Stash Swap Suka Hati

Thursday, December 31, 2009

Yes! Yes! Hari terakhir di tahun 2009.. Kita jumpa next year tahun 2010 ok.. Hehe.. Dah macam lama sangat la nak masuk tahun baru kan? Drama betul.. Padahal esok tahun baru 2010.. Huhu.. Cepatnya masa berjalan.. Pantas giler.. Huhu..


Ok.. Today nak citer tentang peristiwa Cik Kema itu merajuks sebab nama penuh tak dapat isi lagi masa Stash Swap yang Hani organize tuh.. Tapi at last Cik Kema itu sempat masuk stok ke-dua.. Hehe.. Memacam.. So, masa Mus dapat jadi orang terakhir a.k.a orang ke-sepuluh tu la di mana Cik Kema itu telah makan hati sebab tak sempat nak join.. Ekekek.. Disebabkan kemerajukan itu, maka Mus pun layan la pujuk dengan Stash Swap Suka Hati ni bersama Cik Kema.. Sapa lagi nak pujuk kan? Mus juga.. Agaga.. Perahsan! Mus lupa pulak nak tangkap gambar, apa yang Mus beri pada Cik Kema.. Tak ingat dah.. Lama dah ni.. Baru hari ni nak posing-posing gambo bagai.. Selalu tuh macam tak berapa rajin kah? Haha.. Tak leh sebut 'malas' sebab karang jadik pemalas macam mana? Susah pula.. So, yang di atas sana adalah apa yang Mus dapat dari Cik Kema.. Sonok giler.. Ada flannel.. Cotton love.. I likeeeee.. Then ado benang seketui, button berketui-ketui, ring, riben dengan magnetic button.. Best ok.. Boleh buat beg itu magnetic button.. Suka-suka.. Pada Cik Kema yang sebuk di sana, "Selamat potong felt dan Selamat Tahun Baru 2010 na.." Terima kasih pada goodies ni semua.. Cik Mus suka ok.. Pada semua reader, "Selamat Tahun Baru 2010.. Moga tahun 2010 nanti membawa seribu kejayaan.. Aminnn.."

Upah Menjahit.. Yummy Lagik!!!

Wednesday, December 30, 2009

Morning!!! Morning!!!


Hari ni pun nak eksen ngan barang yummy jugak.. Sedap! Sedap! Haha.. Out of mind.. Ni ler upah menjahit sarung bantal sila yang Kak Reen bagi.. Sedap kan? Upah yang melebih-lebih ok.. Melampau! Haha.. Syiok! Button sebeg besaq.. Plus loose button lagik segengam.. Plus benang lagi 4 ketui.. Ehem.. Ehem.. Kak Reen nak suruh Mus mula tat kah? Abesla.. Pengsan ni.. Sonok duk belek benang tuh.. Ado plak orang yang mula pi tat sat ni.. Tak boleh jadik.. Tangan kena lepak dendiam.. Buat barang yang patut buat dulu.. Hadiah contest hari tuh pun dah siap.. Tinggal nak letak tampuk dan send saja.. So, tunggu ok.. By next week boleh send dah.. Pasai next week dah balik ke gobok sendiri.. Yeayyy!!! Boleh settlekan apa yang patut disettlekan.. Hutang berlambak nuh.. Pengsan! Ni semua goodies buat pembakar semangat.. Giler heaven! Haha.. Dah! Dah! Kang berjela merepek meraban.. Thank a million ok Kak Reen.. Satu hari mesti nak pi Johor sana.. Tungguuuuu..

Label

Tuesday, December 29, 2009

Morning kawan-kawan..


Hari ni dah Selasa.. Uh.. Cepat kan masa berlalu? Dua hari lagi nak jejak tahun baru.. Ish.. Ish.. Giler pantas.. Mr. Fedex, bawa saya jalan-jalan pusing bandar sebelum tahun baru ni boleh ke? Ekekek.. Melampau.. Ok.. Cukup! Melalut! Haha.. Pantang ado peluang.. Melalut sakan.. Hari ni nak ngomel tentang label japs.. Tanya sana sini.. Korek sinin sinun.. Mahal nak pengsan.. Memula quote lain dah kasik design plak terus lagi berganda mahal.. Ekekek.. Businesss.. Pengsan! Mus mencari di mana nak buat fabric label ni yang tak la begitu mahal sangat.. Tapi tak ada jumpa pun.. Ada yang satu tuh tapi.. Ermmm.. Situasi seperti di atas.. Haha.. Takpa.. Abaikan.. So, dapat info dari Cik Kema.. Maka, Mus pun order dengan Zubaidah.. Last-last untuk sementara, beli yang pesen ini dulu.. Tunggu Mus kumpul modal banyak skit, baru bleh order yang beribu-ribu kot.. So, pada sesiapa yang teringin nak buat label sendiri.. Bukan sekadar pada yang buat business.. Pada crafter sekalian yang selalu produce barang sendiri.. Perlu trademark sendiri juga sesuai buat label ni.. Sekadar menambah kesungguhan.. Tak salah kan? Kerja Zubaidah ni sangat kemas.. Murah juga dan berpatutan.. Customer service yang tip top.. So, why not? Try it.. Berminat? Klik link di bawah.. Opsss.. Sebelum tuh.. Sesiapa tahu di mana boleh Mus buat fabric label yang tak begitu mahal melampau, beritahu Mus yer.. Thank you..

Yummy!!! Yummy!!!

Monday, December 28, 2009

Monday blues everyone..

Disebabkan today pagi Isnin.. Terkenal dengan blues sepanjang hari Isnin kan? So, sengaja nak kasik semua orang bangun sket.. Celik mata luas-luas.. Kasik cuci mata yang lebam-lebam tuh.. Ini hasil rembatan Mus masa pergi KL minggu yang lepas.. Huhu.. Penang mana nak ada kain cotton yummy yummy gini.. Nak minta orang KL sopingkan kat kita sekali pun, segan la hai kalau selalu sangat kan.. So, kasik rembat juga sket walau tak banyak yang larat diusung dengan naik lrt tuh.. Cuba kalau lempaq bonet keta.. Huh.. Mau angkut berkayu-kayu kot.. Malas nak masuk bandar dengan keta, tuh yang menapak dengan lrt jerk.. Kaki sakit ok.. Giler penat.. Merepek meraban dengan Mr. Fedex merata-rata tengok peta.. Puas ok.. Ni kalau nak pergi KL lagik, sah-sah nak simpan duit bebanyak tuh.. Kasik bawak troli pergi pasar tuh.. Senang sket.. Kasik lempaq lam troli terus heret jer.. Boleh? Mr. Fedex siap bersila dekat lantai dah.. So, moh kita balik.. Cukup-cukup bawak insaf membeli kain.. Agaknya.. Sah-sah orang lelaki ni tak paham dengan perangai bini itu.. Kenapa masih beli dan beli dan beli juga cotton walau dah bertimbun-timbun cotton.. Wakakak.. Mus juga tak paham dengan diri sendiri la.. Bleh kasik alasan gituh.. Wakakakak.. Larikkkssssss.. **Lari-lari anak usung troli menuju ke Nagoya**

Malaysian sHexies - 2nd Round

Thursday, December 24, 2009

Today Khamis! Yes!!!


