Kertas Recycle - Bakul Telur

Friday, June 27, 2008

Percubaan pertama.. Not bad eh.. Maybe dah lama sikit nanti bila dah dapat skill dapatlah bekerja dengan laju dan kemas.. Mus masih duk figure out, syelek apa yang derang gunakan dan berapa layer diaorang sapu sampai jadik keras dan shining macam tuh.. Thanks to Bal bagi Kak Mus tunjuk ajar eh.. Semalam anyam dengan Abah dapat buat seorang dua.. Hehe.. Abah kata renyah aih benda ni duk belek dia.. Renyah tapi turn out dia lawa.. Maybe sekarang tak cantik lagi tapi bila dah kena syelek yang sesuai mesti cantik.. Takpa.. Mus tetap belajar lagik.. Sekarang Mus kena hibernate, duduk dendiam.. Prepare apa yang patut.. Jadik budak baik.. Hehe..

Bakul Kertas

Tuesday, June 24, 2008

Recycle.. Mengempen pepagi buta.. Mari kawan-kawan sekalian kita recycle for better environment.. Mus cuba buat nih, bakul kertas dari suratkhabar lama.. Seronok juga.. Mus tak pandai anyam-anyam nih semua.. Tapi cuba juga.. Mus pakai suratkhabar lama rasa bakul dia lembik skit, maybe sebab Mus tak pandai gulung kot.. Then Mus cuba gulung dari kertas majalah lama, baru rasa ketat dan tegap dan keras sikit.. Mus cuba anyam tapak dia, terletak sikit dari kertas suratkhabar.. Bakul ni Mus anyam sekerat tapak dia then rasa tatau nak buat macam mana.. Haha.. Letak situh, tengok ja.. Then Abah Mus amek, pakai spek mata dia then dia pun godek la gitu gini, then jadik bakul nih.. Huh.. Nampak gaya Mus nak kena pi menuntut ilmu dengan Abah la.. Tak sangka Abah tera.. Niat Mus nak buat bakul telur.. Saja mencuba, mana tahu berair tangan kalu menjadi.. Tak cuba tak tahu kan.. Tengok yang dijual di pasar-pasar tuh mahal tapi cantik.. Tapi Mus tak tahu exactly apa or macam mana buat dia, kena salut gam ke tak perlu ke apa ke.. Ni main anyam je ha.. Haha.. Nanti kita tengok apa jadik pas ni.. Mus dah tak boleh bercrafty bagai lagik, kena hibernate dendiam.. Banyak keja kena settlekan.. Tapi kadang tersasar jugak kadang.. Tangan ni ha.. Haha..

Comforter Makeovers

Friday, June 20, 2008

Comforter Aminah itewww diberi wajah baru.. Aminah ni tidoq lagu mana pun tatau la.. Nampak dak gambar atas, gambar sebelum makeovers, koyak rabak kain dia.. Tuh kan, Mak Mus dah jahit tangan beberapa kali dah.. Tapi, masih.. Aiseh.. Ganas Aminah nih.. Tidoq sambil terajang gamak.. Huhu.. Mak Mus tak larat nak jahit kain yang koyak tuh dah so dia minta Mus jahitkan sarung baru untuk comforter Minah.. Kain guna dari cadar yang lama dolu-dolu.. Recycle.. Sekarang cadar tuh dah tak sesuai buat sarung tilam lagi sebab katil semua dah pattern lain kan, saiz tak kena dah.. Mak Mus ni pandai simpan barang.. Haha.. Sayang nak buang katanya.. Pas masukkan comforter dalam sarung kita kena la jahitkan atas dia supaya kain sarung dan comforter tuh lekat kan.. Tak kalu berlari la comforter tuh dalam sarung tuh.. Disebabkan Mus takda mesin canggih maka buat macam zaman dolu-dolu.. Potong kain then lapik jahit dari atas tembus bawah.. Errr.. Penjelasan berterabur.. Haha.. Sori eh.. Then kan, terdengar la suara Abah Mus kata, "Angah, nanti jahit comforter Abah sekali macam Aminah punya.. Kalu tarik dia suka lari sebelah.." Pastuh Abah ketawa.. Then ada yang menyahut, "Owh.. Abah kamu tuh sejak anak pandai menjahit, mengada eh.." Wah.. Haha.. Mak Mus la tuh yang menyahut.. Sebenaqnya, Mak yang jahit tangan sarung comforter diaorang la, sebab yang lama tuh kan kaler kain dia dah lusuh.. Tapi jahit tangan jenuhla kan, comforter besar dan berat.. Mak tak jahit yang tengah-tengah bagi lekat supaya comforter kat dalam tak gerak.. Berat kan, mana larat dah Mak nak angkat sorang.. Pastuh Mak kata, "Angah, esok mak buka balik kain sarung tuh.. Mak basuh comforter tuh.. Then, Angah jahit balik kat Mak sarung macam Aminah punya.." Mak cakap sambil Mak ketawa ala-ala seronok dapat pekena sorang budak tuh.. Wah.. Jangan hairan eh.. Family Mus memang spesis recycle dan berjimat.. Haha.. Semalam Aminah ngan Achik jual botol plastik, tak tanya pulak berapa ringgit depa dapat.. Banyak juga Mak kata.. Tuh Mus kata ke Aminah, "Ada orang dapat duit juai botol.. Nih siap sarung dah.. Apalagi, belanja burger satu!" Aminah kata, "Ok.. Jom.. Suruh Abah pi beli cepat.. Tapi, bayaq guna duit Abah.." Huh.. Tensen Aminah nih tau.. Ekekek..

