Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 27, 2008

"SELAMAT HARI RAYA"
"MAAF ZAHIR BATIN"

Di kesempatan ini.. Mus nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" serta "Maaf Zahir Batin" pada semua yang membaca blog Mus.. Maafkan kesalahan Mus selama berceloteh kat sini.. Andai terkasar bahasa, mengguris hati sesapa, maafkan Mus juga ya.. Mus doakan semua pembaca bergembira di hari raya yang mulia ini.. Pada sesiapa yang balik kampung, jangan lupa servis kereta.. Andai letih, rehat secukupnya di rnr yer.. Pada yang naik bas, tiket bas balik jangan lupa beli eh.. Hehe.. Ni kes pesanan untuk adik sendiri.. Hehe.. Mus cuti seminggu raya ni.. Seronoknya.. Semoga semua berbahagia.. Aminnn..

Biskut Y

Friday, September 26, 2008

Pagi tadi pas sahur Mak Mus dia tak tido dah.. Terus dia basuh baju dan sesambil tuh bakar Biskut Y nih.. Mus bangun nak pi kerja tengok dah siap dah satu adunan.. Katanya nak buat lagi satu adunan, nampak sikit je satu adunan.. Karang Achik balik, diangkutnyer ke hostel.. Kami tinggal serbuk jer.. Tengok, Mak Mus tuh.. Dah disuruh tunggu karang malam ni Mus cuti bangun sahur Mus boleh tolong, buat sesama.. Tak mahu katanya.. Nak siapkan biskut dia dulu, karang turn biskut moden Mus pulak.. Dah tuh.. Mak nyer tak reti duk diam, macam mana anak nan seorang ni nak diam? Haha.. Mesti ikut la tak banyak sikit perangai Parents kan.. Kagum kan tengok Mak kita semua.. Sambil buat satu kerja boleh sesambil buat bermacam-macam kerja.. Sesambil bakar biskut, Mak basuh baju, gerak 3 orang yang liat nak bangun pagi ni pulak.. Jerit panggil.. Haha.. Then sementara biskut nak masak, basuh pinggan, kemas dapur, sapu rumah.. Turunkan langsir rumah nak basuh.. Fuh.. Tegar kan? Mus tak tahu la.. Andai esok Mus dah berumah-tangga, mampukah Mus jadi macam Mak Mus? Ermmm.. Kuat kan? Mesti semua orang yang bergelar Ibu pun macam ni sebuk dia kan? Andai kata ada helper a.k.a maid, ringan la sikit kan.. Andai tiada, macam Mak Mus tuh? Fuh.. Kagum! Doa-doa esok-esok ni Mus pun boleh sehebat Mak.. Berangan! Aminnn..

Kueh Raya

Thursday, September 25, 2008

Pagi semua.. Dah tak sampai seminggu je lagi kita nak berhari raya.. Semua orang dah ready ke? Mus tengah berhempas-pulas la sekarang ni.. Hehe.. Minggu lepas baru lepas bersilat bagai kat dapur siapkan tempahan kueh raya.. Tak banyak, sikit jer.. Tapi cukupla buat penambah rezeki.. Syukur.. Tu pun, tak tidor malam.. Habes dikerah semua orang jadik pekerja sementara.. Nasibla ada Aminah.. Dalam manja-manja dia tuh, boleh juga diharap membantu kat dapur.. Tapi wajibla kasik upah.. Laju ja.. Haha.. Mus dah selesai satu bab, tinggal sekarang nak siapkan baju kurung orang je lagi.. Target dalam minggu ni nak siapkan semua then nak sambung buat kueh raya.. Aminah dah cebik-cebik dah, takut takda kueh raya.. Excited nak bawa pi sekolah kan.. Budak-budak.. Adik Mus yang lelaki tuh wajib nak balik hostel karang nak angkut berbalang-balang.. Mus siap bungkus asing pada dia.. Bukan apa, karang berebut bising kat rumah dengan Aminah.. Sorang nak itu, sorang nak ini.. Nasib baik adik Mus cuma dua sahaja.. Tak kalu, aiseh.. Roboh rumah.. Haha.. Dua tuh pun, kaki tangan ni tak larat nak cekau dah.. Moga-moga besar esok, derang jadik orang yang berguna.. Aminnn..

