Pendibule Exchange Collection

Wednesday, April 25, 2007

Koleksi dari semua participant Pendibule Exchange.. Heh.. Asyik sungguh membelek semua pendibule ni.. Terima kasih pada Kak Ain atas jasa baik membuat collage nih.. Pendibule dalam 14 gaya tersendiri.. LOL Tahniah pada semua participant atas komitmen yg ditunjukkan.. Hope next exchange lebih meriah.. Yeehaa..

4 Patch Pincushion

Friday, April 20, 2007

Hu.. Hu.. Akhirnya setelah puas semalam menenung sampai hangit2 monitor ni.. LOL Memikirkan macam mana nak buat 4 patch pincushion ni.. Semalam berhempas pulas membuat.. Jenuh pikiaq.. LOL Dan teori Mus tak salah.. Fuh.. Tak caya betui.. Ni la dia my first 4 patch pincushion.. Tapi tak tera lagi buat, so pincushion ni jadik kecik pulak.. LOL About 6cm lebar rasanya.. Memang cam seketui bantai cenonet ja.. LOL Next time try buat yang besar sket.. Niat nak buh reben keliling ikat cam hadiah tapi reben kaler coklat dah abes, yang baki reben tuh cuma boleh buat reben yang kecil tuh ja.. So, ni la hasilnya.. Seronok bila berjaya.. Penat pikiaq depan mesin jahit.. LOL

My Tulip My WIP

Wednesday, April 18, 2007

My WIP.. The latest, lepas settle sumer keja.. Sambung balik lepas siap sumer pumpkin pincushion.. Hope leh siapkan dalam masa terdekat sebab dah terketaq-ketaq nak buat nyiau MS lagi.. Penangan nyiau ni tak tidoq malam betui.. Asyek teringat ja kat dia.. LOL Munger tulip yang lama diidam2kan.. Fuh.. Akhirnya buat jugak.. Pulun ni laju-laju sket.. LOL Peten dari magazine Jane Greenoff's CrossStitch.. Dah 50% progress..

MDSE










Yeehaa.. Nih bungkusan untuk Elinatra.. Sempena Hari Ibu, group YG buat exchange, MDSE.. Mother's Day Stash Exchange.. Dah siap sumer dan sekarang bungkusan ni sedang dalam perjalanan ke Sabah.. Takda banyak stash yang luar biasa boleh dibeli kat Penang ni so Mus dah buatkan tool's family untuk Elinatra.. Hope Eli suka nanti.. Tak sehebat mana isi dalam dia.. LOL Semoga Eli bergembira dengan kotak yang akan dia terima nanti.. Semua Mus buat senirik.. Sentimental Value.. LOL Happy Mother's Day Elinatra!

Kiriman Dari Singapore

Monday, April 16, 2007










Ya.. Ya.. Another kiriman dari Singapore.. Wow! Wee! Tak sangka akan dapat biscornu kecik comel nih.. It's from RL.. Thanks a lot RL.. Ermm.. Seswei kalu buat fob, memang kecik ja.. Nak buat cucuk jarum sayang rasanya.. LOL Dah mintak kebenaran RL untuk jahitkan reben kat salah satu penjuru.. Nak buat fob.. Ermm.. Suka betul.. Sangat suka pada biscornu nih..

Kenapa?

Friday, April 13, 2007

Heh.. Segerombolan pumpkin sedang dalam proses pembikinan.. Mesti siapkan semua ni by next week.. Hope so leh settle semua.. Semua untuk my cyber friend.. Ermm.. Bercakap tentang cyber friend.. Ada satu kejadian.. Seikhlas hati, I love my cyber friend.. Tak tahu nak nilai macam mana or apa yang Mus rasa pada mereka.. Mus juga tak ada jawapan kenapa? Kenapa boleh ada perasaan macam tu pada mereka? Ermm..