Booties Biru

Wednesday, June 18, 2008

Siap semalam.. Booties biru.. Balik letak riben sebagai pengikat tuh then attach charm ikan kecik tuh di hujung.. It's for baby boy.. So kena letak charm ikan la, takleh bunga-bunga bagai.. Booties ni sebagai present untuk kakak kat opis nih yg deliver awal bulan Jun hari tuh.. Nanti Mus pi lawat, Mus snap gambaq baby dia pakai booties ni.. Muat rasanya.. Booties ni besar dari ballet slippers tuh.. Memang muat untuk baby.. Mus lupa nak ukur size booties ni.. Balik karang Mus ukur sebelum wrap.. Mak Mus tanya, "Buat apa kait kasut kecik-kecik ni? Bukan boleh pakai pun.." Haha.. Mus, no answer.. *smug*

Amateur In Making - Completed

Tuesday, June 17, 2008

Dengan bangga dan kembang hidungnya, baju kurung dah siap sepenuhnya.. Hehe.. Syiok betui rasa di hati nih.. Merasa jugak pakai baju yang dijahit sendiri sepenuhnya.. Dah siap memata lalat leher baju ni.. Dah kelim ujung kaki baju, tangan dan leher.. Bahagia rasa semalam posing-posing pakai baju nih.. Haishhh.. Perak.. Haha.. Dah siap satu, rasa nak potong lagik.. Baru confident sikit dari sebelum nih.. Dah try and error.. Dah tau skill kat mana.. Hehe.. Amacam ticer a.k.a chegu a.k.a Cik Seri? Ok dak mata lalat tuh? Senang dak ajar anak murid nih? Harap-harap terang hati lagi la next time.. Terima kasih chegu.. Hehe..

Ballet Slippers

Monday, June 16, 2008

Free pattern of the day >> Ballet Slippers from Annie's Attic.. Designed by Carolyn Christmas.. Mus guna 2 helai Nona yarns, light pink dan dark pink.. Saiz hook adalah 3mm.. Finished size adalah 3 inch panjang, 1.75 inch lebar.. Saiz bergantung pada jenis benang dan hook yg kita guna.. Lebih besar diameter benang dan hook maka lebih besarla ballet slippers nih.. Pattern ni mengandungi 7 baris sahaja.. Tak sampai 30 minit boleh siap.. Sangat mudah.. Memang kategori easy.. Kalu baby girl baru lahir sangat-sangat muat la.. Tengok keadaan baby juga.. Mus buat pasai apa pun tatau.. Saja tengok lawa.. Saja cuba.. Have something in mind but like Cik Seri said, still in mind.. Haha..

Secret Pal Postcard Exchange 2008

Friday, June 13, 2008

Semalam balik dari keja, nampak ada parcel atas meja solek.. Walla.. Melompat! Parcel dari Iceland.. Partner Mus bernama Thorhildor.. Actually kan, Mus pun tak berapa nak pasti tempat ni di mana.. Lelagi, tulisan dia pun pelik, huruf-huruf dia ada macam zaman dulu, tak tau nak habaq macam mana.. Bila di flash back semula, terjebak dengan exchange nih dek kerana pujuk rayu Cik Seri la.. Pandai betui Cik Seri nih cucuk jarum, siap bukti.. Selama meroyan kat EMS Cross Stitch Board dari tahun 2005, tak pernah sekali pun Mus join apa-apa exchange or SAL.. Sekadar masuk meroyan download free pattern cross stitch.. Tapi kali ni, berbeza.. Siap kepo-kepo kat thread sana.. Haha.. Ni semua penangan Cik Seri la.. Parcel yang Mus dapat semalam ialah dari Secret Pal Postcard Exchange 2008. Di dalam ada satu kit cross stitch, satu skein Gumnut Yarn, stitch bow floss holder dan perkara wajib ialah postcard dari negara masing-masing.. Syaratnya cuma exchange 3 jenis cross stitch item bersama sekeping postcard.. Tak silap Mus ada lebih kurang 60 peserta dari seluruh Dunia.. Mus ni kira antara orang-orang pertengahan yang received parcel.. Haishhh.. Cik Seri dapat dah ka? Hehe.. Saja nak bagi Cik Seri jeles.. Huhu..Yang atas ni ialah kiriman dari Mus ke partner.. Mus dapat partner yang tinggal di Santiago, Republica Dominicana.. Partner Mus ialah Madejas.. Masa nak post semua barang nih, adik kat kaunter pos tuh siap suruh confirmkan kat mana tempat ni. Even dah beritahu dia di dalam US tapi dia suruh juga confirmkan sekali lagik.. Haha.. Takut belayar ke lain katanya.. Mus punya parcel, partner Mus tak terima lagik.. Yerla.. Kan ker nak mendayung dari Penang Island juga ke Santiago Island tuh.. Jauhkan.. Minyak mahal punya pasai kena dayung.. Haha.. Save sikit.. Harap-harap parcel Mus juga selamat sampai ke tangan tuannya.. Kerana exchange ni la, Mus merantau satu Penang cari postcard, takda.. Tanya semua kedai depa buat muka blur-blur.. Zaman sekarang kan orang dah tak tulis postcard lagik, main email-email ja kan.. Lebih mudah dan pantas.. Last sekali Mus jumpa kat satu antara deretan kedai kat Chowrasta Market.. Merasa jadi tourist kejap.. Hehe.. Postcard ni ada sentimental value.. Teringat zaman kecik-kecik dulu.. Syahdu..