Pre-Birthday Present

Tuesday, September 23, 2008

Tengok ke title tuh.. Tahu dah.. Ada orang nak hadiah lagi.. Haha.. Mr. Fedex, Sabtu ni baru kita beli hadiah rasmi kan? Eheh.. Kan? Haha.. Sebenarnya semalam makan kat New World Park tuh sebab konon Mr. Fedex nak belikan handbag.. Walalala.. So, boleh pilih sendiri yang mana suka dan kat mana.. Apa lagi, terus nak handbag yang macam Kak Ej pernah beli tuh.. Mus suka betul.. Comel sangat.. Tapi kan.. Apa kan daya.. Bukan rezeki Mus.. Handbag fesyen tuh dah habes.. Langsung takda even kaler lain or apa.. Takda jejak langsung.. Siap tanya kat SA tuh.. Mana tau masuk stok baru.. Takda juga.. Erm.. Nampak sangat takda rezeki Mus kan.. So, jalan-jalan pusing kat situh tengok andai kata ada kedai lain ka apa.. Tapi hampa la.. Takda.. Ada satu kedai souvenir bear lawa2.. Pusing situh then keluar.. Then jalan sampai depan dah, nak balik.. Then tak jadik, patah balik pi kedai souvenir tuh.. Mr. Fedex suh juga ambil apa-apa buat present kecik la.. Karang dah Sabtu dah macam lepas hari kan.. Memang kalu balik tangan kosong, mesti sedih.. Haha.. Perempuan.. Sori eh Deary Lovey Dovey.. So, masuk kedai tuh.. Pusing-pusing amek juga bear kecik sekor dan Mus suka tabung burung antu nih.. Haha.. Dah letak duit dah.. Dah besar pun banyak tabung.. Sukaaa.. Suka giler.. Even takda handbag tuh, dapat barang kecik-kecik ni pun jadila.. Mus suka.. Thanks a lot My Deary Lovey Dovey.. Sekarang duk atas meja solek.. Suka kat dia.. Gelek-gelek suka.. Walalalala..

Birthday Dating

Semalam sempena besday girl punya hari, so gi makan dating-dating bercintan-cintun kat OldTown White Coffee.. Pergi ngan Mr. Fedex la, tunang tersayang.. Haha.. Kami berbuka kat New World Park punya.. Duduk kat atas, open air.. Best.. Nampak bawah, nampak air terjun.. Sana tak ramai orang.. Best.. Aman damai jer.. Memula Mr. Fedex kata nak bawa gi buffet kat Hotel.. Macam best eh? Tapi perut kecik macam Mus ni, buat rugi je la makan buffet.. Tak berbaloi.. Takat makan macam ni pun, dah sengkak gila.. Penuh rasa perut.. Padahal makan biasa ja.. Haha.. Rugi aihhh.. Kami sampai pukul 7.00 petang dah.. Ngam-ngam pesan makan, ngam-ngam Azan Maghrib makanan dan minuman pun sampai.. Mus makan nasi rendang ayam.. Sungguh, sedap giler.. Sambal tumis dia tuh sedap, cukup rasa semua.. Wangi serai.. Sangat sedap.. Rendang ayam dia pun marbeles.. Haha.. Pendek kata, licin.. Tinggai tulang sebatang je dalam raga tuh.. Sedap sangat.. Mr. Fedex makan Curry Mee.. Hak tuh hari tuh masa Mus pi OldTown dekat Bayan Baru Mus makan dah.. Sedap.. Kuah kari dia memang pekat.. Sedap sangat.. Banyak lak tu.. Sedapla.. Then ada pesan double toast bread tuh.. Dalam tuh dia letak butter dan kaya.. Banyak.. Sedap!!! Yang ni sangat sedap.. Rapuh.. Bestla.. Lepas kempunan duk nak makan double toast bread ni.. Sapa-sapa yang terliur, cubala.. Sedap!!! Then, Mus macam biasa suka coffee kat situh.. Sedapla.. Tak ingat dah nama dia.. Mr. Fedex amek Honey Lemon Juice eh? Tak ingat la nama.. Tapi sedapla yang ni.. Masam-masam manis.. Sedap.. Haha.. Semua sedap.. Apa yang tak sedap pun tatau.. Sebab semalam jadik besday girl, sedap belaka.. Plus perut lapar kan.. Puasa.. Sedap memanjang.. Thanks eh my Deary Lovey Dovey for the birthday treat.. Nanti birthday present lain kan? Haha.. Nak jugak besday present.. Haha..

