Hehe.. Akhirnya.. Siap Kitchen Alphabet C.. Tengok, suppose siap minggu lepas week 21 tapi Mus dah terlepas, this week suppose Kitchen Alphabet D.. Main banyak tau Mus ni.. Takpa, tak tertinggal belakang sangat kot sebab semalam dah stitch Kitchen Alphabet D sikit, hope leh siap this week juga.. Next week, berangan nak on track.. Haha.. Next week, ikut schedule kena buat Kitchen Alphabet E.. Ha.. Cakap je la Mus ni, esok-esok tertinggal jugak.. Haha.. Konon..
ww21 - Kitchen Alphabet C
Friday, May 30, 2008
Posted by Mrs. Fedex at 8:07 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Penang Tourism - Beca (Trishaw)
Thursday, May 29, 2008
This time, out of craft thingy.. Hehe.. Hari Isnin lepas, Mus keluar menapak cari pejabat Takaful waktu petang.. Tapi nasib malang, dia tutup pukul 5.00 petang, kami jumpa pejabat tuh pukul 5.05 petang, even 5 minit lewat kami tetap tak dilayan.. Haishhh.. Takpala, memusing carik dah setengah jam, dugaan.. Dah tuh, mak bekaikan keropok ikan kat Mr. Fedex.. *wink**wink* Apa lagi, kami pi layan keropok ikan kat Padang Kota la.. Sekarang kan musim cuti sekolah, Penang memang meriah la.. Masa kami sampai sana, Mus terkejut juga sebab tak pernah tengok beca begitu beratur sederet panjang.. Siap lagu-lagu menari bagai pakcik-pakcik beca tuh.. Mus duk figure out, apa depa buat kat situh, macam ada pameran.. Hehe.. Rupanya kan, ada satu agent yang kumpul derang semua untuk bawa pelancong-pelancong dari luar negeri.. Derang beratur ikut giliran.. Makna setiap pakcik-pakcik tuh akan dapat pelanggan.. Dah tu, bukan satu dua bas pelancong yang datang, tak putus-putus, kebanyakan pelancong dari Jepun dan China.. At least kan, pakcik-pakcik ni tak payah la bersusah-payah tunggu pelanggan datang, memang dah sedia tahu ada pendapatan even agent makan kot atas kan. Best ooo.. Mus macam 'perak' duk berdiri atas tembok tangkap gambaq.. Haha.. Banyak beca dari biasa.. Lawa-lawa.. Pakcik-pakcik beca ni nampak saja dimakan usia tapi speaking 'London' tip top ooo.. Haha.. Derang serba boleh, pandai speaking, pandai tangkap gambaq untuk pelancong, pandai nyanyi dan macam-macam gaya ada.. So, sesapa datang Penang, naikla beca seround dua.. Best..
P/S - Nak tahu history beca? Baca di sini..
Posted by Mrs. Fedex at 8:09 AM 0 comments
Labels: My Life
Weekend
Tuesday, May 27, 2008
Semalam Mus Emergency Leave, personal matter.. Hehe.. Alasan no.. Macam tak percaya lak Cik Mus cuti.. *wink* Nih nak buat report aktiviti hujung minggu lepas.. Minggu lepas ni tatau rajin apa ntah, macam-macam digodek oleh Mus.. Dikorek abes semua gobok-gobok yang ada di rumah tuh.. Dilap, disusun, dikemas bagai.. Tatau angin apa ntah.. Ok.. Ok.. Mai nak mula bercerita-ceriti.. Alkisah hari Jumaat lepas duk meroyan pasai cupcake pincushion dengan EP.. Mula la lawan duk challenge tengok sapa leh buat.. Haha.. Ni la keja kami bedua, bergosip sakan bila Bos bagi rehat sat.. Dah tu tarak gosip lain, asekla menggosip pasai craft, macam-macam.. End up, balik rumah Mus pun apa lagi, tak mau kalah kan.. Terus angkat semua gobok, godek apa yang patut then hasilnya seperti gambar yang tertera.. Cupcake pincushion versi baru yang ditengok di satu web itewww.. Disebabkan