Gelak kuat-kuat semua.. Sempena krismas.. Ho.. Ho.. Ho.. Merry Krismas.. Krismas ni jamu apa pada tetamu? Mai nak suggest.. Buat Savoury Quickbread ni.. Sedap! Actually ni minggu lepas Mus buat.. Entah malam bila.. Ni seperti biasa la, Mak Mus la punya arahan.. Mak kan lapaq je memanjang tau.. Haha.. Mus kan penerima arahan yang sangat baik.. So, buatla.. Mak dah siap masak daging.. Selebihnya kerja Mus menanti.. Masa buat ni, Ika ada.. Laju je habesnya.. Sakan depa makan.. Mus bakar roti ni guna loyang baru.. Hiksss.. Beli masa balik Gurun hari tuh.. Seronok borong loyang.. Murah juga kalu kena gaya.. Rembat beberapa.. So, excited nak guna.. Hiksss.. Masak dalam loyang baru, sedap pulak rasa.. Lagik sedap! Haha.. Alasan!
Lagik! Savoury Quickbread Lagik!
Wednesday, December 24, 2008
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 4 comments
Labels: Cooking
Harta Karun Cik Tun
Tuesday, December 23, 2008
Hantaran ni dah siap minggu lepas lagik.. Biasala.. Alasan.. Sebuk.. Heh.. Malas la tuh.. Harta karun Cik Tun sempena nama tuan rumah.. Tema purple.. Tapi kamera fon Mus adalah murah, maka keluar kaler biru.. Ni semua bidan terjun punya kerja.. Mus tak boleh fikir dah nak buat design apa lagik.. Masa nak buat terhad.. Terkejut-tergempaq Mak Mus suruh buat bagi satu.. So, artificial flower sajala jadiknya.. Beli riben dan bunga then assemble semua.. Kotak tu adalah tempat simpan benang jahit Mus.. Haishhh.. Terpaksa korbankan.. Takpa, sok Mus beli kotak baru.. Alasan! Eheh.. Coklat duit emas ni makin lama rasa makin tak sedap pulak.. Kenapa tatau.. Dah tak best macam dulu.. Kenduri kawen anak perempuan Cik Tun berlangsungnya Ahad lepas.. Mus sebuk benar dari Jumaat bawa ke Ahad.. Sabtu ada satu kenduri then Ahad ada 2 kenduri.. berturut-turut hari di sebelah rumah Mus.. Mana nak membesiang rumah sebelah ni, then lari ke rumah sebelah nuh.. Then pepagi membesiang untuk memasak di rumah kenduri then petang berlari membesiang di rumah satu lagik.. Ahad kenduri rumah membesiang semalam then malam ada kenduri di dewan pulak.. Kawan sekerja kawen.. Haishhh.. Sangat sibuk.. Kalu semua kenduri takat pi duk makan saja memangla tak sibuk.. Tapi jadi orang dapur.. Bau asap dapur tuh, kenyang perut terus.. Apa-apa pun dah lepas.. Tunggu minggu nak mai ni pulak.. Juga ada kenduri.. Tapi ni jauh sikit.. Pi makan je kot.. Hehe.. Esok dah mula cuti.. Lagi sebuk nak buat semua benda.. Ermmm.. Doakan Mus hepi sekejap ok kawan-kawan semua.. Aminnn..
Posted by Mrs. Fedex at 8:00 AM 3 comments
Labels: Projects And WIPs
Away..
Monday, December 22, 2008
Posted by Mrs. Fedex at 11:59 AM 6 comments
Labels: Misc
Mama-aimansarah Handmade - Give Away
Sunday, December 21, 2008
Yes!!! Pepagi buta Selasa ni nak ajak korang semua kawan-kawan sekalian menang hadiah free.. Kali ni give away dari Mama-aimansarah.. Sila semua pakat terjah ke blog ini --> Mama-aimansarah Handmade.. Bila lagi nak merasa handmade item.. FREE lagi.. Benda sonang jo..Ni Mus copy post dari blog Mama-aimansarah Handmade..
Salam....
Sempena pembukaan blog "Mama-aimansarah Handmade" ni.... Mass pun nak buat macam orang selalu buat tu :P ...... "Give Away".