Ok.. Malaysian sHexies punyer citer tak habes lagi.. Tak buat penutup lagi macam Cik Kema.. Agaga.. Untuk melengkapkan kerja-kerja sebagai Malaysian sHexies, ini adalah 10pcs "Hexy The Sexy" untuk diri sendiri.. Theme merah bertampuk putih.. Nampak gambar? Tetiba ada satu hexy love-love di antara polka dots itewww.. Ha.. Itu anak tiri namanya.. Ekekek.. Fuhhh.. Lega ok.. Dengan siapnyer part untuk diri sendiri maka dengan ini, complete la Mus punya komitmen untuk Malaysian sHexies tahun 2009.. Bermakna Mus telah menerima 9 panggu dari 10 panggu yang patut Mus terima.. Since, another 1 panggu missing in action.. Maka, kena redho ni.. Huhu.. Janji yang perlu Mus tunai dah tertunai.. Apa yang perlu Mus buat dah terbuat.. So, completed! Link sebelah untuk group Malaysian sHexies telah digugurkan serta digantikan dengan link BOM 2010 pula.. Yes.. Tahun baru.. Terima kasih pada semua sHexies yang join.. Dulu tak kenal, sekarang dah kenal.. Walau tak bersua, cukup sekadar bertukar kata-kata.. Cukup untuk hati Mus merasa happy hari-hari.. Thanks juga pada KD selaku penganjur.. You did a great job.. Selalu bagi kata perangsang bila enjin dah nak sejuk.. Selalu jadi pembakar bila hati dah ke mana.. Haha.. Kan ker crafter senang di-influence-kan.. Setuju tak? Ekekek.. So, still keep in touch ok even nan ado "Hexy The Sexy" lagi.. Tapi still, ado blanket yang perlu diselesaikan.. Fuhhh.. Berpeluh.. Thanks for the friendship sHexies.. I mean it! Hugsss..

Malaysian sHexies - 8th, 9th & 10th Round

Wednesday, December 23, 2009

Yes.. Yes.. Yes.. Akhirnya.. Mus BEBASSSSS.. Yeehaa!!!!!

Cabaran "Hexy The Sexy" untuk round yang ke-8, 9 dan 10.. Semua ini adalah untuk KD.. 30 pcs in total.. Fuhhh.. Lap peluh berkali-kali ok.. Theme merah 10 pcs serta theme hitam 20 pcs.. Lega ok rasa.. Sangat lega yang amat-amat.. Seronok sangat.. Bila dah siap semua 30 pcs "Hexy The Sexy" tuh, rasa sayang ok nak pos ke KD.. Ekekek.. Boleh? Macam mana la KD begitu tegar buat 30 pcs sekali untuk 7 peserta? Pengsan!!! Tapi KD sangat berjaya.. Huhu.. Terkeluar dari kotak fikiran.. Haha.. Apa-apa pun.. Congrats ok KD.. Dah buat beratus "Hexy The Sexy".. So, enjoy menanti abang posmen di muka pintu.. Menanti ketibaan 30 pcs hexies dari 7 peserta.. 3 dah dapat kan? So, 4 orang lagi.. Yes.. Malaysian sHexies! Wake up! Settle segera.. Sebab kita nak masuk buku baru ni.. Ecewah.. Mementang dah siap.. Gelek-gelek cucuk langit.. Larikkksssss..

BOM 2010

Morning everyone.. Yes.. Pagi hari ni.. Ekekek..

Ok.. Today nak sembang pasal projek tahun depan.. Ecewah.. Mementang Mus dah completekan "Malaysian sHexies" punya cabarankan.. Dan-dan nak sembang pasal projek tahun depan.. Tak agak-agak.. Haha.. Ok.. Perlu intro dulu.. Tahun 2010 Mus dah buat komitmen dengan group BOM 2010.. So, kena cargas.. At least, biar habes tahun dengan habes satu cabaran walau memang dalam kesibukan.. Baru rasa bermakna sikit.. Huhu.. Tak kalu, tatau mana lempaq pi masa Mus yang beribu-ribu jam tuh kan.. Uhuk.. Uhuk.. Pendek cerita, design BOM 2010 adalah seperti tertera di bawah.. Nice kan? Simple jer.. Suka juga kaler coklat tuh tapi theme Mus kali ni adalah putih, merah & pink.. Yes.. I know.. Merah lagik.. Ahaha.. Tataula.. Di hati ni merah je yang bertakhta.. Nak buat macam mana kan.. Disebabkan setahun ada 12 bulan maka BOM 2010 ni ada 12 block serta 12 peserta juga.. Hope kali ni, BOM 2010 akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah..
Minggu depan akan menjejak tahun baru.. So, since Fida selaku penganjur dah keluarkan senarai undian.. Di sini Mus mudahkan kawan-kawan yang menyertai BOM 2010 dengan compile ke dalam satu jadual seperti di atas sekali.. Klik jadual di atas untuk view yang lebih jelas ok.. Study jadual di atas untuk lebih faham apa yang patut masing-masing buat pada bulan-bulan tertentu.. If dapat faham, dah boleh kasik settle dah without tunggu setahun.. If nak la.. If.. If ok.. Haha.. So, happy sewing "BOMian".. Any question? Feel free to drop a comment..

P/S - Mus berdoa untuk BOM 2010 kali ni berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah.. Just my opinion, if anyone do have a problem.. Voice it out.. At least, tak semua tertunggu-tunggu di mana panggu masing-masing.. Am I right? Setuju dengan Mus tak? Mus rasa dan very very sure yang semua peserta adalah sangat memahami, kan? So.. Lets.. Membeli-belah cotton ok.. Alasan kukuh ni.. Hiahaha.. Happy New Year 2010..

He's One In A Million

Tuesday, December 22, 2009

Selamat petang kawan-kawan..
Ermmm.. Hari ni suram ok.. Entah kenapa, tak menarik jer.. Tetiba jer macam tak seronok.. Huhu.. Nak PMS kot.. Haishhh.. Macam-macam difikir, hati tak tenang.. Ermmm.. Mus nak update blog tapi gambar tak boleh transfer.. Sedih ok.. Rasa macam tak best giler.. Kejap nak kira-kira duit tengok.. Gamaknya layak tak beli kamera seketui.. Ermmm.. Nak buat azam tahun baru la.. Tahun depan nak kena runner beli kamera dan laptop.. Agak-agak dapat tak? PC pun dah kong.. Huishhh.. Kena simpan duit.. Wajib! Wajib! Dah.. Sebelum Mus ngarut merepek-meraban, jom kita memasing layan cerita di bawah.. Bergenang air mata bila baca.. Jadik teladan sesama kita.. Resmi hidup berumah-tangga.. Yang sikit pejam-pejam kan mata sajala.. Andai sorang tak mampu memahami, sorang kena beralah la kan.. Dari bising, lebih baik berdiam diri.. Tak kalu.. Memasing nak menang, pengsan! Ekekekek.. Jom hayati.. Mus dapat dari blog ni -->> Terimalah Aku Seadanya.. Aku.. Layannnnn..

He's One In A Million..
(Based on the true story..)

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...


Malaysian sHexies - Completed!!!

Thursday, December 17, 2009

Yes!!! Yes!!! Yes!!!
Mus berjaya..
BEBASSSSS.. Akhirnya..

Giveaway Dari House Of Quilt & Patchwork

Wednesday, December 16, 2009

Yessszaaa.. Try luck Mus masuk giveaway lagik.. Padahal hakikatnya, tak pernah menang.. Muahahah.. Gelak besaq skit.. Di bawah adalah posting dari blog ZilaKasim <--[klik sini].. Do check out there for more details ok..

