Salam Kengkawan..
Kengkawan pernah rasa sedih? Kenapa kita ada perasaan sedih?
Kengkawan selalu menangis? Kenapa kita perlu menangis?
Kengkawan pernah rasa buntu? Pernah rasa takda jalan keluar?
Pernah tak rasa tersepit? Dah tersepit, lagi dihimpit..
Kengkawan pernah rasa malu? Malu menusuk kalbu?
Kengkawan pernah rasa confuse? Kenapa kita perlu confuse?
Pernah confuse nak buat keputusan?
Pernah confuse merasakan tindakan kita betul atau tidak?
Pernah tak confuse nak mengambil langkah penyelesaian?
Kadang.. Disebalik malu, confuse.. Itula sebenarnya jalan penyelesaian..
Tapi kenapa perlu ada banyak halangan sebelum jumpa jalan keluar..
Kenapa perlu ada perit, pedih?
Kenapa perlu memijak kaca, duri dan api sebelum jumpa jalan yang lancar?
Kengkawan pernah rasa nak lari? Lari dari semua kekalutan?
Pernah rasa tak pernah selesai dugaan yang datang?
Bertimpa-timpa.. Bertali-tali.. Berkait-kait.. Tak pernah putus..
Sering ditenangkan oleh orang sekeliling dengan ayat di bawah..
"Allah tidak akan menguji hamba-Nya jika, Dia tahu hamba-Nya tak dapat harungi dugaan berkenaan.."
Bermakna kita sangat cekal hingga dapat selesaikan dugaan yang bertubi-tubi walau diharungi dengan malu, perit, jerit, payah dan seangkatan dengannya? Betul kah?
Juga sering disogok dengan ayat begini..
"Allah hanya menguji hamba-hamba yang Dia sayang.."
Bermakna, kita disayangi oleh Allah? Betulkah?
Jika ya, kita adalah hamba kerdil yang paling bertuah.. Betulkah?
Apa kriteria yang menjadi hamba pilihan? Jauh dari akal untuk dinilai.. Betul tak?
Seorang kawan mengeluh bila bertanyakan Mus soalan..
"Susahnya nak kawennn.."
Ermmm.. Apa jawapan semua?
Betulkah susahnya kawen? Atau disusahkan? Pandangan semua?
Jawapan Mus pada kawan itu..
"Kawen tak pernah susah..
Cuma ada halangan perlu ditempuh sebelum berjaya..
Perlu kuat semangat untuk menang.."
Kengkawan setuju dengan Mus?
Atau sekadar ayat sedapkan hati seorang kawan, juga hati sendiri?
Mus tak perlukan sindiran.. Cuma kata-kata semangat untuk dibuat pedoman..
Terima kasih..
PERINGATAN!!!
-
Sila klik pada *"available"* di barisan *"Label MUS"* di sebelah kiri
blogshop Mus untuk mengetahui barang-barang yang sedia available untuk
dijual..
Te...
4 comments:
halangan..ujian..kesempitan...kesukaran...dugaan..cabaran...segala nya adalah ujian dariNYA...tk semestinya bila nk kawin jer..ujian boleh datang dari segala aspek...malah segala situasi...lepas kawin pon ada ujian...oleh itu kita sebagai insan kerdil hamba ALLAH perlu punya kesabaran yang tinggi...kecekalan hati dan cuba berusaha utk menempuh segala ujian dariNYA...ainaa menulis dari pengalaman...kesabaran yg tinggi amat perlu...semoga kita sama2 punya kekuatan...
ujian menguji kematangan dan kesabaran kita dek non...tp percayalah setiap ujian itu ada hikmah dan kemanisannya.akak rasa itu dugaan biasa utk org2 yg nk kawen...lepas kawen esok lg besar dugaannya.selagi kita berpegang pd janji dan jalan Dia..insyaAllah,walaupun kecil kejayaan itew,tp nikmatnya Subhanallah...manis dan besar tak terkira.U can do it lah...go go Mus!!
Salam Mus, Kd faham perasaan Mus yang telah KD rasai 26 tahun dulu. Tapi waktu itu tak tahu nak tanya pada siapa, dan banyak persoalan yang setengah nya sampai sekarang masih belum terjawab..... Tapi Mus pegang padaNya.... dan percaya manusia itu baharu... termasuk kita juga. Memang susah nak ubah perangai manusia tapi kalau mampu kita ubah dulu diri kita untuk disesuaikan dengan keadaan. Dan Mus bukan selalu apa kita buat itu ada orang hargai.. banyak bersabar... dan dalam keadaan yang paling sukar Mus cuba cari kebaikan yang telah orang buat untuk kita... dan yang paling penting selalu meminta maaf walaupun pada hakikatnya kita dipihak yang benar..... InsyaAllah!
aaaaaaaaaaaaaaaa...rindu kat cik mus..mai nak tenyehh.....errrr mai nak pelok :)
Post a Comment