semalam cuti, so kejap lagik baru nak bergosip tanya EP punya version.. Hehe.. Then hari Sabtu pagi pulak.. Sabtu pagi tuh terlebih rajin.. Haha.. Mengaku nih, ikhlas.. Godek gobok masak-memasak kat dapur lak.. Godek-godek nampak ada pulut susu, dah lama xsentuh pulut ni, nak habeskan dia dari hari tuh lagik tapi tak terhabis juga.. Haishhh.. End up, buat Kueh Lopes nih.. Tak salah Mus, resepi dari web Mamafami agaknya.. Mus tak ingat lak.. Sebab masa Mus amek resepi tuh memang duk terliuq aishhh tengok gula merah dia meleleh-leleh atas Kueh Lopes tuh.. Haha.. Sekejap ja buat Kueh Lopes nih, sedap pun sedap.. Sangat sedap resepi tuh.. Tak keras macam beli kat kedai, lembut berlemak.. Lenkali leh buat lagi, senang.. Masa mula nak buat ingat payah sangat, padahal tak payah mana pun aishhh.. Tu dia, ayat macam berlagak na.. Haha.. Pastuh ada personal matter, terkejut tergempaq balik kampung.. Haishhh.. Terbatal program hari Ahad, dahla plan cantik punya.. Haha.. Takpa.. Takpa.. Next time.. So, semalam Birthday Future Daddy.. Haha.. Macam pelik ja bunyi.. Future Father-In-Law a.k.a Daddy Si Mr. Fedex.. So, buatkan dia kad tapi lain skit dari bagi kat Abah punya.. Daddy sebaya dengan Abah dan Mak Mus.. Daddy dengan Abah sama bulan beza cuma 6 hari ja.. Kebetulan kan.. Mr. Fedex kata Daddy tak ketawa, dia terpegun aishhh tengok bunga-bunga, reben-reben dalam kad tuh.. Haha.. Malu aishhh.. Tapi tatau nak present apa, bagi kad boleh kan? Ha.. Happy 52nd Birthday Pakcik..
Posted by Mrs. Fedex at 8:12 AM 2 comments
Labels: Cooking, Gifts, Projects And WIPs
ww20 - Kitchen Alphabet B
Friday, May 23, 2008
Haishhh.. Alphabet B ni supposed siap masa ww20, last week tapi Mus kan meleret macam-macam then sekarang baru siap.. Mus nak kena siapkan alphabet C minggu ni jugak, tak kalu Mus mesti terkeluaq schedule.. Kalu dah terkeluar schedule tuh, paham-paham je la kan.. Haha.. Dahla sekarang ni ada idea baru.. Ha.. Nanti kita tunggu kemunculan idea baru pulak.. Hari ni Mus dah nak kena mula alphabet C.. Mesti mula satgi breakfast.. Waishhh.. Semangat.. Zam Zam Ala Kazam..
Posted by Mrs. Fedex at 7:54 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Buaya Darat
Thursday, May 22, 2008
Hua.. Hua.. Hua.. Gelak buaya, buaya darat.. Ha.. As requested by Ahkak Ain, presenting buaya darat.. Dia kena kuarantin buat masa sekarang, duk sensorang.. Nanti ditelan abes Gumi2 hak lain, dah la mata dia terbeliak, lidah terjelir.. Takut dak? Haha.. Abah Mus kata ni buaya darat mata besaq terbeliak.. Mata special dari Australia.. Thanks to Cik Seri, bagi Cik Mus merasa skit aura-aura mata Australia nih.. Ada rasa gerun dak? Haishhh.. Nak kena bagi warning kat Taman Bunga Kak Gee/Dania.. Jaga-jaga na.. Satgi buaya darat terlepas susah.. Haha..
P/S - Interested? The pattern is free.. Thanks to BitterSweet..
Posted by Mrs. Fedex at 10:34 AM 0 comments
Labels: Crochet
Happy Birthday Abah
Tuesday, May 20, 2008
20th May.. Yeayyy.. Abah's birthday.. I bought a card and made 2 crocheted love.. Then, pagi tadik lekat kat fridge, then larikkk.. Haha.. Itik bintik-bintik pelangi tungging juboq antara itik putih semua.. You're special.. One in a million.. I love you Abah.. Happy 52nd Birthday..
