Bantal Sila
Wednesday, March 19, 2008
Hari ni Mus nak interprem sarung bantal sila, kain cotton murah light pink dengan ropol2 organza princess dikeliling bersama riben, dijahit sepenuhnya oleh Mus, termasuk bantal kat dalam tuh sekali, buh fiber sampai gemuk dan gebu, selesa ooooo.. Haha.. Beli zip yang dijual by inch tuh, dah kemas dah sikit Mus jahit zip.. Saiz bantal ni 30 inch x 30 inch.. Memula plan nak duduk atas bantal sila ni, duduk kat bawahla tapi last minute pas Mus balik mekap tengok ada "kusyen terjun" kat dalam bilik.. Hehe.. Bantal sila tuh duk atas kusyen seperti gambar nombor 2 tuh.. Sebabnya Tok Mus tak bagi duk bawah, dia suruh duk atas kusyen, tuh yang ada "kusyen terjun" tuh.. Disebabkan Tok Mus yang buat air mandi, air minum penawar dan semua so Mus kena ikut arahan dia.. Kena dia yang habeskan semua.. Tu dia.. Mus tatau dia tempat lain or family lain ada tak lagi amalkan adat ni semua tapi bagi family Mus, memang dipegang kuat lagi.. Dan juga kami ada adat suap gula, gula pasir yer semua.. Diulang, GULA PASIR.. Haha.. Ramai ooooo yang suap Mus tuh, tahan manis tuh yang tersenyum2 tak habes2 tuh.. Hehe.. Tu sebab kita jadik "adik manis".. Haha..
Gambar no 2 tuh suasana bilik Mus, dimampatkan untuk sesi fotografi.. LOL Bunga tepi tuh bunga daisy dan sebelah lagi bunga ros, baki dari amek 5 kuntum je buat letak kat rambut, bakal FIL yang belikan.. Sepeluk bunga ros, 30 kuntum bunga daisy.. Huhu.. Tau dah, iteeeww bakal tunangan anaknya suka benda yang sweet2 ala budak tak membesar dan perasan.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 11:06 AM 4 comments
Labels: My Life
Pink Roses
Tuesday, March 18, 2008
EP Chan hadiahkan Mus bunga tangan ni.. Terkejut Mus bila tengok dia bawa bunga tangan ni naik kat kedai mekap.. Rasa gembira dan segan sangat.. Mus dah macam boleh nikah dah.. LOL Semua makcik2 cakap, tolong pi panggil tok kadi.. Haha.. Penat EP Chan pi carik bunga ni kan, baik tau dia.. Terkejut betul.. Semua orang suka bunga ni, asal posing je suruh pegang bunga nih.. Bunga ni ada 2 dozen.. EP Chan buat sendiri, pandai tau dia gubah-gubah ni semua.. Bunga ni sangat sweet.. Mus suka sangat.. Thanks EP for the bouquet.. Dah berangan ni kalu nikah nanti nak suruh dia buatkan satu.. Dah booking dah.. LOL
Posted by Mrs. Fedex at 12:43 PM 0 comments
Labels: My Life
Sirih Junjung
Monday, March 17, 2008
Sirih junjung.. Sirih junjung ni kalu refer kepada orang tua banyak pantang larangnya.. Tak boleh orang yang kita tak tahu latar belakangnya, kena orang yang kalu kahwin mestila satu suami je, yakni setia.. Hehe.. Perlu juga yang elok budi pekerti sopan santun bagai.. Family Mus memang sangat pentingkan adat-adat ni semua.. Mus sebagai anak ni ikut je la.. So, kerana nak elak dari semua tuh, Mus buat sendiri sirih junjung ni.. First time Mus buat tau, naseb baik jadik elok.. Abah dengan Mak jadik tukang penasihat.. Mus tengok2 majalah lama dan mix & match apa-apa yang patut.. Syukur le tak banyak halangan, jadik elok je.. Tambah kan, tepak sirih Mr. Fedex pun Mus yang buatkan.. LOL Tepak sirih kepunyaan Tok Mus, dia kilatkan dan Mus penuhkan semua barang kat tepak tuh, then dia angkut balik dan bawa masa hari kenduri jer.. Haha.. Takyah susah2 fikir kan.. Mak dengan Abah ni memang jadik penasihat sepanjang masa, tak nak la belakangkan derang sebab derangla yang paling happy kan.. Mus sepanjang hari senyum je tau sampai petang tuh cramp pipi.. Banyak senyum, tatau nak buat apa bila orang asyik pandang.. Haha.. Tuh ikut nasihat Abg Dino, senyum selalu.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 1:05 PM 0 comments
