a.k.a jiran Mus ni.. So, Tok request baju Kedah ni.. Yer la kan.. Orang lama suka baju Kedah ni.. Siap request nak ada poket tuh belah kiri.. Haha.. Nak sejibik lagu dia pakai.. Mus pun turutkan saja.. Kain cotton ni Mus memang dah lama beli.. Mesti Cik Seri perasan.. Hehe.. Then Abah matchkan dengan kain batik ni.. Raya pertama Mus tengok dia pakai.. Suka.. Masa malam raya Mak Mus pi hantar pun, Tok siap try.. Excited dia.. Hari raya kedua, Tok masih pakai kain batik ni dengan baju Kedah yang lain.. Sukala gamaknya.. Dia syik kata, "Dapat baju raya baru.." Kesian dia.. Ermmm..

Kurung Si Ibu

Thursday, October 9, 2008

Seperti dijanjikan semalam.. Ini baju kurung Si Ibu.. Yang di bawah sana adalah kurung Si Anak.. Cuba semua tengok.. Rasanya kain Si Ibu lebih menarik dari kain Si Anak kan? Mus rasa derang patut tukar.. Si Ibu ambil kain Si Anak.. Si Anak ambil kain Si Ibu.. Kain Si Ibu ni ada batu permata ohhh.. Ha.. Jangan tak tahu.. Glamer.. Menjahit kain ada permata bagai ni, tambah satu kerja lagi la.. Kena cungkilkan permata tuh jika ada yang dekat dengan mata mesin.. Jaga-jaga eh semua.. Boleh patah jarum.. Rosak mesin.. Andai patah jarum mesin jahit, takpela.. Murah.. Andai patah jarum mesin jahi tepi, punah! Mahal sebatang jarum mesin jahit tepi.. Kena jaga-jaga.. Baju Si Ibu ni jenis kain benang hitam.. Mus suka jahit jenis kain ni.. Cantik.. Untuk baju ni, ujung tangan serta ujung baju Mus jahit tepi halus.. So, dia ala-ala ropol.. Sebab kain tuh lembutkan, sesuai la.. Cantik bila siapnya.. Mus berkenan.. Masa hantar baju ni, Mus suruh Si Ibu ni cuba.. Glamer katanya.. Haha.. Yerla.. Duduk di kampung kan.. Makcik-makcik biasanya derang tak glamer-glamer.. Mus saja mintak permission nak jahit tepi halus baju Si Ibu.. Di mata Mus lawa, suka.. Ala-ala ropol.. Si Ibu kasik green light.. Apa lagik.. Cuba la.. Tuh yang dia kata, "Glamer baju raya.." Lega bila Si Ibu suka.. Nanti nak try pada baju Mus juga.. Bila ntah nak jahit baju Mus pulak.. Haha.. Berangan je la..

Kurung Hijau Syuhada

Wednesday, October 8, 2008

Baju kurung ni jugak projek sebelum raya.. Tempahan dari jiran Mus.. Merata dia orang tanya tailor.. Semua tak nak ambil dah tempahan.. yer la.. Dah nak puasa masa tuh.. Tetiba Mak Mus pi rumah Tok (jiran Mus) kat situ sebab nak minta Kurung Kedah dia.. Abah nak suruh Mus jahitkan untuk Tok tuh.. Saja nak sedekah pada dia baju raya sempena Syawal.. Bila derang tahu Mus boleh jahit, terus derang marah Mak Mus.. Haha.. Sian Mak.. Kena serbu.. Mus balik derang tanya, boleh ke nak hantar 2 pasang baju.. Kebetulan masa tuh takda banyak baju nak jahit lagi.. So, Mus terima la.. Siap anak dia rungut.. "Rumah kat depan mata leh jahit baju.. Mak kalut nak cari tailor jauh-jauh.." Ketawa je la Mak Mus tuh.. Tak ramai orang tahu Mus boleh menjahit.. Bak kata mak sedara Mus yang datang beraya baru ni, "Tengok dari gaya.. Biasa, takde talent pun.. Tak sangka, boleh buat sendiri semua" Huhu.. Boleh ke kata macam tuh? Dengar je la.. Orang tak tahu pun takpa.. Orang tahu karang kata nak menunjuk lak.. Payah cenggituh.. Oppsss.. Melalut.. Haha.. Ni baju kurung anak jiran Mus, Syuhada.. Mus gempar kata malam raya baru siap.. Dia siap kata, "Malam raya pun takpala.. Janji ada baju raya.." Sian aihhh dengar.. Mus bagi seminggu sebelum raya.. Seronok bukan main.. Siap test bagai.. Nanti Mus interprem baju Mak nyer.. Baju Maknyer lebih cantik di mata Mus.. Jumpa esok.. Lalalala..