Kurung Siti Zubaidah

Morning kawan-kawan..

Seperti yang dijanjikan lama-lama dulu yang lepas.. Ahaksss.. Hari ni Mus sajikan dengan "Kurung Siti Zubaidah".. Ramai orang suka panggil ini "Kurung Pahang".. Actually 2 nama ni adalah tak sama.. Huhu.. Tapi agaknya memang ini normal panggilan dia la kan.. Kurung Pahang tak dak tulang tepi di pesak tuh.. Manakala, Kurung Siti Zubaidah ada tulang di tepi pesak sana.. Nampak beza dia? Baju begini memang takda kekek.. Effect kembang di bawah dek kerana bukaan pesak bawah lebih besar dari normal "Kurung Biasa".. Pesak selaras bahagian pinggang ada sedikit cutting.. Baju ni sesuai untuk kain yang berat jatuh.. Kain yang ringan kembang amatla rasa lebih besar effect dia.. Tak berapa menarik.. Orang yang berbadan besar kalau takut nak pakai kebaya, cuba try buat jenis kurung begini instead of kurung biasa saja dalam almari.. Sangat cantik ok.. Effect nice nice cutting masuk badan sedap mata memandang.. Cubalah.. Ada adik beradik kurung begini, nama "Kurung Riau".. Yang jenis ini plak pesak tuh di bahagi 2 bhagian.. Ada atas dan bawah.. Huhu.. Bahagian bawah pula ada 2 jenis pulak.. Kalau yang Kurung Riau ni takda belah jahitan tepi tapi kalau "Kurung Riau Brunei" ada belah dan perlu disambung jahitan belah tepi.. Tak ingat dah nama yang ni sama ada ada "Riau" ke tak tengah tu.. Tapi yang pasti, "Brunei" ada.. Wakakakak.. Pening ok.. Banyak jenis sebenarnya.. Tapi orang kita sekali harung jerk.. Ekekek.. Sebab semua akan pulun kata semua jenis ni adalah "Pahang".. Kan? Kalau tak cakap "Pahang" mesti cakap "Riau".. Hehe.. Pening kan? Dah.. Dah.. Mus hak explain ni pun pening..Gambar yang Mus attach tuh.. Dedua baju kawan Mus tempah.. Nak sejibik lagu baju dia beli di kedai.. Mus ada tengok contohnya.. Tapi nak suruh Mus ikut contoh, memang tak berapa nak berkenan la.. Bukan semua ukuran kita boleh dapat tepat sebab baju gini, dia kena pusing pola dan gam bagai.. Huh.. Hard to explain.. Ayat pun tungging terbalik.. So, kalau orang ada depan mata, Mus prefer amik ukuran badan.. Baru ngam-ngam baju masuk tak kecik tak besaq.. Kawan Mus padankan kurung ni dengan "Kain Datin" atau nama lain "Kain Pakai" atau nama lain "Kain Batik".. Agaga.. Pening.. Lagu pakai kain batik nuh.. Takdak belah.. Haha.. Pengsan! Lawa ok.. Since rangka kawan Mus ni besar, so bila hang dekat hanger Mus tuh tak berapa cantik flow dia.. Sebab bahu dia tak terletak elok.. Sebab bahu dia dah TERkeluar dari hanger.. Kawan Mus ni orang berangka besar, boleh bayangkan? The one yang kaler pink memang sangat cantik.. Kain dia berat dan jatuh lawa ke bawah.. Tapi the one yang kaler hijau tuh dia keras dan tebai.. Dia kain baju melayu tuh.. So, dia akan kembang besar la.. Paham kan? Angguk-angguk paham je la eh kawan-kawan.. Leher still di mata lalatkan.. Mus suka gini, nampak klasik.. Tak suka jalan cepat pakai list bagai.. Rasa macam xcantik betui.. Ermmm.. Cacat jer nampak.. Walau jahit pakai list memang cepat dan mudah giler.. Ekekek.. Ok.. Ok.. Penat menaip dah.. Selamat baca Mus mengarut pagi-pagi buta.. Hiahaha..

Pomander Ball

Monday, December 14, 2009

As-salam.. Happy Monday.. Yuuhuu..

Okeps.. Jangan nak ber-monday blues ok.. Today mestilah cergas.. Mus hari ni punch pukul 6.28am.. Masuk kerja actually pukul 8am.. So, boleh bayang tak? Ahah.. Giler efisen.. Pekerja sapa la ni.. Since Mr. Fedex keja pukul 7am, so Mus pun automatik masuk awalla.. Tapi Mus suka datang awal-awal gini.. Rasa nyaman pagi-pagi bangun awal lepak sini.. Ada sejam setengah sebelum mula kerja.. So, pas bancuh air semua.. On pc lepak mana patut.. Then baru keluarkan tupperware "Hexy The Sexy" itewww.. Jahit untuk portion ke-tiga KD.. Seronok ok.. Dah nak habis.. Sebab semangat nak "BEBAS" tu tebal.. Itu yang gigih.. Ahaksss.. Oppsss.. Actually nak citer pasal mende lain kan? TERlalut mende lain.. Huhu..


Ok.. Balik ke pangkal jalan.. Mus nak citer tentang pomander ball ni.. Amacam? Cute tak? Eheh.. Barang recycle yang nak dibuang oleh orang lain adalah menjadi sangat berguna untuk Mus.. Eheh.. Itu EP cakap la.. Perli Mus la tuh.. Pomander ball ni dikelilingi oleh felt yang dibentuk jadik munge rose.. Nice tak? Sesuai ok kalau nak hang dalam kereta ka.. Kat tombol pintu ke.. Mus buat hang kat tombol pintu bilik.. Comel ok.. Berminat tak dengan pomander ball ni? Anyone berminat dengan pomander ball? Ahaksss.. Sedang dalam pembikinan pen-set-up-an.. Tuh.. Ayat tak leh blah.. Ok.. Jom kawan-kawan.. Boost up memasing punyer power.. Baru rasa cargas sket.. Jom.. Jom..

Sarung Bantal Sila Kak Reen

Friday, December 11, 2009

Walalala.. Jumaat okies today.. Orang Selangor cuti eh? Hehe..


Hari ni nak tayang hasil jahitan Mus untuk Kak Reen.. Hehe.. Sah-sah ingat Kak Reen nak nikah ker? Ahaksss.. Bukanla.. Kak Reen tempah untuk anak Kak Reen ok.. Konsep macam bantal sila Mus.. Sapa-sapa yang nak tahu tentang bantal sila Mus setengah tahun yang lepas, sila klik sini ok --> Bantal Sila.. Untuk bantal Kak Reen ni, RE nya disulam oleh Ibu.. Since Kak Reen mau pattern yang simple saja.. So, bunganya adalah sweet-sweet kecil di penjuru Mus tengok.. Kain juga adalah berlatar cream.. Sweet-sweet jer nampak.. Kak Reen nak buat pakai hari-hari lepas dah settle kenduri katanya.. Mula-mula Mus ingat nak letak piping kat tepi.. Cari merata atas bawah ok, tak ada langsung piping kaler cream or gold.. Macam piping ni dah out of date.. Huhu.. Takda stok baru.. So, korek pi korek mai.. Potong-potong buat juga ropol-ropol macam Mus punya.. Ropol dari kain yang sama.. Sebab masa mula tengok tuh, tak perasan ada kain lebih boleh buat ropol.. Ahaksss.. Mana letak mata tatau.. Poslaju dengan pantas lepas Raya Haji.. Sampai on time.. Lega ok.. Huh.. Nak kasik settle 2/3 benda lagik.. Huhu.. Happy weekend buddies.. Take care..

