Semalam balik dari keja, nampak ada parcel atas meja solek.. Walla.. Melompat! Parcel dari Iceland.. Partner Mus bernama Thorhildor.. Actually kan, Mus pun tak berapa nak pasti tempat ni di mana.. Lelagi, tulisan dia pun pelik, huruf-huruf dia ada macam zaman dulu, tak tau nak habaq macam mana.. Bila di flash back semula, terjebak dengan exchange nih dek kerana pujuk rayu Cik Seri la.. Pandai betui Cik Seri nih cucuk jarum, siap bukti.. Selama meroyan kat EMS Cross Stitch Board dari tahun 2005, tak pernah sekali pun Mus join apa-apa exchange or SAL.. Sekadar masuk meroyan download free pattern cross stitch.. Tapi kali ni, berbeza.. Siap kepo-kepo kat thread sana.. Haha.. Ni semua penangan Cik Seri la.. Parcel yang Mus dapat semalam ialah dari Secret Pal Postcard Exchange 2008. Di dalam ada satu kit cross stitch, satu skein Gumnut Yarn, stitch bow floss holder dan perkara wajib ialah postcard dari negara masing-masing.. Syaratnya cuma exchange 3 jenis cross stitch item bersama sekeping postcard.. Tak silap Mus ada lebih kurang 60 peserta dari seluruh Dunia.. Mus ni kira antara orang-orang pertengahan yang received parcel.. Haishhh.. Cik Seri dapat dah ka? Hehe.. Saja nak bagi Cik Seri jeles.. Huhu..Yang atas ni ialah kiriman dari Mus ke partner.. Mus dapat partner yang tinggal di Santiago, Republica Dominicana.. Partner Mus ialah Madejas.. Masa nak post semua barang nih, adik kat kaunter pos tuh siap suruh confirmkan kat mana tempat ni. Even dah beritahu dia di dalam US tapi dia suruh juga confirmkan sekali lagik.. Haha.. Takut belayar ke lain katanya.. Mus punya parcel, partner Mus tak terima lagik.. Yerla.. Kan ker nak mendayung dari Penang Island juga ke Santiago Island tuh.. Jauhkan.. Minyak mahal punya pasai kena dayung.. Haha.. Save sikit.. Harap-harap parcel Mus juga selamat sampai ke tangan tuannya.. Kerana exchange ni la, Mus merantau satu Penang cari postcard, takda.. Tanya semua kedai depa buat muka blur-blur.. Zaman sekarang kan orang dah tak tulis postcard lagik, main email-email ja kan.. Lebih mudah dan pantas.. Last sekali Mus jumpa kat satu antara deretan kedai kat Chowrasta Market.. Merasa jadi tourist kejap.. Hehe.. Postcard ni ada sentimental value.. Teringat zaman kecik-kecik dulu.. Syahdu..
P/S - Exchange yang merentasi benua.. Tak sangka kan? Nak tahu di mana Iceland? Klik sini..
PERINGATAN!!!
-
Sila klik pada *"available"* di barisan *"Label MUS"* di sebelah kiri
blogshop Mus untuk mengetahui barang-barang yang sedia available untuk
dijual..
Te...
0 comments:
Post a Comment