P/S - Exchange yang merentasi benua.. Tak sangka kan? Nak tahu di mana Iceland? Klik sini..

Amateur In Making - Part 2

Thursday, June 12, 2008

Hua.. Hua.. Hua.. Gelak boya darat.. Semalam siap kain baju kurung Mus itewww.. Walala.. Kain benang hitam, lembut.. Tension la jugak rasa pada Mus yang tak terror ni masa nak lipat pinggang tuh.. Aishhh.. Tapi disebabkan semangat gigih kan, jahit jelujur yang memula kat susun tuh then jahit mesin then baru jahit sepanjang tuh.. Memangla terkial tak hengat.. Tapi bila dah siap, cepat-cepat test pakai.. Excited namanya.. Haha.. Tinggai nak jahitkan penyangkuk dia saja.. Malam ni boleh le jahit, sekali jahit kelim tangan ngan bawah baju.. Pas tuh tinggal nak godek leher la.. Dalam banyak-banyak teknik tuh nampak macam mata lalat ja la yang boleh jalan pun.. Huhu.. Nanti nak memata lalat kat opis.. Hehe.. Syiok rasa bila dapat jahit baju kurung sendiri.. Nikmat.. Wah..

Amateur In Making - Part 1

Wednesday, June 11, 2008

Amateur in making.. Macam buat filem pulak.. Filem blue in color.. Sakan aishhh merapu.. Sebenarnya tengah godek baju kurung.. Semalam baru siap jahit bahagian baju tapi belum kelim lagi hujung lengan, leher dan kaki baju.. Sekarang ni sedang jahit kain dia dulu.. Mau makan masa dua or tiga hari lagikla baru boleh nak siap.. Dah nama amatur.. Haha.. Lembap sikit cam siput.. Tergedek-gedek tak lepas.. Kain benang hitam, lembut ya amat.. Mula-mula rasa nak teriak, pi teriak kat chegu a.k.a Cik Seri.. Huhu.. Dapat khidmat nasihat dari chegu, mula buat, pastuh lajula.. Dah tera konon.. Overtake chegu sakan.. Haha.. Jangan marah no chegu.. Esok-esok Mus upahla apa-apa.. Erkkk.. Rasuah ke hadiah ke ni? *wink*

P/S - Eva, kenai tak kain ni?

ww22 - Kitchen Alphabet D

Wednesday, June 4, 2008

At last, finished! Kitchen Alphabet D.. D for what? Haha.. Still out of the track.. Haishhh.. Manage to catch up.. Errr.. But.. Nak kena bungkus all this crafty thingy masuk gobok dah.. Mus dah nak kena buka mesin jahit balik kerana dah cukup masa untuk menjahit gedebuk gedebak baju bagai.. Dan have to prepare goodies, bunga telur, etc etc for my wedding.. Hehe.. Mine? Eeee.. Sounds weird huh.. Jangan lupa eh all my stitching sis, next year.. Hope to see all of you.. Lately terasa sunyi, don't know where, all gone.. Ermm..

Asam Laksa

Monday, June 2, 2008

Ahad lepas, semalam, managed to cook this.. Found somewhere the recipe, cannot recall anymore.. Haishhh.. Short of memory.. Haha.. Asam laksa.. Mus sangat suka, sangat-sangat suka Asam Laksa compare to Laksa Penang tuh.. Asam Laksa ni isi ikan dia seketui-seketui tapi yang Laksa Penang tuh isi ikan dia kan blend hancur sekali.. Sedap aishhh Asam Laksa.. Tatau nak habaq lagu mana, sangat sedap.. Haha.. Perasan no.. Sendiri masak sendiri puji aishhh.. Tuh ada sekali fishball dan fishcake, jangan terpedaya.. Resepi takdak letak pun fishball dan fishcake.. Mus yang nak makan, saja letak dalam tuh.. Saja bagi ramai dalam mangkuk.. *grin* Next time cuba simpan the link.. Asyik lupa ja mana dapat resepi ni, just blog hopping then tersangkut.. Haha.. Hujan lebat ni Penang sekarang, tu saja nak jamu mata semua.. Hujan-hujan makan sedap.. Haha..