Selamat Hari Tua Cik Kema!!!

Thursday, December 10, 2009


Happy Birthday Cik Kema!!!
Selamat Hari Lahir Cik Kema!!!
Selamat Hari Tua Cik Kema!!!

P/S - Cik Mus doakan Cik Kema selamat panjang umur.. Murah rezeki.. Semoga apa yang Cik Kema hajati akan termakbul ok.. Cik Mus harap Cik Kema tak sombong dengan Cik Mus bila esok-esok dah jadik bisnesswoman ok.. Ehek.. Ehek.. Hugsss..

Cuci Mata

Wednesday, December 9, 2009

Untuk tatapan Cik Kema walau dah tatap..
Tatap biar lama-lama.. Lariksssss..
Selamatkan diri.. Muahahah..

Malaysian sHexies - 7th Round

Morninggggg.. Bangun sumer kawan-kawan.. Jogging.. Ekekek..

Ok.. Baru semalam boleh transfer gambar.. Hua.. Hua.. Seb baik ada BIL yang berjasa.. Baru best sket nak citer.. Tak kalu.. Memang hambar giler.. Huh.. Ni nak citer benda basi.. "Hexy The Sexy".. Theme pink tampuk kuning.. Kepunyaan Jurra.. Dah lama siap dah dah sent pun.. Dah ada nun jauh di Sabah dah hexy ni pun.. Tukang jahit hexy jer yang tak up to date.. Ehek.. Ehek.. Jurra kata dia suka.. So do I.. Asal hexy jer mesti sukaaaaa.. Sekarang ni Mus tengah tunggu cutter blade.. Takleh potong kain untuk theme hitam sebab cutter tumpul terus.. Huh.. Tapi portion merah KD udah siap! Wahahah.. Nanti sok2 Mus tayang gambar ok..

P/S - KD.. Mus pos semua 30 sekali la na.. Tunggu ok.. Akan siap dengan pantas once blade dah ada.. Walalalala..

Tomato Kecil Cameron Highlands

Friday, December 4, 2009

Happy Friday kawan-kawan..


Yesss.. Friday!!! Syiok ok.. Haha.. Seminggu yang lepas, minggu yang memenatkan.. Hingga tak sempat nak menjahit untuk pergi kelas esoknya.. Ermmm.. Aktiviti padat sangat.. Takpala.. Asal semua happy la kan.. Hari ni nak "liur"kan dengan tomato kecil dari Cameron Highlands.. Hari tuh balik dari kursus di Cameron Highlands, peserta semua minta bas berhenti kejap di apa ntah nama simpang pasar jual sayur tuh.. Something macam bunyi apa valley.. Ekekek.. Sori.. Lupa.. Lama dah ni pi kursus.. baru teringat nak tempek sini.. Godek-godek nampak gambar.. Haha.. Terukkan Mus? So, Mus ni nak beli apa? Boleh gitu? Mus jalan sorang-sorang pusing seround.. Sampai hujung nampak asparagus.. Yesss.. Teringin sangat nak makan tuh.. So, beli asparagus 2 ikat, tomato seplastik.. 3 barang RM10 yang ni.. Then patah balik ke depan, nampak orang jual jagung.. Beli jagung cawan tuh, suka sangat.. Then lenggang pi naik bas balik.. Ahaksss.. Pergi seorang, nama pun kursus.. Nan ada hati nak membeli-belah.. Tetambah sorang.. Huhu.. Cuba macam pergi hanimun dulu.. Ngan Mr. Fedex kesayangan.. Satu keta pun xcukup barang ok.. Sampai FIL geleng kepala tengok gelagat menantu nan seorang.. Ekekek.. Sampai rumah potong-potong gini lepa thousand island.. Sedap owhhh.. Layannn.. Bila penyakit sayur ni nak kurang pun tatau.. Tapi bagus juga kan? Sedappppp.. Moh try ramai-ramai..

Chips Salad

Thursday, December 3, 2009

Seperti dijanjikan semalam.. Hari ni Mus me"liur"kan kawan-kawan dengan "Chips Salad".. Huhu.. Glamour sedia nama masakan.. Sedap owh.. Sedap giler.. Tatau nak cakap macam mana.. Padahal bukan ada apa pun.. Merapu betul Mus.. Tapi ntahla.. Memang Mus suka sangat.. Sedap sangat.. Sagat halus kubis dan carrot.. Gaul dengan mayonis.. Lazat! Hidang atas daun lettuce.. Nyumsss.. Potongan timun dan tomato.. Brokolli celur air panas sikit.. Goreng hotdog dan nugget.. Plus sedikit thousand island dan mayonis untuk cecah-cecah apa yang patut.. Portion ni share berdua dengan Mr. Fedex kesayangan.. Lagi bertambah sedap kalau makan share gini.. Ahah.. Sharing is caring.. Larikksssss..

Salad Ayam

Wednesday, December 2, 2009

Evening buddies..


Tak hepi kan? Tak leh nak load gambar baru dalam pc ni.. Cesss.. Tak up to date betul la.. Tak syiokkk.. Eeeee.. Banyak benarnya nak cerita.. Tentang perkembangan "Hexy The Sexy" semua tu.. Tentang Pomander Ball.. Tentang sarung bantal sila Kak Reen.. Tentang macam-macam.. Huhu.. What to do? Uuwwaaaaa.. Tak best ok..

Huhu.. Takpala.. Redha jer ni.. Disebabkan nan ado gambar lain.. Maka, jom pakat layan apa yang ada dalam folder ni.. Mus kan baloq liat.. Ekekek.. So, gambar terperam situh ok.. Kali ni nak citer tentang "Salad Ayam" ni ha.. Actually ayam tuh adalah lanjutan dari nasi ayam Mus buat.. Tuh pun tak tunjuk kan? Ekekek.. Kan dah kata.. Mus baloq liat ok.. Hehe.. Ni duk settle semua kerja ni.. Lega sikit bila banyak dah settle.. Ok.. Berbalik tajuk.. Mus tak ingat sejak bila Mus suka makan salad.. Tapi sekarang ni.. Giler suka sungguh dengan salad.. Ntah macam-macam sayur Mus merapu makan sekarang ni.. Kalau dulu, macam nak kasik makan racun jer salad tuh semua.. Sekarang ni, takda sayur kalau makan.. Tak best betul.. Kalau ada, syiok makan nasi.. Layannn.. So, ayam perap goreng tuh ada lebih malam tuh.. Mus potong isi dia tuh.. Letak salad bawah dia banyak-banyak.. Then picit thousand island.. Huhu.. Syiokkk.. Ni pun tengok ni rasa nak makan macam ni lagik.. Sedap sangat.. Penyakit salad mana mai tatau la ni ntah.. Nanti Mus tunjuk Mus buat chips salad ok.. Feeling nama makanan glamer habes.. Cesss.. Perahsan! Ekekek..

Pemenang Contest Design Label "Jarum Sutera"

Monday, November 30, 2009

As-Salam kawan-kawan sekalian..


First sekali, Mus nak kena minta maaf dengan kawan-kawan sekalian.. Mus tak dapat nak announce minggu lepas.. Dek kerana beberapa kesulitan serta kematian saudara baru-baru ni.. Pada yang tertunggu-tunggu.. Maaf banyak-banyak ok.. Date line untuk projek-projek lain juga sudah berganjak hari.. Ermmm.. Tu la kan.. Kadang kita mampu merancang.. Tapi, Allah menduga hingga tak terkata.. Syukurla.. Buat pengajaran..

