Showing posts with label Crochet. Show all posts
Showing posts with label Crochet. Show all posts

Up.. Up.. And Away..

Friday, May 25, 2012

As-Salam..

Hari ni masih berlegar cerita gegumi.. Kali ni gumi pegang belon.. Terbang tinggi.. Sesuai buat buh dalam kereta yang ni.. Kalau selalu ikut blog Mus, mesti tau yang Mus pun ada seketui gegumi ni dalam kereta juga.. Sangat nice.. Benang dari Daiso.. Tebai dari benang biasa.. Happy looking.. Hugsss..

Gegumi Bebear

Thursday, May 24, 2012


As-Salam..

Another version bebear Pica-Pau in shocking pink and brown.. Both dah unavailable.. Thanks to the buyer.. Hugsss..

Bebear Pica-Pau

Friday, May 4, 2012

As-Salam..

Hari Jumaat todayyy.. Yessszzza.. Mau Jumaat syiok selalu ha.. Ekekek.. Hari ni kita tayang-tayang bebear Pica-Pau versi kecik.. Setelah mengkaji siang dan malam, akhirnya telah berjaya.. Versi betui dia lagi besaq.. Ni perkecik skit ja.. Mau besaq lenguh tgn nak crochet aih.. Niat nak buat berketui-ketui.. Nak buat jualan bazaar.. Tunggu ahhh semua orang Penang.. Niat besaq, tatau tercapai ka dak.. Hati mau kental.. Hehe.. Okla.. Have fun tomorrow ok.. Coti.. Have a great weekend ok.. Hugsss..

Crochet Bow

Friday, June 17, 2011

As-Salam.. Salam Hari Jumaat..

Dah penghujung minggu kerja.. Esok cuti.. Cepatnya.. Semalam Mus meng-eksperimen-kan diri crochet bow ni.. Pattern yang sama tapi berbeza saiz jarum.. Juga berbeza cara kait.. See.. Ada perbezaan kan? Walau guna pattern yg sama.. Macam biasa, jarum saiz kecil akan buat outcome jadi kecil dan rapat.. Jarum saiz besaq akan buat outcome jadi gebu dan besaq.. So, pilihla mana yang memasing suka.. Ini hasil loose lagi.. Later Mus akan hasilkan something dengan bow ni.. Sesiapa yang minat nak order loose bow ni, sila email Mus ok.. Jangan malu-malu.. Until then.. Hugsss everyone..

Reversible Bag + Tiny Crocheted Bebear

Tuesday, May 24, 2011

As-Salam..

Masih lagi berlegar-legar sekitar cerita reversible bag.. Tapi kali ni lain sikit.. Selalunya reversible bag digandingkan dengan bouquet pin, tapi kali ni digandingkan dengan tiny crocheted bebear.. Heavy cotton fabric bermotif mickey hitam diganding dengan normal cotton fabric bermotif turqoise.. Actually, tiny crocheted bebear tu adalah berfungsi sebagai keyfinder.. Means, boleh gantung kunci kat keyfinder tuh.. Key finder tuh suka hati kita la.. Nak letak belah dalam ka luar ka.. Mudah nak cari kunci.. Lawa dak? Kah.. Kah.. Masuk bakul angkat sendiri.. Sapa-sapa nak order bebear saja pun boleh.. Nak order sekali dengan beg jugak boleh.. Apa-apa email Mus eh.. Next nanti Mus cerita pesen lain plak.. Beg tetap beg yang sama.. Pesen berbeza.. Hehe.. Ada-ada ja eh.. Banyak akai.. Ahaksss..

Ripple Cover

Tuesday, April 26, 2011

As-Salam..


