Sandwich Goreng Inti Sardin

Tuesday, October 13, 2009

Salam kawan-kawan..

Berhari-hari tak update.. Huhu.. Sebuk ngabiskan order kuih makan pagi dari customer.. Nanti Mus update yang nih.. Sekarang ni Mus lapar.. Semalam makan laksa ja.. Kawan Mak hantar.. Sodap! Pagi ni baru terasa lapar.. Nak pi kantin, asyikla Makcik gemar nasi, mee dan bihun goreng.. Hari-hari.. Buhsannya.. Tolong! Tolong! So, lepak depan pc makan sandwich kosong.. Sodap aih.. Haha.. Sesambil browse gambar dalam pc, sesambil buat assembly drawing.. Muahaha.. Berapa banyak keja dalam satu masa ntah.. Serupa banyak tangan.. Seb baik ada pun sepasang.. Mau tak, ngan kaki-kaki sekali bekerja.. Ekekek..
Ok.. Ngaruts! Lalut! Hari ni Mus interprem sandwich goreng inti sardin.. Sodap aih!!! Krup.. Krap.. Krup.. Krap.. Bunyi gituhla kalau makan.. Hiksss.. Serupa macam goreng pisang.. Tepung yang menyaluti tuh sangat la rapuh.. Sodap.. Sodap.. Dan-dan leleh air liur.. Slurrppp.. Menu ni juga adalah salah satu menu yang ada masa open house Mus hari tuh.. Dua buku roti sandwich bonus pack buat.. Licin semua.. Bebudak suka makan.. Ala-ala makan keropoks.. Ni Mus buat masa pagi nak bawa pi kerja.. Bekalkan pada Mr. Fedex sekali.. Huh.. Sodap! Sandwich goreng ni makan masa panas-panas.. Kalau dah sejuk tuh, dia ala-ala liat sketla.. Bukan liat apa la.. Sama macam pisang goreng bila sejuk.. Makan 2 keping pun dah sengkak perut.. Kenyang! Kawan-kawan kalau rajin petang-petang, mohla buat sandwich goreng ni.. Belum cuba belum tau.. Dah cuba baru tau.. Wakakak..

Friends Gather

Wednesday, October 7, 2009


P/S - Interested? Sesiapa berminat, sila email Mus di musliha.yusof@gmail.com.. Mus akan forwardkan segala details dan borang penyertaan.. Sebarang pertanyaan juga sila email di email add Mus itu ok.. Or else telefon terus pada nombor tertera di atas.. Happy quilting..


Malaysian sHexies - 3rd Round

Tuesday, October 6, 2009

As Salam & Selamat Sejahtera..


Malaysian sHexies.. 3rd Round.. Tema merah tampuk pink.. Giliran Cik Kema itu.. Maaf na Cik Kema.. Cik Mus lambat poskan.. Atas alasan menjahit untuk raya.. Hiksss.. Diterima kah? Muahaha.. Esok sampai rasanya.. Dah due lama dah ni.. Dah pun undi untuk round ke-4 dah.. 4th round adalah giliran Ahkak Naiz.. Yes.. Dah half way.. Wish me on track back.. Fuhhh.. Pun tetap kaler merah.. Mau merah berdarah mata ni.. Ahah.. Mintak-mintak next round kaler lain plak.. Selamat menunggu ketibaan "Hexy The Sexy" na Cik Kema.. Tak sabaq nak tengok blanket glamer Cik Kema itu.. Semoga berjaya.. Nanti tolong buat blanket ke Cik Mus sekali na.. Huahaha..

Cerita-Ceriti Open House

Monday, October 5, 2009

Ada sapa-sapa tunggu cerita open house Mus tak? Ahaksss.. Perahsan! Mus tak dan nak amek gambaq.. By the time siap letak barang pi mandi bagai dah ada orang mai.. Haha.. Kelam kabuts sungguh.. Rasa ada gambaq kat camera Daddy.. Nanti Daddy transfer boleh la tengok.. Tapi la ni semua orang kalau nak tau citer pi kat blog kawan Mus ni.. Dia ada snap gambaq dan bagi laporan.. Haha.. Seb baik ada paparazzi.. Bagus! Bagus! Terima kasih eh En. Shazruls.. Jasamu dikenang.. Terima kasih juga sebab datang dan bawa ole-ole coklat itewww.. I likeeeee.. Hehe.. Terima kasih pada kengkawan yang sudi datang.. Yang tak sempat serta tak datang pun takpa.. Terima kasih juga.. Hehe.. Selamat open house untuk yang nak buat open house eh.. Tunggu cerita Cik Kema nyer open house lak ujung minggu ni.. Hehe..