Ok.. Berbalik pada objektif asal.. Hehe.. Seramai 6 peserta.. Cik Kema, Misa, Ayu, Sleepy, Inahaiqal & Sweet Craft.. So, banyak design owhhh.. Antara semua.. Kak Ina paling cekal hantar banyak design.. Banyak idea Kak Ina ni tau.. Mus appreciate sangat-sangat.. Disebabkan hanya 6 peserta maka semua berpeluang mengendong pulang hadiah ok.. Ekekek.. Walau bukan replica kunci kereta mewah, jadikla sebagai tanda mata ingatan tulus ikhlas dari Mus yer.. So, tanpa berlengah masa.. Dengan ini.. Pemenang Contest Design Label "Jarum Sutera" adalah.. Jeng.. Jengg.. Jenggg..

MISA

Yeayyy.. Clap.. Clap.. Tepuk tangan beramai-ramai untuk Misa ok.. Misa adalah peserta kedua yang hantar penyertaan selepas Cik Kema.. Mus suka giler masa tengok tuh.. Cantik sangat-sangat.. Kat bawah ni Mus sertai design label yang Misa buat.. So, ini akan jadik design tetap Mus yer.. Harap Misa halalkan Mus guna design yang Misa design ni yer.. Terima kasih pada Misa luang masa untuk contest ni.. Tak lupa juga pada 5 peserta yang lain.. Mus sangat-sangat menghargainya.. Sangat-sangat.. Hadiah terpaksa dimisterikan.. Hehe.. Bukan per.. Gambar takleh donlot.. nanti kita tunggu orang yang dapat tunjuk gambar ok.. Tunggu sehari dua.. mus minta BIL Mus tolong transferkan.. Hehe.. Maaf yer.. Terima kasih sekali lagi untuk semua kerana support Mus.. Terima kasih banyak-banyak.. Big huggsss..

P/S - Pada kesemua 6 peserta.. Sila email Mus address lengkap no telefon di musliha.yusof@gmail.com.. Terima kasih..

Aneka Kek Cawan Coklat

Thursday, November 26, 2009

Promosi!!! Promosi!!! Promosi!!!

Aneka Kek Cawan Coklat..
Pada anda-anda yang berada di lingkungan area Penang..
Sempena musim cuti sekolah, kenduri-kendara..
Memerlukan goodies untuk kenduri sendiri, saudara-mara atau parti serta jamuan?
Kami ada jawapannya, Kek Cawan Coklat yang dijamin sangat sedap untuk semua..
Tempahla Kek Cawan Coklat anda hari ini..
Maklumat lanjut, layari Kedai Jarum Sutera.. Kami sedia membantu..
Sebarang pertanyaan boleh call, sms dan email seperti yang tertera..

Contest Design Label "Jarum Sutera" Dah Berakhir

Wednesday, November 25, 2009

As-salam dan selamat petang kengkawan sekalian..

Contest design label "Jarum Sutera" dah berakhir semalam.. Ada seramai 6 orang yang sertai contest Mus ni.. Alhamdulillah.. Ada juga orang yang sudi bantu Mus.. Mus ucapkan terima kasih banyak-banyak pada yang meluangkan masa.. 6 peserta tu ialah Cik Kema, Misa, Ayu, Sleepy, Inahaiqal & Sweet Craft.. Mus tengah duk belek-belek mana yang berkenan di hati.. Sebab rambang mata ok.. Banyak pilihan.. Atas inisiatif semua, setiap peserta akan dapat hadiah dari Mus.. Walau tak seberapa, tapi sebagai tanda mata dan terima kasih.. Hadiah pemenang utama adalah rahsia.. Ekekek.. Bukan per, tangkap gambar tapi xleh donlot.. Rahis memanjang.. Esok Mus akan beritahu siapa pemenangnya ok.. Mus sangat-sangat mengahrgai pertolongan semua peserta.. Terima kasih sangat-sangat.. Hugsssss..

Contest Design Label "Jarum Sutera"

Sticky Mode For A Week!!!


Salam buddies..

Hari ni Mus nak annouce skit.. Mus berniat nak buat contest mereka cipta label butik Mus.. Hehe.. Amacam? Ada yang berminat tak? Ok.. Kat bawah ni disertakan apa kriteria yang perlu ada pada label tuh nanti..

**Cuma guna 2 color.. Background+ Wording.. Background putih + Wording merah.. **Mesti ada perkataan, "Jarum Sutera 012-4577301"..
**Perlu ada something clip art berkaitan dengan nama "Jarum Sutera".. Tapi jika tiada tapi design ala-ala kerawang menarik pun ok juga kan? Ekekek..
**Simple dan menarik..
**Size adalah 10mm x 40mm..
**Sapa nak design ikut idea Mus ni? Perkataan "Jarum Sutera" tuh ala2 dijahit dengan benang yang ada di jarum.. Huhu? Boleh? Alternatif..

Ok.. Itu sajala rasanya.. Tapi after all.. Jika peserta ada idea yang lebih menarik, tak kisahla macam mana pun.. Design dan email saja pada Mus ok.. Leisure contest.. Hehe.. Mus bukak contest ni seminggu ok.. Bermula dari hari ni 17 Nov 09 hingga 24 Nov 09 ok.. Design yang siap, email pada Mus, musliha.yusof@gmail.com..

Apa peserta perlu buat adalah sila tinggalkan link di komen selepas dah email Mus ok.. Baru Mus tahu sapa yang masuk semua.. Serta.. Jangan lupa letakkan design masing-masing kat blog dan war-war kan tentang contest Mus ok..

Dah nama contest mesti ada hadiah kan? Nanti Mus upkan gambar hadiahnya.. Kasik surprise sikit.. Atau peserta boleh suggest apa hadiah mau dari Mus? Boleh ditimbangkan.. Juga, pada yang masuk contest, yang mencuba, juga tunggu.. Mesti akan ada something in return.. Walau kecil, tak sesia usaha semua yang mencuba.. So, apalagi.. Mari kawan-kawan.. Bantu Mus design label butik Mus.. Good luck ok.. Mus dahului dengan terima kasih.. Hugsss..

P/S - Ini adalah cloth label ok.. So, boleh agak kan kalau just satu kaler je benang sulam dia.. Hehe.. Tq..

Malaysian sHexies - 7th Round

Monday, November 23, 2009

Morning all.. Monday blueeesssss.. Hehe.. Mus dah siap dah "Hexy The Sexy" untuk Jurra.. Dah siap pos juga.. Theme pink.. Macam Kak Shima punya jugak.. Gambo ada dalam phone.. Ermmm.. Nak transfer tak boleh.. Nanti eh Mus figure out macam mana nak transfer.. Ni yang ada simpan niat nak beli kamera.. Help!!! Help!!! Haha.. Sapa nak juai kamera murah-murah? Heh.. Duit tak cukup lagi.. Nak kena korek tabung.. Pada Jurra, sila tunggu abang posto esok na.. Sah-sah sampai esok.. Harap bergumbira dengan "Hexy The Sexy" dari Mus.. Ada 3 portion lagik.. Makna ada 30 kuntum lagi.. 10 kuntum dah on the way.. Nak potong kain untuk theme hitam.. Cutter blade pulak tumpul.. Haishhh.. Tensen owh.. Plus, Mus ada nak tunjuk "Kurung Siti Zubaidah" yang Mus jahit untuk customer sempena nak Raya Haji ni.. Ramai yang suka sebut "Kurung Pahang" baju jenis gini.. Nanti eh.. Mus pi cari sapa-sapa leh tolong transfer gambaq ni.. Pas siap tempahan Raya Haji ni, nak pulun bantal nikah untuk anak Kak Reen.. Huhu.. Pengsan!


