Showing posts with label Projects And WIPs. Show all posts
Showing posts with label Projects And WIPs. Show all posts

Simple RE

Thursday, February 21, 2013

As-Salam..

Mus selalu suka tengok bila orang pandai buat RE.. Tetambah bila pergi blog Ibu yang suka buat RE style english.. Memang nice sangat.. Bila dah selalu tengok maka tangan ni pun gatai la na.. Teringin nak try.. Jarum lama dah ada.. Cuma tak kesampaian hajat saja.. Ni bila dah teringin sangat, pakat pi korek gobok hak mana ada.. Reben yang mana ada dlm simpanan.. Pakai yang mana ada saja dulu.. Jadi dak? First time buat.. Seronok walau ada rasa sakit jari sikit.. Ekekek.. Lepas ni rancak kepala otak ligat duk pikiaq nak buat pattern apa pulak.. Haha.. Saja na.. Takdak kerja, cari kerja.. Tapi kerja ni enjoy.. Cebisan ni dah selamat jadi sarung bantai busuk Alisha.. Terima kasih kat Ibu sebab sikit tunjuk ajar tu.. Menjadi gak walau tanpa bahan rujukan.. Alhamdulillah.. Ok la.. Nak pi jahit langsir bilik Alisha sat.. Till then, hugs everyone..

Kusyen Bunga Cengkih

Wednesday, February 6, 2013

As-Salam..

Seperti dijanji semalam.. Hari ni tayang kusyen bunga cengkih nama dia.. Hasil dari buku yang dipinjam dari Hany jugak.. Duk ada satu dua pattern lain lagi yang teringin nak try.. Nanti ada masa sikit boleh try test.. Mus buat sambil-sambil ja, bukan sepenuh masa.. Sambil lepak-lepak teman Alisha tengok kartun, jadila.. Hehe.. Bila dah siap, suka tengok-tengok.. Hak ni bagi ke Hany upah pinjam buku dia.. Terima kasih na.. Jasamu dikenang.. Ok la.. Till then.. Hugsss..

Kusyen Segi Empat Bintang

Tuesday, February 5, 2013

As-Salam..

Today kita tak sembang-sembang lagi kan.. Today nak cerita pasai jahit-menjahit sikit.. Masa lepak-lepak menjahit kat rumah Hany, ternampak ada buku jahit kusyen kat rumah dia.. Saja belek-belek.. Hany pun duk kumpul habuk ja.. Ekekek.. Berkenan, minta pinjam.. Balik tu teruih try test.. Alhamdulillah.. Menjadi jugak.. Nama kusyen ni segi empat bintang.. Ramai nampak dulu jadi satu fenomena orang duk buat letak dalam kereta kan? Mau kena kaler lawa jugak.. Ada satu lagi pattern Mus try jugak.. Esok Mus posting.. Ok la.. Cukup takat hari ni.. Nak tepuk Alisha lena sat.. Hugsss everyone..

Paus

Saturday, June 23, 2012

As-Salam..

Ikan paus ekoq tonggek.. Melentik ke atas.. Ekekekek.. Nice tak? Comel kan? Saja try tengok jadi dak.. Tu menjadi setelah berhempas pulas.. Lepas ni leh try menda lain plak.. Ni saja isi masa lapang lepas jemu-jemu menjahit.. Until then.. Hugsss everyone..

Buai

Friday, December 9, 2011

As-Salam..


Bersambung lagi kita hari ni.. Haishhh.. Seminggu na tak update.. Sebuk bebenor.. Ekekek.. Alasan.. Biasa.. Biasa.. Sambung cerita berbaki that day.. Ni last pic la yang ada.. So call "pelamin" untuk Alisha.. Actually kan semua nampak ni buaian.. Tapi orang-orang lama ni depa panggil pelamin kecik.. Layan saja.. Mus hias guna bunga hidup keliling tuh semua.. Memang wangi bunga saja-saja masa ni.. Alisha masuk buai ni saja, masa makcik-makcik nak marhaban, dan-dan mata pejam.. Lena sungguh.. Kena pulak makcik-makcik alunan mendayu-dayu.. Sesuai sangatla na.. Kenangan sungguh.. Sebulan lagi Alisha nak masuk setahun.. Cepat sungguh masa berjalan.. Haiiiii.. Ok la.. Till then.. Happy hols kawan-kawan.. Hugsss..

Bunga Telur + Goody Bag

Thursday, December 1, 2011

As-Salam..

