Showing posts with label My BF Journey. Show all posts
Showing posts with label My BF Journey. Show all posts
Alisha 8 Bulan
Wednesday, October 19, 2011
Ehem.. Ehem.. Testing.. Ekekek.. Tu dia.. Baloq hujan-hujan ni ha.. Ekekek.. Kali ni kita bersiaran cerita tentang makcik kecik Mus ni.. Sebenaqnya up-to-date dah 9 bulan pun dia.. Tapi takpa.. Sok-sok Mus update perkembangan Alisha 9 bulan.. Kali ni kita teaser ja gambaq makcik kecik ni sikit dulu.. Kalau suh posing, nombor satu la.. Nampak tuh.. Hebat na.. Tangan pegang kerusi.. Ekekek.. Macam bos besau.. Hehe.. Rambut tuh panjang sangat.. Malam-malam Mus bagi pakai headband ni.. Macam nak pi joging pulak.. Rambut kalau tak ikat, masuk mata.. Pakai headband tolak rambut ke atas.. Masih lagi menyusu badan Mus.. Alhamdulillah.. Syukur.. Rezeki susu Allah beri masih ada.. Panjang akal makcik kecik ni.. Bijak mulut mengomel tak berhenti.. Anak-anak cepat benar membesar.. Hai la anak.. Rasa masa tuh berjalan sangat pantas.. Tak puas rasa mengulit makcik kecik nan seorang ni.. Haihhh.. Takpa.. Kita ikut saja aturan-Nya.. Moga Alisha membesar dengan sehat dan cerdas.. Aminnn.. Until then.. Hugsss everyone..
Posted by Mrs. Fedex at 9:43 AM 2 comments
Labels: My BF Journey, My Life
Alisha 7 Bulan
Friday, August 12, 2011
Rabu lepas genap Alisha 7 bulan.. Cepatkan masa berlalu.. Hai anak.. Cepat sangat membesar.. Makin besar, makin bijak.. Alhamdulillah.. Duduk dah steady.. Merangkak juga dah setapak dua.. Sekarang dah berdiri.. Hehe.. Lambat siang dapat tempat berpaut, berdiri saja Alisha ni.. Gigi dah nampak sikit, tak keluar sepenuhnya.. Keluar gigi nanti boleh la Ami ikat rambut Alisha na.. Rambut dah masuk mata.. Kepala Ami ni dah macam-macam pesen rambut duk ingat.. Haha.. Mak yang lelebih eh.. Tido malam nak berpeluk saja.. Asal lepas, dan-dan bangun.. Macam mana Ami tak rindu Alisha ni.. Haishhh.. Anak.. Anak.. Ami doakan Alisha sihat dan membesar dengan jayanya.. Ami ikut saja apa perkembangan Alisha.. Tiada tentangan supaya Alisha rasa bebas membesar ok.. Ami enjoy.. Owh.. Sekarang juga dah pandai gerak tangan dia kalau kita suh bubbye.. Haha.. Comel.. Geram kat Alisha ni.. Ami geget-geget kang.. Ok la.. Kena berhenti kat sini.. Kalau nak cerita pasai Alisha, 10 muka pun tak habes.. Macam ni la perasaan Mak kita dulu-dulu masa dapat kita kan? Ami cuma berharap, orang sekeliling sokong cari Ami besarkan Alisha.. This is my turn.. Right? Owh.. Alisha maseh juga minum susu badan sepenuhnya.. Cuma Mus dah tak upload tentang journey BF Mus.. Bukan apa.. Ermmm.. Sesetengah orang yang kolot fikiran, menentang.. Malas nak bertekak.. Berdiam bukan makna kalah.. Tapi Ami di pihak yang bijak pandai ok.. Haha.. Mau jugak eh.. Puji diri-sendiri.. Okla.. Mengaruts dah ni.. Jap lagi nak balik poluk-poluk Alisha demben Ami ni.. Hugsss semua.. Happy holsss.. Selamat membeli-belah baju raya weekend ni ok.. Hugsss kuat-kuat..
Posted by Mrs. Fedex at 4:17 PM 4 comments
Labels: My BF Journey
Alisha 6 Bulan
Tuesday, July 12, 2011
Disebabkan lama menyengalkan diri.. Hibernate kat mana tatau.. Pagi ni kita mulakan semangat rajin dengan gambaq pembawa rezeki Mus.. Ekekek.. Sapa tak kenal ni? Anak Mus.. Diam tak diam dah 6 bulan.. Alhamdulillah.. Perkembangan terkini Alisha dah duduk seawal usia 5 bulan 3 minggu.. Yang paling terkini, kaki dan tangan dah pacak hebat cuma tak mula merangkak saja lagi.. Mungkin dalam sehari dua lagi.. Alhamdulillah.. Berkat zat susu ibu.. Mungkin ramai kat luar sana yang akan persoal fizikal Alisha yang kurang gemuk.. Tapi ketahuilah.. Alisha tembam sedap-sedap dengan tulang dia.. Isi sangat kental.. Tegap.. Cergas dan cerdas.. Bukan sengaja nak puji anak sendiri.. Tapi ini hakikat yang memang orang suka sangkal.. Susu ibu bukan pemangkin gemuk.. Tapi susu ibu pemangkin otak yang cerdas dan fizikal yang cergas.. Disebabkan susu ibu, Alisha rapat dengan Mus.. Walau bekerja, cukup masa mesti Alisha cari Mus.. Mungkin sesetengah orang adalah rasa rimas.. Tapi Mus adalah suka.. Suka sangat.. Mus menunggu masa, menghitung hari di mana Mus dapat hidup dengan Alisha dan juga Mr. Fedex.. Hanya kami bertiga.. Indahnya.. Dan masa tu, Mus akan jalankan tanggungjawab seorang ibu dan isteri sepenuhnya.. Bekerja mengikut masa pejabat hanya dari rumah.. Doakan Mus ya.. Masa tu baru hati rasa senang dan lapang.. Alisha sentiasa depan mata.. Mr. Fedex mus uruskan sepenuhnya.. Haishhh.. Doakan Mus.. Mus juga doakan kawan-kawan sekalian.. Moga bertambah rezeki dan hidup bahagia.. Aminnn..