Last Monday, abah demam teruk.. Mus bawa ke emergency.. Ermm.. Semasa menunggu ramai parents datang bawa anak.. Then, Mus nampak seorang perempuan, dukung anak.. Muda, dari segi rupa mungkin muda dari Mus.. Datang bersama suami dan mak dia.. Anak dia demam, teruk juga sebab budak tuh masih kecil maybe around 7 or 8 bulan ja.. Mata memang tak lekang dr situ, asyik tengok mereka.. Agak lama Mus tenung, mereka tak perasan sebab Mus berdiri di satu penjuru jauh dr org seorang diri.. Ermm.. Then, tiba2 anak dia sedar dr tidor, nangis dan terus muntah dengan banyak.. Mus terkejut.. Penuh kat baju mak muda tu.. Then si bapa ni bangun amek anak dan dukung, tenangkan baby tu, cium pipi, dahi baby tu.. Then, Mus rasa macam sebak, terharu or sedih, tak tahu.. Tak dapat nak describe perasaan tuh.. Tak tahu kenpa timbul perasaan macam tuh.. Si ibu muda bgn basuh tgn, lap baju sket2 apa yg patut dan dapatkan balik baby tuh.. Gilir2 dukung dengan nenek si baby dan suami dia.. Mungkin mereka muda tapi Mus nampak kesungguhan, kasih sayang mereka pada seorang anak.. Betapa seorang anak tuh sangat bermakna dlam hidup ibu bapa.. Then, Mus teringat abah kat dalam sedang diperiksa, also my mak yang tak jemu2 ada kat sisi abah tak kira apa yang jadi.. Teringat macam mana diaorg syg pada Mus, tatang Mus, layan Mus.. Terus terang, memang abah dan mak sangat sayang pada Mus.. Mungkin.. Mungkin Mus seorang anak yg tak banyak kerenah even cerewet dari segi makan dan pakai tapi Mus tak pernah merungut.. Dari hidup totally miskin hingga sekarang, Mus mampu selesakan mereka sedikit demi sedikit.. Ya.. Ramai yang pertikai tentang kehidupan remaja Mus yang tak seperti remaja lain tapi Mus selesa macam ni.. Bersama mak dan abah tak kira susah dan senang.. Ermm.. Jasa depa takleh tanding apa2 pun.. Then, Mus teringat tentang cyber friend.. Ya.. Tanpa depa hidup Mus hari2 tak seexcited skrg.. Mus gembira ada depa.. Then, Mus telah berkira2 untuk buat sesuatu untuk dua org kakak yang byk membantu Mus plus Mus suka cakap ngan mereka berdua.. Mungkin mereka org yg terawal Mus kenal ketika berjinak2 di dunia cyber.. LOL Mereka berdua juga adalah ibu.. Dan semua my cyber friend Mus tuh juga dah jadik ibu.. Except one kakak ni tapi Mus doakan dia akan jadik ibu juga tak lama lagi.. Hope so.. Or anggap Mus sebagai anak gajah angkat.. LOL Sempena Hari Ibu, sempena kasih sayang Mus untuk mereka semua, Mus nekad tak kira betapa banyak or susah Mus tetap akan kasik something pada mereka.. Jadi, Mus buatkan pumpkin pincushion ni setiap sorang.. Bukan untuk menunjuk2 tapi ikhlas.. Tak kisah apa orang akan kata, as long Mus tahu apa rasa hati Mus.. Mus dah cukup bahagia..

Kiriman Dari KL

Yes.. Lagi kiriman dari KL.. Satu kiriman dari Dania dan satu lagi kiriman dari Kak Ain.. Wah.. Best betul.. Kupu2 terbang dalam perut.. Hati berbunga2.. LOL Akhirnya, jarum emas yang dipesan sampai juga.. Lama juga penantian jarum emas ni.. Untuk sampai ke Malaysia, banyak halangan.. LOL Terima kasih Dania atas kesusah-payahan membawa jarum emas menetap di Malaysia ni.. LOL Terima kasih juga pada Kak Ain atas kiriman peten MS dan juga butang bear tuh.. Plus ada sample baby daisy yg dah lama dinanti.. Dah raba2 pun semalam itu baby daisy.. LOL Dah paham lagu mana nak mula.. Terima kasih Kak Ain.. Lepas ni, abes la sumer baju dimodified.. Angan2 besar betui.. LOL Orang besaq kuman, hati besaq gajah.. LOL

Virgo Woman

Thursday, April 12, 2007

Ini ramalan zodiak yg diforward oleh seorang kawan.. Sipi2 dan mungkin kebetulan..

