Tahun 2010

Monday, January 4, 2010

Selamat Tahun Baru 2010

Morning everyone.. Happy new year 2010..

Today pepagi takda modal nak bebel-bebel.. Hehe.. Selamat telinga semua orang.. Takda modal juga nak merepek meraban.. Today pepagi Isnin.. Moody morning for every workers.. Happy morning for students kot.. Agakla.. Dapat jumpa kawan-kawan dengan serba-serbi baru.. Dah 4 hari lepas tahun 2009 meninggalkan kita.. I just wish for a better me for the new year.. Sangat-sangat mengharapkan itu impian yang satu.. Moga tahun ni lebih meriah dengan prestasi friendship yang sedia ada.. Yang rasanya macam tenggelam timbul saja semua orang.. Giler-giler merindui those havoc day every day.. Ermmm.. Masa tak dapat diputar semula kan? Andai mungkin diputar.. Alahai.. Pohon maaf pada semua andai Mus ni tersalah bahasa, tersilap bicara, terlepas pandang segala benda, tersibuk tak tentu hala, terKIV macam-macam benda.. Bukan niat di hati.. Tapi.. Ermmm.. Tak payah diluah di sini la.. Buat menyibuk jer.. Silap Mus tak pandai bahagi masa mungkin.. 24 jam sehari tak cukup pakai padahal peruntukan Allah untuk seorang manusia dah tetap-tetap cantik dah.. Awal tahun ni akan Mus langsaikan segala hutang yang tertunggak.. Pegang janji Mus.. By next week pasti langsai.. Mus cuba sedaya mungkin.. Walau tahu dengan berapa kepala perlu dibahagi masa tuh tak mungkin terlangsai.. Tapi masa untuk Mus pasti dikorbankan.. Baru lega rasanya hati ni.. Mungkin Mus ada silap yang tak sedar tapi kawan-kawan sorokkan saja, berdiam diri, tak timbul jumpa Mus lagi.. Mus minta maaf banyak-banyak.. Lautan dalam boleh diselam ke dasar tapi hati kawan nan seorang tak termampu diselam jauh ke dasar sana.. Andai Mus ada silap, boleh kiranya kawan-kawan mesej dan beritahu.. Dapat Mus perbetulkan satu-persatu.. Harap bermula tahun, bermula la Mus yang lebih sabar.. Semoga hari-hari akan datang membawa seribu satu makna dan keberkatan untuk hidup Mus serta hidup kawan-kawan juga.. Aminnn..

Stash Swap Suka Hati

Thursday, December 31, 2009

Yes! Yes! Hari terakhir di tahun 2009.. Kita jumpa next year tahun 2010 ok.. Hehe.. Dah macam lama sangat la nak masuk tahun baru kan? Drama betul.. Padahal esok tahun baru 2010.. Huhu.. Cepatnya masa berjalan.. Pantas giler.. Huhu..


Ok.. Today nak citer tentang peristiwa Cik Kema itu merajuks sebab nama penuh tak dapat isi lagi masa Stash Swap yang Hani organize tuh.. Tapi at last Cik Kema itu sempat masuk stok ke-dua.. Hehe.. Memacam.. So, masa Mus dapat jadi orang terakhir a.k.a orang ke-sepuluh tu la di mana Cik Kema itu telah makan hati sebab tak sempat nak join.. Ekekek.. Disebabkan kemerajukan itu, maka Mus pun layan la pujuk dengan Stash Swap Suka Hati ni bersama Cik Kema.. Sapa lagi nak pujuk kan? Mus juga.. Agaga.. Perahsan! Mus lupa pulak nak tangkap gambar, apa yang Mus beri pada Cik Kema.. Tak ingat dah.. Lama dah ni.. Baru hari ni nak posing-posing gambo bagai.. Selalu tuh macam tak berapa rajin kah? Haha.. Tak leh sebut 'malas' sebab karang jadik pemalas macam mana? Susah pula.. So, yang di atas sana adalah apa yang Mus dapat dari Cik Kema.. Sonok giler.. Ada flannel.. Cotton love.. I likeeeee.. Then ado benang seketui, button berketui-ketui, ring, riben dengan magnetic button.. Best ok.. Boleh buat beg itu magnetic button.. Suka-suka.. Pada Cik Kema yang sebuk di sana, "Selamat potong felt dan Selamat Tahun Baru 2010 na.." Terima kasih pada goodies ni semua.. Cik Mus suka ok.. Pada semua reader, "Selamat Tahun Baru 2010.. Moga tahun 2010 nanti membawa seribu kejayaan.. Aminnn.."

