Lawa dak? Katala lawaaaaa.. Hiahaha.. Baru siap frame minggu lepas.. Selasa lepas Mus ambil.. Macam biasa.. Framing di Uncle Patrick itewww.. Cost me RM38.. Kemas kerjanya.. Mus suka framing di sini.. Mus buat sample ni sambil-sambil menjahit baju masa bulan 12 tahun lepas.. Ho.. Bunyi macam lama no.. Siap lama dah.. Hantar pi frame yang lambats.. Sebuk apa tatau.. Hadiah kawen untuk kawan Mus di sini, lelaki budak store bawah nun.. Kasik lambat hadiah kawen boleh le kan.. Ala.. Bolehla jugak.. Dah kasik pun.. Kawan Mus suka.. Dia seploh kali duk tanya, "Mus buat sendiri ka? Yer ka?" Haishhh.. Penat aihhh habaq kata buat sendiri.. Kenapa? Tak percaya? Takpala.. Merajuk ni.. Huhu.. Tak kuasa.. Lega dah settle satu perkara.. Sekarang nak settle ber-perkara-kara.. Huhu..
Wedding Sampler
Friday, February 13, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 8:57 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Cicah Session
Thursday, February 12, 2009
Miahaha.. Ok.. Ok.. Sah semua orang sakit hati dengan Mus pepagi buta ni kan? Hiksss.. Saja je nak membakar pagi-pagi buta ni.. Setelah lama benar hibernate.. Apa Mus duk buat tatau la.. Makin kerja, makin banyak kerja.. Tak surut-surut pun, bertambah lagi banyak adala.. Haishhh.. Letih la.. Macam-macam.. Pagi-pagi ni nak gembirakan hati skit, tengok pelam cicah kuah rojak.. Owh.. Sedapnya.. Ni sesi mencicah masa minggu shutdown hari tuh.. Lambat aishhh update blog.. Dok belek apa tatau.. Kuah rojak ni macam biasala, Mak Mus yang buat.. Sedap! Gred A.. Haha.. Pelam ni Mus ambil kat rumah nyiau yang terlentang malas tepi longkang tuh.. Buat muka kesian skit kat tuan rumah, dapatla.. Hehe.. Buah dia tak masam pun, rapuh ja.. Pasai pa jadi lagu tuh pun tatau, air garam kurang dah kot la ni.. Pelam kalu masam baru kick.. Tapi takpala.. Janji sodap! Slurrrpppp.. Jom kita pakat-pakat lap air liur.. Larikkkkk..
Posted by Mrs. Fedex at 8:07 AM 2 comments
Labels: Cooking
Hantaran Fever
Friday, February 6, 2009
Raya cina lepas, ramai juga orang buat kenduri-kendara.. Mus pun tak ketinggalan.. Tersepit kalut-kalut sekali menyebuk kat kenduri orang.. Ekekek.. First day CNY, Isnin.. Kami buat rombongan pi rumah bakal pengantin perempuan yang cadangnya akan berlangsung bulan 5 nanti.. Bakal baru.. Rombongan majlis pertunangan.. Pertunangan sepupu Mr. Fedex.. Makna kata semua family sedara-sepapat Mr. Fedex la ni.. Tuh yang Mus kata Mus nyebuk sekali.. Dah tu, bakal MIL ajak.. Mana leh tolak.. Kena la baik-baik sikit.. Oppsss.. Mus memang baik tau.. Haha.. Statement menyampasss! Hiksss.. Tradisi sedara-sepapat Mr. Fedex ni, kalu kenduri bertunang, setiap family sponsor satu hantaran.. Lebih kurang gitula maksudnya.. Mus pun tak berapa tahu sangat.. So, hantaran di atas tuh Mus buat mewakili family Cik Aishah.. Ni sepupu belah Mak Mr. Fedex.. Boleh ke gituh? Derang cakap pun masa suntuk sangat-sangat.. Lusa nak pergi, hari ni baru cakap.. Haishhh.. Mana sempat nak cari barang sebab Mus duk pulun jahit langsir baru CNY konon macam Mus nak raya.. Haha.. Apa lagi, bidan terjun la.. Mus buat puding buah peach.. Nampak dak tuh buah peach kat atas? Paling senang kerja dan lawa menarik tertarik.. Tema depa kaler hijau.. So, itu je yang ada reben hijau ha.. Apa lagi, kasik baluts di pagi hari.. Terjun-terjun pun orang puji.. Jadila.. Tak puji kang, esok tak mau buat dah kang.. Haha.. Berlagak no.. Jauh ooo kami pi.. Baling nuh, sampai rasa nak terbaring.. Kebas bontots duk lam keta.. Hiksss.. Bulan 5 karang kenduri Mus kena ikut juga ke? Wah.. Wah.. Perasan!