Happy Birthday To Me!!!

Monday, September 22, 2008

Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me Musliha..
Happy Birthday To Me..

Haha.. Feeling-feeling nyanyi lagu besday sorang-sorang ok.. Mus nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang buat birthday wish pada Mus.. Happy giler.. Dah tua-tua ni happy tahap sakan pulak.. Tak lupa juga terima kasih banyak-banyak pada Mr. Fedex yang wish berkali-kali dah ha.. Setiap kali pas nak letak telepon, wish jer.. Sehari birthday wish nyer tak tahu berapa kali sehari.. Haha.. Thanks you my deary lovey dovey.. Terima kasih pada semua yang ingat birthday Mus.. Mus suka.. Hugsss semua.. Nak tunggu birthday present nih.. Tahun ni dapat apa eh? Hehe.. Gelek-gelek jap.. Haha..

P/S - Happy birthday to Elin.. Kami share tarikh lahir yang sama.. Cuma tahun yang berbeza.. Happy birthday Elin..

Popia Goreng

Muahaha.. Citer popia lagi hari ni.. Sekarang dalam mood kulit popia.. Sebenaqnya baki buat popia inti karipap hari tuh ada lagik.. Lagipun, selain alasan nak habeskan kulit popia tuh.. Mak Mus merungut kata popia hari tuh tak cukup, Mak nak suruh buat lain.. So, buat kali ni baru pi beli taugeh, carrot, sengkuang ngan udang kering bagai.. Baru buat inti betul untuk popia.. Hari tuh inti klon ja.. Haha.. Petang tuh habes bersilat kat dapoq goreng kerepek orang tempah baru la buat popia ni.. Nak ikut tak larat memang la tak larat.. Tapi dari tido lentang, baik buat keja.. Ini perangai Mus la.. Pas goreng inti pi mandi dulu baru gulung bagai.. Dah dekat pukul 6.30 petang dah masa buat ni.. Popia ni ambil masa tak lama.. Kejap ja.. Habes gulung goreng bagai then siap la.. Buat lebih skit, nak bagi kat jiran sebelah.. Makcik sebelah rumah datang tanya, "Angah dah tak buat kueh ka posa tahun ni?" Huhu.. Ada orang ingat kueh Mus rupanya.. Mus selalu hujung-hujung minggu buat kueh then saja hantar jiran-jiran.. Saja ja.. Kampung kan.. Adat la tuh.. Tuh bulan ni banyak kali petang hujung minggu ja hujan.. Mus ada ja buat kueh tapi nak keluar hantar tuh tak boleh.. Tu yang tak bagi.. Tak tahu pula Makcik tuh duk ingat kat kueh Mus.. So, petang tuh panas-panas pas goreng terus hantar.. Mak kata derang dah siap bersila tunggu azan dah pun.. Haha.. Pucuk dicita, ulam mendatang.. Syiok dia tetiba ada kueh datang.. Mak Mus bungkuskan agar-agar merah sekali.. Saja la.. Share-share apa sikit kan.. Dapat sikit, kita pakat kongsi sikit.. Dapat banyak, kita kenduri banyakla kan.. Betui tak? Orang kata, andai kita share tak kira la apa-apa, tuh tandanya mengeratkan kasih sayang.. Haha.. Ya ka?

