Baju Kurung Ika

Tuesday, November 11, 2008

Mus kan dalam malas-malas ni kena la rajinkan diri.. Takda maknanya malas-malas ni.. Banyak kerja Mus nak kena buat.. Kain rasanya ada 3 pasang nak kena jahit lagik.. Sekarang ekonomi jatuh, sektor pengeluran memang terasa.. Mus ni sektor swasta, sah-sah terjejas.. Nasib baikla Mus ni ada juga busuk-busuk skill lain.. Ujung tahun kilang Mus akan shutdown.. Biasala.. Hujung tahun tak banyak bisnes kan.. So, dari sekarang Mus terpaksala gigih jahit baju.. Mus nekad dah.. Jahit baju selagi ada daya.. Mus kan nak kenduri, banyak nak guna duit.. Kekadang fikir macam tak boleh nak pi dah rasa dah ni.. Tapi cabaran, kena la kita harungi.. Kalu fikir tak boleh, tak lepas, sampai bila pun tak kawen kot Mus ni.. Haha.. Takpala.. Selagi ada kudrat kan, selagi tu la Mus bekerja.. Allah bagi kita tenaga.. Kan? Kena la guna sehabis baik.. Doa, mana tau kejayaan kita harungi cabaran nanti.. Mus ni merata pergi je iklan sakan tau sapa-sapa nak jahit baju.. Dah takda malu dah.. Mana saja Mus pi tanya ja.. Mana tau, ada tempahan dapatla Mus bayar duit nak kenduri nanti.. Berjimat sehabis boleh dah ni.. Segala benda buat sendiri.. Hiksss.. Moga-moga lepas la kan dugaan dan cabaran ni semua.. Sampaikan dalam mimpi pun masuk cerita preparation nak kenduri nanti.. Tuh.. Punya fikir.. Mai nak iklan jugak sikit.. Sapa-sapa mencari tailor nak jahit baju, tak nak cuba skill Mus ke? Ekekek.. Mus sedia berkhidmat.. Murah je.. Upah sepasang baju kurung cuma RM28 je.. Mari-mari.. Ok.. Ok.. Sudah gamaknya iklan.. Hehe..

Benarnya nak cerita pasai baju kurung yang Mus dah siapkan.. Jumaat lepas dah deliver ke tuan badan.. Ni baju Si Zulaikha itu.. Sepupu Mus.. Dia nak pakai baju ni untuk raya lepas.. Tapi tu la.. Datang hantar lewat sangat, tempahan kan dah penuh.. Hiksss.. Pakai Raya Haji la na.. Ni kira baju budak ni.. Dia baru darjah 2 tapi badan ngalahkan Mus.. Tinggi renjong budak ni.. Sebab saiz dia standard budak menegah maka upahnya RM20.. Sapa-sapa nak cuba jahit baju, maila.. Dijamin puas hati.. Ekekek.. Iklan lagi.. Dapat duit ni lepas la nak buat dan beli benda kecil-kecil.. Lega rasa dah siap.. Mencari kudrat nak siapkan banyak lagi baju.. Doakan kejayaan Mus ya.. Terima kasih..

5 comments:

cikMilah said...

Ok, hantaq mai address Mus kat email kakcik
pga851@yahoo.com
Nanti kakcik pos pi kain dengan baju contoh. Ada 3 pasang kain koton tu nak buat pakai raya haji.
baju budak sekolah menengah $20? Tapi kalau budak tu besar renjong macam mak dia, camana ya? :)he he he.
Siap kalu, telepon mai, boleh kita dating... he he he...

Musliha said...

cik milah..
yaka ni nak suh mus jahit.. ekekek..
malu tau.. hahaha..
kejap mus email eh..
baju budak sekolah menegah kalu dah ting 4 or ting 5 makna kata sebaya mak dia, tuh dah kira org tua.. hahahaha..
kalu baya kita, upah sama org dewasa la RM28..
upah ni kira tengok besaq mana..
kadang kan budak besaq dr org tua kan.. hiksss..
ok.. ok.. jap nak email..
tq cik milah..

amybarakbah said...

cik mus.. kalu tak bz boleh ka tlg jahit baju kurung riau kat kak med?

nanti kak med hantar kain hiks.. hege sepasang baju kurung riau brapa yea?

my tailor dah nak balik Indon...

Musliha said...

kak med..
mus kalu ada contoh baju mus boleh jaitkan..
kurung riau kalu bak mai nak tengok, kain pesen apa..
hege tgk paad pesen tuh..
tak mahai kak med.. upah mus murah je ni..
email le mus..
ym pun xpa..

amybarakbah said...

cantikkkkk.. kak med ada la 2 lai kain pasang.. nanti kak med p penang kak med bawak kain naa.. now dok tengah pikiaq bila nak p ekekeke... bukan nak pakai la.. lambat sket pun tak pa..

ehh chup.. bila nak kunduri? kang menyusahkan pulak...