P/S - Attention Kak Reen.. Minggu depan Mus pos melalui poslaju ok.. Kasik cepat dapat.. Jangan risau na.. Mesti on time punya.. Tengah pulun untuk orang hak nak Raya Haji pakai baju baru.. Tukang pulun gak takda baju baru.. Wakakak..

Bengkel Masakan & Membuat Roti

Friday, November 20, 2009

Morning buddies.. Sorry for the hibernating mode.. Mus pi kursus.. Baru balik hari ni.. Hari ni nak up iklan skit.. On behalf of my colleague.. Sesiapa di Penang.. Beminat nak pi kelas memasak? Boleh la cuba.. Semua details di iklan atas ok.. Murah je tuh.. Mana nak dapat RM20 se-kepala.. Apa lagi.. Do grab the opportunity ok.. Happy cooking all.. Good luck!!!

Stash Swap - Parcel From Azie to Mus

Tuesday, November 17, 2009

Morning everyone.. Hujan sesaja sekarang eh.. Kawasan tempat tinggal Mus, banjir semalam.. Siap tanah runtuh bagai.. Huhu.. Air sungai pasang, melimpah ruah ke jalan.. Gerun.. Waspada la eh kawan-kawan sekalian.. Ok.. berbalik pada topik.. Semalam Mus citer tentang parcel untuk Alynn.. Hari ni Mus nak citer tentang stash swap, parcel dari Azie untuk Mus.. Seronok ok.. Sekali-sekala terima barang, seronok tak terkata.. Melompat-lompat tak terhingga.. Ekekek.. Tipu betul.. macam-macam ada dalam parcel Azie nih.. Di sini Mus senaraikan apa yang ada di dalam sampul ekspress ajaib..


**Riben..
**Button..
**Bunga ros kecik-kecik..
**Pin kepala bujur..
**Handmade card..
**Iron-on patch sticker..
**Felt..
**Cotton..
**Beg jeans kecil..

Beg jeans tu lawa owhhh.. Ada bunga pink di depan.. Katanya Azie buat sendiri.. Hehe.. Comel-comel.. Boleh bawa pi market ok.. Suka-suka.. Pada Azie, terima kasih tak terhingga atas tanda ingatan itu.. Mus suka semuanya.. Tetambah ada cotton Japan bermotif apron itu.. I likeeeee.. Terima kasih Azie..

Stash Swap - Parcel From Mus to Alynn

Monday, November 16, 2009

Hehe.. Monday blues all.. Biru jerk muka Isnin.. Ahaksss.. Ok.. Dah ado gambar ni ha.. Berlagak sket.. Berkat bantuan BIL kelmarin.. Seb baik.. Tak kalu, buhsan jer Mus nak update.. Lesu.. Kali ni nak update tentang stash swap anjuran Hani hari tuh.. Boleh refer post yang bawah eh.. Seperti kitaran tuh, Mus kena beri pada Alynn.. So, inilah hasilnya.. Gambar tak begitu nampak apa yang Mus beri kan.. Nak view yang lebih menarik, sila ke blog Alynn.. My CrossStitch World - Stash Swap.. Nak tahu senarai barang apa yang Mus bagi juga sila baca cerita lebih lanjut di sana ok.. Segan plak nak cerita kat sini.. Segan ke malas? Ekekek.. Macam sama makna pulak eh.. Nanti sok Mus cerita apa yang Mus terima ok.. Syiok ooo sekali sekala berexcen.. Dah lama tak excen ni.. Since sekadar excen barang yang ada dalam gobok, so nan ado masalah la kan.. Nampak betul pemalasnyer eh? Huh.. Sapa tatau? Muahahaha.. Larikkksssss..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 7th Parcel

Thursday, November 12, 2009


Updated Pic On 16th November 2009..

Huhu.. Another boring entry ok.. Nak melompats gelek-gelek pun nan ado happy.. Emo plak.. Sendiri lupa letak cd software, sendiri emo.. Seronok giler ok.. Semalam sampai hexy Mus ni.. Pos ekspress dari Jurra.. Thanks eh Jurra.. Mus like it very much.. Happy giler.. Ni yang tambah semangat nak buat perabih yang lenlain punya portion.. Nak bebasssss macam Kak Shima punya pasal.. Hehe.. Semangat lebih ok.. Tapi harap-harap samala laju ngan tangan ni.. Sekarang Mus tengah berusaha keras untuk habeskan Jurra punya portion.. Theme pink.. Then terus boleh proceed untuk KD.. Theme merah dan hitam.. 30 pcs tuh.. Pengsan! Cemana la KD begitu gigih.. Kagum.. Ni dah 2 hari KD diam jer.. Mesti tengah pulun hexy.. Hua.. Hua.. Kengkawan lain pun tengah pulun hexy gamak.. Good Luck sHexies..

Malaysian sHexies - 6th Round

Tuesday, November 10, 2009

Updated Pic On 16th November 2009..


Huhu.. Tak semangat ok nak update.. Gambar ada dalam hp.. Nak transfer tak boleh.. Mana Mus letak cd software dia ntah.. Uwaaaaa.. Suram ok nak lompat-lompat happy pun.. Takpala.. Lompat happy sorang-sorang ja la.. Sebabnya.. "Hexy The Sexy" Mus yang ke-6 sudah naik lori pos ekspress pi ke tuannya yang baru ok.. Ahaha.. Kali ni Mus sempat kejar keretapi.. Happynya.. Pada Ahkak Shima yang super duper laju itu, sila tunggu posmen pi sekolah esok yer.. Nanti tangkap gambo leh Mus pinjam interprem kat blog Mus sekali.. Ekekek.. Sekarang Mus tengah jahit hexy untuk Jurra.. Theme pink juga.. Nak cepatkan siap.. Supaya Mus bebasssss.. Ahaha.. Then boleh la sambung untuk KD punyer.. KD, Mus dah siap potong kain merah untuk KD ok.. Wah.. Giler semangat.. Jom.. Jom.. Kita cepat-cepat kasik siap hexy.. Bleh sambung buat blanket slow-slow ala snailsssss.. Ahah.. Giler Mus excited.. Sebab boleh kejar keretapi.. Muahahaha..

Kutu BOM Qulit

Monday, November 9, 2009

Muahahah.. Belum abes lagik dengan "Hexy The Sexy".. Mus dah berangan nak join Kutu BOm Quilt<--[klik sini] pulak ok.. Ahaha.. Tuh.. Berangan macam ada banyak masa sangat.. Kalau diikutkan, memang banyak nau agenda menjahit yang perlu dilangsaikan.. Tapi hati ni gatai ok.. At least, takla tension mengadap baju-baju itu.. Alasan kan? Haha.. Tak la.. Terapi ok.. So, bak kata Cik Kema itu.. Ini adalah projek untuk tahun 2010.. Sekurang-kurangnya ada juga project yang tercapai dek akal serta jari ni.. Projek usahasama Fida dan KD.. Sangat efisen ok dia orang.. Mus join sebab nak meng-efisen-kan diri macam mereka berdua juga.. Berangan memanjang kan? Tapi lepas join Malaysian sHexies, memang enjoy.. Tuh pasal yang nak join juga kutu kali ni.. Kengkawan lain apa projek tahun 2010? Sila senaraikan.. Ahaksss.. Moga kita efisen bersama-sama ok.. Good luck..