VIRGO WOMAN :

She will be similar to Leo woman in appearance. A slim woman who walks with confident and proud. She has an egg shape facial structure, high and round forehead. She likes to look straight as if she is searching. She is not a pretentious type and will always say what she thinks.

You will see Virgo woman walks fast. She will try her best to be perfect, to look perfect and to feel perfect even though there is no such perfection. She is very delicate of what and how she dress. She is bright and easily despair with obstacles. She likes smart guy who will be compatible with her, so if you are a rich dumb guy, you can forget about her right now.

She is not a very possessive or jealous person for she expect respect from her love one. She does not like a part time lover, or a temporary mate. If she finds her dream man, she will not go away. If she does not like you, she will always keep a certain distant. Act proper and appropriate is her discipline.

She does not like and can not stand bad languages, cursing words or phrase. She likes a gentleman who open the doors for her. She wants to feel protected and when a man taking care of her, she will feel like a complete woman.

She memorizes everything about other people and about herself very well. She can really keep secret, you can trust her on this. She likes a refreshing and a mild scent. She is very delicate in maintaining her beauty, so you could see she is seriously picking soap which match and most suit her skin. Do not comments her on this very picky habits, it is her happiness in working full times as a self beautifier.

She is not an innocent angle for sometimes she can be as tough as steel. Even she easily despair, she is not the type to cry over it. She is a shy type, so making speech in front of the room can make her nervous even she walks and talks confidently.

She only search for true love , not just any love. Her love is an ideal one. She likes to think no one is neater and as effective as her, which can irritate you sometimes for there is no such thing. She likes sweet talk, but she can slip and say something unpredictable and unbearable to you too. When she stops getting mad, she will totally forget what she just said and be an angle again. If you have a date with her , you'd better be there on time.

Flowers and sweet word can calm her down. If you want to say sorry , make it brief and straight forward. Do not drag your apologetic words into a long making it up events, it could lead you to another world war. She likes her man to dress nice and clean. She is good in details especially with money. Do not make she thinks that she is a clown or funny.

In the beginning of knowing her, please try not to glance at other pretty woman so much. Early period of dating her, try not to hold her so much in public, it would not be a proper thing to do. She loves books, stage play and music and likes to criticize about them too.

Criticism woman is her icon including big and small things in life starting from your hair, your dress , and the way you talk. If you are in love with her, be as almost perfect as your can.

Happy Mother's Day

Ermm.. This is another pumpkin pincushion for another mother.. LOL Setiap kain cotton ni ada effect sendiri bila kita mix and match kaler dia.. Ermm.. After this, takleh pandang rendah pada kain yg rasa tak begitu cantik bila still ada dalam gulung.. LOL Pumpkin ni untuk kawan2 yang dah bergelar ibu.. Kawan2 cyber cross stitch Mus.. Very appreciate mereka semua.. Hope mereka gembira with my gift.. Ya.. Ianya hanya seketul pumpkin kecil tapi itu tanda Mus mengingati mereka setiap saat.. Semoga mereka juga mengingati Mus setiap kali terpandang pumpkin tuh.. Ermm.. Tak ada ayat yang boleh describe mereka kat hati Mus.. Mus tak ramai kawan di alam realiti kerana Mus selesa hidup sendiri tapi Mus selesa berkawan dengan kawan2 cyber ni, ada satu connection yang tak boleh Mus nak describe keistimewaannya.. Ermm..