Kandungan "Give Away" tu;
1) HP Case (5 1/2 inch x 3 inch)
2) HP Case (5 inch x 3 inch)
3) HP Charm (Ms. Rabbit)
Semuanya adalah HP accessories.Rules dia senang aje... actually macam orang selalu buat jugak;
1) Tinggalkan comment kat dlm n3 ni bersertakan link blog anda dengan memberikan Mass keizinan untuk menyimpan link anda di dalam blog ini.(if u will link me back... wow... I'm very much appreciated!)
2) Ceritakan tentang N3 Give Away ini di dalam blog anda.
Itu je rules nya. Very da simple. Kalau sesiapa yang sudi dengan hasil kerja tangan Mass.... sila lah join.
OK.. Mass akan umumkan lucky winner by 22nd Dec (Monday).
Perlu diingatkan ini adalah iklan charity.. Mus tak mengambil apa jua bahagian..
Posted by Mrs. Fedex at 10:53 AM 2 comments
Labels: Gifts
Sandwich Lepa Mentega Coklat Rice
Friday, December 19, 2008
Sedap dak title? Nama mengancam kan kawan-kawan? Ni resepi baru ni.. Ni semua idea Achik la ni.. Habes merebak satu rumah.. Yang paling tak tahan, habes coklat rice Mus setupperware besar depa duk kerjakan hari-hari.. Haishhh.. Mai nak ajaq lagu mana nak buat.. Sandwich lepa mentega coklat rice.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:27 AM 0 comments
Labels: My Life
Claypot & Sizzling
Thursday, December 18, 2008
Selamat hari Khamis all.. Sehari lagi kerja, then cotiiiii.. Muahaha.. Hari ni Mus ingat makan-makan.. Asyik pergi bloghop sana-sini jumpa orang makan claypot dan sizzling punya makanan.. Mus teringin betul yang dalam claypot punya.. Yang sizzling ni tak berapa nak berahi sangat dah sebab ada cerita di sebalik-nya.. Hiksss.. Dah lama Mus tak makan sizzling mee.. Rasanya dalam 4 tahun.. Lama kan? Hari Ahad hari tuh pas runner cari barang-brang semua, singgah Tesco.. Pi beli barang sekali keluar makan kat food court Tesco.. Sedap ooo.. Mus teruja ngan claypot Mr. Fedex.. Apa ke nama dia.. Mee tomyam claypot? Ah.. Tak ingat.. Sedap! Aroma dia.. Wah.. Rasa leleh air liur bila tengok gambar dia.. Mus pesan sizzling mee.. Nama penuh tak ingat dah apa.. Haishhh.. Mus asyik hirup kuah tom yam Mr. Fedex.. Last2 kita switch dulang.. Haha.. Sodap aishhh.. Nak makan tomyam claypot ni lagi.. Bila tatau dapat pi.. Hujung minggu semua full dengan kenduri.. Sekarang time makan nasi hujan panas.. Sedapnya nasi kenduri.. Heaven!
Posted by Mrs. Fedex at 9:13 AM 0 comments
Labels: My Life
Kurung Mak Mus
Wednesday, December 17, 2008
Kali ni jahitan baju kurung untuk Mak Mus.. Asyikla sangat menjahit untuk orang kan, sampai terlupa nak jahit untuk Mak sendiri.. Heh.. Seb baik ada orang hint-hint kata dia nak baju baru.. Tak kalu, alamat.. Tak siap lagi la nampaknya.. Siap baju ni minggu lepas hari Khamis.. Pulun jahit bagi siap jugak-jugak sebab Mak Mus nak melaram pakai baju kurung baru ke kenduri rumah sedara Mus kat kampung nanti.. Tengok.. Mentang-mentang ada tailor kat rumah kan.. Dan-dan tuh nak baju baru pi kenduri.. Ekekek.. Takpa.. Melaram sekali sekala.. Kain ni beli masa balik kampung raya puasa hari tuh.. Murah-murah kain ela kat Jitra.. Naik rambang mata tengok.. Haishhh.. Kalu balik lagi, nak simpan duit beli lagi.. Hiksss.. Kain nak buat baju kurung Mak ada dua pasang lagi rasanya.. Bila nak siap tatau.. Sekarang tengah duk siapkan baju Tok Mus jap.. Shutdown minggu depan dah berkira-kira nak jahit langsir rumah Mr. Fedex.. Buat awal-awal senang.. Kang letih Mus nak berlari sorang-sorang.. Kawan-kawan, taknak tempah baju pi kenduri ke? Mai la.. Boleh jugak survive sempena shutdown nanti.. Eheh..
