Bunga Rampai

Thursday, November 24, 2011

As-Salam..


Bersambung kita.. Hari ni cerita pasai bunga rampai.. Since Mus nak berendoi Alisha.. Alisha dah menginjak 9 bulan masa tuh, maka persediaan bahan dia lain la dari budak yang kecik kan.. Kalau budak lepas lahir tuh kita berendoi sekali ada cukur jambul orang kata.. Alisha ni rambut dia dah botak di hari ke-13 usianya.. Dah siap dilaksanakan oleh Tok Mus sendiri.. Dulu Tok Mus ni bidan kampung.. Sekarang dah uzur sikit dah.. Dah menginjak usia.. Biasalakan.. So, masa panggil group marhaban, depa request bunga rampai dan bedak wangi.. Budak dah besaq kalau kita pakat-pakat calit bedak kat pipi dia.. Hehe.. Selepung la makcik kecik itewww.. Ahaksss.. Ok.. Memula semua amek position, Alisha kasik landing dalam buai.. Alisha masuk buai tuh terus mata pun lali ha.. Masa tuh dah dekat pukul 12, mengantukla.. Then makcik-makcik mula marhaban.. Mus di tepi tuh duk berayun sajala si Alisha ha.. Apa lagi, lena sakan aihhh.. Lepas marhaban, ada nyanyian "Syair Untuk Anak Perempuan".. Perghhh.. Mendayu-dayu.. Terasa ke lubuk hati.. Mak Si Alisha pun mata dah terpejam-pejam dah.. Serius.. Memang membuai-buai makcik-makcik ni nyanyi.. Puas hati sungguh.. Then dah abes syair, angkat Alisha.. Kita round semua orang tabur bunga rampai, sapu bedak kat pipi dia.. Then ciumla dia, doa yang indah-indah untuk Alisha.. Abesla.. Makcik-makcik marhaban dan nyanyi syair lama juga.. Puas hati la.. Korang-korang yang nak berendoi anak, bolehla kalau nak panggil group marhaban ni.. Dijamin bagus.. Siap adat istiadat lama la.. Confirm! Then dah siap semua, bagi bunga telur, beg goodies, rabbit plush toy dengan lolipop.. Owh.. Masa memula group makcik-makcik marhaban mai, depa bawa sekotak coklat dan cekak rambut ke Alisha.. Jangan tatau, ada hadiah.. Ekekek.. Syiok na.. Kat kampung, budak yang nak diendoikan tu kita panggil "pengantin kecik".. Ekekekek.. Buai dia pulak, depa panggil "pelamin".. Lain tempat, lain cara na.. Tapi di Penang ni kalau kena gaya keluarga yang masih pegang adat, beginila etikanya.. Warna-warni.. Okla.. Esok Jumaat.. Hehe.. Kita sambung esok pulak.. Till then.. Hugsss..

Rabbit Plush Toy

Wednesday, November 23, 2011

As-Salam..

Sori.. Semalam busy jadik nurse.. Pastu busy jadik driver.. Kah.. Kah.. Busybody yang betulnya ha.. Ok.. Sambung cerita tentang aqiqah Alisha.. Macam kenduri biasa, ada bunga telur, ada goodies juga.. Macam-macam.. Sebabkan kali ni adalah untuk Alisha maka Mus telah buat buah tangan bertema kanak-kanak la.. Mus jahitkan rabbit.. Trace bentuk rabbit atas kain, potong, jahit, terbalikkan, sumbat fiber, jahit tutup, jahit mata dia, jahit ekoq dia then ikat la reben kat leher letak tag.. Siap!!! Mus buat dalam 60 ketul lebih rasanya.. By the end of the ceremony, settled! Haha.. Licin.. Ngam.. Ngam.. Semua tetamu macam terpegun sikit tengok rabbit ni.. Tak pernah dapat before this kat majlis mana-mana.. Tu dia.. Mak Alisha ni kan merepeks lebey.. Haha.. Sekali gambaq kat bawah ni, meja tempat Mus letak rabbit plush toy ni.. Ada strawberry lolipop, ice pop juga ada dalam fridge.. Ekekek.. Yang merah love putih depan tu guest book.. Sambungan dari guest book Mus kawen that day.. Ada belen sikit lagi, boleh sambung untuk majlis masuk rumah pulak nanti.. Ekekekek.. Jimats eh.. Pepandaila korang decorate divide dalam tuh.. Yang penting kreativiti.. Takyah pakai brg mahal-mahal.. Being creative bukan perlu barang mahal.. Then tepi tuh hias dengan bunga kain kalerful dalam vase, ada bunga hidup tepi tuh belen dari hias buaian tempat Alisha nak berendoi tuh.. Then, bunga rampai jangan lupa.. Wajib ni.. Nanti Mus cerita pasai bunga rampai ni.. Alisha dah besaq ha.. Mak dia ni sebuk nak berendoi.. Haha.. Jangan korang rasa tak boleh eh.. Bolehhh.. Ada cara dia.. Lain sikit.. Nanti next Mus cerita.. Ok la.. Berjela dah ni.. Till then.. Hugsss everyone yang sudi singgah blog Mus ni..

