Sarung Bantal Kak Reen

Friday, April 8, 2011

As-Salam..


Entah apa nak cerita eh.. Ada jer cerita.. Tapi malas nak upload gambaq.. Haha.. Malas!!! Tuh.. Huduh perangai.. Ni tengok-tengok dalam folder ni, ada gambar sarung bantal yang Mus buat untuk Kak Reen ni.. Kasik pamer.. Penat tangkap gambaq.. Sebenaqnya.. Ni projek sebelum deliver.. Masa masa-masa akhir nak deliver tuh Kak Reen minta jahitkan 4 keping sarung bantal besaq tuh.. Nak dijadikan cerita.. Masa siap sarung bantal ni.. Ingat masih ada masa.. So, takpa.. Nanti baru mus pos.. Tup.. Tup.. Tak dan aihhh.. Nak TERberanak dah.. Terus lepas pantang baru posla.. Kemain eh peram sarung bantal ni.. Sorila na Kak Reen.. Peram barang Kak Reen.. Nanti Mus tunjuk projek Mus dalam pantang juga.. Ada nampak satu gambaq ni.. Hehe.. Nanti kasik cerita.. Happy holsss everyone.. Hugsss..

Reversible Bag

Wednesday, April 6, 2011

As-Salam.. Happy Wednesday..

Ramai orang duk tanya-tanya.. Mus dah tak menjahit ke? Hehe.. Jangan risau.. Ado ni.. Jahit sedia ada.. Tapi tak terposting kat blog ni.. Ecewahhh.. Macam Mus ni busy sangat eh.. Busy body adala.. Ahaksss.. Yang terbaru projek Mus jahit reversible bag ni.. Order dari Kak Ratna.. Heavy cotton bunga-bunga, gandingan cotton biasa merah.. Tambah pulak rose bouquet ada merah terang.. Perghhh.. Bangkit kan? Hah.. Perahsan sendiri! Rasa macam ceria semacam je bawa beg ni.. Dalam boleh letak macam-macam.. Boleh buat beg telekung untuk Muslim.. Boleh juga buat beg pergi kerja hari-hari.. Shopping beg juga amat sesuai.. Bergaya habes ok.. Memang nice sangat.. Dijamin kualiti yang kemas.. Cehhh.. Promote.. Pada sesapa yang nak order reversible beg ni.. Contact Mus na.. Jangan malu-malu.. Pilihan kain banyak ada.. Lawa-lawa.. Selawa tuan yang buat beg ni juga.. Haha.. Ini sudah melampau.. Lariksssssss..

Kronologi Kelahiran Alisha

Saturday, April 2, 2011

As-Salam..


Today kita jumpa lagi.. Hehe.. Rajin terlebih.. Tak abes-abes lagi cerita bab Alisha eh.. Biasala.. Macam kita beli kereta baru.. Jakun sikit.. Hari-hari nak gilap.. Hari-hari nak belek.. Ekekek.. Mus ni orang yang jenis emosi sikit kot.. Apa-apa pun suka simpan buat kenangan.. Huhu.. Suka lagi cuci gambar masuk album dari simpan dalam cd.. Retro betulkan? Orang lain xhingin dah pun buat.. Mus sorang jer yang album bertimbun-timbun.. Sekarang ni pi supermarket nak beli album pun dah kurang.. Pakat-pakat tak jual ker? Haishhh.. Melalut dah.. Sori-sori.. Ni Mus buat untuk Alisha.. Dari mula Alisha lahir hingga apa kejadian yang jadi.. Hadiah apa serta siapa beri.. Semua ada.. Kronologi kelahiran Alisha juga lengkap Mus tulis.. Dengan niat, moga suatu hari Alisha dapat baca perjuangan Mus.. Serta moga Alisha juga dapat semangat dari tulisan Mus.. Mana la tau kan.. Ajal maut di tangan Allah.. Pendek ke umur.. Panjang ke.. Belum tentu.. At least, ada buah tangan Mus untuk Alisha membesar.. Mus mengharapkan Alisha membesar sihat, cergas dan cerdas.. Serta sangat pandai jaga diri seperti mana Alisha behave duduk dalam perut Ami ni.. Alisha sangat memberi kerjasama semasa dalam kandungan.. Alhamdulillah.. Ramai komen kata Mus buang masa.. Ya ka? Takpala.. Mus suka hidup dalam dunia Mus yang Mus paham sendiri.. Bukan semua orang boleh terima pandangan dan fahaman kita kan? So, buat apa kita nak kecoh-kecoh bagi orang paham.. Belajar dari kesilapan lepas.. Masing-masing ada dunia masing-masing.. Warnai dunia anda sendiri.. Walau Alisha takda rupa Mus.. Biarla at least Alisha ikut jejak dunia kraf Mus.. Kan? Dak kalau, mana Ami nak lempaq barang-barang kraf Ami yang banyak tuh Alisha? Pengsan kalau tengok!!! Harta pusaka ok.. Wakakakak..