Kurung Pahang

Tuesday, September 9, 2008

Seperti dijanjikan.. Hari ni Mus sajikan hasil jahitan Kurung Pahang Mus yang pertama.. Mus sebenarnya pun tak berapa tau, apakah nama yang sesuai untuk fesyen baju ni.. Sebabnya sekarang ni macam-macam fesyen ada kan.. Setahu Mus la kan, Kurung Pahang ni leher cekak musang kan.. Entahla.. Celaru lak.. Dah orang kata Kurung Pahang, Mus pun Kurung Pahang la jugak.. Baju ni dia ala-ala kembang kat bawah.. Boleh nampak kan? Then dia takda kekek.. Tangan dia kembang setaman gituh.. Hehe.. Ni kira Mus first time buat.. Syukur.. Menjadi.. Nanti kita tunggu testimoni Tuan Baju.. Ekekek.. Tuan Baju tak mai ambil lagi.. Tak tau la sama ada Tuan Baju suka ke dak.. Harap-harap suka na.. Kurung Pahang ni kain selisih.. Mus dah confident nak buat kain selisih dah sekarang ni.. Siap pi amek balik kain batik Mus yang Mus tempah nak buat kebaya ngan kain belah.. Mus buat sendiri kain belah, baju saja Kakak Tailor jahitkan.. Kasik dia kurang beban sikit.. Hehe.. Suka.. Sekarang ni tengah jahit baju Raihan lak.. Siap nanti leh interprem.. Baru duk potong kain semalam.. Belajar benda baru.. Suka.. Doakan Mus success lagi na..

Ala Songket Pink Junior

Monday, September 8, 2008

Malas ke Mus ni? Haha.. Kena tanya diri sendiri.. Melengung depan pc buat apa entah.. Menaqnya.. Ingat tak lagi Ala Songket Pink dulu? Ha.. Ni seangkatan dia la ni.. Baju kurung ni dah siap minggu minggu lepas lagi ha.. Dah berapa minggu tuh.. Tapi kan.. Naper ntah.. Mood pi mana tatau nak update.. Tak silap kalu Isnin lepas baru tuan baju datang collect.. Si Junior a.k.a anak kawan Mus datang sekali.. Dah kata ini baju dia kan.. Mus balik kerja nampak dua beranak depan pintu rumah Mus.. Tersengih Si Junior tengok Mus.. Yer la.. Baju raya dah ada.. Seronok la tuh.. Until dah naik moto pun, tersengih je memanjang.. Haha.. Budak2.. Excited kan.. Hari tuh Mak dia ingat anak dia kecik sangat until boleh muat dua pasang kain nak buat untuk tiga orang.. Sekali Mus cakap mana cukup sebab anak yang first tuh dah besar pun.. So, derang pi beli lagi sepasang untuk Si Junior nih la.. Sebab semua samakan, happy la derang dapat pakai sedondon tuh.. Mus dah masuk kain yang ke-tiga sama, bila jahit sangat rasa nak muntah.. Haha.. Mus memang spesis tak boleh ulang corak agaknya.. Peten sama tapi kain lain corak takpa.. Andai sama semua, harusss.. Haha.. Pening.. Dah siap rasa lega gila.. Mus pun dah siap sepasang kurung Pahang.. Nanti Mus interpremkan.. Selamat melayan Monday Blues semua.. Eheh..