Posted by Mrs. Fedex at 7:47 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Langsir CNY
Thursday, February 5, 2009
Apa? Ingat korang jer beraya Tahun Baru Cina? Mus beraya sakan ok.. 9 hari cuti.. Hambek engkau.. Berjalan.. Makan angins, kembung perut.. Makan-makan, sengkak.. Godeks itu ini, penat.. Haha.. Merapu.. Seminggu sebelum raya cina baru-baru ni, Mus bertungkus lumus menjahit langsir di atas tu la.. Satu sliding door serta dua tingkap.. Aiseh.. Penat ok.. Penat pikir.. Haha.. Yerla.. Derang nak pakai hari Ahad sebab nak makan besar kan, lambung-lambung Yee Sang.. Awal minggu baru beli kain bagi Mus.. Mana nak kejarnya.. Tapi demi raya, semangat mau lebih.. Hiksss.. Langsir ni tempahan dari bekas kawan sekerja Mus.. Boleh la.. Ada juga sikit duit masuk time-time gawat tak ketahuan hala ni.. Kain dia lawa.. Kaler cream.. Abah Mus suka.. Asyikla duk kata, "Lawanya kain dia.." Ada makna ke Abah? Ekekek.. Anak-mu ini tak paham.. Ke buat-buat tak paham? Ngeee.. Mus suruh kawan Mus tangkap gambar langsir ni bila dia dah gantung.. Tapi sibuk gamak duk raya, dia over excited.. Takpa, nanti ada kalu gambar dia Mus jaja kat sini.. Jahit langsir ni memang mudah tapi kerjanya sangatla renyah.. Haishhh..
Posted by Mrs. Fedex at 8:01 AM 6 comments
Labels: Projects And WIPs
Hellooooo..
Wednesday, February 4, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 2:32 PM 2 comments
Labels: My Life
Spiderman In The House
Friday, January 23, 2009
Comel tak? Hehe.. Mus punya kerja la ni.. Ni kasut untuk budak Shafiq kat bawah tuh.. Tapi kan.. Kaki dia montel ok.. Ni size 3 tau.. Tak muat untuk budak 9 bulan.. Haha.. Mus nak kena beli size 4 nanti.. Bila dia pakai, merah-merah kaki dia.. Ingat Mus nak sistem barter ngan sapa-sapa yang ada anak lelaki boleh muat size 3 ni.. Comel ok.. Sapa nak? Mus nak kena beli baru untuk dia size 4, lebih selesa.. Nak biarkan gituh, sayang pulak rasa.. Sapa ada anak lelaki boleh muat size 3? Mehla.. Kita excen.. Apa-apa saja.. Just for fun.. Takde makna apa.. Ada kalu, inform Mus na.. Budak perempuan pun boleh kot.. Wakakak.. Tapi spiderman ni kasar lak nampak.. Tapi boleh je.. Sapa ada? Mari.. Mari..
Posted by Mrs. Fedex at 8:26 AM 2 comments
Labels: Gifts
Udang Karang
Thursday, January 22, 2009
Muahaha.. Gelak besar-sebesarnya doluuu.. Hari ni saja nak jamu kawan-kawan semua ngan udang karang dan ketam masak cabai.. Aisehhh.. Sodap! Ni adalah menu dinner semalam.. Semata-mata udang karang dan ketam masak cabai bersama nasi.. Hiksss.. Sebab takde sayur semalam, Mus tambah nasik.. Sedap! Giler sedap! First time ok makan udang karang besaq gedabak ni.. Entah cemana semalam, tersesat dekat pukat Abah Mus.. Abah tak jual, bawa balik kita orang makan.. Sedap! Isi dia kental eh.. Tak macam udang besar biasa.. Udang ni masak sama dengan ketam 3 ekor.. Errr.. Benarnya, kami adik-beradik jemu ni.. Makan seafood.. Ingat lagi dulu, masa Abah mula ke laut.. Makan udang macam makan nasik, setimbun.. Rebus kosong cicah dengan air asam.. Giler masa tuh.. Sekarang ni, cuba letak depan.. Pepakat buat tak nampak.. Haha.. Sekali-sekala berhimpun ramai-ramai berebut makan baru best.. Rezeki kami la semalam.. Mus lupa tangkap gambar ketam sebelah dia.. Nampak sipi-sipi jer.. Sebab duk excited dekat udang tuh.. Haha.. Korang kawan-kawan kalu jalan-jalan Penang teringin nak makan seafood di tepi bendang, calling-calling la Mus.. Jamu seafood sampai sengkak.. Haha.. Sori yer kalu terliur.. Ekekek.. Saja nak membakar kan? Haha.. Sori.. Sori..