Nuffnang

Happy Monday kengkawan..


NUFFNANG.. Pernah dengar Nuffnang? Rasanya kebanyakan blogger tahu tentang kewujudan Nuffnang ni kan.. Nuffnang is a blog advertising community.. Nuffnang ni kiranya beri peluang yang secara tak langsung pada blogger untuk menambah income.. Dengan cara mengiklankan produk dari satu-satu syarikat di blog blogger-blogger sekalian.. Kadang kita rasa benda ni semua menipu kan? Hehe.. So, gambar kat atas tuh adalah kebenarannya eh.. It's real.. Itu adalah cheque dari Nuffnang untuk Mus.. Itu adalah hasil yang tak langsung dari hasil mem-blog selama ni.. Dalam tak sedar, income naik.. Rezeki TER"pijak" orang kata.. Hehe.. Walau tak seberapa.. Tapi cukupla takat nak makan mc'd idaman hati.. Muahaha.. Mus cash-out kan amount tuh sebab nak tengok kebenaran dan beritahu kawan-kawan hasilnya.. So, apalagi? Pada kawan-kawan yang ingin menmanfaatkan hasil mem-blog selama ni, sila register dengan Nuffnang yer.. Good luck friends..

Open House

Friday, October 2, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan..

Dengan sukacitanya sempena bulan Syawal yang mulia ini,
saya ingin menjemput kawan-kawan ke rumah terbuka saya..
Keterangan lanjut seperti di bawah..

Tarikh : 03.10.2009 (Sabtu)
Jam : Bermula dari jam 2.00 petang
Alamat : Belakang 159, Unit 4, Mk H Sungai Burung, 11000 Balik Pulau, Pulau Pinang

Diharap kawan-kawan sudi menghadirkan diri..
Jangan lupa bawa duit raya @ ‘greenpow’ untuk SAYA.. Hehe..
Sebarang pertanyaan sila email kepada saya..
Terima kasih..

Pesanan Hari Raya:
Peta disertakan bersama..
Boleh bawa pasangan serta kawan-kawan masing-masing juga.. Terima kasih..

Kacang Goreng

Selamat hari Jumaat kengkawan..


Huarghhh.. Seronok! Jumaat sudah.. Hiahahah.. Nampak sangat pemalas kan.. Mode raya raya raya in the house.. Hehe.. Pemalash!!! Haishhh.. Tensen bila diri ini jadik pemalas.. Takle jadik.. Minggu depan kena mula bekerja.. Ada baju yang perlu dijahit.. Orang nak pakai Raya Haji karang dan kenduri yang berlambak selepas raya ni.. Mus pun nak buat baju Raya Haji jugakla.. Since Raya Aidilfitri lepas takda baju raya.. Ehek.. Berangan!

Ok.. Berangan! Kali ni Mus lupa tangkap gambar kueh raya yang Mus buat.. Mus buat kueh raya sehari sebelum raya.. 3 jenis sekaligus.. Lega.. Nanti Mus tangkap gambar masa nak top-up bekas kueh raya nak buat open house karang.. Kalau tak lupa la.. Karang duk kalut-kalut, semua gelabah lupa tak ingat apa.. Ehek.. Suh Mr. Fedex ingatkan nanti la.. Yang tertangkap cuma ni ha.. Kacang goreng Mak Mus buat.. Ni kacang apa orang panggil? Yang putih besar takde kulit tuh.. Mak Mus salut tepung rempah bagai.. Mus tanya apa nama kacang ni? Mak kata tatau.. Mak tengok dalam rancangan "Khana Khazana".. Walla.. Jangan memain ok.. Mak Mus tengok tv masak-masak.. Haha.. Tera.. Tera.. TERadvance pulak.. Mus yang ketinggalan.. Tak reti tengok tv punya orang.. Tetambah nak suh tukar chanel Astro? Langsung merapu jadiknya.. Dunia Mus kat belakang jer bersama mesin jahit.. Haha.. Tak berkembang minda betul.. Haishhh.. Seb baik Mus tak pandai tengok tv.. Kalau tak? Mau jadik pemalas lebih lagik kan? Muahaha.. *gelak sambil enjut-enjut bahu*

Kurung Sutera Hijau

Thursday, October 1, 2009

Morning..

Pening gempa bumi semalam.. Bergoyang-goyang.. Ekekek.. Sapa bergoyang sama? Semua lari keluar bangunan dan terus balik.. Ahaksss.. Yang nak buat OT semua batalkan program juga.. Takotsss.. Risauuu.. Melalut dah.. Haishhh..