Posted by Mrs. Fedex at 9:07 AM 0 comments
Labels: Gifts
ww19 - Kitchen Alphabet A
Friday, May 16, 2008
Lepas bergumi2, sekarang kita on projek cross stitch pulak.. Hehe.. Actually, ni projek sampingan ja.. Teman EP.. Ep ni kalu ada orang buat sekali dengan dia baru dia laju jalan.. Kalu dia buat sorang-sorang, dia lembap sikit.. So, Stitch-A-Long with EP.. Kitchen Alphabet from EMS Cross Stitch Board.. Kalu ikut plan, minggu ni kena stitch B.. Tapi Mus saja lambat-lambat sikit bagi EP pi dulu.. Bagi dia syiok.. Haha.. Jahat no.. Ujung minggu ni Mus stitch B la pulak, baru siap backstitch A nih.. Projek ni dijangka siap ujung tahun.. Ya ka ujung tahun? Haha.. Wait & see..
Posted by Mrs. Fedex at 3:16 PM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Knit Knit
Thursday, May 15, 2008
Yes.. I am knitting.. Haha.. Another hobby? Another passion? Haha.. Can't totally figure it out.. Sebenarnya, Mus dah TERjebak dengan EP ni ha.. EP beli buku knitting dari Spotlight.. Thanks to Kak Reen, our agent.. Mus ni kira tumpang sekaki.. Bukan takat sekaki, rasa macam dah sepasang kaki plus tangan semua.. Erkkk.. Boleh leleh ayaq liuq tengok buku tuh.. Very2 yummy.. Nyum.. Nyum.. Full of yarn.. Haishhh.. Cannot tahan.. Haha.. End up Mus keluarkan jarum knitting Mus dari gobok dan inila hasilnya.. Practise knitting.. Dapatla knit piece kecik ni, gabungan 2 helai benang Nona pink dan cream.. Combination kaler menarik kan? Macam cotton candy.. Sayang nak buka punya pasai, Mus buat scissor fob dan inila hasilnya.. Berlatarkan cotton love.. Sweet kan? Haishhh.. Another hobby in the list! Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:43 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Gegirl The Cat
Gegirl The Cat in the house.. Yuuhuu.. Asyik buat Boboy jer semua kan? This time buat Gegirl pulak.. Gegirl pakai choker.. Amacam? Cun tak Gegirl? Ada class, glamour.. Haha.. Kali ni Mus cuba crochet guna benang Jepun, Cik Seri kasi cuba.. Thank you very much eh Cik Seri.. Something macam rug yarn, kasar dan berdiameter besar.. So, hasilnya Gegirl nih jadik besar dari Gumi2 yang lain.. If guna benang bulu kambing Nona biasa tuh, maybe akan jadik half from this size.. Gegirl berukuran 17cm tinggi dan berdiameter 8cm.. Ngam-ngam satu ball yarn buat Gegirl, takda lebih serta takda kurang.. Memang dah plan nak pesan kat Kak Ain minta tolong carikan yarn nih tapi mana tau, bila crochet tuh terus ngam-ngam cukup, so tak perlu beli lagila.. Since benang ni Mus cuma ada the pink je, so yang di hidung tuh benang putih, kena guna Nona 2 helai.. Semalam balik assemble.. Then crochet the choker flower, letak beads then jahit pada reben dan jahit pada Gegirl.. If tak nak jahit choker tuh, alternatif lain boleh gamkan pada Gegirl tapi Mus tak berapa suka gam sebab nanti jadi keras reben tuh.. Ekor Gegirl tuh boleh dibentukkan sesuka hati sebab di dalamnya Mus letak sebatang wire.. Mus letak wire sebab once crochet dengan rug yarn nih, Gegirl dah automatik keras dan terletak sebab sifat benang dia kasar.. Ekor yang tanpa wire sebagai tulang adalah lurus teramat dan tak boleh bentukkan langsung.. Actually semua Gumi2 ni bukanla Mus jahit sepenuh masa, crochet antara masa breakfast, lunch kat opis plus antara masa jadik musang malam-malam tangkap ayam.. Haha.. Gumi2 ni bagi Mus adalah ubat stress.. Cubala..