Hari tuh kan kata nak cerita macam-macam.. Bi la salah satunya.. Kah.. Kah.. Gelak hebat dulu.. Sebab apa.. Sebab peram.. Dah lama ni.. Aktiviti dalam pantang ni.. Boleh? Mus kait ripple cover ni untuk fridge, rak dan oven Mus.. Kalau sesiapa pengait tegar mesti perasan.. Ni la pattern untuk ripple afghan kan? Mus xbuat afghan, buat alas.. Wahhh.. Memandai eh.. Memang mencari pattern yang rapat-rapat gini nak buat alas.. Masa dalam pantang, bila Alisha lena.. Mula la tangan ni macam-macam menggodeknya.. Ala.. Duduk atas katil, tatau nak buat apa.. Apa lagi, kaitla aktiviti yang paling santai sekali.. Seronok sungguh duk mengait.. Ralit pulak tuh.. Pas ni ada masa kalau nak sambung kait alas lain pulak.. Berangan je lebih ni.. Hehe.. Owh.. Masa lam hujung-hujung pantang Mus ada sambung hexy blanket Mus.. Dah besaq godang sikit.. Ada masa nanti Mus snap sikit gambaq kasik tonton dan bakaq geng-geng hexy sekalian.. Ekekek.. Niat tuh tak baik eh? Mana ada.. Saja kasik booster ja.. Muahahaha..

Hantaran Purple

Monday, March 14, 2011

As-Salam..


Lama Mus tak ekspose pasai hantaran kan? Bukan tak dak order.. Banyak ja ada.. Tapi kalau buat hantaran ni sah-sah tak dan langsung nak amek gambaq.. Sebab lepas buat tu nanti lupa nak snap.. Tup.. Tup.. Depa dan-dan mai amek dah.. Ni adalah latest hiasan Mus buat untuk hantaran.. Cuba kelainan ikut skill yang ada.. Saja nak cuba benda baru.. Actually ni bukan yang pertama Mus buat.. Sebelum ni ada buat lebey kurang hantaran begini dalam kaler beige dan peach.. Lembut kaler.. Sayang sungguh sekeping gambaq pun tak sempat amek.. Sebuk kalau buat hantaran.. Kali ni Mus cuba ketengahkan kombinasi bunga crochet dan hiasan serangga dari felt.. Sesekali tengok nampak menarik kan? Sesekali tengok nampak macam ala-ala kartun pun ada.. Santai.. Mus suka sungguh tengok.. Tak jemu.. Ingat nak cuba buat promosi la nanti.. Hehe.. Kita tunggu.. Tunggu Mus buat ayat.. Ekekek.. Tatau ada orang berkenan ke tak.. Tapi setakat hari ni, sambutan ok.. Happy Monday Blues la na.. Hugsss..

Bebear Naik Belon

Thursday, February 17, 2011

As- Salam.. Hugsss everyone..

Lamanya tak celoteh kat sini.. Kalau tidak hari-hari ada merepek kan? Ahaksss.. Ada banyak benda nak cerita juga sebenaqnya.. Tapi tu la.. Cerita saja takdak gambaq tak best aihhh.. Lagi pun, asal pegang netbook ni dan-dan la Si Alisha tuh ter-ek-ek bunyinya.. Macam mana? Cemburu eh Alisha? Kah.. Kah.. Ok la.. Today nak buat promosi tanpa bayaran sket.. Kerja amal la konon.. Untuk teman seperlaungan Si Cik Seri itewww.. Masa pregnant hari tu, Mus kan xleh nak jahit-jahit tutup lobang kalau letak fiberfill kan? So, dek kempunan maka telah meng-order dengan Cik Seri sekoq bebear nak buat gantung dalam keta.. Sekarang, bebear ni ado ha tergantung sana.. Kiut-miut ok.. Series.. Lawa.. Hasil kerja kemas.. Meletopsss.. Sesapa yang teringin nak ada sekoq bebear yang sama tapi jangan warna serupa ok.. Ekekek.. Sila jengah ke blog Cik Seri sana.. mindnsoul.. Dijamin puas hati ok.. Gambaq adalah ehsan dari blog Cik Seri.. Jangan marah na Cik Seri.. Cik Mus rindu aihhh nak kepo-kepo.. Bulan depan kita kepo na.. Ahaksss..

Ruffle Edge Tunic

Friday, December 17, 2010

As-Salam..


