Showing posts with label Tutorial. Show all posts
Showing posts with label Tutorial. Show all posts

Bebear Kekasih Mr. Bean

Wednesday, March 24, 2010

Petang kengkawan..


Dengan pantas ni.. Update bebear kekasih Mr. Bean.. Sepasang.. Combination of light pink and light blue.. Perghhh.. Macam candy.. Puji diri sendiri.. Takleh blah.. Haha.. Yang penting adalah.. SOLD!!! Baru kuaq oven terus kena rembat ok.. Sepasang sekali dirembat.. Ni Mus buat masa lunch break taksat.. Sat ja godek itu godek ini.. Siap!!! Hani ada request suh buat tutorial kat fb nuh.. Mus pun tangkap la gambaq step mula, step ke-2 tapi step ke-3 dan seterusnya lupa ok.. Boleh? Punya syiok tangan duk godek.. Tak perasan.. Cesss.. Cesss.. Takpa.. Sebagai ganti.. Kat bawah ni Mus letak link tutorial dari blog Zie.. Zie pun tengah duk jinak-jinak buat kraf.. Dah demam kraf juga.. Sila tekan kat link bawah eh kawan-kawan.. Good luck!!!

Tutorial Bunga Stokin Cik Rai

Friday, November 28, 2008

Semalam ada permintaan di shout box dari Ainaa mengenai tutorial bunga stokin kan.. Ok.. Hari ni Mus kasik link kat bawah ni ke tutorialnya.. Kebetulan, Cik Rai yang berseni itu berkongsi ilmu dengan kita semua.. Jom sama-sama kita pakat terjah dan guna ilmu yang diberi sebaik mungkin.. Hiksss.. Pada sesapa yang tak ingin buat sendiri tapi ingin menempah juga sangat dialu-alukan oleh Cik Rai.. Sila eh terjah ke sana.. Terima kasih eh Cik Rai kerana sudi kongsi ilmu.. Thank you.. Semoga rezeki Cik Rai bertambah.. Aminnn..

Tutorial

Monday, November 3, 2008

Ok.. Hari tuh ada blogger tanya Mus macam mana nak buat sticky post kan? Ok.. Hari ni Mus kasik link ke mana boleh tengok tutorial semua tuh.. Actually, Mus belajar ngan adik-beradik ni.. Ceera & Viruspadu.. Korang nak tutorial apa? Semua ada.. Kejap Mus senaraikan.. Macam mana nak buat Nuffnang jugak Mus belajar ngan dia orang.. Thanks eh Ceera & Viruspadu..

Senarai tutorial yang berkaitan dengan blog.. (Klik je kat link bawah..)
1. Tutorial 3 column..
2. Tutorial cut & paste coding..
3. Tutorial Gadget..
4. Tutorial gambar background..
5. Tutorial header..
6. Tutorial resolution..
7. Tutorial schedule atau auto publish..
8. Tutorial sticky mode..
9. Tutorial top commentar..
10. Tutorial video..

Senarai tutorial berkaitan dengan Nuffnang.. (Klik je kat link bawah..)
1. Konsep iklan Nuffnang..
2. Tutorial Nuffnang..
3. Tutorial poll..

So.. Selamat mencuba eh korang-korang semua.. Selamat maju jaya.. Andai ada soalan ke apa ke.. Tanyala.. Jangan segan-segan.. Andai kata Mus tahu, Mus bantu.. Sama-sama kita belajar benda baru.. Selamat!

Tutorial Pincushion

Wednesday, May 30, 2007

To all my stitching buddies especially Ibu Larling, yang bercita2 nak buat pincushion.. Huhu..

Step 1
Potong dua keping kain sama saiz lebih kurang 14cm x 14cm, 2cm untuk allowance kiri dan kanan setiap sisi.. Then jahit keliling tetapi tinggalkan sedikit bukaan seperti gambar di atas..

Step2
Temukan sisi bucu yang saling bersebelahan seperti gambar di atas.. Ukur dari penjuru bucu lebih kurang 2.5cm dan tandakan garis lurus seperti gambar di atas..

Step 3
Jahitkan pada garis yang telah ditandakan tadi.. Ulang step 2 dan 3 pada ketiga bucu yang lain dan hasilnya akan jadi seperti gambar di bwah..

Step4
Potong lebihan kain yang telah dijahit di keempat2 bucu seperti gambar di atas..

Step 5
Terbalikkan kain seperti gambar di atas..

Step 6
Masukkan fiberfill sehingga memenuhi ruang melalui bukaan tadi..


Step 7
Jahitkan pada bukaan tadi..


Step 8
Dengan menggunakan gam, gamkan reben disekeliling pincushion atau atas kreativiti sendiri sama ada nak jahitkan button atau tassel.. Dan hasilnya.. Walla! Seperti Gambar di bawah.. Selamat mencuba kawan2..