Posted by Mrs. Fedex at 9:28 AM 3 comments
Labels: Cooking
Ayam Masak Jawa
Wednesday, January 21, 2009
Sabtu lepas rasanya ni.. Mak Mus kena pi sekolah Aminah.. Ada ceramah apa entah untuk semua ibu-bapa murid-murid PMR.. Abah terpaksa kerja sebab perlu siapkan projek sebelum cuti Chinese New Year (CNY).. CNY ni Abah Mus mesti takkan ada kerja.. Sekarang pun Abah dah mula cuti.. So, pagi Sabtu tuh Achik ada rumah.. Atas sebab-sebab tertentu Mus terpaksa ambil dia dari tempat praktikal.. Maka, Sabtu tuh Achik pi market.. Hehe.. Achik memang suka pi market pagi-pagi kalu dia ada di rumah.. Kalu Achik ada, hari-hari Mak tak payah pi kedai.. Dah ada orang tolong belikan barang basah dari market.. Lepas Achik balik, tetiba Mus tengok dia duk keletung-keletang di dapur.. Mus tengah menjahit langsir kawan untuk CNY ni.. Nanti Mus interprem.. Rupanya, dia nak masak.. Hiksss.. Bagusnya.. Siap masak nasi semua.. Lengkap! Disebabkan angin rajin dia, kami makan nasik pukui 10.30 pagi.. Haippp.. Tuh dah kira lunch.. Yang sempoinya.. Achik masak hidangan kat atas tuh.. Bila tanya dia, "Apa nama masakan ni?" Dia main cakap jer, "Ayam masak jawa.." Ekekek.. Geli hati sat.. Entah betui entah tak.. Tapi sodap aihhh.. Sodap giler.. Dia goreng dulu ayam.. Then masak kuah dan curah di atas.. Kuah tuh Mus tengok dia masak guna cili sos.. Tapi tak rasa cili sos pulak.. Ajaib! Sungguh! Giler sedap.. Chef berjaya ni.. Sekarang Achik dah balik pi praktikal.. Mus hantar Ahad lepas.. Aisehhh.. Takda makan-makan lagila kami.. Takda tukang masak terkemuka.. Wakakak..
Posted by Mrs. Fedex at 8:54 AM 4 comments
Labels: Cooking
Very Up-to-date Blog Awards
Tuesday, January 20, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 7:57 AM 2 comments
Labels: Misc
Christmas Exchange 2008
Monday, January 19, 2009
Hiksss.. Giler lama peram gambaq ni kan.. Dari tahun lepas.. Bunyi cam lama benar.. Padahal tak sampai sebulan lagi dari tarikh sepatutnya.. Benarnya, ni adalah gambar atas adalah pressie Mus untuk Christmas Exchange 2008 dianjurkan oleh company Mus kerja ni.. Mus tak pernah masuk.. This year baru terasa nak masuk.. Heh.. Saja.. Nak happykan diri dengan ekonomi yang tak menentu ni.. Tapi memang best eh.. Perasaan dapat hadiah.. Haha.. Heaven! Mus beri tempat letak pen yang dalam dia ada air yang boleh kita tonggeng terbalik tu ha.. Then, sebabkan Jiji ni adalah kegilaan ramai di company ni.. Maka, Jiji juga Mus lekatkan di situh.. Budak yang menggila sangat kat Jiji ni dah cop awal-awal kata dia nak menang hadiah Mus.. Haha.. Tapi last sekali, dia juga yang dapat.. Rezeki! Masa cabut nombor, tengok nombor 6 saja.. Tu dia.. Melompat tak sangga.. Siap jerit-jerit pi berlari-lari ke christmas tree amek Jiji ni.. Wakakak.. Dah nak macam orang gila dah nampak.. Siap tak bagi orang pegang Jiji dia, takut rosak.. Heh.. Syukurla.. Jiji dapat pada orang yang over admired kat dia.. Dan untuk Mus, dapat bear kat bawah ni.. Cute kan? Comelsss.. Sekarang dia ada di atas cpu berkawan ngan Tetty Teddy.. Comelsss sangat.. Mus suka.. Harap-harap tahun ni punya christmas, masih ada lagi aktiviti macam ni.. Rasa happy juga.. Merry Christmas.. Muahaha.. Terlewat ngat aihhh.. Saja gatai nak wish gak.. Hiksss..
Posted by Mrs. Fedex at 7:55 AM 0 comments
Labels: Gifts