Sorry.. Lama tak bersiaran.. Busy body like alwaysssss.. Kah.. Kah.. Ok.. Sambung sekitar majlis aqiqah Alisha.. Mus buat sendiri bunga telur ni.. Menggodekla pagi petang siang malam.. Bunga stokin putih, daun merah.. Buat dalam 100 batang.. Untuk pakcik-pakcik yang buat tahlil dan makcik-makcik marhaban.. Selebihnya untuk jiran-jiran yang buat kerja masak-memasak didapur.. Goody bag pun sama.. Dalam goody bag ada maruku mak mus buat, ada sapu tangan ala-ala nyonya untuk makcik-makcik marhaban, tasbih untuk pakcik-pakcik tahlil dan juga sampul duitsss seperti biasa.. Okla.. Itu jer.. Pasni kita lepak tengok buai Alisha pulak.. Esok la yer.. Till then.. Hugsss..

Rabbit Plush Toy

Wednesday, November 23, 2011

As-Salam..

Sori.. Semalam busy jadik nurse.. Pastu busy jadik driver.. Kah.. Kah.. Busybody yang betulnya ha.. Ok.. Sambung cerita tentang aqiqah Alisha.. Macam kenduri biasa, ada bunga telur, ada goodies juga.. Macam-macam.. Sebabkan kali ni adalah untuk Alisha maka Mus telah buat buah tangan bertema kanak-kanak la.. Mus jahitkan rabbit.. Trace bentuk rabbit atas kain, potong, jahit, terbalikkan, sumbat fiber, jahit tutup, jahit mata dia, jahit ekoq dia then ikat la reben kat leher letak tag.. Siap!!! Mus buat dalam 60 ketul lebih rasanya.. By the end of the ceremony, settled! Haha.. Licin.. Ngam.. Ngam.. Semua tetamu macam terpegun sikit tengok rabbit ni.. Tak pernah dapat before this kat majlis mana-mana.. Tu dia.. Mak Alisha ni kan merepeks lebey.. Haha.. Sekali gambaq kat bawah ni, meja tempat Mus letak rabbit plush toy ni.. Ada strawberry lolipop, ice pop juga ada dalam fridge.. Ekekek.. Yang merah love putih depan tu guest book.. Sambungan dari guest book Mus kawen that day.. Ada belen sikit lagi, boleh sambung untuk majlis masuk rumah pulak nanti.. Ekekekek.. Jimats eh.. Pepandaila korang decorate divide dalam tuh.. Yang penting kreativiti.. Takyah pakai brg mahal-mahal.. Being creative bukan perlu barang mahal.. Then tepi tuh hias dengan bunga kain kalerful dalam vase, ada bunga hidup tepi tuh belen dari hias buaian tempat Alisha nak berendoi tuh.. Then, bunga rampai jangan lupa.. Wajib ni.. Nanti Mus cerita pasai bunga rampai ni.. Alisha dah besaq ha.. Mak dia ni sebuk nak berendoi.. Haha.. Jangan korang rasa tak boleh eh.. Bolehhh.. Ada cara dia.. Lain sikit.. Nanti next Mus cerita.. Ok la.. Berjela dah ni.. Till then.. Hugsss everyone yang sudi singgah blog Mus ni..

P/S - If sesiapa berminat nak buat rabbit plush toy ni macam Mus buat kat atas ni, boleh tengok kat sini ha.. Inspired by Yoonie.. Klik sini.. Good luck guysss..

Kad Jemputan Aqiqah Alisha

Monday, November 21, 2011

As-Salam..


Hehe.. Monday.. Bluesssss.. Yer la.. Memanjang! Ekekek.. Ok.. Berbalik pada cerita kenduri aqiqah Alisha.. Ni hari tuh tersekat kat tag saja.. Kali ni kita sambung.. Sambung ke kad jemputan.. Mus upahkan Chu Majorflava untuk designkan kad ni.. Canthek tak? Mus suka ja design-design dia semua.. Like! Like! Like! Nak mengharap diri-sendiri buat sahla hampes.. Design jer.. Pastu Mus print then potong.. Punch atas, buh eyelet dan ikat reben.. Siap! Ni style Mus la.. Nak lawa-lawa kena DIY sendiri.. Baru syiok.. Then masa menjemput, bagila kad ni.. Senang orang nak ingat.. Sapa2 berkenan nak suh design apa-apa, boleh la pergi ke blog Chu ni.. Next nanti kita tgk nak up apa.. Until then.. Hugsss..