Happy Fridayyy.. Yesss.. Suka Friday.. Cuti-cuti esok.. Ahaksss.. Pemalas betul! Apa nak jadik ni ha? Tak insaf sungguh.. Kah.. Kah.. Kah.. Takpa.. Dalam malas-malas ni, tangan jalan jugak.. Malas nak mai opis ja penyakit la ni.. Suka nak baring kat rumah adalah habit baru.. Mus.. Mus.. Haihhh.. Ok la.. Semalam sambil baring-baring, sempat habeskan tali tunic ni.. Benaqnya dah lama dah siap skirt ni.. Tinggai nak crochet tali dia saja.. Pattern tertinggai mana tatau.. Tuh yang duk tangguh.. Semalam dah jumpa, terus perabes.. Comel dak? Haishhh.. Suka aihhh.. Kaler ni sebenaqnya hijau lembut.. Kena cahaya terus nampak terang-benderang.. Bebudak pakai kaler cerah-cerah gini lawa la kan.. Pas ni nak buat apa pulak tatau.. Macam-macam aihhh.. Tangan tak reti duk diam.. Ingat nak buat set pink ke baby.. Hari tuh siap sweater ja kan? Ha.. Boleh la kot, tambah booties ngan hat.. Cute.. Cute.. Masuk bakul angkat sendiri.. Hiahaha.. Ok la.. Happy hols everyone.. Hugsss..

Rose Bouquet Reversible Bag

Friday, December 10, 2010

As-Salam.. Happy Friday..

Even hari ni Friday, tapi hati macam tak happy.. Huhu.. Awat tatau.. Lately ni terasa hati sungguh.. Ka memang gituh dekat-dekat nak hujung pregnancy ni.. Senang sedih sungguh la tambah-tambah kalau takdak orang pujuk.. Huhu.. Mengada aihhh.. Dah.. Semalam Mus cuba crochet rose bouquet ni.. Berjaya!!! Yeayyy!!! Suka tengok rose ni.. Nampak macam nice-nice pulak.. Macam hidup sket.. Makan hati la Cik Seri itu kalau tengok bunga rose Mus ni.. Ahaksss.. Rose bouquet pin ni untuk reversible bag kat bawah ni.. Matchkan? Tapi tataula kot-kot tuan dia tak kenan.. Kena tanya dulu sebelum pos.. Huhu.. Dak kalau naya aihhh.. Ada lagi 3 ketui reversible bag nak kena buat.. 2 ketui dah siap potong, tinggal nak jahit.. 1 ketui tak buat apa lagik.. Ahaksss.. By next week kena settle pos semua.. Harap-harap sempat.. Baby duduk diam-diam ok dalam sana.. Baby baik kan? Kan? Kan? Happy holsss everyone.. Hujung minggu ni sebuk.. Huhu.. Tak dapatla nak settlekan keja semua.. Takpala.. Harap semua ok.. Hugsss..

Baby Hat

Tuesday, November 23, 2010

As- Salam..


Lama tak update blog.. Hiksss.. Nak cerita pasai barut satgi.. Dah siap dah.. Satgi baru cerita.. La ni nak cerita pasai baby hat ni.. Siap semalam.. Lega rasa.. Harap tuan badan suka.. Untuk baby boy.. Sakan baby boy melaram topi crochet nanti.. Boleh tukaq-tukaq kaler no.. Ikut baju.. Lega dah siap satu benda.. Atas meja jahit Mus la ni dah clear dah semua barang.. Lega rasa.. Tinggai duk buat beg buh benang ke seorang kawan Mus itewww.. Dah half way.. Malam ni boleh perabis.. Pas tu, terus boleh potong untuk jahit kutu BOM punya.. Tinggai tujuh keping lagi.. Masa suntuk ni.. Kena cepat bekerja.. Kena jadi wonderpets.. Haha.. Harap-harap Mus sempat settle semua kerja sebelum TERberanak ni.. Minta kawan-kawan doa ke Mus na.. Bagi selamat semuanya.. Mus tengah debar-debar dan takut sangat.. Huhu.. Harap Allah mudahkan jalan.. Aminnn..