Posted by Mrs. Fedex at 12:47 PM 11 comments
Labels: My BF Journey, My Life
My BF Journey - Stok Bulan Mac 2011
Friday, April 1, 2011
Semalam Mus janji jumpa hari ni kan? Ekekek.. So, hari ni kita jumpa lagi.. Ngengada eh.. Pang!!! Nak cerita menda lain sebenaqnya.. Tapi kita upkan cerita susu yang tak berkesudahan ni.. Suka hati tengok bekalan banyak.. Tapi tak muat tempat nak simpan pula.. Jika slow down kan pump susu, risau susu makin berkurangan.. Dilema betul.. Gambar menunjukkan baki hasil perahan selepas mus simpan stok yang fresh untuk Alisha pada esok hari.. Setiap hari Alisha akan minum 20oz pada siang hari waktu Mus kerja.. Malam hari dia gunggung direct jer dari Ami nya ni.. Estimate sehari paling kurang Mus dapat pam sehingga 40oz.. Makna kata Mus pam untuk 2 hari bekalan Alisha.. Huhu.. Alhamdulillah.. Rezeki masih berpanjangan.. Dan harap berkekalan sehingga umur Alisha 2 tahun.. Minggu depan akan genap Alisha 3 bulan.. Alisha makin sihat, cergas dan cerdas.. Cepat masa berlalu.. Harapan Mus moga rezeki berpanjangan.. Aminnn..
Posted by Mrs. Fedex at 9:07 AM 4 comments
Labels: My BF Journey
My BF Journey - 16oz.. Pencapaian Terhebat!!!
Thursday, March 31, 2011
Apa khabar kengkawan? Dah 2 minggu Mus tak menulis di sini.. Apa Mus buat pun tataula.. Kenapala sekarang ni.. Huhu.. Sehbuk apa tatau la.. Masa macam tak cukup saja.. Penuh task.. Banyak benda nak cerita.. Juga banyak info nak share sebenarnya.. Semua terbengkalai eh.. Mus.. Mus.. Haha.. Apa nak jadi dengan diri sendiri tatau.. Ok.. Ok.. Permulaan.. Warm up dengan gambaq susu.. Ekekek.. Pencapaian terhebat sepanjang aktiviti mengepam susu.. 16oz!!! Perghhh.. Sukanya hati.. Cukup untuk Alisha minum 4 kali di siang hari kala Mus pergi kerja.. Tepuk untuk diri sendiri.. Deep freezer pun dah penuh.. Ada sesapa tak yang nak jadi anak susuan Mus? Sayangnya susu yang banyak tuh.. Buat sesiapa yang keluar masuk blog Mus.. Yang juga sekarang cuba-cuba untuk fully breastfeed.. Yang perlukan info.. Perlukan bantuan.. Kat bawah ni Mus bagi link ke blog Izzah.. Izzah ni adalah salah seorang peer counselor.. Mus selalu baca semua info di sini.. Yang penting.. Rajin demi masa depan anak.. Susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Hehe.. Jumpa esok pulak na.. Hugsss kuat-kuat untuk semua.. Rindu betul!!!
Posted by Mrs. Fedex at 11:33 AM 8 comments
Labels: My BF Journey
My BF Journey - Alisha 2 Bulan
Thursday, March 10, 2011
Today anak perempuan Mus nan seorang tuh, Alisha dah genap 2 bulan.. Fully BF.. Bijak.. Sekarang dah pandai ajak kita sembang-sembang dengan dia.. Kalau kita tak sembang ngan dia, dipanggil-panggil kita.. Panggil cara Alisha la.. Sembang siap gelak-gelak, senyum-senyum.. Sejuk perut betul.. Betulla kata orang kan.. Ada anak ni, tambah rezeki, tambah bahagia.. Moga Alisha membesar sehat dan bijak dengan susu Mus.. Amijaan sayang Alisha.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 4:46 PM 7 comments
Labels: My BF Journey
My BF Journey - Stok Bulan Februari 2011
Wednesday, March 9, 2011
As-Salam..
Tenggelam timbui no Mus ni.. Ekekek.. Lama aihhh xkepo-kepo.. Lusa, Jumaat Mus dah mula kerja.. Sat saja no.. Diam tak diam dah 2 bulan lamanya Mus menapak kumpul lemak kat rumah ni.. Sakan! Ok.. Kali ni nak cerita pasai susu.. 9 bulan kumpul ilmu.. 2 bulan sakan simpan stock.. Invest itu ini di bulan ke-9.. Haishhh.. Macam-macam.. Hasilnya.. Puas hati.. Esok genap 2 bulan Alisha minum susu ibu.. 4 bulan usaha lagi akan genap 6 bulan.. Harap-harap Mus mampu.. Mus cuba sedaya-upaya untuk fully BF Alisha selama 2 tahun.. Moga niat Mus ni diberkati dan diredhai.. Yang perlu hanya usaha sekarang ni.. Usaha dan tawakkal.. Selalu jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang fully BF buat pedoman.. Hasil dah nampak sikit.. Mudah-mudahan berkekalan.. Doakan Mus juga na kawan-kawan.. Hugsss..
Posted by Mrs. Fedex at 11:31 PM 3 comments
Labels: My BF Journey
Subscribe to:
Posts (Atom)