Shahera's - Bride Side - Red

Thursday, November 17, 2011

As-Salam..

Seperti perjanjian semalam, today kasik langsai hutang tunjuk untuk bride side punya hantaran.. Tema merah.. Terdiri daripada coklat, baju kot, bakul buah, kemeja dan seluar, set perfume, toiletries dan set wallet, belt & tie.. As mention before, barang semua bakal pengantin belikan.. Semua siapla termasuk riben mak nenek segala macam, saya tukang tungging terbalikkan saja.. Ekekek.. Dah siap semua.. Lega ok.. Legaaaaa.. Nak rest.. Tapi macam tak boleh juga.. Ada lagi kerja rupanya.. Haishhh.. Pengsan!!! Lately rasa restless giler.. Tuh na.. Merunguts.. Tak baik ahhh.. Hehe.. Okla.. Jamu mata eh kengkawan sekalian.. Until then.. Hugsss..

Shahera's - Groom Side - Gold

Wednesday, November 16, 2011

As-Salam..

Lama kan tak bersiaran.. Actually banyak yang berlaku.. Ermmm.. Macam mana la nak kekalkan balik ke-aktif-an ber-blog ni ha? Ekekek.. Lemau je akhir-akhir ni.. Nak kena think the effective way la.. Bagi hidup ada sinar suria sikit.. Banyak alasan kan? Ahaksss.. That day nak cerita pasai kenduri aqiqah Alisha pun halfway kan.. Apa la Mus ni.. Tapi takpa.. Akan Mus tunaikan kata-kata juga.. Cukup bebelan.. Well, since today aktif uploadkan gambaq.. So, direct kita cerita tentang aktiviti terbaru ni.. Deko-deko hantaran.. Kali ni untuk adik ipar Mus yang akan menamatkan zaman dara pada Jumaat yang mulia depan.. Tema emas ni untuk pihak lelaki.. 5 dulang sahaja.. Terdiri dari perfume set, toiletries, beg tangan, sepersalinan serta telekung.. Next, Mus ceritakan on the bride side pulak ok.. Mus diamanahkan buat untuk kedua-dua pihak.. Well.. Seperti diminta pelanggan, saya yang menurut perintah.. Hehe.. Barang hiasan semua adalah bakal pengantin yang beri, Mus cuma dekokan saja mengikut apa yang ada.. So, till then.. Hugsss everyone..

Take Me Home

Friday, October 14, 2011

As-Salam..


Today nak cerita-cerita sikit pasai kesibukan yang melanda untuk ketika ini.. Hehe.. Takmo nak simpan-simpanla.. Esok-esok langsung tak dan cerita.. Ahaksss.. Dah siap design thank you tag dan kad jemputan.. Tengah sebuk duk print dan potong-potong.. Later nak letak eyelet then nak gantung ke goodies saja.. Card juga dah siap print.. Later nak letak eyelet dan riben then bolehla menjemputs.. Later dah siap, Mus cerita lagi.. Semua ni untuk kenduri aqiqah Alisha.. Dirancang hujung bulan ni.. Kambing dah dapat.. Tuh yang tengah sebuk-sebuk sikit.. Nak mengulit macam-macam.. Bunga teluq dalam proses.. Tinggai nak sambung-sambung saja.. Nanti kasik cerita juga ni.. Banyak nak cerita ni.. Harap mak budak ni rajinla na.. Mau malas juga, tak tau nak kata apa la.. Haha.. Ok la.. Hari ni hari Jumaat.. Hari kegembiraan semua orang.. Have fun na.. Enjoy life.. Until then.. Hugs everyone..

Make Over

Wednesday, October 12, 2011

As-Salam..

Selalu hari Ragu ni ramai sangat buat "Wordless Wednesday".. Kalau Mus la buat "WORDLESS", ada hak tak kena la tuh ha.. Dasar cakap banyak eh.. Ekekek.. Ok la.. Still lagi berlegar-legar cerita kain yang sama.. Hehe.. Lepas buat set untuk Baby Rayna tuh.. Ada lebih-lebih sikit kain tu sayang tatau nak buat apa.. So, Minta la ke Cik Kema nak buat sarung bantal ke Alisha juga.. Sebab suka polka dots tuh.. Muat pun belen takat ni ja.. Takdak lebey dah pun.. Habes.. Fully utilise.. Ahaksss.. Bantal Alisha yang bersarung cream tuh, yang lama punya.. Pun dah lembiks.. Mus tambah kekabu dalam tuh dulu.. Then baru jahit sarung baru.. Tadaa.. Lawa dah.. Sedap sikit Alisha tidoq.. Kalau idak, asyikla nak menempek kat bantak kita ja.. Pasal bantal dia dah lembiks.. Haha.. Budak kecik pun pandai memilih na.. Ahaksss.. Ok la.. Harap-harap esok Mus masih rajin na.. Muahahaha.. Duk sehbuk nak kenduri Alisha.. Tuh yang duk diam-diam sat.. Doa bagi Mus ni rajin la skit.. Kita snap-snap pic aap yang Mus buatkan untuk Alisha.. Hehe.. Till then.. Hugsss everyone..