Sweater Belang-Belang

Monday, November 15, 2010

As-Salam..


Monday today.. Esok Selasa.. Lusa Raya.. Heeyahhh.. Today yang lemau nak citer pasai sweater belang-belang ni.. Cute tak? Cute tak? Katala cuteeeee jugakkkkk.. Masuk bakul angkat sendiri.. Ahaksss.. Dah siap minggu lepas lagi tapi takda button yang sesuai nak bubuh, tu tak tayang lagi.. Semalam pi beli benang dan button ni.. Bentuk love-love, pinkish.. Suka.. Suka.. Tapi sweater ni sah-sah sesuai untuk bebetul newborn saja.. Sangatla kecil comel dan kiut-miut.. Yang hari tuh punya sweater coklat, besaq sikit dari ini.. Yang ni berapa hari ja boleh pakai kot.. Wakakak.. Pasni kita buat menda len pulak.. Ekekek.. Sat nak pi tengok.. Suh Cik Seri tolonnn carikan pattern comel-comel.. Pengsanla.. Dah pulak excited ke crochet segala mak nenek barang baby.. Pening! Haha.. Pas ni apa pulak tatau.. Otak ligat sungguh.. Benang baru kaler ijo dah beli.. Hua.. Hua.. Hua..

"Grey Baby Set" - Mitten

Friday, November 12, 2010

Salam Jumaat..

Hari ni odit.. Odit.. Odit.. Dah selesai.. Lega.. Semalam ada cakap nak tunjuk mitten a.k.a sarung tangan baby kan.. Ni la pelengkap Grey Baby Set tuh.. Tapi mitten ni sesuai untuk newborn.. Kalau dah beberapa bulan, kena besarkan la.. Cute kan? Ish.. Barang-barang baby ni cukupla menarik jiwa raga.. Cute-cute sangat.. Geram.. Minggu depan Mus nak tunjuk sweater belang baru yang Mus kaitkan untuk baby Mus.. Dah siap crochet.. Cuma nak jahitkan button saja.. Until then.. Happy hols everyone.. Hugsss..

"Grey Baby Set" - Booties & Hat

Thursday, November 11, 2010

As-Salam..


Syioknya Khamis.. Esok Jumaat.. Uhhh.. Suka.. Suka.. Ahad nak makan roti canai.. Uhhh.. Sedap.. Sedap.. Today nak kepo-kepo pasai Grey Baby Set ni.. Ni bukan untuk baby Mus.. Tapi untuk baby orang lain.. Baby Zaheen.. Esok-esok kalau Baby Zaheen ni pakai set dia, Mus suruh Mak dia amek gambaq tunjuk.. Harap-harap Mak dan Baby suka set yang dipesan ok.. Sebenaqnya ada satu lagi bersama set ni, mitten a.k.a sarung tangan.. Masa amek gambaq ni, mitten belum siap.. Sekarang ni dah siap.. Nanti Mus buh gambaq.. Semalam dah settlekan mitten plus siap potong kaki seluar kerja Mr. Fedex.. Ni la orang kata, kalau tekun rajin sat ja kan.. Kalau pemalas lipas yang lama nak settlekan kerja.. Haha.. Padahal bukan lama mana sangat.. Yang penting, semangat ja mau ada.. Harap-harap semangat rajin ni berterusan sebab nak siapkan BOM dan nak jahit barang-barang keperluan baby sendiri sebelum TERberanak nanti.. Haha.. Mus ni berangan saja dah macam-macam.. Tu la pasai.. Senirik tanggung angan-angan supaya kesampaian.. Ahaksss..

Projek Mega!!! A Set Of Cardigan + Hat + Booties

Thursday, November 4, 2010

As-Salam..