Pumpkin & Fob

Tuesday, April 10, 2007

Another pumpkin & fob for a friend.. Yang ni giliran my sis kat Johor.. Sempena Hari Ibu untuk seorang Ibu.. LOL Hope dia gembira ngan pemberian ni.. Dah banyak bantuan dan hadiah kecil2 yang dia bagi.. Tak ternilai ngan yang Mus nak beri ni, tak sepadan rasa.. Takpa.. At least, Mus ikhlas memberi, itu yang penting.. Bila kita memberi sesuatu, bila orang yang menerima tuh gembira, perasaan yg timbul dalam diri kita tuh tak tau nak kata macam mana.. Memang hebat rasa dia.. LOL Satu perasaan memberi.. LOL Perasaan menerima lebih hebat.. LOL

Hadiah Seorang Kawan

Monday, April 9, 2007

Setelah setahun lebih berpindah kerja ke tempat baru.. Mus dpt seorang kawan merangkap seorang adik kerana umur dia muda dr Mus.. Tapi Mus anggap dia lebih pada seorang kawan, kawan yang boleh memberi pendapat, menenangkan serta menggembirakan.. Seronok ada bersama dia.. Ketawa dan sedih bersama.. Tak pernah ada kawan yang seronok macam ni.. For the first time, Mus baru jumpa.. Tapi sedihnya dia dah letak surat resign.. Her last day will be next week I guess.. Ermm.. Next week sure sunyi sepi.. Nasib baik Mus still ada sorang kwn chinese di sebelah ni.. Merapu bedua la nampak gayanya.. LOL Mus dah buatkan dia sesuatu.. Hope dia suka.. Dah wrap.. Ermm.. Tak tau bila nak bagi.. Sedih tengok muka dia.. Tak apa.. Dia muda lagi.. Peluang terbuka luas, lebih baik pergi kejar cita2 yang selalu dimimpi.. Ermm.. Mus doakan dia berjaya.. Semoga satu hari Mus akan jumpa dia lagi.. Hope we still keep in touch.. Mesti Mus rindukan dia pada hari2 mendatang.. Dan mesti sedih setiap kali ingatkan dia.. No more teman untuk breakfast setiap hari.. No more teman untuk merapu berpoya-poya ke shopping kompleks.. No more aktiviti merapu.. Ermm.. Hope dia gembira dengan kehidupan baru.. Take care..

Nyiau's Needlebook

Hari Sabtu bertungkus lumus siapkan needlebook ni.. Kain cotton ni masa beli nampak macam suram.. Tapi once needlebook ni dah siap, Mus suka effect dia.. Nampak memang cantik dalam kalernya sendiri.. Tambah pulak posing ngan nyiau MS.. Hati tak tahan suka tengok needlebook ni.. Needlebook ni untuk seorang kawan.. Akhirnya.. Siap jugak.. Hope that person enjoy with this gift soon as I post by myself to her door.. LOL Hope I can find her house.. LOL Ermm.. Datang dengan pumpkin pincushion.. Semua untuk jarum emasnya yang akan datang.. LOL Plus ini tanda penghargaan Mus atas bantuan dia selama ni.. Dan merangkap hadiah sempena Hari Ibu.. Ermm.. Dia banyak membantu.. My friend and my sister I guess.. LOL Selamat menyambut Hari Ibu..

Kisah Cinta

Friday, April 6, 2007

Semalam Mus dapat forward email dari seorang kawan.. Mengenai kisah cinta yang memang tersentuh hati bila membaca.. Memang menggugurkan jiwa.. Ermm.. Just wonder, is it wujud lelaki sebegitu yang begitu penyayang.. Ermm.. Bahagia kalau jumpa satu hari nanti.. LOL Ikuti kisah cinta tu dibawah ni.. Is it Mus seorang saja yang berperasaan macam tu or semua orang juga setuju dengan perasaan Mus ni? Ermm..

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya..

Tiga tahun dalam masa perkenalan dan dua tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.


Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.


"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.


"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.


Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada satu soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.


Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas
dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan..

"Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.


"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."


"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."


"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."


"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."


"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."


"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."


"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."


"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.

"
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, Sayangku.. Biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.

"
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini..