My BF Journey - Stok Bulan Mac 2011

Friday, April 1, 2011

As-salam..


Semalam Mus janji jumpa hari ni kan? Ekekek.. So, hari ni kita jumpa lagi.. Ngengada eh.. Pang!!! Nak cerita menda lain sebenaqnya.. Tapi kita upkan cerita susu yang tak berkesudahan ni.. Suka hati tengok bekalan banyak.. Tapi tak muat tempat nak simpan pula.. Jika slow down kan pump susu, risau susu makin berkurangan.. Dilema betul.. Gambar menunjukkan baki hasil perahan selepas mus simpan stok yang fresh untuk Alisha pada esok hari.. Setiap hari Alisha akan minum 20oz pada siang hari waktu Mus kerja.. Malam hari dia gunggung direct jer dari Ami nya ni.. Estimate sehari paling kurang Mus dapat pam sehingga 40oz.. Makna kata Mus pam untuk 2 hari bekalan Alisha.. Huhu.. Alhamdulillah.. Rezeki masih berpanjangan.. Dan harap berkekalan sehingga umur Alisha 2 tahun.. Minggu depan akan genap Alisha 3 bulan.. Alisha makin sihat, cergas dan cerdas.. Cepat masa berlalu.. Harapan Mus moga rezeki berpanjangan.. Aminnn..

My BF Journey - 16oz.. Pencapaian Terhebat!!!

Thursday, March 31, 2011

Salam..


Apa khabar kengkawan? Dah 2 minggu Mus tak menulis di sini.. Apa Mus buat pun tataula.. Kenapala sekarang ni.. Huhu.. Sehbuk apa tatau la.. Masa macam tak cukup saja.. Penuh task.. Banyak benda nak cerita.. Juga banyak info nak share sebenarnya.. Semua terbengkalai eh.. Mus.. Mus.. Haha.. Apa nak jadi dengan diri sendiri tatau.. Ok.. Ok.. Permulaan.. Warm up dengan gambaq susu.. Ekekek.. Pencapaian terhebat sepanjang aktiviti mengepam susu.. 16oz!!! Perghhh.. Sukanya hati.. Cukup untuk Alisha minum 4 kali di siang hari kala Mus pergi kerja.. Tepuk untuk diri sendiri.. Deep freezer pun dah penuh.. Ada sesapa tak yang nak jadi anak susuan Mus? Sayangnya susu yang banyak tuh.. Buat sesiapa yang keluar masuk blog Mus.. Yang juga sekarang cuba-cuba untuk fully breastfeed.. Yang perlukan info.. Perlukan bantuan.. Kat bawah ni Mus bagi link ke blog Izzah.. Izzah ni adalah salah seorang peer counselor.. Mus selalu baca semua info di sini.. Yang penting.. Rajin demi masa depan anak.. Susah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. Hehe.. Jumpa esok pulak na.. Hugsss kuat-kuat untuk semua.. Rindu betul!!!

Hantaran Purple

Monday, March 14, 2011

As-Salam..


Lama Mus tak ekspose pasai hantaran kan? Bukan tak dak order.. Banyak ja ada.. Tapi kalau buat hantaran ni sah-sah tak dan langsung nak amek gambaq.. Sebab lepas buat tu nanti lupa nak snap.. Tup.. Tup.. Depa dan-dan mai amek dah.. Ni adalah latest hiasan Mus buat untuk hantaran.. Cuba kelainan ikut skill yang ada.. Saja nak cuba benda baru.. Actually ni bukan yang pertama Mus buat.. Sebelum ni ada buat lebey kurang hantaran begini dalam kaler beige dan peach.. Lembut kaler.. Sayang sungguh sekeping gambaq pun tak sempat amek.. Sebuk kalau buat hantaran.. Kali ni Mus cuba ketengahkan kombinasi bunga crochet dan hiasan serangga dari felt.. Sesekali tengok nampak menarik kan? Sesekali tengok nampak macam ala-ala kartun pun ada.. Santai.. Mus suka sungguh tengok.. Tak jemu.. Ingat nak cuba buat promosi la nanti.. Hehe.. Kita tunggu.. Tunggu Mus buat ayat.. Ekekek.. Tatau ada orang berkenan ke tak.. Tapi setakat hari ni, sambutan ok.. Happy Monday Blues la na.. Hugsss..

My BF Journey - Alisha 2 Bulan

Thursday, March 10, 2011

As-Salam..


Today anak perempuan Mus nan seorang tuh, Alisha dah genap 2 bulan.. Fully BF.. Bijak.. Sekarang dah pandai ajak kita sembang-sembang dengan dia.. Kalau kita tak sembang ngan dia, dipanggil-panggil kita.. Panggil cara Alisha la.. Sembang siap gelak-gelak, senyum-senyum.. Sejuk perut betul.. Betulla kata orang kan.. Ada anak ni, tambah rezeki, tambah bahagia.. Moga Alisha membesar sehat dan bijak dengan susu Mus.. Amijaan sayang Alisha.. Hugsss..