Posted by Mrs. Fedex at 8:08 AM 4 comments
Labels: Crochet
Bear Mr. Bean
Tuesday, May 13, 2008
Nama ni Abah Mus yang letak.. Dia kata ingat duk godek apa, rupanya Bear Mr. Bean.. Pas tuh Abah ketawa.. Haha.. Bear ni requested by my mum.. Ahad lepas kami berdua pi market.. Masa Mus parking keta, Mak keluar then suddenly Mak ternampak ada doll anjing dalam kereta sebelah, ada pakai reben.. Terus Mak panggil Mus tengok, Mak kata, "Angah buat satu doll bear kat Mak macam ni, letak reben.." Haishhh.. Mus ketawa besarla.. Mak nak main bear ka? Haha.. Dia kata dia nak bagi kat anak-anak udang dia.. Mak Mus ni ada mengasuh budak seorang, dulu pun Mak ada mengasuh anak saudara Mak sendiri, so Mak nak bagi kat depa la Bear Mr. Bean nih.. Semalam Mus carik template, jumpa satu yang ini.. Balik tuh, punggahla t-shirt lama yang Mak duk simpan nak buang sebab dah banyak makan diri dah kain t-shirt tuh.. Ni baju adik Mus, belang-belang.. Udah macam Bear Britain lak rupa dia.. Siap satu semalam.. Seronokla Mak Mus.. Duk belek2.. Pastu dia cakap ni bagi adik Mus, Mak suruh buat lagik 2 ekor nak bagi anak udang Mak plus Mak suruh buat satu lagik yang besar punya untuk Mak.. Haha.. Jangan pelik eh.. Layannn.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:09 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Picnic Basket
Monday, May 12, 2008
Resting from Gumi2.. I am sewing.. Dah berhabuk mesin jahit.. Tuh dah bermakna dah terlalu lama tak menjahit kan.. So, malam Sabtu lepas Mus mula projek menjahit.. Menjahit alas untuk picnic basket.. Picnic basket ni pemberian Mr. Fedex, dia bg oren sejibik dua bersama basket yang besar ni.. Haha.. Actually Mr. Fedex nak bagi basket ni saja, as he knows, his fiance addicted to basket.. Yeahhh.. *wink**wink* Basket limau CNY yang lepas.. Kain alas tuh pun Mr. Fedex yang belikan.. *love* Penutup plastik basket ni tak berapa efisen untuk diguna, so Mus buatkan satu penutup baru untuknya.. Penutup diperbuat dari kertas keras digamkan span nipis di atas untuk gebukan dia, serta dibalut menggunakan kain ni.. Di bawah penutup ni covered by felt dan sebelum tuh dijahit reben berfungsi sebagai engsel antara penutup dan basket serta getah bulat sebagai button penutup.. Then, kain lapik tuh dijahit seperti biasa.. Actually cara buat kain lapik ni Mus belek dari alas basket dekat Sunshine & Jusco, Tesco pun ada basket rotan yang dijahit alas.. Mus punya ni cuma basket plastik je.. Disebabkan berkenan dihati tapi macam berangan je nak memiliki yang dijual kat kedai tuh so end up, Mus buat sendiri.. Yang dibuat sendiri rasa lebih cantik pulak.. Fuhhh.. Ada budak perasan lagik.. Haha.. Perasan tak button kat basket tuh? Nak attach button tuh, memula Mus panaskan besi tajam then cucuk ke plastik basket tuh then terus tekan masuk the button.. Hasilnya, plastik basket yg cair tuh dah melekat kuat pada button.. Tak mengecewakan, betul tak? Agree with me? Haha.. Itewww basket dah jadik tempat simpanan Exchange.. Ermmm.. Masa berlalu.. Miss all that exchange activities.. Ermmm..
Posted by Mrs. Fedex at 12:09 PM 2 comments
Labels: Projects And WIPs
Madison Bear
Friday, May 9, 2008
Yeapp.. Gumi2 lagi.. This time, Madison bear.. Purple in color, the button is pink.. Madison Bear ni special skit, tak macam Gumi2 yang lain.. Bermula dari kepala pun dah pelik sebab depan dan belakang kepala dia dicrochet asing, later baru assemble.. Then kaki dia tak dijahit pada badan tapi dijahit button yang mana menyambungkan kaki sebelah kanan serta kaki sebelah kiri dengan sekali lalu benang sahaja menembusi badan.. Sama juga tangan.. So, the result, kaki tangan dia boleh bergerak.. Disebabkan tu, dia boleh berdiri serta duduk tanpa perlu disokong oleh apa-apa barang lain.. Masa memula tuh memang takda passion langsung nak buat Madison Bear ni tapi dek dipujuk rayu oleh Cik Seri serta after dah assemble kepala, mula excited sebab dia special.. Haha.. Baru tahu special dia tuh bila mula assemble.. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.. Haha..