P/S - If sesiapa berminat nak buat rabbit plush toy ni macam Mus buat kat atas ni, boleh tengok kat sini ha.. Inspired by Yoonie.. Klik sini.. Good luck guysss..

Kad Jemputan Aqiqah Alisha

Monday, November 21, 2011

As-Salam..


Hehe.. Monday.. Bluesssss.. Yer la.. Memanjang! Ekekek.. Ok.. Berbalik pada cerita kenduri aqiqah Alisha.. Ni hari tuh tersekat kat tag saja.. Kali ni kita sambung.. Sambung ke kad jemputan.. Mus upahkan Chu Majorflava untuk designkan kad ni.. Canthek tak? Mus suka ja design-design dia semua.. Like! Like! Like! Nak mengharap diri-sendiri buat sahla hampes.. Design jer.. Pastu Mus print then potong.. Punch atas, buh eyelet dan ikat reben.. Siap! Ni style Mus la.. Nak lawa-lawa kena DIY sendiri.. Baru syiok.. Then masa menjemput, bagila kad ni.. Senang orang nak ingat.. Sapa2 berkenan nak suh design apa-apa, boleh la pergi ke blog Chu ni.. Next nanti kita tgk nak up apa.. Until then.. Hugsss..

Customized Felt Tee - Miqael

Friday, November 18, 2011

As-Salam..


Selamat happy-happy hari Jumaat semua.. Today kita melencong sikit cerita pasai felt pulak.. Lama kan takda cerita pasai felt ni.. Hehe.. Sebenaqnya tempahan sentiasa ada, "ON" sentiasa.. Cumanya tuan blog saja yang lemau nak update.. Dah lama dah tempahan ni.. Baru today nak up-kan.. Order dari Mak Miqael.. Dah lost apa nama mak eh.. Hehe.. Sorry eh pada peng-order.. Tuan tanah kedaung lupa ingatan.. Ekekek.. It's for her son's 1st birthday party.. Miqael.. Design semua dari Mak MIqael.. Mus ni tolong realisasikan saja.. Hope peng-order sangat berpuashati.. Esok-esok boleh order lagi.. Kah.. Kah.. Okla.. Sat kita godeks gobok gambaq.. Ada banyak kalau nak cerita.. Cerita sekitar kenduri aqiqah Alisha pulak akan menyusul pas ni.. Stay tune eh.. Till then.. Hugsss everyone..

Shahera's - Bride Side - Red

Thursday, November 17, 2011

As-Salam..

Seperti perjanjian semalam, today kasik langsai hutang tunjuk untuk bride side punya hantaran.. Tema merah.. Terdiri daripada coklat, baju kot, bakul buah, kemeja dan seluar, set perfume, toiletries dan set wallet, belt & tie.. As mention before, barang semua bakal pengantin belikan.. Semua siapla termasuk riben mak nenek segala macam, saya tukang tungging terbalikkan saja.. Ekekek.. Dah siap semua.. Lega ok.. Legaaaaa.. Nak rest.. Tapi macam tak boleh juga.. Ada lagi kerja rupanya.. Haishhh.. Pengsan!!! Lately rasa restless giler.. Tuh na.. Merunguts.. Tak baik ahhh.. Hehe.. Okla.. Jamu mata eh kengkawan sekalian.. Until then.. Hugsss..

Shahera's - Groom Side - Gold

Wednesday, November 16, 2011

As-Salam..

Lama kan tak bersiaran.. Actually banyak yang berlaku.. Ermmm.. Macam mana la nak kekalkan balik ke-aktif-an ber-blog ni ha? Ekekek.. Lemau je akhir-akhir ni.. Nak kena think the effective way la.. Bagi hidup ada sinar suria sikit.. Banyak alasan kan? Ahaksss.. That day nak cerita pasai kenduri aqiqah Alisha pun halfway kan.. Apa la Mus ni.. Tapi takpa.. Akan Mus tunaikan kata-kata juga.. Cukup bebelan.. Well, since today aktif uploadkan gambaq.. So, direct kita cerita tentang aktiviti terbaru ni.. Deko-deko hantaran.. Kali ni untuk adik ipar Mus yang akan menamatkan zaman dara pada Jumaat yang mulia depan.. Tema emas ni untuk pihak lelaki.. 5 dulang sahaja.. Terdiri dari perfume set, toiletries, beg tangan, sepersalinan serta telekung.. Next, Mus ceritakan on the bride side pulak ok.. Mus diamanahkan buat untuk kedua-dua pihak.. Well.. Seperti diminta pelanggan, saya yang menurut perintah.. Hehe.. Barang hiasan semua adalah bakal pengantin yang beri, Mus cuma dekokan saja mengikut apa yang ada.. So, till then.. Hugsss everyone..

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Friday, November 4, 2011

As-Salam..


Sorry for the long hibernate.. Ermmm.. Kali ni tak dapat nak ketawa-ketawa as if hati tak berbunga-bunga.. Setiap kejadian pasti ada kebarangkalian.. Maka kita kena redha.. Sempena Aidil Adha.. Betullah.. Perlukan pengorbanan.. Selamat Hari Raya Aidil Adha kawan-kawan.. Moga "pengorbanan" kali ini ada hikmah yang tersirat.. Aminnn..