Set Baby Rayna

Thursday, October 6, 2011

As-Salam..

Hari tuh janji nak tunjuk gambaq set.. Hari ni baru berkesempatan.. Dua tiga hari sehbuk entah apa-apa entah.. Macam-macam hal na.. Takpa.. Sabaq.. Gambaq kat atas tuh termasukla quilt, beg dan set sarung tilam bantal baby.. Then ada TER-selit rencah-rencah macam booties dengan hair clip.. Itu jer.. Gambaq kat bawah tu saja menyemak.. Haha.. Suka kat kain dia.. Kain yang diberi tuh muat-maut buat semua benda ni.. Jadila na.. Suka jahit set tilam bantal baby, lawa-lawa dan comel-comel semua.. Suka.. Suka.. Ok la.. Mus nak pi sambung buat kerja sat.. Hehe.. Selamat cuci mata na kawan-kawan.. Until then.. Hugsss..

Sundress

Monday, August 22, 2011

As-Salam..

Happy Monday.. Tinggai baki 4 hari lagi nak cuti.. Syiok na.. Hehe.. Sabtu lepas, masa sebuk menjahit baju.. Mak Mus bising hah.. Disuruh juga ha jahitkan dress dari belen kain batik ni.. Actually kain batik tu belen dari buat kain belah untuk kebaya adik Mus.. Nak buang sayang kata Mak.. Tuh dia bebel-bebel suh buat dress ke Alisha.. So, layan ja la.. Kang tak layan kang, bertambah bising kang.. Haha.. Terus sambung-sambung belen kain tuh.. Jahit renda tambah manis kat hujung.. Atas tuh just letak getah pinggang jer.. Main agak-agak waras ja cara nak buat dress ni.. Tali tuh seri sikit dengan riben.. Dak kalau nampak plain sangat.. Dah siap, suh Alisha posing.. Renyih sakan.. Suka la dia tuh.. Takleh jadik.. Alisha ni dah overshadow Ami eh.. Jeles.. Jeles.. Wakakakak.. Nanti pas ni tunggu gambaq makcik kecik ni posing kurung pahang dia pulak eh.. Until then.. Selamat countdown untuk bercoti na kawan-kawan.. Hugsss..

Siap!!! Bunga Penanggah Itewww..

Wednesday, August 10, 2011

As-Salam..


Baru ja Isnin lepas azam nak update elok-elok na.. Sekali semalam dah terkehel.. Kah.. Kah.. Ok.. Mulai hari ni mesti update best-best.. Kita tengokkkkk.. Ahaksss.. Hari ni nak cerita pasai bunga penanggah yang that day Mus duk pulun buat tuh.. Siap dah! Lama dah menaqnya siap ni.. Tapi hari baru nak kepo-kepo.. Duk lupa nak pi hantaq ja ni.. Asal pi ja, lupa bawa.. Minggu ni nak kena bawa juga ni, nak claim duitsss.. Kah.. Kah.. Boleh buat beli baju raya Alisha.. Dan.. Dan.. Baju Alisha saja dah berhelai-helai.. Saja owh Ami dia ni.. Lega na siap dah satu kerja.. Nowadays tengah sebuk dengan persiapan raya.. Paling terkini, sedang nak jahit baju jeppa untuk Abah Mus.. Dah siap potong semua dah.. Malam ni boleh run.. Yezza.. Moga-moga kuat semangat na.. Banyak baju nak jahit lagi ni.. Baju sendiri pun tak sentuh apa lagi ni.. Duk buat baju orang dulu.. Baju sendiri takpa.. Baju orang kalau takut depa glabah, ngan Mus sekali glabah.. Kah.. Kah.. Baju Mus gamak tak siap, kita pakai baju raya hak lepas-lepas.. Ala.. Bukan orang nak perasan pun.. Muahaha.. Tuh ayat pemalas na.. Takleh.. Takleh.. Nak kena run laju-laju.. Minggu depan nak run baju raya pulak.. Nanti pengsan.. Haha.. Okla.. Kang lagi lama meulis, lagi merapu duk keluaq.. Selamat berpuasa kawan-kawan.. Hugsss..

