Kurung Moden Ala Aminah

Tuesday, September 8, 2009

Huihhh.. Lama kan Mus tak selit gambar baju-baju Mus jahit.. Tak sempat snap terus bagi tuan punya dah.. Hari tuh baru kata nak snap gambaq Kurung Pahang kain Chiffon.. Dah bagi pada tuan dia semalam, lupa juga.. Pening-pening.. Takpa.. Kita tengok yang ni.. Ni Kurung Moden.. Pattern ala-ala Kurung Moden Aminah yang kaler merah hati dulu.. Ingat tak? Belah tepi kiri kanan baju, kain susun belakang.. Baju ni kepunyaan wife kawan Mr. Fedex.. kan Mus kata. Mr. Fedex ni sales marketing memang hebat.. Ahaksss.. Tuan punya berbadan chubby sikit.. Katanya risau nak buat baju moden gini takut ketat bagai.. Tapi Alhamdulillah.. Mus jahit dengan selesa dan jayanya untuk tuan punya.. Mus juga kali pertama jahit Kurung Moden untuk plus size.. Tapi sukses yooooo.. Kejayaan.. Kejayaan.. So, sekarang dah confident untuk jahit baju gini untuk saiz yang begini juga.. Kain printed macam kulit ular.. Stripey gini kena pandai match tungging terbalik dia.. Tak kalu, mau culang-caling depan belakang, haru punya kerja.. Kain dari Dubai, ala sutera.. Atau betul sutera, Mus pun tak berapa tera.. Tapi memang macam sutera la.. Kain sutera dan chiffon memang Mus akan tambah RM5 lebih dari harga upah.. Hehe.. Paham-pahamla kenapa.. Panjang lebar plak kalu nak explain.. Sekarang tengah cuba-cuba jahit manik kat hujung tangan.. Doa-doa sukses yooooo.. Banyak lagi baju tak berjahit ni.. Pengsan! Pengsan! Sembunyikan diriiiii.. Larikkkkk.. Muahaha..

4 comments:

shazruls said...

baju kami bila nak siap...

Mrs. Fedex said...

wakakakak.. pas raya..
takyah pakai baju raya tahun ni..
muahahahah..

shazruls said...

tidaakkkk.....katakanlah itu suma mimpi...hahahahah

Mrs. Fedex said...

sila terima kenyataan itu..
muahahahaha..