Today Mus letih sikit.. Awat tatau.. Rasa tak bertenaga sangat-sangat.. Tak gagah nak buat kerja apa pun.. Rasa nak baring dan lelap mata saja.. Huhu.. Tapi sebelum tuh.. Mus nak tunjuk set baby yang Mus dah crochet tu.. Dah bega matchkan semua.. Bila tengok ni, rasa happy pulak.. Bayang baby sendiri yang pakai.. Wahhh.. Seronok kan.. Berangan Mus ni memanjang.. Happy sungguh hati ni bila boleh buat benda gini.. Bila belek-belek rasa syiokkkkk saja.. Cute tak? Suka sungguh tengok bunga-bunga kecil tuh.. Nyaman jer rasa.. Pas ni berangan nak buat sweater belang-belang pulak.. Ada jumpa pattern comel hari tuh.. Nanti boleh try buat booties jenis lain pulak bersama match hat kan? Haha.. Angan Mus ni takkan abes la.. Ok la.. Sebelum merepek meraban panjang berjela lagi.. Happy hols ok kawan-kawan.. Harap-harap minggu depan ada update menarik dari Mus lagi eh.. Hugsssss..

P/S - Sesiapa yang ada pattern crochet set baby yang menarik.. Bagila ke Mus eh.. Saja nak cuci-cuci mata.. Ekekek..

Projek Mega!!! Booties

Wednesday, November 3, 2010

As-Salam.. Morning..


Banyak hari tak update.. Hibernate.. Ahaksss.. Dak aih.. Mus duk sambung-sambung hexy blanket tuh.. Tapi lupa pulak nak amek gambaq.. Nanti Mus tunjuk progress.. Meanwhile.. Kita cerita benda lain.. Hari ni happy-happy nak tunjuk booties yang dah siap Mus crochet ni.. Crochet dalam masa dua hari.. Padahal kalau tekun, sehari pun boleh siap sebab senang pattern ni.. Suka sungguh masa buat.. Lately ni cepat letih.. So, crochet ni adalah aktiviti yang tangan ja jalan boleh sambil sandar-sandar, baring-baring.. Bagi Mus crochet ni kurang stress dari buat benda lain yang perlu tumpuan.. Memula pattern ni takdak suh crochet tali ikat tuh.. Dek semalam Cik Seri telah meracun fikiran Mus dengan paparan picasa web album yang semuanya crochet.. Yang boleh menjadikan hidup huru-hara.. Haha.. Maka.. Terhasilla idea buh tali ikat then hujung tuh bunga comel sambil di tengah ada inti manik putih.. Cute dak? Nanti Mus kena bega-bega yang set yang lain bagi sama la kan.. Suka aih tengok booties ni.. Sweet ja rasa.. Tuh.. Masuk bakul angkat sendiri.. Ahaksss.. Nanti esok kita tengok set dia kalau dah siap.. Saja nak menambah racun ke Cik Seri itewww.. Muahahahaha..

Projek Mega!!! A Set Of Cardigan + Hat

Friday, October 29, 2010

As-Salam.. Happy Friday..


Semalam Mus cerita pasai cardigan.. Today Mus cerita pasai set dia pulak.. Mus buat topi ni pas abes buat cardigan ni.. Bagi ada set.. Baru ngam pakai cardigan ngan topi pom-pom kalau keluaq malam.. Kan? Ececeh.. Berangan! Haha.. Cute dak topi tuh? Actually cardigan ni pun Mus nak crochet something buh kat tepi baju.. Atau crochet pengikat pom pom kat tgh baju.. Tatau macam mana lagi.. Tak decide lagik.. Tapi kalau ikut pattern dia, memang kosong gini.. Buat topi ni sehari ja amek masa.. Nampak benau excited kan? Ahaksss.. Syiok ok.. Excited pulak nak tunggu Baby ni.. Ekekek.. Nanti dah ada model, bolehla kita melaram.. Hiahahaha.. Berangan lagik! Mus sekarang ni tak abes-abes berangan.. Macam-macam.. Petang ni confirm nak singgah kedai benang.. Nak ushar apa yang patots.. Dengaq kata ada orang nak belanja benang sepapan.. Owh.. Tapi.. Sesambil tuh.. Mus dah potong kain putih.. Dah jahit hexy sikit-sikit.. Semalam dah sambung sikit dah.. Nanti dah besaq skit, Mus tunjuk progress.. Happy hols kawan-kawan.. Hugsss..

