Kenapa?

Friday, April 13, 2007

Heh.. Segerombolan pumpkin sedang dalam proses pembikinan.. Mesti siapkan semua ni by next week.. Hope so leh settle semua.. Semua untuk my cyber friend.. Ermm.. Bercakap tentang cyber friend.. Ada satu kejadian.. Seikhlas hati, I love my cyber friend.. Tak tahu nak nilai macam mana or apa yang Mus rasa pada mereka.. Mus juga tak ada jawapan kenapa? Kenapa boleh ada perasaan macam tu pada mereka? Ermm..

Last Monday, abah demam teruk.. Mus bawa ke emergency.. Ermm.. Semasa menunggu ramai parents datang bawa anak.. Then, Mus nampak seorang perempuan, dukung anak.. Muda, dari segi rupa mungkin muda dari Mus.. Datang bersama suami dan mak dia.. Anak dia demam, teruk juga sebab budak tuh masih kecil maybe around 7 or 8 bulan ja.. Mata memang tak lekang dr situ, asyik tengok mereka.. Agak lama Mus tenung, mereka tak perasan sebab Mus berdiri di satu penjuru jauh dr org seorang diri.. Ermm.. Then, tiba2 anak dia sedar dr tidor, nangis dan terus muntah dengan banyak.. Mus terkejut.. Penuh kat baju mak muda tu.. Then si bapa ni bangun amek anak dan dukung, tenangkan baby tu, cium pipi, dahi baby tu.. Then, Mus rasa macam sebak, terharu or sedih, tak tahu.. Tak dapat nak describe perasaan tuh.. Tak tahu kenpa timbul perasaan macam tuh.. Si ibu muda bgn basuh tgn, lap baju sket2 apa yg patut dan dapatkan balik baby tuh.. Gilir2 dukung dengan nenek si baby dan suami dia.. Mungkin mereka muda tapi Mus nampak kesungguhan, kasih sayang mereka pada seorang anak.. Betapa seorang anak tuh sangat bermakna dlam hidup ibu bapa.. Then, Mus teringat abah kat dalam sedang diperiksa, also my mak yang tak jemu2 ada kat sisi abah tak kira apa yang jadi.. Teringat macam mana diaorg syg pada Mus, tatang Mus, layan Mus.. Terus terang, memang abah dan mak sangat sayang pada Mus.. Mungkin.. Mungkin Mus seorang anak yg tak banyak kerenah even cerewet dari segi makan dan pakai tapi Mus tak pernah merungut.. Dari hidup totally miskin hingga sekarang, Mus mampu selesakan mereka sedikit demi sedikit.. Ya.. Ramai yang pertikai tentang kehidupan remaja Mus yang tak seperti remaja lain tapi Mus selesa macam ni.. Bersama mak dan abah tak kira susah dan senang.. Ermm.. Jasa depa takleh tanding apa2 pun.. Then, Mus teringat tentang cyber friend.. Ya.. Tanpa depa hidup Mus hari2 tak seexcited skrg.. Mus gembira ada depa.. Then, Mus telah berkira2 untuk buat sesuatu untuk dua org kakak yang byk membantu Mus plus Mus suka cakap ngan mereka berdua.. Mungkin mereka org yg terawal Mus kenal ketika berjinak2 di dunia cyber.. LOL Mereka berdua juga adalah ibu.. Dan semua my cyber friend Mus tuh juga dah jadik ibu.. Except one kakak ni tapi Mus doakan dia akan jadik ibu juga tak lama lagi.. Hope so.. Or anggap Mus sebagai anak gajah angkat.. LOL Sempena Hari Ibu, sempena kasih sayang Mus untuk mereka semua, Mus nekad tak kira betapa banyak or susah Mus tetap akan kasik something pada mereka.. Jadi, Mus buatkan pumpkin pincushion ni setiap sorang.. Bukan untuk menunjuk2 tapi ikhlas.. Tak kisah apa orang akan kata, as long Mus tahu apa rasa hati Mus.. Mus dah cukup bahagia..

6 comments:

aroza said...

waiyaa....suddenly felt very touched with yr posting, mus....but it's true, i also feel like there's something special with this cyber frenship.....

fds said...

Hope ayah Mus dah sihat.

parent mus pun beruntung sebab dapat anak yang sayang kat dorang.

thanks mus.....

Reen said...

hi Mus

Harap abah Mus da sihat seperti biasa. Jaga la kedua ibubapa ngan baik. Mereka ada harta yg paling berharga. Hikmah nye ada la bila kita tua nanti, anak2 kita akan menjaga kita dgn baik sebagaimana kita menjaga ibubapa kita.

Take care n thanks again for the pumpkin.

Ladybeads said...

anak gajah angkat ka..anak angkat gajah..ha ha ha. me oso love my cyber friends seikhlas-ikhlasnya. muahhhh to all. mus..abah dah ok?

Musliha said...

Ha.. Ha.. Tak tahu kenapa lately ni asyek ketawa ja.. Susah hati tapi still asyek ketawa.. Ermm.. Me no answer.. Mus bkn baik tapi Mus ada niat dan tak tahu kenapa ada niat tuh.. Ermm.. Anyway thanks semua.. Abah dah sihat tapi tu la org tua2 kadang2 degil sket.. Ha.. Ha.. Ermm..

Pinchesska said...

wah..usahawan labu..kemain bisness ek..kencang!!
Akak doakan semoga mus sentiasa menjadi anak yg baik..harta ibu bapa mus yg paling bernilai..menten yea...sbb what goes around come around..cam bentuk labu2 tu la..bulat all the way..ngeh ngeh ngeh..