4 Biji Kek Coklat

Saturday, March 14, 2009

Pagi kengkawan.. Hiksss.. Tajuk tak tahan, 4 biji.. Tapi gambar ada 3 biji jer.. Sebiji lagi dah selamat potong pun serta selamat juga masuk perut.. Hiksss.. Benaqnya kek ni buat pada hari Ahad lepas.. Walla.. Dah nak seminggu ok.. Tuh.. Anak siapa yang pemalas ni? 4 biji untuk 4 rumah yang berlainan tuan.. Meh nak citer.. Sebiji yang pertama untuk rumah Mus.. Ini wajib ni.. Kang Mak Mus komplen tak bakar kat dia, asyik bagi dia bau saja.. Heh.. Sori eh Mak ku sayang.. Sebiji yang ke-2 pulak untuk rumah Mr. Fedex.. Mr. Fedex dah ada suara-suara kata dah lama tak makan masakan Mus.. Huhu.. Sebuk ngan bunga telur kenduri bagai nih.. Sebiji yang ke-3 pulak untuk rumah Auntie Mr. Fedex.. Ahad tuh adalah hari bertunang sepupu Mr. Fedex.. Benaqnya Mus ada buat hantaran juga tapi tak sempat snap la due to keadaan yang tak mengizinkan.. Hishhh.. Sedih! Dan sebiji yang ke-4 yakni yang terakhir adalah untuk rumah kawan Mr. Fedex, Jaginder Ali.. Nama macam artis Bollywood.. Hiksss.. Ali buat kenduri masuk rumah Ahad tuh juga.. Ahad lepas penuh dengan kenduri.. Penat.. Tengah hari kami pi rumah Auntie Mr. Fedex.. Then lewat petang baru menapak ke rumah Ali.. Yang siap potong wrap dalam container kuning tu adalah untuk rumah Auntie dan rumah Ali.. Yang untuk makan rumah masing-masing juga Mus potong siap2 masuk tupperware tutup letak dalam fridge.. Tak potong kalu jangan harapla depa nak makan.. Kalu dah siap potong, sumer rajin je nak makan.. Nak kena rotan ok.. Mus bakar semua ni hari Sabtu.. Sesambil selang-selang pergi kelas menjahit bagai.. Huh.. Penat! Tak terkata tapi berbaloi la kalu Mus boleh buat semua hepi.. Hihi.. Pas ni nak bakar apa pulak tatau.. Hehe..

2 comments:

jidood said...

Inilah nama dia 'Tonang Mithali'... eheksss...

Musliha said...

ekekekek.. yer la tuh..
"mithali" le sangat..
ada makna.. muahahaha..