Currently..

Monday, August 8, 2011

As-Salam..


Cepat kan masa berlalu.. Mus rasa macam nak lari laju-laju.. Takutsss.. Baru siap satu baju Mr.Fedex.. Banyak lagi duk tunggu.. Pengsan!!! Ok.. Takpa.. Kita kasik tenang hati sikit.. Berdoa moga sempat siap na.. Doa.. Doa.. Ok.. Currently.. Sekarang ni tengah hand-quilt menda alah kat atas tuh.. Sesambil.. Wajib ni.. Nak siapkan dan pos kepada tuan dia dengan segera.. Esok boleh siap dah ni.. Beg pun tinggal zip saja.. Nanti dah siap, kita kasik tayang set-set na.. Haha.. Sakan.. Ok la.. Sambung kerja.. Berdoa juga lagik, agar esok masih lagi rajin.. Mau update blog.. Azam baru.. Kah.. Kah.. Boleh percaya? Cesssss.. Toksah la.. Haha.. Ok la.. Merepeks dah.. Adios semua.. Hugsss..

Polka Dots Diaper Bag

Tuesday, July 26, 2011

As-Salam..


Semalam Mus cuba-cuba buat diaper beg ni.. Tak pernah cuba lagi peten ni.. Sangat suka peten ni.. Comel sangat.. Peten gini, tali dia panjang bebenor sebab wrap satu beg tuh.. Lagu mana nak cerita tatau.. Takpa.. Esok-esok siap Mus tunjuk gambaq penuh.. Tinggai nak sambung saja.. Malam ni insyaAllah kalau tak terbabas lena ngan Alisha, siapla beg ni.. Haha.. Kalau idak, sambung esok malam pulak la na.. Mus jahitkan stroller baby guna felt di poket depan.. Comel tak? Actually nak buat kain pink.. Tapi dah habes.. Yang tinggai cuma kain biru ni.. Biru pun biru la.. Seimbangkan dengan stroller pink ni.. Sebab baby girl kan.. Kain adalah kepunyaan tuan badan.. Mus upah jahit saja.. Doa-doa malam ni siap na.. Ok la.. Until then.. Hugsss..

Bunga Penanggah

Wednesday, July 20, 2011

As-Salam..

Lepas update depa diam pulak na.. Haha.. Ok.. Ok.. Takmo malas-malas.. Mus benaqnya banyak WIP.. Dulu rajin na update WIP ni semua.. La ni awat tatau, asyik cerita barang hak siap ja.. Makin lama makin tak kreatif dah kat blog ni.. Dah tua ka? Haha.. Ok.. Sekarang ni Mus duk buat bunga penanggah ni.. Sempena kenduri adik ipaq yang bakal berlangsung bulan 11 ni.. Buat simple-simple ja ikut pada apa material yang depa bagi saja.. Awat bunga penanggah kena guna duit seringgit? Takdak duit tak boleh ka? Fesyen kot no.. Macam-macam jenis ada.. Dari semurah-murah hingga ke semahal-mahal.. Macam-macam jenis zaman la ni.. Makin lama makin komplikated.. Pening juga.. Dah siap dah semua riben semua.. La ni tinggai nak kumpul-kumpul duit seringgit nak lipat ja, pas tu assemble siap.. Mudah ja.. Kalau ada kemahuan, sapa-sapa pun boleh buat.. Kalau takdak, payah la jugak.. Abaikan background surat khabaq yang buat lapik laci tuh na.. Tak senonoh betui.. Haha.. Tangkap gambaq baru perasan selama ni surat khabaq tu gambaq apa.. Kah.. Kah.. Okla.. Kita jumpa lagi esok.. Mudah-mudahan Mus ni rajin lagi.. Hugsss..

Sarung Bantal Kak Reen

Friday, April 8, 2011

As-Salam..


