Savoury Quickbread Versi Sos Cili

Saturday, December 6, 2008

Another version of savoury quickbread.. Hari tuh kan Mus ada buat dah, savoury quickbread versi sos tomato.. Hari Rabu lepas Mus buat versi sos cili.. Pada tekak Mus, sos cili punya sedap lagi.. Maybe Mus tak suka masam-masam tomato kot.. Ni semua idea Mak Mus la.. Tengah Mus duk potong kain nak jahit baju kurung Mak, tetiba dengar suara kata, "Angah, Mak lapar la.." Haishhh.. Sila paham bahasa isyarat ok.. Haha.. Then Mak pi bukak peti ais.. Tengok ada bahan-bahan untuk buat savoury quiskbread ni.. Resepi dia kan semua main pakai setengah je.. Beli di kedai, takkan beli setengah.. Hiksss.. So, Mus memang potong sesiap simpan lagi half tuh.. Terus Mak kata, "Angah.. Kita buat roti na.. Mak tolong goreng daging dia.." Ha.. Nak jawab apa? Sila.. Sila.. Bagi jawapan.. Buat macam Mus, jawab dengan senyuman.. Sejuk perut.. Dah siap Mak goreng daging, Mak terus pi perangat oven.. Wah.. Tuh memang gaya lapar dan teringin benar.. Mus pun bagun la pi sukat tepung, ayak, gaul bagai.. Then zup zap apa patut terus masuk oven.. Fuh.. Kali ni Mak tolong basuh besen-besen semua.. Haha.. Bagus juga eh macam ni.. Syiok gak.. Bukan Mus suruh tau, Mak automatik offer diri.. Macam tak percaya laks.. Hiksss.. Bakar 30 minit, sedia untuk di makan.. Semua bau je, lapar.. Abah Mus suka roti ni.. Semua suka.. Habes satu lengat tuh tak dan kata apa.. Kengkawan marila cuba bersama.. Sedap! Sangat dijamin!

0 comments: