Minta Tolong!!! Help!!! Help!!!

Sunday, January 18, 2009

This is sticky post!!! Scroll down for a new entry!!!

Hiksss.. Maaf atas ke-hibernate-an Mus.. Atas-atas sebab-sebab tertentu.. Mus nak minta tolong pada semua kengkawan sekalian.. Sapa tahu lagu yang romantik ke.. Lagu cintan-cintun ker.. Ayat-ayat cinta lirik pujangga mana ker.. Yang best-best.. Tak kira la dalam Melayu ke.. Inggeris ke.. Asalkan lagu-lagu yang berkaitan cinta.. Hak bab-bab air mata, putus cinta semua takmo na.. Tujuannya untuk majlis perkahwinan Mus nanti.. Tolong yer kawan-kawan.. Mus nak tajuk dan penyanyi saja.. Tak perlu file lagu or apa-apa.. Mudah jer.. Tajuk lagu dan penyanyi saja.. Please eh kengkawan.. Do drop me a comment.. Yang inggeris oldies-oldies pun Mus suka gila.. Haha..

Untuk anak-anak Ibu a.k.a Kak Salmi.. Mai la tolong kakak DuniaMusliha carik lagu.. Shahirah, mai tolong Kak Mus jap nih.. Tena, nanti Kak Mus upah nasik minyak.. Sapa lagi? Sara? Haha.. Marah Ibu kang.. Main suka hati jer letak nama anaknya.. Anak-anak dara.. Meh la tolong Kak Mus eh.. Thanks in advance.. Hugsss..

Oblong Burger

Friday, January 16, 2009

Sedapnya.. Nyum.. Nyum.. Kawan-kawan sarapan apa pagi ni? Hiksss.. Mempekenalkan.. Oblong Burger.. Sedap ohhh.. Tau dak prosperity burger yang McD punya? Ha.. Daging Oblong ni macam tu la rasanya.. Dia ada campuran lada hitam.. Sedap.. Dia bukan macam daging biasa.. Mus beli daging ni dari kedai frozen dekat rumah mak sedara Mus di Jitra.. Sangat sedap.. Daging ni, kalu celup dalam black paper sos, sprinkle skit bombay onion.. Fuhhh.. Sejibik prosperity burger.. Hiahhh.. Tapi ni Mus makan macam biasa saja.. Makan dengan mayonis saja.. Boleh kata dekat 2 minggu hari-hari kami adik-beradik makan roti ni.. Haha.. Penangan Oblong Burger.. Kawan-kawan pernah cuba? Sedap aihhh.. Slurrrppp..

950 Ketul

Thursday, January 15, 2009

Ekekek.. Saja ja nak habaq.. Dah ada 950 ketul bakul telur kenduri Mus nanti.. Baru kira.. 50 ketul to go.. Go.. Go.. Nak cukupkan 1000 ketul.. Hiksss.. Sekarang tengah gigih potong dawai nak buat tangkalnya.. Lega rasa bila satu perkara dah hampir selesai.. Fuhhh.. Pasni leh bisnes bakul telur.. Berangan lebih.. Over.. Mus nak cerita lagu mana buat pun tak berapa nak tahu.. Sebabnya, Mus tengok kat forum cari plus Bal ada tunjuk ajar Mus sikit.. Kalau nak tahu, Bal ni lagi tera buat bakul dari kertas terbuang ni.. Mus pun menuntut dengan Bal.. Korang masuk ke blog Bal<--[klik sini] tengok.. Macam-macam dah Bal ada buat.. Terima kasih sebab ajar Kak Mus eh.. Jasamu dikenang.. Hugsss..


P/S - Bal.. Jeles tak ngan bakul telur Kak Mus? Hiksss..

Mama Kema - Gift Away

Wednesday, January 14, 2009


Ok.. Kali ni kita nak bercerita tentang gift away Mama Kema laks.. Aisehhh.. Sakan eh korang buat give away.. Mus tau, ramai suka give away ni.. Contest-contest.. Sempena En. Somi Mama Kema itewww suka main badminton.. Makanya, bersepah bulu tangkis dalam stor Mama Kema.. Maka, untuk tidak membazir bulu tangkis itewww, Mama Kema mintak idea dari kawan-kawan sumer yang mana dapat membantu Mama Kema dari mengelakkan pembaziran.. Di bawah ni, Mus copy paste dari blog Mama Kema <--[klik sini]


Salam tahun baru!

Di sini cik kema nak bg free gifts butterfly felt kepada 9 bloggers terawal (sempena 2009..keh3) yg come out dgn idea kreatif paling menarik utk transform shuttlecock yg lama kepada sesuatu yg menarik utk dijadikan gift hehehe. Dan Hadiah2 menarik utk 4 pemenang terpilih. Jadi apa lg Jom lah join weeeiiihhhh!

Cara-caranya:
1. Sila tinggalkan idea kreatif anda di entry ini bersertakan link blog anda dan beri keizinan untuk cik kema menyimpan link anda di dalam blog ini.(err...kalau nak link balik blog rayyan pon boleh gaks heheh)
2. Ceritakan tentang Idea kreatif shuttlecock ni di dalam blog anda. (boleh copy gambo hat ateh tu sekali)
3. Tarikh last utk postkan idea kreatif anda ialah pada 21/01/09
4. 9 blogger terawal akan menerima seekor butterfly felt :)


Ok.. Keterangan lanjut, sila ke blog Mama Kema yer kawan-kawan.. Banyak hadiah menarik menanti kawan-kawan.. Serius menarik.. Semua gambar-gambar hadiah ada dipaparkan di sana.. Apa lagi, serbuuu.. Hiksss.. Mus sesaja gatai tangan nak memeriahkan serta menyupport Mama Kema.. Di bawah adalah komen dari Mus.. Hiksss.. Mari kawan-kawan.. Kita selesaikan masalah Mama Kema bersama-sama..


Comel Tak Saya?

Tuesday, January 13, 2009

Ekekek.. Comel tak saya kawan-kawan? Nama saya Khairul Zikri.. Eh, betul ke entah nama budak kecik ni ginih.. Kat rumah, kami panggil dia Shapiq jer.. Sebab kecil-kecil dulu dia suka nangis.. Tak sesuai agaknya nama tuh.. Kalu panggil Shapiq ketawa terbahak-bahak.. Baru 9 bulan.. Ni budak kecik peneman Mak Mus kat rumah.. Comel kan? Aktif sakan tau dak.. Dia kan tak mau merangkak.. Dia terus panjat berdiri, lepas tangan imbang badan dah.. Dia lebih suka merayap meniarap macam askar tuh ha.. Laju betui kalu dia jalan meniarap tuh.. Soljer.. Ekekek.. Ni, Mus geram kat dia.. Mus ikat lampin dia kat kepala.. Haha.. Geram sebab aktif takmo tidoq.. Nak geget je.. Dia tak reti nangis.. Dia ketawa jer memanjang.. Rezeki.. Budak-budak pompuan, anak cucu sebelah rumah kalu lalu kayuh beskal laung nama dia, gelak terkehek-kehek dia.. Sakan tau.. Kecik-kecik ada orang ngorats.. Esok besaq tataula.. Haha.. Cepat sikit dia berjalan.. Suka nak beli kasut comels-comels kat dia.. Hiksss..

Bunga Oh Bunga

Thursday, January 8, 2009

Lama shutdown kan last week krismas.. Kebetulan, barang-barang nak buat bunga dah sampai depan mata.. So, apa lagi.. Kasik jalan itu projek.. Hehe.. Menggodek bunga tak hengat ler pulak.. Seronok juga buat bila menjadikan.. Yer la.. Mus ni amatur ha.. Mana tera.. Mintak tunjuk ajar dari Cik Kema ngan Cik Rai je ha.. Seb baik mereka membantu.. Jasa kalian berdua dikenang sangat-sangat.. Terima kasih tambah-tambah pada Cik Kema sebab melayan kerenah Cik Mus membeli barang-barang itu.. Berlari ke sana ke sini.. Hiksss.. Sori na Cik Kema.. Nanti Cik Mus upah eh ke Cik Kema.. Ni la hasilnya.. Ni saja-saja try saja.. Ni Mus tengok pattern bunga kat mana entah.. Lupa dah.. Kenan sangat.. Tuh yang try tuh.. Nanti nak try buat bunga lain pulak.. Juga warna stokin yang lain.. Nak browse-browse pattern bungat tengok.. Cuci mata jap.. Hiksss..

