Wonky House

Thursday, February 26, 2009

Walalala.. Penangan Cik Kema.. Mus cuba buat wonky house ni.. Seronok.. Ralit sangat menjahit.. Cuma kena pandai mix 'n' match jer.. Tuh saja try jer dulu.. Nanti baru nak try buat itu BOM apa ntah yang depa sakan sgt duk buat.. Mus kan tak tera lagik.. Hiksss.. Takpa.. Sesambil bila pening, Mus merapu sat quilt gini.. Seronok juga.. Ambil angin lain.. Freshhh.. Alasan.. Boleh le abeskan kain-kain cotton dalam goboks.. Dengan alasan, dapat borong kain-kain baru.. Walla.. Ok tak idea? Haha.. Nak kena ketuk ni.. Tak sedar diri.. Cannot.. Kena jimat skit nak kenduri.. Hiahhh.. Tunggu batting jap.. Mr. Fedex tolong pi beli.. Nak try godek wonky house ni buat lapik apa2.. Comelsss.. Mari kawan-kawan.. Quilt pulak kita.. Ayuhhh..

Udang & Ketam

Wednesday, February 25, 2009

Saja je pepagi nak sarapkan mata kawan-kawan.. Heh.. Mus buntu nak cerita apa.. Boleh? Banyak benda Mus duk buat tapi tu la.. Kang tunjuk sekarang tak surprise dah kawan-kawan pi kenduri Mus.. Wahaha.. Perasan! Berbalik topik, suka keluaq topik.. Haishhh.. Semalam petang balik tengok Mak Mus duk masak udang dan ketam ni.. Udang 2 ekor dan ketam seekor jer.. Tapi perasan tak besaq pinggan makan udang dan ketam tuh.. Besaq ooo.. Isi dia keras macam isi ayam.. Semalam Abah Mus dapat udang banyak sikit.. So, pas jual amek 2 ekor bawak balik untuk kami makan malam.. 2 ekor ni pun dah rasa kenyang.. Ketam tuh Abah ngan Mak je makan.. Mus tak lalu dah.. Aminah lagi la.. Bo layan.. Berlagak! Haha.. Ketam tuh penyepit dia gemuk sungguh.. Keras kulit dia, isi tepu betul.. Hari ni tatau ada rezeki apa lagi.. Ke laut ni ikut nasib la.. Ada rezeki maka adala.. Mai time tak ada kalu, penat sajala.. Tapi kita tetap kena usaha kan.. Usaha tangga kejayaan.. Hiksss.. Sesapa nak datang rumah Mus, datangla petang-petang eh.. Mana tau ada rezeki leh kenduri.. Koman-koman cucuq udang.. Tak pun cucuq jagung.. Miahaha..

GO Shahera GO!!!

Monday, February 23, 2009

ATM juara keseluruhan

PENEMBAK ATM (dari kiri) Shahera Rahim, Noriha Rani dan Nur Suryani Mohd. Taibi menguasai acara 50 meter raifal tiga posisi wanita berpasukan.

KONTINJEN Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus mendominasi hari terakhir Kejohanan Menembak Selangor 2009 di Lapang Sasar Kebangsaan di Subang semalam.

Mereka mengutip tiga lagi pingat emas, menjadikan jumlah keseluruhan 15 emas.

Pungutan emas terakhir ATM hadir melalui acara 25 meter Centre Fire Pistol Berpasukan Lelaki, 50 meter Raifal Tiga Posisi Wanita individu dan berpasukan.

Shahera Rahim Raja menghadiahkan emas pertama buat ATM apabila membidik 670.8 mata meninggalkan rakan sepasukan, Haslisa Hamed yang mengumpul 666.9 mata untuk kedudukan pingat perak.

Tempat ketiga dimiliki Nordalilah Abu Bakar dari pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengutip 666.3 mata.

Sementara itu, dalam acara 50 meter Rifle Tiga Posisi Wanita berpasukan, Shahera sekali lagi menghadiahkan emas buat ATM apabila bergandingan dengan Nur Suryani Mohd. Taibi dan Noriha Ab. Rani untuk memungut 1,716 mata.

Dalam acara 25 meter Centre Fire Pistol berpasukan Lelaki, gandingan Mohd. Ridhuan Mohamed, Zulkefli Ismail dan Khalel Abdullah turut menghadiahkan emas kepada ATM apabila membidik 1,675 mata untuk menundukkan pasukan PDRM.

Gandingan PDRM, Mohd. Hashim Desa, Mohd. Agil Abu Bakar dan Darham Ali terpaksa akur di tempat kedua dengan 1,663 mata.

ATM yang bergelar juara keseluruhan kejohanan ini pulang dengan kutipan 15 emas, 10 perak dan empat gangsa.