Labels: My Life
Hantaran Tunang
Morning semua.. Mus ni duk belek gambar ni.. Banyak sangat.. Tatau nak tengok mana satu.. LOL Ni gambar hantaran Mus buat.. All by myself.. Mus nak save budget atas beberapa reason, so kena buat sendiri, simple2 jerk.. Hehe.. EP Chan tolong gubahkan merangkap pensihat.. Majlis hari Sabtu lepas berjalan dengan lancar nya.. Walau pun hujan sket, tapi semua ok.. Alhamdulillah.. Sekarang, "Saya Adik Manis dah jadik tunangan orang.." Haha.. Gerun jer rasa.. Doakan Mus berkekalan ke jinjang pelamin yer semua..
P/S - Thanks eh to all yang wish dan pada semua yang sms ada yang Mus tak sempat reply, kredit habes.. Asek call2 jer, tau2 kredit habes dah.. Haha.. Terima kasih juga pada my stitching sis yang poskan hadiah tunang.. Very appreciate tau.. Suka sangat.. Doakan Mus..
Posted by Mrs. Fedex at 8:33 AM 2 comments
Labels: My Life
Pretty Tatted Kitty
Thursday, March 6, 2008
Acara melepaskan meroyan.. Huhu.. Dan lagi nak pegang shuttle dalam duk kelam kabut.. Tensen oooo tengok shuttle tuh duk dendiam.. Sempat buat benda kecik ni, Pretty Tatted Kitty.. Rasa lega sikit boleh tatting sikit.. Haha.. Pas ni kena duk diam2 la.. Nak siapkan benda yang tak siap lagi.. Tinggal benda kecik-kecik je yang remeh-temeh.. Nak jahit sarung bantal sila je lagi, tak cukup kain lagi semeter.. Rasanya by this week dah boleh siap semua, next week nak sedia-sedia display ja.. Ketaq lutut.. Kuang.. Kuang.. Kuang..
Posted by Mrs. Fedex at 5:17 PM 2 comments
Labels: Tatting
Tunangan Gift
Me got gift.. Tunangan gift.. LOL I wish next year, can get "hantaran" a big basket full of thread, yarn and craft tools or everythings related to craft.. Wah.. Kalu dapat, malam tuh mesti bersuka ria dengan basket tuh.. Tak dan dah aih nak tengok hadiah2 lain.. Hehe..Berangan je eh.. Gift ni dari Kak Ros, tunangan gift katanya.. Million thanks Kak Ros.. Actually benang tuh kaler purple tapi snap dengan camera phone so jadik kaler biru pulak.. Mus berangan nak buat doily macam Kak Ros juga.. Mus dah jumpa tatting shuttle kat Penang ni, 5 clover shuttle for RM40.. If beli satu2 jatuh RM9 satu.. Tapi benang le takde, susah nak carik.. Yang ada cuma benang perle je.. Sesiapa nak pesan Mus belikan, beritahu eh sebelum 15hb ni, after 15hb ni Mus pi belikan.. Sekarang tak dapat nak pi runner lagik, tak cukup kaki tangan.. LOL Dan kepada semua my stitching sis yang tertanya-tanya, ni Mus nak buat pengumuman, "Dengan ini, saya adik manis akan bertunang dengan Mr. Fedex pada 15hb March 2008.." Gulpp.. Mus jemput semua datang yer tapi Mus tahu jauh kan.. Takpa, nanti next year wajib datang tau.. Mus fly2 the card.. Takut nih.. Gulpp.. Hehe.. Wish me luck..