Stash Swap

Thursday, November 5, 2009

Wah.. Wah.. Mus was the lucky no. 10.. Ahahah.. Ingat kan dah penuh list.. Sesaja try tanya jugak, mana tau leh join 2nd group.. Rupanya masih berbaki satu tempat ok.. So, Mus la yang mengisi tempat itu.. Walla.. Syiok.. Dah lama tak excen-excen dan swap-swap ni.. Seronok juga mengimbas kenangan lalu.. Tengok syarat tuh, mostly semua barang dah ready.. So, nanti gather semua barang dan pos minggu depan by 9th November 2009.. Sesiapa yang teringin nak join, jangan lepaskan peluang untuk isi nama di 2nd group ok.. Santai saja swap ini.. Tiada yang terikat apa-apa.. Inila masa kita nak tukar-tukar taste.. Hehe.. Sesiapa berminat tinggalkan comment di blog Hani.. Klik dekat url bawah ok.. Selamat ber-swap kengkawan.. Serta selamat berkenalan pada yang belum..



Stash yang perlu disediakan:
* 10 biji butang
* 3 pieces fabric bersaiz fat quarters (18"x22")
* 3 pieces ribbon (1 meter each)
* 2 pieces felt (A4 size)
* Special (surprise) stash dari diri sendiri

Kitarannya adalah seperti di bawah.. So, partner yang patut Mus hantar adalah Alynn <--[klik sini].. Si penggemar cross stitch.. Mus juga gemar cross stitch.. Hehe.. Manakala, akan menerima dari Azie <--[klik sini].. Bestnya.. Tak sabar nak tunggu minggu depan.. Selamat ber-swap kengkawan.. Good luck!!!

Fida --> Shiela --> Hani --> Jaja --> Faiza --> Azie --> Mus --> Alynn --> Kak Pah --> Anas --> Fida

Malaysian sHexies - 5th Round

Updated Pic On 16th November 2009..


Muahaha.. Gelek bontuits.. Menari reggae.. Aserehe.. Ha.. Rehe.. Mus dah siap ok "Hexy The Sexy" untuk Si Via.. Walla.. Akhirnya.. Bertungkus lumus ok kejar keretapi KD bersama segerombolan gerabak yang lain.. Theme biru untuk Via.. Kali ni juga ada anak tiri la.. Haha.. Terkonteng-konteng biru buah stroberi merah takda geng.. Apa-pun.. Alhamdulillah.. Lega giler rasa.. Sekarang nak cantum untuk Kak Shima punya.. Best sikit nak cantum Kak Shima punya sebab theme pink.. I like.. Nampak kaler lain sikit.. Seronok.. Enjin Mus dah mula nak panas dah ni.. Kena teruskan.. Tak kalu kala dia suam-suam kuku, jenuh nak perangat balik.. Jom kengkawan sekalian.. Siapkan "Hexy The Sexy" kita.. Pas tuh leh join kutu Fida pulak.. Bestnya.. Walalalala..

P/S - Pic tak da ni.. Gambaq dah tangkap.. CD hp Mus pi mana tatau.. Lupa mana letak kotak dia.. Dapat pc baru kat sini, nak kena install lain.. Nanti Mus update gambar hexy biru ok.. Tungguuu..

MsCraft Giveaway

Wednesday, November 4, 2009

Walla.. Tahun ni agaknya tahun orang semua bermurah hati kot yer.. Semuanya buat giveaway ok.. Tak ketinggalan jiran sebelah Mus itu.. Ahah.. Siapa lagi kalau bukan Cik Kema kita.. Gandingan mantap bersama rakan bisnes, Cik Rai itu.. McCraft Giveaway menawarkan bermacam-macam hadiah yang cute.. Siap dengan MYSTERY GIFT lagik.. Wah.. Wah.. Jangan ketinggalan ok kawan-kawan.. Mana tau rezeki kita kali ni.. Jom serbu blog kedai MsCraft reramai.. Yeehaaaaa..


Nana Craft Corner

Tuesday, November 3, 2009

Friends!!! Kawan Mus dah launch kedai dia.. Jual 100% cotton fabric.. Dijamin sangat puas hati kualiti dia.. Sebab Mus dah tengok depan mata ok.. Sebelum Mus yang rembat semua.. Lebih baik kawan-kawan masuk dulu.. Haha.. Selamat shopping ok.. Banyak lagi kain dan craft item akan datang.. Stay tune ok.. Dia sedang edit-edit.. Jangan lepas peluang ni.. Adios!!!

Jamuan Hari Raya USM

Friday, October 30, 2009

Happy Friday Buddies..

Seronok ok Friday.. Ahah.. Tapi sekejapan saja hari minggu 2 hari itu akan berlalu.. Huhu.. Tak dan nak buat mende pun.. Dah berlalu 2 hari kan? Haishhh.. Hari ni Mus nak interprem gambar yang lama terperam dalam folder.. Nampak benau sakan hibernate atau dengan erti kata sebenar adalah PEMALAS!
Santapan mata di pagi hari.. Jeng.. Jeng.. Sandwich Roll Inti Sardin dan juga Kek Coklat.. Mus rasa macam lama dah Mus buat ni.. Tuh.. Sampai tak ingat bila.. Buat sempena order dari orang USM.. Depa buat open department kot.. Eheh.. Tak terkepo plak depa buat apa.. Tapi open house raya la yang pastinya.. Raya pun dah habes.. Baru nak update.. Keji.. Haha.. Macam biasala.. Dedua tuh adalah santapan favourite la yang akan orang order dari Mus kalau mereka nak buat jamuan.. Sesiapa yang nak buat jamuan ka, makan-makan ka, maila order jika berminat.. Muahaha.. Dan lagik promote..
Yang dah potong-potong siap ni bekal Mr. Fedex.. Bawa jamu kawan-kawan kat ofis.. Sekali jamu perut Mr. Fedex.. Kalau buat kek coklat orang order, sah-sah bake lebih seketui.. Buat perut Mr. Fedex la.. Ahaha.. Jangan marah ok Mr. Fedex kesayangan hamba.. Hamba gurau-gurau saja.. Ahaksss..

Homemade Mashed Potato

Thursday, October 29, 2009

Morning kawan-kawan.. Siapa lapar? Muahaha.. Keji soalan itu.. Siapa belum breakfast? Mai Mus belanja makan mashed potato.. Homemade Mashed Potato.. Gravy dia siap ada daging ok.. Kelasss.. Rupa tak megah langsung.. Ahah.. Tapi rasanya adalah terangkat okies.. Wah.. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.. Hehe.. Ini adalah santapan supper Mr. Fedex.. Pengsan la malam-malam makan potato..