Projek Mega!!! Siap!!!

Thursday, October 28, 2010

As-Salam..


Lama tak update blog no.. Bukan apa.. Tertinggai kamera kat umah mentua.. Tuh nak update takdak gambaq bukti macam tak berapa nak best pulak.. Tuh yang delay lama tuh.. Ni la projek mega yang Mus gembar-gemburkan tuh.. Siap lama dah ni.. Hebat ok.. Tak pernah pulak siap projek crochet mega jenis gini-gini.. Ni semua penangan Cik Seri yang hebat meracun itewww.. Akhirnya.. Bila racun TERserap.. Hasilnya cardigan baby yang comel itewww.. Ahaksss.. Comel dak? Lantak.. Orang tak puji, sendiri puji sendiri.. Muahahaha.. Ni ada set dia ni.. Nanti esok pulak Mus tunjuk set dia.. Set dia pun siap dah.. La ni tengah berangan nak beli benang baru.. Nak buat projek lain pulak.. Nak CAL ngan Cik Seri itewww.. Entah jadi ke tak.. Ekekek.. Berangan ja lebih selalunya.. Ahaksss.. Ahaksss..

Projek Mega!!!

Friday, October 22, 2010

As-Salam.. Happy Friday..


Agak-agak Mus tengah crochet apa? Ahaksss.. Gatai owh nak suh orang teka-teka.. Nanti siap baru Mus tunjuk ok.. Sat kalau habaq sungguh-sungguh tak jalan kerja pulak.. Macam tatau.. Mus kan cepat TERpengaruh.. Nih pun Cik Seri punya penangan la jugak ni.. Ni kira projek start selepas siap tawashi rose tuh.. Masa tuh tak pi beli kain putih lagik.. Tatau nak belek apa, tuh yang buat Projek Mega ni.. Tak la Mega sangat pun.. Tapi bagi Mus agak Mega la.. Pasai tak pernah try.. Ni saja nak test skill hak berkarat dah ni.. Ekekek.. Nanti minggu depan kita tengok apa jadik.. Kalau tak siap, makna jadik UFO.. Eh.. Tapi jangan memain.. Benang dah beli stand by sampai 3 bijik.. Tak jadik kalau sah Mr. Fedex jeling.. Muahahaha.. Minggu depan Mus update progress ok.. Harap-harap jadik something daripada jadik nothing.. Haha.. Ok la.. Mus sat lagi nak attend akad nikah BFF Mr. Fedex.. Happy hols everyone.. Hugsss..

Rose Tawashi

Thursday, October 21, 2010

As-Salam..


Semalam dalam keta, sesambil tunggu Mr. Fedex abes kerja.. Mus pintal-pintal benang buat rose tawashi ni.. Ni semua gara-gara terpengaruh ngan Cik Seri itewww yang suka pada tawashi.. Tapi tawashi depa dari benang Jepun besaq hak glamer tuh.. Tawashi Mus pakai benang Nona saja.. Ahaksss.. Nak jugak.. Disebabkan selembar benang Nona kecik sangat, so Mus gabungkan dua lembar.. Jadik besaq dan gebu.. Some more, sekarang ni Mus dah belajaq ngan Cik Seri itewww menggunakan jarum gauge besaq.. Wah.. Lebih mudah kait dan lawa hasil kaitan rupanya.. Patutla tengok web omputih nuh depa semua pakat pakai jarum gauge besaq.. Elok rupanya hasil kaitan.. Rose tawashi ni chart dia dalam bahasa Jepun.. Berkat menuntut ngan Cik Seri itewww juga ditambah dengan kecekapan suka hati kait ikut hati sendiri, maka jadila jugak rose tawashi ni.. Cara dia sama dengan buat spiral epal tuh saja.. Ok la.. Pas ni apa pulak Cik Seri? Fish cracker? Ekekekek.. Merepek sungguh Mus ni..