Dalam kategori remaja, Pahang muncul juara keseluruhan apabila mengutip 14 emas, enam perak dan enam gangsa.

Penembak remaja Pahang, Mohd. Hassanul Adzhar M. Badrin mencuri tumpuan dalam acara 10 meter Raifal lelaki apabila mengumpul 675.4 mata untuk menumpaskan penembak senior dari PDRM, Shahrizal Ishak yang ketingga- lan hanya 0.1 mata untuk merangkul pingat perak.

Jaja Kraf 50th Post Give Away

Friday, February 20, 2009

Miahaha.. Mus nak turut serta.. Nak masuk 4 penyertaan.. Muahaha.. Tamak kah? Aishhh.. The box makes me crazy ok.. Ini Mus copy paste dari blog Jaja Kraf.. Sila terjah ke sana untuk ikut turut serta..
So this is it, a giveaway on my ‘golden jubilee’ post. Before that, I would like to thanks to all of you who keep visiting me; to the silent viewers, to the commentators, my friends and to whoever you are. Who’s JajaKraf without you guys! Hence, I want to give away somethings from my collection…

I was near to give up with this shirt shape box once it started but yet I really satisfied in the final, seemed like I won’t let it go. Not so sure if I’m willing to make another one, quite difficult I must say. Inside the box will be:-
1. 8mm round light rose AB Swarovski crystal tied with 14 carats gold filled wire
2. Cream color hanging heart
3. Pink color hanging heart
4. Orchid brooch
5. Orchid hair clip (choose your own word, maximum 5 letters)
6. 5 Ribbon flowers
7. 10 clippers (5 dolphins & 5 butterflies)
8. Handkerchief
9. My mini wishing stars (Didn’t count it, but quite a lot)
10. 20 pink felt flowers
11. Ribbon keychain
12. 60 mixed color buttons
13. Flower brooch (last minute added)
14. Flower brooch (last minute added)

As usual, the rules are;-
1. Just leave your comment in this entry, you’ll be considered as join this contest.
2. Post about this giveaway on your blog, you’ll be entered 2 times.
3. If you add me into your link list, you’ll be entered 3 times.
4. Post my giveaway picture button on your sidebar, you’ll be entered 4 times.
I will randomly draw and announce the winner 2 weeks from now, which is on 4th March 2009 (Wednesday).

So, let’s play!!!

Roller Cutter & Cutting Mat

Thursday, February 19, 2009

Akhirnya.. Setelah lama bertahun-tahun eyeing gila-gila kat set di atas ni.. Mus dah pun memiliki-nya.. Haha.. Ok.. Ok.. Takda menda.. Mus yang excited.. Mus tak cuba lagi ke-efisen-an tools ni semua.. Mus sebuk duk jahit baju untuk kelas hari Sabtu ni.. Hiksss.. Sempat lagi.. Actually, Mus ada attend kelas menjahit anjuran Kolej Komuniti.. Murah je bayaran yuran cuma RM20 sebulan untuk 4 kali sebulan, 4 jam sekali belajar.. Nanti Mus interprem baju kebaya yang Mus jahit ok.. Very the vougey The Vass.. Oppsss.. Melalut dah.. Nak citer benda lain pi citer benda lain.. Hiksss.. Berbalik topik di atas.. Ni semua hasutan dari Cik Kema la ni.. Aishhh.. Cik Kema ni nak kena tau dak.. Karate kang.. Tapi benaqnya lama dah duk tengok tools ni semua.. Rasa best giler lompat-lompat bila akhirnya berjaya juga dapat.. Tak sesia simpan duit sikit-sikit.. Malu je nak habaq.. Pas ni nak menabung beli mesin jahit baru le pulak.. Hati besaq ok.. Takpa.. Usaha tangga kejayaan.. Kasik semangat dan impian lebih sikit.. Hiksss..

OLDTOWN White Coffee

Wednesday, February 18, 2009

Hari ni Mus takda nak cerita apa-apa.. Just nak minta semua orang baca tentang feedback yang diterima dari pihak OTWC.. Ada seorang blogger telah email directly to the OTWC.. Mus takda nak sokong apa-apa, takda nak bangkang apa-apa mengenai isu HALAL OTWC ni.. Kita sendiri baca, kita sendiri fikir.. Mus cuma nak share apa yang Mus jumpa dari kekalutan yang terjadi pada blog blogger-blogger luar sana yang gemar makan di OTWC.. Fikir dan teliti sendiri.. Please jangan ada tuduh-menuduh serta isu yang tak enak nak dengar ok.. Sekadar bacaan dan pengetahuan.. Aminnn..