Followers

Saturday, September 20, 2008

Ha.. Nampak tak gambar kat atas ni kat side bar sebelah kanan? Duk godek-godek blog ni then terjumpa gadget baru kan.. Orang lain dah lama agaknya buat.. Mus ni kan jahil skit bab-bab IT.. Hehe.. Follower ni bagus eh.. Kita terus boleh keep track sapa yang update.. Syiok.. Function dia apa lagi pun Mus tak berapa arif sangat tapi suka la jugak.. Baru nak cuba-cuba.. So, pada kawan-kawan yang selalu follow or sekali sekala datang tegok update blog Mus tuh, klik la follow kat situh eh.. Takda sapa lagi ha.. Tak glamour.. Haha.. Sesambil boleh kita tukar-tukar link.. Jangan lupa eh kawan-kawan sekalian.. Hugsss..


P/S - Mana pi kakak-kakak crafting sekalian? Sebuk eh buat persediaan sambut Aidilfitri? Semoga semua selamat.. Aminnn..

Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam

Friday, September 19, 2008

Muahaha.. Gelak Boya.. Jangankan kata orang yang baca.. Mus yang posting ni dah leleh air lioq ha.. Sambil tulis title atas tuh pun dah tak tahan.. Haha.. Actually dah lama Mus ambil gambar ni nak letak kat blog tapikan macam tak sampai hati.. Tadi duk buat house keeping nampak gambar ni, so takpala na.. Mus letak ni.. Haha.. Rasanya ni cerita first week puasa.. Teringin sangat nak makan ikan pari bakar.. Nak beli yang kat Bazar Ramadhan tuh takut keras.. Dulu last year puasa rasanya Mus pernah beli kat Bazar Ramadhan.. Masa nak berbuka dia dah sejuk dan keras.. Plus takdak isi sangat ikan tuh.. Some more ikan ni bab bakar-bakar ni jadik mahal kan.. So, Mus pagi-pagi pi market semata-mata nak cari ikan pari ni.. Naseb baik ada juga kat satu peniaga tuh.. Ikan pari yang mentah ni pun mahal.. Sejorong ni saja dalam RM8.. Tapi nak makan, bukan selalu kan.. Pejam je mata, beli.. Hehe.. Petang tuh dah excited suh Mak Mus marinate ikan tuh.. Terliur dah.. Then dekat nak berbuka, bakar dalam oven je.. Plan tuh nak bakar guna dapur kayu tapi dek hujan lebat.. Simpan la angan-angan.. Mus kalu teringin mesti suh Mak yang masakkan.. Andai Mus yang masakkan, alamat tak bersentuh la kejap lagik.. Entah kenapa, takda feel kot eh.. Ka sebab masa kita masak kita dah bau kan, so nak makan dah tak selera.. Tapi andai Mak buatkan, apa-apa pun sedap.. Haha.. Alasan tuh.. Air asam pun Mak buatkan, sedappp.. Bukak puasa hari tuh, habes dihirup air asam ni.. Sedappp.. Licin pinggan.. Ni dah akhir-akhir Ramadhan ni, mula tak berselera balik.. Mak duk kata nak beli ikan pari ni buat bakar lagi, baru sedap sikit kot nak berbuka.. Ingat Sabtu ke Ahad, boleh tengok-tengok kat market.. Andai kata ada, sedappp nya.. Nyum.. Nyum..