Upah Menjahit.. Yummy Lagik!!!

Wednesday, December 30, 2009

Morning!!! Morning!!!


Hari ni pun nak eksen ngan barang yummy jugak.. Sedap! Sedap! Haha.. Out of mind.. Ni ler upah menjahit sarung bantal sila yang Kak Reen bagi.. Sedap kan? Upah yang melebih-lebih ok.. Melampau! Haha.. Syiok! Button sebeg besaq.. Plus loose button lagik segengam.. Plus benang lagi 4 ketui.. Ehem.. Ehem.. Kak Reen nak suruh Mus mula tat kah? Abesla.. Pengsan ni.. Sonok duk belek benang tuh.. Ado plak orang yang mula pi tat sat ni.. Tak boleh jadik.. Tangan kena lepak dendiam.. Buat barang yang patut buat dulu.. Hadiah contest hari tuh pun dah siap.. Tinggal nak letak tampuk dan send saja.. So, tunggu ok.. By next week boleh send dah.. Pasai next week dah balik ke gobok sendiri.. Yeayyy!!! Boleh settlekan apa yang patut disettlekan.. Hutang berlambak nuh.. Pengsan! Ni semua goodies buat pembakar semangat.. Giler heaven! Haha.. Dah! Dah! Kang berjela merepek meraban.. Thank a million ok Kak Reen.. Satu hari mesti nak pi Johor sana.. Tungguuuuu..

Label

Tuesday, December 29, 2009

Morning kawan-kawan..


Hari ni dah Selasa.. Uh.. Cepat kan masa berlalu? Dua hari lagi nak jejak tahun baru.. Ish.. Ish.. Giler pantas.. Mr. Fedex, bawa saya jalan-jalan pusing bandar sebelum tahun baru ni boleh ke? Ekekek.. Melampau.. Ok.. Cukup! Melalut! Haha.. Pantang ado peluang.. Melalut sakan.. Hari ni nak ngomel tentang label japs.. Tanya sana sini.. Korek sinin sinun.. Mahal nak pengsan.. Memula quote lain dah kasik design plak terus lagi berganda mahal.. Ekekek.. Businesss.. Pengsan! Mus mencari di mana nak buat fabric label ni yang tak la begitu mahal sangat.. Tapi tak ada jumpa pun.. Ada yang satu tuh tapi.. Ermmm.. Situasi seperti di atas.. Haha.. Takpa.. Abaikan.. So, dapat info dari Cik Kema.. Maka, Mus pun order dengan Zubaidah.. Last-last untuk sementara, beli yang pesen ini dulu.. Tunggu Mus kumpul modal banyak skit, baru bleh order yang beribu-ribu kot.. So, pada sesiapa yang teringin nak buat label sendiri.. Bukan sekadar pada yang buat business.. Pada crafter sekalian yang selalu produce barang sendiri.. Perlu trademark sendiri juga sesuai buat label ni.. Sekadar menambah kesungguhan.. Tak salah kan? Kerja Zubaidah ni sangat kemas.. Murah juga dan berpatutan.. Customer service yang tip top.. So, why not? Try it.. Berminat? Klik link di bawah.. Opsss.. Sebelum tuh.. Sesiapa tahu di mana boleh Mus buat fabric label yang tak begitu mahal melampau, beritahu Mus yer.. Thank you..

Yummy!!! Yummy!!!

Monday, December 28, 2009

Monday blues everyone..