Sebenaqnya, Mr. Fedex tersangkut tulang dekat tekak ok.. Tulang ikan yang kat perut tuh.. Ntah macam mana boleh plak tersangkut tuh.. Tu la.. Lapar sangat la tuh gamak.. Dah banyak hari dah ni.. Pi klinik dah, jumpa Dr. Favourite yang super sopan tuh.. Suka.. Ahaksss.. Dr. suruh makan pisang, betik dan mashed potato dulu.. Takleh buat apa katanya.. Unless pergi hospital buat mende apa ntah skop Dr. cakap.. Perut Mus adalah kecut bila dengar.. Tapi dah hampir seminggu dah ni.. Tak mau jalan jugak tulang tuh.. Risau juga karang luka ka, nanah ka kat dalam tuh.. Tak nampak kan.. Ikhtiar macam-mcam dah.. Kawan-kawan kalau ada petua apa-apa, bleh la kasik sama Mus.. Sharing Is Caring.. Ahaksss.. If dalam sehari ni tak keluar jugak, terpaksalah refer hospital juga.. Ermmm.. Nak buat macam mana kan? Hari ni ada bekalkan sandwich, carrot dan pisang.. Kalau tak berjaya juga.. Uwaaaaa.. Hospital la jawabnya.. Tolong yer kawan-kawan.. Mus dahului dengan terima kasih banyak-banyak pada sapa yang sudi bantu karang yer.. Thanks a lot..

Malaysian sHexies - 4th Round

Wednesday, October 28, 2009

Fuhhhhh.. Hembus jauh-jauh angin lega.. Sangat lega ok.. Giler-giler punya lega bila siap dah "Hexy The Sexy" Mus untuk round yang ke-4 ni.. Siap dalam sehari dua dah.. Cuma tak pos lagik.. Takdak sapa nak tolong pi beli sampul ekspress kat Mus.. Haishhh.. Nak kena pi Tesco la beli banyak-banyak.. Pos opis kat sana lepas waktu kerja dok buka lagi rasa.. Tapi ntah ada ke tak.. Nak kena check.. Hope Ahkak Naiz sabar menanti di seberang laut sana ya.. Hehe.. Jangan risau.. Dah siap ni ha.. Cuma tak TERpos jer lagi.. Jangan marah pada Mus yer.. 10 keping hexy merah tampuk kuning.. 9 keping peten yang sama tetiba sekeping ada peten lain.. Ahah.. Itu makna anak tiri.. Wakakak.. Sekarang tengah pulun untuk Via.. Orang lain semua dah siap pos dah.. Aisehhhhh.. Sah-sah tertinggal ketapi.. Tapi takpa.. Pulunnnnn.. Muahaha..

Malaysian sHexies - 2nd Round - 6th Parcel

Tuesday, October 27, 2009

Yes.. Yes.. 6th parcel.. From the 7th sHexies.. Diri sendiri adalah 10th sHexies kah? Haha.. Two more parcels left.. From another two sHexies yang berada di seberang Laut China Selatan.. Ya.. Ya.. Mus yang setia menanti.. Ahaksss.. 10 hexy datang dari KD lagi.. Portion Kak Khis yang KD dah take over.. Nampaknya nanti jenuhla nak berhexy untuk KD.. 30 hexy ok.. Wah.. Syioknya KD nanti.. Berbaloi dengan usaha KD kan? Enjin KD bukan tahap turbo, ntah berapa lapis turbo dah tuh.. Laju ok KD.. Mus adalah jeles.. Hiahaha.. Boleh nak jeles.. Mus pun kena laju ni.. Tertinggal dah.. Sekarang ni yang Ahkak Naiz dah siap, tinggal nak pos.. Tengah jahit untuk Via pulak.. On time.. On time.. Kang terlepas ketapi lagi Mus.. Ahah.. Larikkkkk.. Kejar ketapi.. Huhu..


P/S - Sorry for the long silence guys.. Mus baru balik dari Kursus.. Ada yang rindu Mus kah? Nan ado? Uwaaaaa..

My 100th Post Giveaway - Simply Sewing

Wednesday, October 14, 2009

Yesszzzaaaa.. Giveaway lagik.. Rezeki.. Rezeki.. Luck.. Luck.. Mana tau.. Kot-kot bertuah.. Ahaksss.. Ber"TUAH" la sangat kan.. Doa-doa la.. Ok.. Kali ini adalah anjuran Kak Pah.. Simply Sewing..


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti di bawah..
- Be a follower --> Done!!!
- Give as many comment as you wish --> Done!!!
- Make a post in your blog and link --> Done!!!

Terbuka penyertaan dari sekarang sehingga 21st October 2009.. Pemenang akan diumumkan pada 22nd October 2009.. So, apalagi? Moh kita cuba luck yang ada beramai-ramai.. Hiahaha.. Bila lagik? Hadiah-hadiah adalah sangat menggoda jiwa.. Tetambah polka dot fabric itu.. Tak tahan ok tengok.. Bikin hati Mus meronta-ronta.. Ahaksss.. Untuk keterangan lanjut, sila klik kat link bawah ok.. Good luck everyone..

ADR'S Giveaway

Tuesday, October 13, 2009

Muahaha.. KD buat giveaway.. Mus jarang sekali masuk giveaway ni.. Tapi sebab KD buat, memang menunggu Mus nak masuk.. Ahahah.. Mus sedang aim beg denim itu.. Lama dah tengok.. Tengok jer la.. Nak ambik, tak dapat.. Ekeke.. Mana tau, tuah Mus ka pas ni.. Haha.. Beranganla diri bertuah.. Apa-apa pun.. Ada luck ka takdak ka.. Mus nak ucap "Happy Birthday KD" & "Happy Blogoversay".. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.. Aminnn..


Kawan-kawan yang berminat nak join kalau, sila la terjah di link yang tertera di bawah.. Mana tau.. Andai kata bukan luck Mus, sah-sah luck kengkawan sekalian.. Good luck!!!

Sandwich Goreng Inti Sardin

Salam kawan-kawan..

Berhari-hari tak update.. Huhu.. Sebuk ngabiskan order kuih makan pagi dari customer.. Nanti Mus update yang nih.. Sekarang ni Mus lapar.. Semalam makan laksa ja.. Kawan Mak hantar.. Sodap! Pagi ni baru terasa lapar.. Nak pi kantin, asyikla Makcik gemar nasi, mee dan bihun goreng.. Hari-hari.. Buhsannya.. Tolong! Tolong! So, lepak depan pc makan sandwich kosong.. Sodap aih.. Haha.. Sesambil browse gambar dalam pc, sesambil buat assembly drawing.. Muahaha.. Berapa banyak keja dalam satu masa ntah.. Serupa banyak tangan.. Seb baik ada pun sepasang.. Mau tak, ngan kaki-kaki sekali bekerja.. Ekekek..
Ok.. Ngaruts! Lalut! Hari ni Mus interprem sandwich goreng inti sardin.. Sodap aih!!! Krup.. Krap.. Krup.. Krap.. Bunyi gituhla kalau makan.. Hiksss.. Serupa macam goreng pisang.. Tepung yang menyaluti tuh sangat la rapuh.. Sodap.. Sodap.. Dan-dan leleh air liur.. Slurrppp.. Menu ni juga adalah salah satu menu yang ada masa open house Mus hari tuh.. Dua buku roti sandwich bonus pack buat.. Licin semua.. Bebudak suka makan.. Ala-ala makan keropoks.. Ni Mus buat masa pagi nak bawa pi kerja.. Bekalkan pada Mr. Fedex sekali.. Huh.. Sodap! Sandwich goreng ni makan masa panas-panas.. Kalau dah sejuk tuh, dia ala-ala liat sketla.. Bukan liat apa la.. Sama macam pisang goreng bila sejuk.. Makan 2 keping pun dah sengkak perut.. Kenyang! Kawan-kawan kalau rajin petang-petang, mohla buat sandwich goreng ni.. Belum cuba belum tau.. Dah cuba baru tau.. Wakakak..