My First Beadstitch Project

Thursday, April 5, 2007

Ermm.. Nih projek beadstitch Mus yg pertama.. Tak penah terfikir yang Mus mampu untuk buat beadstitch ni.. Berkat tunjuk ajaq dari Kak Index dan Kak Soda.. Terima kasih pada diaorang berdua.. Dah lama siap.. Sedang berangan2 untuk buat beadstitch pemandangan yang kedua.. Ermm.. Entah bila tu.. LOL Sekarang beadstitch nih sedang bertapa dalam almari.. Soon akan framekan dia.. Peten dari DMC.. Fruits II.. Beadstitch nih buat Mus rasa bangga setiap kali tengok dia.. LOL Tak pernah terfikir mampu habiskan projek ni.. First projek beadstitch yang sangat besaq.. LOL Betulla.. Hati gajah.. LOL

Benang DMC

Balik dr kerja, ada bungkusan atas katil.. Wah.. Seronok betul tiap2 kali terima bungkusan.. Hidup rasa warna-warni.. LOL Poslaju dari Kak Noreen, terima ksih byk2 Kak Noreen.. Mus pesan benang DMC dan seperti biasa, mesti terselit satu barang sampingan pemberian Kak Noreen.. Terima kasih Kak Noreen atas bunga2 plastik kecik tuh.. Memang sesuai untuk scrapbook Mus.. Kaler juga kena dengan tema, seronok betul rasa.. LOL Satu hari nanti, Mus nak pi melawat Kak Noreen.. LOL Heh.. Angan2 Mus tinggi.. LOL Dengan ini, set benang DMC Mus makin bertambah.. Wah.. Boleh buat banyak WIP lagi ni.. Angan2 juga ni.. LOL

Pendibule Exchange

Wednesday, April 4, 2007

Ni pendibule yang Mus stitch tuk my partner, Mas a.k.a WOE.. Posing ngan my bear, Tetty Teddy.. Nih antara aktiviti yang YG arrange bebaru ni yg dah due ujung bulan lepas.. Take part lam every exchange selalu enjoy dan berdebar2.. LOL Tak penah stitch kaler ungu dan tak tahu kenapa tak berapa gemar kaler ungu tapi tak bermakna Mus benci kaler ni.. Tapi lepas stitch pendibule nih, tetiba ja semua menda yg jumpa asyik kaler ungu ja dan hati makin terbuka pada kaler ni.. Pendek kata, dah mula leh layan la.. LOL As long Mas suka, Mus dah berbesaq hati..

Nyiau MS

At last.. Siap sudah my nyiau.. I stitch this nyiau for my good friend yang banyak membantu.. Hope she likes it.. Nak jadikan needlebook.. Dah siap potong kain, hope mlm ni boleh assemble.. Memang suka sangat pada peten2 Margaret Sherry especially pada nyiau2 dia.. Ermm.. Kalu sesiapa tengok pun, sure tertarik ngan peten2 dia.. Memang menggugurkan jiwa raga.. LOL Lepas nih dah boleh stitch another peten lagi by MS.. Nine life..

Pumpkin Pincushion

Semalam dah siapkan pumpkin pincushion..

Actually dah siapkan empat ketui.. Seketui utk MDSE, seketui untuk mak sayang dan dua ketui lagi untuk dua org kakak yg sgt membantu Mus.. Seronok dapat toy baru tak habes-habes lagi, mesin uzur tok yg dah dioverhaul.. Prod laju saja sejak2 ada mesin ni, tangan dan kaki gatai ja nak godek mesin tuh.. LOL Menuntut guna mesin dengan abah.. Tak sangka, abah ni profesor serba tahu rupanya.. LOL Sayangla kat abah.. Semalam juga dah siap potong kain untuk jahit needlebook sefamily ngan pumpkin ni.. Ermm.. Malam ni boleh siap dah rasanya.. Gembiranya rasa.. LOL

Dunia Musliha

Terima kasih banyak2 Kak Index..

Akhirnya.. Setelah berhempas pulas, hasilnya..

My first ever blog.. I'm the one yang tak pandai buat karangan..

After this, belajar menjadi seorang pengarang..

Semua mengenai Dunia Musliha.. Warna warni, masam manis, kehidupan seorang gadis yang bernama Musliha..