P/S - Sesapa yang nak ke Kamdar? Angkat tangan japs.. Mus nak minta tolong belikan kain net putih.. Kat sini habes semua.. Tak tahu mana nak cari lagi.. Ulang pergi juga takda.. Tolong kawan-kawan yer.. Sapa nak pergi kedai kain kalu roger Mus eh.. Thanks in advance..

Sosej Sandwich Roll

Wednesday, January 7, 2009

Semasa shutdown bebaru ni.. Boring dan letih menjahit serta buat bunga telur.. Maka, pepetang tuh mula la menggodek gobok.. Jumpa bread crumb.. Maka idea nak buat sandwich roll ni menjadik-jadik la.. Tetambah petang pulak, duduk di rumah kalu ramai-ramai seronok nak masak ni.. Ada ramai yang tolong makan.. Berebut-rebut lagi sedapkan.. Minta Achik keluar beli sosej dan roti sandwich.. Terus gedebuk-gedebak kat dapur.. Sekejap je buat sandwich roll ni.. Sedap pun sedap.. Picit pulak mayonis kat atas.. Walla.. Leleh air liur dibuatnya.. Stok tepung Mus dah habes.. Tuh yang slow je ni memasak.. Nanti nak tambah stok tepung baru boleh mula meroyan baking-baking.. Hehe.. Lapar nak menerai makanan baru pulak.. Sekali kalu dah bermain kat dapur ni, rindu selalu.. Haha.. Macam-macam..


P/S - Mr. Fedex, jumpa daging cincang kalu jangan lupa beli tau..

Tagged by Lyndz & Cik Rai

Tuesday, January 6, 2009

Here are the rules:
-List these rules on your blog.
-Share 7 facts about yourself on your blog.
-Tell 6 unspectacular quirks of yours.
-Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
-Link the person who tagged you.
-Leave a comment for each blogger.

7 facts about myself:
1. Anak ke-dua dari 2 pasang adik-beradik..
2. Paling renek dan kecil dalam family, macam anak bongsu.. Hiahhh..
3. Banyak tahi lalat..
4. Berbintang Virgo.. Sama ngan bakal MIL.. Hiksss..
5. Suka membaca.. Banyak buku dari zaman sekolah rendah.. Sayang nak buang..
6. Suka aktiviti kraf.. Release tension..
7. Lebih suka lepak di rumah buat kraf dari jalan-jalan di luar tanpa arah tujuan..

6 unspectacular quirks :
1. Menjeruk rasa.. Masam! Ekekek..
2. Cepat bergenang air mata.. Nama pun perempuan.. Alahai..
3. Sila jangan tinggi suara, dan-dan tuh air mata meleleh tup tap tup tap.. Sian Mr. Fedex..
4. Mai time malas, sekupang tak guna..
5. Tak boleh bau dan hitup susu.. Dan-dan muntah..
6. Geli menatang spesis serangga.. Geli-geleman..

Tag 7 people :
None.. Ekekek..

Link the person who tagged you :
1. Lyndz
2. Cik Rai

Billy The Bear

Monday, January 5, 2009

Iklan sat!
Billy The Bear is ready for sale.. Interested?
Billy The Bear <--[klik sini]

Happy New Year!

Morning all.. Salam kawan-kawan sekalian.. Lama benar tak update kan? Pc kat rumah otak dia diservis.. Bila dah baik pun, tak sempat nak update.. Di rumah kalu banyak benar aktiviti.. Hiksss.. Alasan ka tuh? Haippp.. Banyak benda Mus buat.. Tapi tu la.. Kang tunjuk tak surprise kan? Muahaha.. Alasan jugak ka? Haha..

Pepagi ni nak ucap Selamat Tahun Baru Hijrah serta Selamat Tahun Baru 2009 pada semua kawan-kawan serta pengunjung setia.. Moga tahun baru ni kita pakat-pakat dimurahkan rezeki dan dilimpahi rahmat-Nya.. Aminnn..