Langsir Mr. Fedex

Tuesday, February 17, 2009

Yuuhuu.. Morning all.. Macam biasa.. Budak pemalas nih.. Hiksss.. Hari ni nak cerita kejayaan Mus menjahit langsir untuk rumah Mr. Fedex.. Legaaaaa.. Dah lepas satu kerja.. Langsir sempena kenduri nanti.. Gambar siap gantung takdakla.. Nama pun nak pakai kenduri.. Harusla simpan elok-elok dalam almari.. Bersesuai dengan tema gold.. Merelip-merelap pulak nampak kainnya dari jauh.. Tetiba rasa glamer.. Langsir rumah Mus tak siap lagi.. Haha.. Tengah kumpul-kumpul duit nak beli kain la ni.. Simple je langsir ni.. Sebab rumah tak luas, maka tak boleh buat berlapis-lapis bagaila.. Harus simple dan tenang di mata.. Harap-harap Mak Mr. Fedex suka la kan.. Mus sekarang ni bukanla malas sangat.. Hiksss.. Sebuk sikit duk pulun buat bunga telur.. Sesambil menjahit.. Nanti Mus preview sikit bakul telur untuk kenduri Mus nanti yang dah siap bertangkai.. Lawa ooo.. Wah.. Puji diri-sendiri.. Hiksss..

Shuttlecock Contest

Monday, February 16, 2009

Aaaaa.. Mus tak menang contest ni pun.. Ingat tak lagi pasai contest ni? Shuttlecock Contest.. Ekekekek.. Jom terjah blog Cik Kema.. Sebabkan 5 orang ja yang masuk pertandingan, maka Cik Kema telah berbaik hati menghadiahkan semua orang hadiah.. Apa punya ayat ni ntah.. Hiksss.. Saguhati je Mus dapat.. Jadikla sebagai penceria hidups.. Hehe.. Seekor rerama felt serta sebijik kepala alien.. kecik comels je kepala alien ni ha.. Thanks eh Cik Kema.. Pi le buka contest.. Bak mai Mus nak masuk lagik.. Mus ni tukang bagi ramai peserta jerk.. Hiksss.. Ketibaan hadiah adalah pada hari Jumaat lepas.. Laju plak dia sampai dari parcel-parcel lain semua.. Haishhh.. Mana menghilang parcel yang sepatutnya tiba ni? Doa-doa semoga semua sampai dengan selamat.. Aminnn..

Sarapan Pagi Cik Kema

Hiksss.. Entry ini khas untuk Cik Kema Itewww.. Hari ni Cik Mus belanja sarapan pagi ok.. 10 jenis kain cotton murah cukup untuk buat Cik Kema meroyan dan tak boleh tidoq pagi petang siang malam.. Hua.. Hua.. Hua.. Amacam? Mahu ke tak? Cik Mus biler-biler pun mahu cotton ni.. Walalala.. Indahnya dunia cotton.. Ekekek.. Dah siap bungkus.. Esok Cik Mus pos, boleh? Minggu depan baru dapat! Saja je Cik Mus nak seksa jiwa raga Cik Kema.. Miahaha..

Kek Coklat & Coklat & Coklat

Friday, February 13, 2009

Aktiviti minggu lepas & lepas.. Hiksss.. Biasala.. Musim malas sebuk ke haper ke ntah.. Ingat tak Eyon? Anak jagaan Mak Mus tuh.. masa minggu shutdown tuh besday dia.. Mus ni tatau nak bagi apa.. Nak bericing-icing kek bagai tak pandai.. Pandainya buat kek coklat kegemaran ramai ni jer la.. Sebab Eyon suka sangat kek ni, Mus pepagi bangun terus buat kek ni.. Kata besday party mula pukul 11.. Sempat lagi bakar di pagi hari.. Panas-panas lagi sampai bau satu kereta masa bawa pi ke rumah Eyon.. Sebelum tuju ke rumah Eyon, kami singgah market beli Bidaman nih.. Apa ke mainan ni entah.. Ada guli kat perut.. Kata Mak Mus, ni la gambar katun glamour sekarang.. Ah.. Ketinggalan zaman Mus ni tau dak.. Memang ni wish Eyon ke Mak Mus.. Nak Bidaman besar katanya.. Rasanya Eyon ada berekor-ekor benda alah nih.. Haishhh.. Budak-budak.. Masa sampai rumah Eyon, kami tetamu pertama.. Haha.. Boleh? Aishhh.. Takpala.. Mus bagi kek je kat dia, mainan tak bawa turun lagi.. Sekali Eyon tanya, "Angah bawa kek saja ka bagi Eyon?" Haha.. Budak 7 tahun sekarang pandai demand eh? Dan-dan tuh Mus suruh Aminah pi amek hadiah dia.. Seronok melompat-lompat dapat Bidaman.. Laju lari masuk rumah, masuk bilik pi simpan elok-elok.. Macam-macam katun sekarang eh.. Esok-esok time akan datang, entah katun apa lagi la nak datang.. Haishhh.. Risau ni.. Huhu..