Baju Raihan

Thursday, September 18, 2008

*Chicken Dance**Gelek-gelek* Hari ni rasa lega.. Siap dah 2 pasang Baju Raihan officemates Mus.. Hari-hari bertanyakan update baju derang.. Tak sabar gamaknya nak pakai baju baru.. Gaya orang first time tempah baju nak beraya.. Dia excited tuh terlebih sikit dari orang lain.. The moment Mus cakap je Mus boleh cuba buatkan andai ada sample baju.. Nah.. Zass.. Tengahari derang keluar pi Kamdar beli kain hantar terus kat Mus.. Esoknya terus bawak sample.. Lusa pulak bawa sample lain nak mix and match peten then ukur-ukur bagai.. Tuh gaya tanya pagi yang mula tuh.. Haha.. Tak ke excited namanya tuh.. Nak ketawa pun ada sebab semua kita tahu kan.. Kebanyakan lelaki tak excited bab-bab nak tempah baju raya bagai.. Ha.. Depa 2 orang ni terlebih excited pulak.. Siap dah ada kain pelekat yang match dengan baju dah.. Nak gelak pun ada.. Then siap cakap, pas raya ni nak tempah lagik buat pi Sembahyang Jumaat.. Haha.. Ok.. Ok.. Mus mengerti.. Layan je la..

Berbalik pada baju.. Ni kira first time ni Mus buat Baju Raihan.. Dah jahit banyak Baju Kurung dan Baju Melayu, dah tahu sikit kat mana perlu skill apa bagai, tuh yang Mus confident kata Mus boleh jahit baju ni.. Hari sebelum nak potong kain bagai, pagi tuh pi menuntut ilmu dulu kat Kakak Tailor kat rumah Mus.. Kena slow talk bodek-bodek sikit baru leh dapat ilmu dan skill.. Hehe.. Dia marah pun kan, kita kena senyum je.. Senyum je memanjang, terus dia sejuk perut then akan ajar.. Yang payah nak korek tuh adalah skill.. Nak skill, tektik dan teknik kita kena pandai ayat, buat muka square.. Haha.. Tak semua orang akan reveal teknik yang efisen.. Yer la.. Tuh kan sumber rezeki Tailor.. Kena baca doa sebelum masuk, tadah telinga.. Haha.. Apa-apa pun, end of the day, Mus dapat bodek dan Kakak tuh akan cerita teknik dia.. Merah telinga pun takpa kan? Asal pandai.. Kan?
Ok.. Baju Raihan ni ada 2 pasang tapi yang membezakan cuma la peten tangan.. Yang seorang nak tangan cekak tuh, yang seorang lagi lak nak tangan biasa ja.. Tang leher sama cuma button jer tak sama.. Masa nak mula jahit, tang leher tu la yang Mus duk tenung sangat.. Sebab 3 button sebelah kanan cuma hiasan, 3 button sebelah kiri baru ada kegunaan.. So, nak kena jahit lapik kat belakang then tebuk lubang kat depan.. Macam dalam gambar kan.. Jenuh telek baju sample.. Masa jahit baju yang mula saja rasa payah tapi masa nak buat kali ke-dua dah takda masalah.. Yer la.. Practise makes perfect, right? Kocek kecik satu di depan.. Itu jer..
Then baju ni ada belah tepi kiri kanan.. Poket sisi juga kiri dan kanan.. Sebelah kanan letak zip dan sebelah kiri jenis yang biasa terbuka saja.. Part dekat poket ni renyah sikit la.. Sebabnya kita nak kena jahit kantung dia.. Agak-agak nak hilang sabar tuh, baca doa banyak-banyak dan tarik nafas.. Haha.. Dan-dan sejuk.. Poket Baju Kurung kita tampal dan jahit sekali kat pesak kan.. Tapi poket sisi Baju Raihan kan takdak pesak, tuh yang kena buat ala kantung tuh.. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah.. Berbekalkan mesin warisan tuh Mus dah berjaya siapkan 2 pasang Baju Raihan ni.. So, conclusion nya.. Tak nanti mesin mahal kan untuk dapat jahitan yang cantik? Betul tak? Skill pusing memusing tuh yang penting kan? (Ayat Cik Seri setiap kali Mus nak skodeng mesin canggih.. Haha..) Tapi andai ada rezeki Mus nak juga rembat satu mesin elektrik yang canggih macam org lain punya.. Doakan kejayaan Mus na.. Aminnn..