P/S - Also CAL with Cik Seri, saja teman seiring Cik Seri.. Tapi Cik Seri merajuk lagi dan bawa diri kerana dia kena tinggal lagi.. Tuh sure dia tengah berhempas pulas buat bear ni.. Good luck Cik Seri.. Haha.. Jangan marah..
Posted by Mrs. Fedex at 4:28 PM 0 comments
Labels: Crochet
Mom's Pink Doily - Round 5
Wednesday, May 7, 2008
Floretta 10, Colour 4492
Posted by Mrs. Fedex at 8:05 AM 0 comments
Labels: Tatting
Cupcakes & Volcano Banana
Monday, May 5, 2008
Walalala.. Gembiranya.. Sebab dah berjaya buat cupcakes itewww.. Memang la sememeh tak hengat tapi puas hati.. Akhirnya, berjaya jugak buat cupcakes.. Macam2 decorate, seronok.. Then try guna yang pam nozzle biku2 tuh.. Huhu.. Macam pokok cactus jerk rupanya.. Haha.. First timer, amatur.. Ni semua untuk besday boy.. Besday boy kata sedap.. Haha.. Hilang penat.. Macam TERkembang juboq orang kata sedap.. Thanks to Kak Ros, bagi resepi dan ajar Mus buat cream tuh.. Tak sangka menjadik.. Sedap derang cakap, adik ngan mak pun cakap sedap cream tuh.. Tapi cream tak boleh makan banyak, muak kan..Adik Mus siap bawak satu tupperware pi kelas taekwando kasik kawan ngan sir dia makan.. Katanya, sir dia cakap, "Kakak kamu ada bakat.." Wah.. Lagik TERperasan dan TERkembang kan.. Walalalala.. Tapi tukang buat dan tukang eksperimen ni tak suka makan kek.. Haishhh.. Nih another kek Mus buat untuk besday boy.. Mus yang bagi nama tuh Volcano Banana.. Sengaja tuang coklat tuh tak liputi semua permukaan kek tuh, buat terjatuh terleleh macam tuh, kasik terliur sikit.. Ala-ala gunung berapi.. Huhu.. Kek tu ialah Kek Pisang.. Sedap jugak ni, besday boy habiskan 1/4 sekali ngap seorang diri.. Ha.. Kira sedap betui la tu kot.. Wah.. Cik Mus perasan no.. Haha.. Potong kek tepi pantai.. Amacam? Romantik tak? Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:52 AM 0 comments
Labels: Cooking
Tatty Teddy
Friday, May 2, 2008
Yeehaa.. At last.. Yes.. Yes.. Very very happy with this achievement.. Haiyyooo.. Tengok! Tatty Teddy version bolats tak berbulu.. Haha.. Sangat-sangats bolats iteww Tatty Teddy.. Mak Mus kata bear orang miskin sebab dia terkoyak-koyak bertampal.. Mus jumpa pattern ni masa tengah kepo-kepo dengan kawan dekat blog siam.. Macam tera ja duk geledah blog siam.. Hehe.. Buat-buat tera, konon.. Siam punya simbol crochet sangat berlainan.. Memula macam give up sebab tak paham simbol, then geledah lagik jumpa cara nak buat dia, then geledah lagik, study simbol dia, then geledah lagik, pi translate setiap perkataan siam tuh, then study.. Huh.. Suka punya pasai, sanggup no.. Haha.. At last, mission yang hari tuh asyik duk kata sangat mustahil untuk dibuat then sekarang macam tak percaya, siap!!.. Mus ada Tatty Teddy version berbulu tuh, colleague masa kerja office lama dulu bagi, then now dia dah ada kawan la version dogel.. Hehe.. Sama tak serupa, kan?
P/S - CAL with Cik Seri.. Tapi Cik Seri dah bawak diri sebab katanya dia dah tertinggal di belakang.. Pi China kot no? Leh suruh dia borong benang kat Cik Mus.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 9:14 AM 2 comments
Labels: Crochet