Posted by Mrs. Fedex at 8:22 AM 0 comments
Labels: My Life
Projek Mega
Tuesday, March 4, 2008
Projek Megatron.. LOL Hari tuh Mus sebuk ngan Projek Mega ni a.k.a projek menjahit langsir di ruang tamu dan dapur.. Once dah siap lega ya amat.. Rasa lepas satu beban.. Hehe.. Ni first try Mus jahit langsir dan try jahit pattern boxsplit tuh.. Syukur menjadik.. Tapi masa first mula tuh, ada la masalah mata herot lintang punkang tungging terbalik.. Frogging ni tak payah nak cakapla, sepanjang jalan melompat patah balik ke belakang.. LOL Tapi once dah siap satu, terus laju dan smooth jer jahit semua tingkap.. Sebab once dah tahu kesalahan, trick dan teknik, baru tahu the better way nak buat.. Pendek kata, memang kena trial and error baru boleh dpt the skill.. Panjang kata, jangan lupa study manual menjahit juga.. Haha.. Lama juga Mus tenung untuk nak faham macam mana nak mula, nak kira, nak ukur bagai.. Sekarang ni once dah tahu, rasa macam nak ketawa pula bila ingat the first time buat sebab asek duk bersusah payah tungging terbalik sedangkan ada jalan yg lebih mudah dan efisen.. Jahit langsir ni senang tapi renyah sangat, kena rajin2kan diri pin, iron dan jahit.. Kena ulang langkah yang sama kalu nak dpt result yang cantik dan kemas.. Mus semalam jahit langsir bilik sendiri, bilik sendiri jahit langsir glamour ada rambu2 kristal.. Hehe.. Dah siap sakan nanti Mus preview, tinggal nak jahit cekak dia saja, malam ni le nampak gayanya sambung.. Letih.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:24 AM 2 comments
Labels: Projects And WIPs
Mr. Snail
Monday, February 25, 2008
Yeehaa.. Mr. Snail in the house.. Teruja sgt nak buat Mr. Snail ni.. Pattern freebies dari web B-Stitched kalu tak silap.. Tat guna benang halus lebih kemas berbanding tat guna benang besar, ni pendapat Mus la.. Cepat je siap Mr. Snail ni.. Kecik je dia.. Syiok oo.. Mula le aktif tangan ni nak menggodek menatang lain pulak.. Haha.. Pas ni tatau nak buat menatang apa lagi, sat nak godek2 tengok.. Ingat macam nak try buat doily.. Mari kawan2 kita bertatting.. Huhu..
Posted by Mrs. Fedex at 8:03 AM 4 comments
Labels: Tatting
Tatted Bookmark
Friday, February 22, 2008
Walalalala.. Dah siap bookmark iteww.. New skill, new passion.. 1 shuttle 1 ball.. Haha.. Nampak macam herot-berot sikit bookmark tuh, Mus tak berapa tera lagi.. Bukan tak berapa tera, memang tak tera.. Masih tak reti nak agak tegang mana nak tarik.. Ni dah berangan nak tat menda lain plak.. Angan2 besau.. Pattern ni sama macam pattern Kak Ros ngan Ahkak Dania punya.. Suka ooo bila dah siap, nanti balik nak susup benang tuh then nak letak rambu-ramba juga.. Bookmark ni nak bagi kat Aminah la.. Hehe.. Dia duk berkenan.. Dia suka baca buku, so boleh bagi dia la.. Nak buat yang lain pulak.. Walalalala..
Posted by Mrs. Fedex at 11:49 AM 0 comments
Labels: Tatting






