Kueh Raya 2008

Tuesday, October 21, 2008

Dengan entry ni, maka rasanya tutup kot cerita raya tahun 2008.. Mus tak cerita lagi kan kueh raya yang ada di rumah Mus.. Asyik cerita menjahit je rasanya.. Tahun ni Mak Mus pun ada buat kueh raya juga.. Dah lama Mak Mus tak buat kueh raya.. Dah tua alasannya.. Mak nak makan je, taknak renyah-renyah.. Entah mimpi apa eh tahun ni.. Over rajin tau.. Haha.. Gambar tak semua yang ambil.. Lupa benar.. Gambar kat atas tuh gambar Biskut Buah Kana.. Salah satu kueh raya tradisi, pesen lama.. Ni Mus senaraikan kueh raya 2008 di rumah Mus..


1. Almond London - Mus buat..
2. Biskut semperit - Mus buat..
3. Biskut Buah Kana - Mus buat..
4. Snowy Heart Cookies - Mus buat..
5. Biskut Y - Mak buat..
6. Biskut Makmur - Mak buat..
7. Kerepek Tiram - Mus buat..
8. Maruku - Mak buat..

Ha.. Ni je la biskut yang ada di rumah Mus tahun ni.. Sekarang dah hujung Syawal, banyak dah tinggal balang kosong jer.. Baru le pakat-pakat nak ketuk balang.. Habuk pun jadik la.. Haha.. Tahun depan rasanya nak cuba biskut baru.. Tetiap tahun ni la favourite biskut adik-adik Mus.. Andai buat, langsai je semua.. Maruku Mak Mus, buat 2 tin besar pun sekejap je habisnya.. Adik lelaki Mus bawak balik satu beg kertas besar ke hostel.. Lega.. Makan kueh raya sakan diaorang.. Mus masa buat siap bungkus siap-siap 50 biji asing dalam tupperware untuk dia.. Tak buat cenggituh kalu, habes biskut yang kat rumah dia songlap.. Kempunan karang kami yang tinggai..
Tahun depan raya berganjak ke bulan September.. Masa tuh birthday Mus dalam raya ketiga.. Dah tak dalam bulan puasa lagi.. Haha.. Dalam mood raya pulak.. Dah 3 tahun dalam mood puasa je kan.. Sekarang ni tengah mood open house.. Selagi tak habes Syawal, selagi tuh open house.. This week will be the last week for open house.. Bestnya open house.. Tak sabar tunggu hujung minggu.. Best!

4 comments:

viruspadu said...

pandai mus buat kuih

bila lak saya nak dpt merasa ni :p

Musliha said...

hahaha.. bila nak rasa?
pos karang serbuk je ada ha..
thn depan ada lagi la kak vp..

Dhiacoco said...

Cute nya kuih.

Musliha said...

ha.. kueh cute macam tuan dia.. ahaksss..