Posted by Mrs. Fedex at 2:36 PM 2 comments
Labels: Baju Kurung
The Tribute To Achik
Monday, December 15, 2008
Yes.. It's my brother.. The only brother I have.. Mus tak pernah kenalkan adik beradik Mus kan.. Ini adalah adik lelaki Mus.. Satu-satunya lelaki.. Dia anak ke-tiga dalam family.. Serba boleh.. Dari kerja lelaki hingga ke kerja perempuan.. Basuh baju, memasak yang sangat sedap, mengemas, tolong Mus buat benda kraf bagai, macam-macam lagi, namakan saja.. Semua dia.. Very helpful and talented.. Tapi sila paham, upahnya harus diberi ok.. Hiksss.. Buat isi minyak motor kesayangan..
Posted by Mrs. Fedex at 9:41 AM 6 comments
Labels: My Life
Felt
Friday, December 12, 2008
Harga felt naik RM0.10!!!
P/S - Duh.. Ingat minyak turun, harga barang turun.. Lagi naik ada.. Apa cerita? Duh..
Posted by Mrs. Fedex at 3:34 PM 7 comments
Labels: Stash and Tools
Kurung Pahang Ngah
Thursday, December 11, 2008
Tik.. Tok.. Tik.. Tok.. Countdown untuk berhujung minggu.. Ekekek.. Sah nak kena tibai belakang.. Draft entry ni pun berjam-jam.. Apa ke benda yang dimenungkan pun tak tau.. Haishhh.. Dah.. Dah.. Takmo malas-malas.. Entry kali ni nak tayang Kurung Pahang Ngah Mus.. Mus ler suggest Ngah buat baju ni since Ngah tak tau nak buat baju apa.. Selalu Ngah main rembat kat kedai ready made jer.. Ni kira baru nak try upah jahit.. Ada sorang customer dia menjual kain pasang agaknya.. Ngah rembat le, bukan Ngah nak beli rasanya ni.. Ngah ni dia lembut hati.. Ekekek.. Plus beli barang lak, soping-soping Ngah sukala.. Haishhh.. Apa nak jadik Ngah ni.. Terus Ngah bagi Mus.. Katanya jahit le apa-apa.. Baju kurung ke, baju apa ke.. Haha.. Lawak.. Mus suka Kurung Pahang, tuh Mus suggest.. Tetambah Ngah ada Kurung Pahang dalm koleksi.. Mus ikutla sejibik.. Tapi sayang.. Kain ni ngam-ngam 2 meter untuk baju.. Sebab kain ni pesen kain ngan baju asing-asing kain.. So, kat pesak tuh tak boleh nak kembangkan sangat.. Limited.. Tapi still kembang di bawah la.. Kain contoh Ngah kipas belakang tapi sempit katanya tak selesa, so Mus suggest kain pakai la.. Sebab Ngah takmo kain belah, so Mus buat kain pakai la.. Selesa katanya.. Taknak sempit-sempit.. Baju ni, first time Mus jahit span bahu sendiri.. Hiksss.. Suka.. Selalu Mus akan bawa kain perca then pergi kedai Auntie Kongsi dan minta dia jahitkan.. Sebab beli span dengan dia.. Kali ni, Mus beli span satu papan tuh, then balik jahit sendiri.. Berjaya.. Dah lama Mus duk tengok cara Auntie tuh buat.. Kemas dan lengkuk elok.. Menjadi.. Sukaaa.. Mus dah amek pola pesak baju contoh Ngah yang lawa tuh.. Mus nak buat kat baju Mus.. Hehe.. Nak jahit baju sendiri.. Asyik jahit baju orang saja.. Ni pun entah bila ni.. Ekekek.. Berangan je lebih..
Posted by Mrs. Fedex at 9:01 AM 0 comments
Labels: Baju Kurung





