Walla.. Jangan jeles everybody.. Menari geleks bontuit skit.. Ahaksss.. Walalala.. Mus adalah sHexies bertuah yang ke-dua ok.. Muahaha.. Syiok.. Syiokkkkk.. Theme Mus adalah merah bertampuk putih.. Maka, hasilnya adalah seperti gambar yang tertera.. First hexy the sexy yang tiba semalam, hari Selasa.. Ketibaan hexy merah comel-comel semua dari KD.. 20 hexy merah the sexy.. Haha.. Suka.. Suka.. Ada macam-macam kain merah di situh.. Paling syiok, ada kain orang kerdil krismas.. Comelsssss.. Tak puas belek.. Plus dapat pincushion merah sebagai tanda mata.. Serta before, Mus ada order embroidery dengan KD.. So, sekali datang satu package.. Ahaksss.. Efisen.. Dah pegang, letak, pegang lagi.. Haha.. Buat hexy ni addicted.. Sebab maybe sifat dia yang kecil dan cepat siap agaknya.. Tak jemu juga.. Enjoy.. So far, Mus punya progress dah siap yang merah tepi.. Tinggal nak jahit yang putih tengah then sambungkan aje.. Walau this round turn Mus, tetap kena buat untuk diri sendiri.. Tak kalu, alamatla.. Sampai bila pun tak buat.. So, kena ikut peraturan.. mana tau, leh buat blanket besaq.. Blanket sekarang kecil bebenar, tak berapa nak muat untuk 2 orang.. Haha.. Azam baru konon.. Tatau terlaksana ke tak ni.. Takpa.. Walau seperti siput babi, biar ada progress kan? Wahhh.. Semangat Ramadhan.. So, apa citer sHexies sekalian? Good luck ok untuk semua sHexies.. Go sHexies Go..
Malaysian sHexies - 2nd Round - 1st Parcel
Wednesday, August 26, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 7:10 AM 9 comments
Labels: Exchange Activities
Salam Ramadhan
Monday, August 24, 2009
Salam kengkawan..
Rasanya belum terlambat untuk Mus nak ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua kawan-kawan sekalian.. Harapnya puasa tahun ni bawa seribu keberkatan untuk semua.. Tahun ni adalah tahun pertama Mus puasa sebagai isteri Mr. Fedex.. Haha.. Macam pelik kan.. Rasa macam bercinta ja hari-hari dengan Mr. Fedex itu.. Pejam celik dah nak masuk 3 bulan dah.. Cepat masa berlalu.. Bila tengok gambar kawen semua, rasa macam mimpi.. Betulkah? Mus kah itu? Haha.. Sebelum tarawikh pertama di malam hari, di siang hari sangat excited.. Entah berkali-kali agaknya, dari pagi sampai malam nak pergi tarawikh.. Di mulut ni asyik berkata,"Esok kita puasa berdua.. Macam mimpi.. Ya kah? Ada teman.. Seronoknya.." Haha.. Mr. Fedex akan layan dengan cakap, "Seronok macam nak raya pulak.." Haha.. Boleh? Takpala.. Mus memang gituh.. Suka feeling-feeling sedih, happy, excited bagai bila terjadinya satu-satu kejadian.. Tahun ni, besday Mus akan jatuh pada raya ke-3 insyaAllah.. Tak sabar ok nak tengok apa Mr. Fedex nak bagi.. Haha.. Boleh? Sila bawa Isteri-mu makan aiskrim ok.. Sedapnya.. Bukan selalu pun.. Hari-hari istimewa saja.. Bukan hadiah yang jadi ukuran tapi ingatan tuh.. Mus tahu, Mr. Fedex ingat.. Tahun ni, mesti macam-macam kejadian pertama yang jadi dalam hidup Mus.. Harap-harap semuanya akan ok.. Doakan kehidupan Mus lancar ok.. Takut tapi excited serta belajar terap kehidupan baru.. Moga-moga Mus berjaya..
P/S - Di kesempatan ni, Mus nak minta maaf ok pada semua kawan-kawan.. Mus tak dapat nak buat benda yang macam dulu.. Kepoh serta jalan sana-sini lagi.. Tetambah baru lepas kenduri.. Komitmen baru.. Part time yang amat Mus perlukan.. Sementara nak stable seperti dulu kembali.. I miss all those old time.. Dapat rasa ada seorang dua kawan-kawan yang dah menjauh diri.. Mus minta maaf banyak-banyak yer.. Selepas Raya, cuba untuk penuhi tuntutan semua.. Kalu bagi alasan sebuk, orang akan kata alasan sajer.. But itu fakta.. Mus tak ada keluar jalan mana, kerja Mus adalah menjahit dan jahit.. Kekadang sambil jahit, feeling-feeling sedih ngan Mr. Fedex.. Rindu zaman dating-dating, tengok wayang, makan-makan, jalan-jalan.. Tapi bila Mr. Fedex tanya kenapa, dan-dan ayat mati di situ.. Haha.. Emo ok.. Apa nak jadi dengan Mus tatau.. Harap pas Raya, Mus ada masa untuk diri sendiri.. Restless.. Harap tahun depan, dapat kehidupan baru seperti mana yang diidam.. Doakan Mus sukses ok.. Mus rindu semua.. Salam Ramadhan..