Disebabkan today pagi Isnin.. Terkenal dengan blues sepanjang hari Isnin kan? So, sengaja nak kasik semua orang bangun sket.. Celik mata luas-luas.. Kasik cuci mata yang lebam-lebam tuh.. Ini hasil rembatan Mus masa pergi KL minggu yang lepas.. Huhu.. Penang mana nak ada kain cotton yummy yummy gini.. Nak minta orang KL sopingkan kat kita sekali pun, segan la hai kalau selalu sangat kan.. So, kasik rembat juga sket walau tak banyak yang larat diusung dengan naik lrt tuh.. Cuba kalau lempaq bonet keta.. Huh.. Mau angkut berkayu-kayu kot.. Malas nak masuk bandar dengan keta, tuh yang menapak dengan lrt jerk.. Kaki sakit ok.. Giler penat.. Merepek meraban dengan Mr. Fedex merata-rata tengok peta.. Puas ok.. Ni kalau nak pergi KL lagik, sah-sah nak simpan duit bebanyak tuh.. Kasik bawak troli pergi pasar tuh.. Senang sket.. Kasik lempaq lam troli terus heret jer.. Boleh? Mr. Fedex siap bersila dekat lantai dah.. So, moh kita balik.. Cukup-cukup bawak insaf membeli kain.. Agaknya.. Sah-sah orang lelaki ni tak paham dengan perangai bini itu.. Kenapa masih beli dan beli dan beli juga cotton walau dah bertimbun-timbun cotton.. Wakakak.. Mus juga tak paham dengan diri sendiri la.. Bleh kasik alasan gituh.. Wakakakak.. Larikkkssssss.. **Lari-lari anak usung troli menuju ke Nagoya**

Malaysian sHexies - 2nd Round

Thursday, December 24, 2009

Today Khamis! Yes!!!


Ok.. Malaysian sHexies punyer citer tak habes lagi.. Tak buat penutup lagi macam Cik Kema.. Agaga.. Untuk melengkapkan kerja-kerja sebagai Malaysian sHexies, ini adalah 10pcs "Hexy The Sexy" untuk diri sendiri.. Theme merah bertampuk putih.. Nampak gambar? Tetiba ada satu hexy love-love di antara polka dots itewww.. Ha.. Itu anak tiri namanya.. Ekekek.. Fuhhh.. Lega ok.. Dengan siapnyer part untuk diri sendiri maka dengan ini, complete la Mus punya komitmen untuk Malaysian sHexies tahun 2009.. Bermakna Mus telah menerima 9 panggu dari 10 panggu yang patut Mus terima.. Since, another 1 panggu missing in action.. Maka, kena redho ni.. Huhu.. Janji yang perlu Mus tunai dah tertunai.. Apa yang perlu Mus buat dah terbuat.. So, completed! Link sebelah untuk group Malaysian sHexies telah digugurkan serta digantikan dengan link BOM 2010 pula.. Yes.. Tahun baru.. Terima kasih pada semua sHexies yang join.. Dulu tak kenal, sekarang dah kenal.. Walau tak bersua, cukup sekadar bertukar kata-kata.. Cukup untuk hati Mus merasa happy hari-hari.. Thanks juga pada KD selaku penganjur.. You did a great job.. Selalu bagi kata perangsang bila enjin dah nak sejuk.. Selalu jadi pembakar bila hati dah ke mana.. Haha.. Kan ker crafter senang di-influence-kan.. Setuju tak? Ekekek.. So, still keep in touch ok even nan ado "Hexy The Sexy" lagi.. Tapi still, ado blanket yang perlu diselesaikan.. Fuhhh.. Berpeluh.. Thanks for the friendship sHexies.. I mean it! Hugsss..

Malaysian sHexies - 8th, 9th & 10th Round

Wednesday, December 23, 2009

Yes.. Yes.. Yes.. Akhirnya.. Mus BEBASSSSS.. Yeehaa!!!!!

Cabaran "Hexy The Sexy" untuk round yang ke-8, 9 dan 10.. Semua ini adalah untuk KD.. 30 pcs in total.. Fuhhh.. Lap peluh berkali-kali ok.. Theme merah 10 pcs serta theme hitam 20 pcs.. Lega ok rasa.. Sangat lega yang amat-amat.. Seronok sangat.. Bila dah siap semua 30 pcs "Hexy The Sexy" tuh, rasa sayang ok nak pos ke KD.. Ekekek.. Boleh? Macam mana la KD begitu tegar buat 30 pcs sekali untuk 7 peserta? Pengsan!!! Tapi KD sangat berjaya.. Huhu.. Terkeluar dari kotak fikiran.. Haha.. Apa-apa pun.. Congrats ok KD.. Dah buat beratus "Hexy The Sexy".. So, enjoy menanti abang posmen di muka pintu.. Menanti ketibaan 30 pcs hexies dari 7 peserta.. 3 dah dapat kan? So, 4 orang lagi.. Yes.. Malaysian sHexies! Wake up! Settle segera.. Sebab kita nak masuk buku baru ni.. Ecewah.. Mementang dah siap.. Gelek-gelek cucuk langit.. Larikkksssss..