Entah apa nak cerita eh.. Ada jer cerita.. Tapi malas nak upload gambaq.. Haha.. Malas!!! Tuh.. Huduh perangai.. Ni tengok-tengok dalam folder ni, ada gambar sarung bantal yang Mus buat untuk Kak Reen ni.. Kasik pamer.. Penat tangkap gambaq.. Sebenaqnya.. Ni projek sebelum deliver.. Masa masa-masa akhir nak deliver tuh Kak Reen minta jahitkan 4 keping sarung bantal besaq tuh.. Nak dijadikan cerita.. Masa siap sarung bantal ni.. Ingat masih ada masa.. So, takpa.. Nanti baru mus pos.. Tup.. Tup.. Tak dan aihhh.. Nak TERberanak dah.. Terus lepas pantang baru posla.. Kemain eh peram sarung bantal ni.. Sorila na Kak Reen.. Peram barang Kak Reen.. Nanti Mus tunjuk projek Mus dalam pantang juga.. Ada nampak satu gambaq ni.. Hehe.. Nanti kasik cerita.. Happy holsss everyone.. Hugsss..

Set Bantal Tilam Baby

Thursday, December 23, 2010

As-Salam..

Lama kita tak sembang-sembang kan? Huhu.. Mus dah tak berapa nak sehat sekarang ni.. Harap kengkawan lain sehat la na.. Boleh teruskan aktiviti jahit-menjahit kita.. Progress terbaru Mus setakat hari ni pasai BOM la.. Dah berjaya ok siapkan semua.. Dan juga dah berjaya pos pada semua.. Sunyi sepi ja semua.. Ada sorang dua ja yang update penerimaan.. Hehe.. Mus anggap terima ja la na.. Pasai Mus nak wrap up dah BOM ni.. Takmo tangguh-tangguh.. Serabut lak rasa.. Nanti balik nak check tengok.. Apa yang Mus dah dapat.. Apa yang belum.. Mana tau, kot-kot boleh sambung ka.. Ekekek.. Perahsan! Ok.. Habes dah bab tu.. Legaaaaa giler rasa.. Still under schedule la kan? Tak masuk tahun baru lagik.. Still December.. Hehe.. Pada kawan-kawan hak lain.. Jom sama-sama kita bakaq semangat bagi perabes na.. Kesian gak kat kawan-kawan hak len.. Haishhh..
Ok.. Abes bab tu.. Kita masuk bab Baby Mus pulak.. Syiokkkkk.. Akhirnya.. Set bantal tilam Baby dah pun siap.. Akhirnyaaaaa.. Legaaaaa.. Seb baik tak TERberanak lagik.. Kalau dak, tatau la.. Main lapik kain batik ka? Ahaksss.. Benaqnya nak buat dia sat saja.. Pasai buat pelan-pelan tuh yang makan masa.. La ni tak berapa nak boleh buat kerja sekali harung.. Kena berhenti-henti.. Mus guna kain biasa-biasa saja.. Disebabkan berangan nak buat macam KD punya, maka pulun pi cari renda.. At least, ada la jugak rupa kan? Janji sweet la kat mata Mus.. Sok-sok dah ok boleh buat another set.. La ni kena duk diam-diam dulu.. Tak leh rengkuh kudrat sangat.. Bila semua dah siap, rasa syioookkkkk aihhhh duk pandang-pandang.. Baby nanti behave ok.. Mudah-mudahan keluar ikut time.. Kalau tak pun, takpa.. Janji kita berdua ok na.. Sayang Baby.. Hugsss..

So, di kesempatan yang ada ni.. Mus nak minta maaf pada semua na.. Tak kirala sapa pun anda di luar sana.. Yang selalu keluaq masuk blog Mus ni.. Sama ada sengaja atau tak sengaja.. Mus nak minta maaf.. Minta halal apa yang dah Mus terima atau apa saja.. Minta maaf pada yang terasa dengan kata-kata Mus ka selama ni.. Tetambah pada kawan-kawan blogger semua.. Yang selalu kita berbicara.. You know who you are.. Kalau Mus update blog ni, makna duk ada lagi la.. Kalau diam tuh, nanti kita tunggu tengok kot-kot ada atau terus takda update.. Mana tau kan.. Nak pi berjuang ni.. Risau juga di hati.. Berdoa ngan tawakkal saja.. Harap-harap kawan-kawan tak banyak, sikit jadila doakan keselamatan Mus na.. Moga lancar semua urusan.. Moga dilindungi-Nya.. Harap-harap lepas ni tak lupa kat Mus na.. Mesti nanti Mus rindu semua.. Ahaksss.. Hugsss kuat-kuat untuk semua.. Happy Christmas kawan-kawan.. Ekekek.. Sempat lagik.. Ok la.. Esok kita jumpa lagi kalau maseh tak TERberanak.. Kah.. Kah.. Kah..