Posted by Mrs. Fedex at 4:10 PM 4 comments
Labels: My Life
Kek Cawan Coklat Lagi
Friday, August 21, 2009
Aktiviti awal minggu hari tuh.. Lama peram gambaq.. Hehe.. Order lagi untuk Kek Cawan Coklat.. Sekejap je buat ni, tak banyak sangat pun.. Enjoy betul buat kek ni.. Rasa comel-comel jer.. Kali ni sprinkle ngan chocolate rice.. Kaya coklatsssss.. Melekats.. Haha.. Sila jamu mata okepsss.. Jamu mata jer.. Esok puasa.. Muahahaha..
Posted by Mrs. Fedex at 10:21 AM 0 comments
Labels: Cooking
Rab Ne Bana Di Jodi
Wednesday, August 19, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 11:32 AM 4 comments
Labels: My Life
Salad
Salam kawan-kawan..
Posted by Mrs. Fedex at 8:19 AM 0 comments
Labels: Cooking
Malaysian sHexies - Ist Round Completed
Monday, August 17, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 9:35 AM 0 comments
Labels: Exchange Activities
Masih Wedding Pressy
Tuesday, August 11, 2009
Hehe.. Jangan jeles.. Sekali lagi.. Jangan jelesssss.. Panjang sket tarik.. Mus masih dapat wedding pressy.. even dah 2 bulan kawen ok.. Menari-nari ronggeng sket.. Hiahhh!!! Pressy yang pertama datangnya dari Kak Da.. Bungkusan yang lawa owh.. Kotak bunga-bunga.. Ala-ala english theme.. I like.. Di dalam kotak tu, Kak Da kirimkan sepasang kain dari Bandung, bookmark kulit kayu dari Egypt kah?, fridge magnet dari London.. Ingat juga pada Mus ya.. Suka fridge magnet tuh.. Tak dilupakan, surat chenta pengarang jantung.. Hiksss.. Kain kiriman Kak Da tuh bolehla Mus test buta baju raya.. Hehe.. Syiok.. Syiokk.. Thanks Kak Da.. Jasamu sangat-sangat Mus kenang.. Terima kasih atas ingatan itu..
Posted by Mrs. Fedex at 3:38 PM 0 comments
Labels: Gifts
Malaysian sHexies
Monday, August 10, 2009
Yes.. Mus adalah salah seorang dari peserta Malaysian sHexies.. Seramai 10 orang.. Dapat jemputan dari KD.. Dah lama tak excen apa-apa.. Rindunya.. So, sengaja nak buat barang ringan-ringan sampingan.. Cabutan pertama adalah nama Fida.. Theme Fida adalah kaler biru.. Hehe.. Mus ni tak banyak kain kaler biru.. Tuh pasal kena cotton hunting.. Tak berapa syior ngan biru.. Ahaksss.. So, today nak update progress Mus.. Agar Fida tak tertanya-tanya serta Puan Penganjur juga.. Setakat hari ini, seperti dalam gambar.. Dah siap potong template dan kain.. Sekarang adalah masa menjahit menjadi Hexy yang sexy dan seterusnya adalah proses penyambungan.. Ujung minggu ni due date kan? 15 Ogos 2009.. Take note.. Hehe.. Doakan Mus berjaya siapkan dalam masa yang di tetapkan.. Selamat maju jaya semua kawan-kawan.. Go sHexies Go.. Yeehaa!!!
Posted by Mrs. Fedex at 12:48 PM 6 comments
Labels: Exchange Activities
Cotton Hunting
Posted by Mrs. Fedex at 8:51 AM 2 comments
Labels: Stash and Tools
Kek Cawan Coklat
Friday, August 7, 2009
Salam kengkawan..
Posted by Mrs. Fedex at 10:32 AM 6 comments
Labels: Cooking
Bunga Telur Gantung
Tuesday, August 4, 2009
Posted by Mrs. Fedex at 3:52 PM 9 comments
Labels: Bunga
Keistimewaan Wanita
Monday, August 3, 2009
1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doaorang yang penyayang tidak akan sia-sia."
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.
9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)
14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawabbaginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".
15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.
16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).
17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.
22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.
29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.
30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.
31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.
32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.
33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.
37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).
38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.
40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.
41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.
42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."
43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."
44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."
45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akanmencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."
46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."
47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."
48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).
53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.
54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.
P/S - Mr. Fedex, saya ini baik tak? Hiksss.. Perahsan!!!
Posted by Mrs. Fedex at 8:19 AM 0 comments
Labels: Misc