Ok.. Hari ni interprem sepasang lagi kurung kepunyaan Che' Mah.. Kali ni sutera.. Che' Mah ni untung dia.. Mana-mana anak sedara dia jalan-jalan, selalu akan belikan dia cenderahati.. Ni orang pi Terengganu.. Merasa la dia kain sutera.. Wangi sangat sutera ni.. Walau katanya dah lama Che' Mah simpan dalam almari kain ni.. Menjahit sutera boleh tahan siksanya.. Ekekek.. Sutera dan chifon, lebih kurang sama degilnya.. Lembut lembai ya amat.. Tapi bila siap, lawa tak dapat sangkal la kan.. Kain ni cantik sangat coraknya.. Ada ber'kaki' orang kata.. So, Mus suka kalu guna sepenuhnya corak 'kaki' tuh.. Maka Mus buatkan baju dan kain kurung ni ber'kaki' semuanya.. Lawa sangat.. Lain kali Mus sah kena tangkap gambaq kain masa bentang seluas alam kan.. Tak kalu, sah tak dapat imagine kecantikan nya.. Baju ni pun sama, Che' Mah tak suka pasang span bahu.. Baju lelembut gini, kena span bahu wajib terletak cantik elok.. Takpala.. Dah kata trade mark Che' Mah, "bebasssss'' Ekekek.. Terima jer la..

Kurung Sulam Purple

Tuesday, September 29, 2009

Pagi kengkawan..

Pagi ni nak santapkan semua dengan hasil jahitan Mus.. Kurung sulam purple ni milik jiran Mus.. Che' Mah ni memang customer tetap lepas dari hari pertama dia tahu Mus boleh menjahit.. Terus semua baju dia ke Mus saja.. Hehe.. Rezeki.. Che' Mah ada 2 pasang baju raya.. Sakan orang-orang lama beraya.. Ni yang 1st punya Mus jahit dulu.. Sebabnya Mus suka nak potong kain ni dulu.. Kain pasang ni 4 meter siap bersulam dah.. Mus tak pernah cuba buat kain gini lagi.. Tuh yang excited nak cuba.. Bentang luas-luas sepanjang alam.. Then teropong mana badan kaki tangan bagai.. Sebab depa kan dah siap sulam semua part.. Badan, pesak dan tangan.. So, pepandaila nak ambil sulam bawah dia.. Dan sila jahit dan potong dengan cermat, dengan ukuran yang tepat untuk nak dapatkan hasil yang cantik di kaki baju.. Kaki baju tuh siap bersulam.. So, kena sama bawahnya.. Ada tailor yang nak mudah, takkan mau pakai sulam tuh.. Renyah agaknya.. Rugila.. Tapi kalu sesiapa tahu teknik nak samakan, adalah sangat mudah menjahit.. Bila dah siap.. Nampak cantik pula.. Lebih cantik dan terletak kalu ada pasang span bahu.. Tapi Che' Mah kan orang lama.. Huhu.. Span-span semua dia tak mau.. Tak bebas katanya.. Haha.. Apa-apala.. Asal Che' Mah bebasssss.. Ahaksss..

Masih & Masih Wedding Pressy

Monday, September 28, 2009

Selamat petang kengkawan..

Amacam? Raya? Seronok? Sakan owh memasing raya tahun ni kan? Mus punya raya best! Hehe.. Pengalaman pertama yang takkan dapat dilupakan sampai bebila.. Harap-harap kengkawan punya raya semua juga best..
Ok.. Habes dah raya.. Ni nak citer pasai wedding pressy yang indah itu.. Masih ada wedding pressy lagi kengkawan.. Jangan tak percaya.. Even dah nak mencecah 4 bulan usia perkahwinan, masih ada posmen yang menghantar wedding pressy pada Mus.. Walla.. Jom menari ramai-ramai.. Hehe.. Kali ini, kiriman dari Kak Ros yang menyepi itu.. Apa gamak aktiviti Kak Ros sekarang eh.. Dendiam je hibernate.. Blog pun sunyi sepi jerk.. Apa-apa pun.. Mus adalah tersangatla happynya bila menerima wedding pressy ni.. Siap bersurat chenta bagai.. Lama tak dengar khabar dari Kak Ros.. Sekali Kak Ros menulis, happy saja membaca.. Kepakaran Kak Ros.. Apa lagi.. Speciality stitching.. Kak Ros buatkan Mus wedding sampler.. Cantik kan kengkawan? Ya.. Ya.. Dah berangan.. Ini adalah untuk rumah baru jika ada rezeki nanti.. Simpan-simpan.. Kumpul eh.. Haha.. Terima kasih eh Kak Ros.. Walau hibernate diam-diam dalam gobok sana, masih ingat pada Mus di sini.. Hehe..

Selamat Hari Raya.. Walalalala..