BOM 2010

Morning everyone.. Yes.. Pagi hari ni.. Ekekek..

Ok.. Today nak sembang pasal projek tahun depan.. Ecewah.. Mementang Mus dah completekan "Malaysian sHexies" punya cabarankan.. Dan-dan nak sembang pasal projek tahun depan.. Tak agak-agak.. Haha.. Ok.. Perlu intro dulu.. Tahun 2010 Mus dah buat komitmen dengan group BOM 2010.. So, kena cargas.. At least, biar habes tahun dengan habes satu cabaran walau memang dalam kesibukan.. Baru rasa bermakna sikit.. Huhu.. Tak kalu, tatau mana lempaq pi masa Mus yang beribu-ribu jam tuh kan.. Uhuk.. Uhuk.. Pendek cerita, design BOM 2010 adalah seperti tertera di bawah.. Nice kan? Simple jer.. Suka juga kaler coklat tuh tapi theme Mus kali ni adalah putih, merah & pink.. Yes.. I know.. Merah lagik.. Ahaha.. Tataula.. Di hati ni merah je yang bertakhta.. Nak buat macam mana kan.. Disebabkan setahun ada 12 bulan maka BOM 2010 ni ada 12 block serta 12 peserta juga.. Hope kali ni, BOM 2010 akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah..
Minggu depan akan menjejak tahun baru.. So, since Fida selaku penganjur dah keluarkan senarai undian.. Di sini Mus mudahkan kawan-kawan yang menyertai BOM 2010 dengan compile ke dalam satu jadual seperti di atas sekali.. Klik jadual di atas untuk view yang lebih jelas ok.. Study jadual di atas untuk lebih faham apa yang patut masing-masing buat pada bulan-bulan tertentu.. If dapat faham, dah boleh kasik settle dah without tunggu setahun.. If nak la.. If.. If ok.. Haha.. So, happy sewing "BOMian".. Any question? Feel free to drop a comment..

P/S - Mus berdoa untuk BOM 2010 kali ni berjalan lancar tanpa sebarang gangguan atau masalah.. Just my opinion, if anyone do have a problem.. Voice it out.. At least, tak semua tertunggu-tunggu di mana panggu masing-masing.. Am I right? Setuju dengan Mus tak? Mus rasa dan very very sure yang semua peserta adalah sangat memahami, kan? So.. Lets.. Membeli-belah cotton ok.. Alasan kukuh ni.. Hiahaha.. Happy New Year 2010..

He's One In A Million

Tuesday, December 22, 2009

Selamat petang kawan-kawan..
Ermmm.. Hari ni suram ok.. Entah kenapa, tak menarik jer.. Tetiba jer macam tak seronok.. Huhu.. Nak PMS kot.. Haishhh.. Macam-macam difikir, hati tak tenang.. Ermmm.. Mus nak update blog tapi gambar tak boleh transfer.. Sedih ok.. Rasa macam tak best giler.. Kejap nak kira-kira duit tengok.. Gamaknya layak tak beli kamera seketui.. Ermmm.. Nak buat azam tahun baru la.. Tahun depan nak kena runner beli kamera dan laptop.. Agak-agak dapat tak? PC pun dah kong.. Huishhh.. Kena simpan duit.. Wajib! Wajib! Dah.. Sebelum Mus ngarut merepek-meraban, jom kita memasing layan cerita di bawah.. Bergenang air mata bila baca.. Jadik teladan sesama kita.. Resmi hidup berumah-tangga.. Yang sikit pejam-pejam kan mata sajala.. Andai sorang tak mampu memahami, sorang kena beralah la kan.. Dari bising, lebih baik berdiam diri.. Tak kalu.. Memasing nak menang, pengsan! Ekekekek.. Jom hayati.. Mus dapat dari blog ni -->> Terimalah Aku Seadanya.. Aku.. Layannnnn..

He's One In A Million..
(Based on the true story..)

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur. Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...


Malaysian sHexies - Completed!!!

Thursday, December 17, 2009

Yes!!! Yes!!! Yes!!!
Mus berjaya..
BEBASSSSS.. Akhirnya..