My BF Journey - Stok Bulan Februari 2011

Wednesday, March 9, 2011

As-Salam..

Tenggelam timbui no Mus ni.. Ekekek.. Lama aihhh xkepo-kepo.. Lusa, Jumaat Mus dah mula kerja.. Sat saja no.. Diam tak diam dah 2 bulan lamanya Mus menapak kumpul lemak kat rumah ni.. Sakan! Ok.. Kali ni nak cerita pasai susu.. 9 bulan kumpul ilmu.. 2 bulan sakan simpan stock.. Invest itu ini di bulan ke-9.. Haishhh.. Macam-macam.. Hasilnya.. Puas hati.. Esok genap 2 bulan Alisha minum susu ibu.. 4 bulan usaha lagi akan genap 6 bulan.. Harap-harap Mus mampu.. Mus cuba sedaya-upaya untuk fully BF Alisha selama 2 tahun.. Moga niat Mus ni diberkati dan diredhai.. Yang perlu hanya usaha sekarang ni.. Usaha dan tawakkal.. Selalu jenguk-jenguk blog kawan-kawan yang fully BF buat pedoman.. Hasil dah nampak sikit.. Mudah-mudahan berkekalan.. Doakan Mus juga na kawan-kawan.. Hugsss..

Bebear Naik Belon

Thursday, February 17, 2011

As- Salam.. Hugsss everyone..

Lamanya tak celoteh kat sini.. Kalau tidak hari-hari ada merepek kan? Ahaksss.. Ada banyak benda nak cerita juga sebenaqnya.. Tapi tu la.. Cerita saja takdak gambaq tak best aihhh.. Lagi pun, asal pegang netbook ni dan-dan la Si Alisha tuh ter-ek-ek bunyinya.. Macam mana? Cemburu eh Alisha? Kah.. Kah.. Ok la.. Today nak buat promosi tanpa bayaran sket.. Kerja amal la konon.. Untuk teman seperlaungan Si Cik Seri itewww.. Masa pregnant hari tu, Mus kan xleh nak jahit-jahit tutup lobang kalau letak fiberfill kan? So, dek kempunan maka telah meng-order dengan Cik Seri sekoq bebear nak buat gantung dalam keta.. Sekarang, bebear ni ado ha tergantung sana.. Kiut-miut ok.. Series.. Lawa.. Hasil kerja kemas.. Meletopsss.. Sesapa yang teringin nak ada sekoq bebear yang sama tapi jangan warna serupa ok.. Ekekek.. Sila jengah ke blog Cik Seri sana.. mindnsoul.. Dijamin puas hati ok.. Gambaq adalah ehsan dari blog Cik Seri.. Jangan marah na Cik Seri.. Cik Mus rindu aihhh nak kepo-kepo.. Bulan depan kita kepo na.. Ahaksss..

As-Salam..

Monday, February 7, 2011

As-Salam.. Happy Monday everyone..


Huhu.. Lama no tak bersiaran langsung.. Sehbuk la ni.. Ka saja buat sehbuk? Ekekek.. Mus tengah duk adjust kehidupan baru ni.. Hari tu tak dan nak habaq cerita ka apa ka.. Today la Mus cerita sikit.. Dah basi dah aihhh.. Untuk sesapa yang tak tahu lagi, Mus dah selamat bersalin pada 10hb Januari 2011.. Jam 8.50pm.. Baby gegirl yang cute-mute macam mak dia ni.. Ekekek.. Perahsan! Ramai kata tak dak langsung muka Mus.. Huhu.. Muka Mr. Fedex saja.. Takpala.. Takdak pun takpa.. Janji title ada kan.. Mana tau sok2 besaq ikut jejak Mus kah yang rajin ni.. Ahaksss.. Perahsan lagik! Berat Baby 3.14kg.. Sekarang ni dia dah membesar bagai Johan.. Dah cecah 4kg dah.. Lagik 3 hari dah cecah usia sebulan.. Merasala nak pi klinik cucuk Khamis ni.. Fully breastfeed.. InsyaAllah.. Nak ikut jejak kawan-kawan Mus yang berjaya BF anak sampai umur 2 tahun.. Kalau mereka berjaya, takkan Mus tak boleh kan? Tapi sungguh la orang kata.. Nak fully BF ni kena kuat semangat.. Jangan terpedaya dengan suara-suara yang tak enak nak dengaq.. Biasa.. Cabaran tuh.. Errr.. Apa lagi eh.. Ha.. Lupa nak habaq.. Nama Baby gegirl Mus ialah Alisha Bt Shafiz.. Pendek dan padat.. Hehe.. Kepala dah botaks.. Tapi rambut dah naik dah.. InsyaAllah.. Lebat balik nanti.. Nak buh gambaq tunjuk.. Tapi tu la.. Card reader ada kat opis nuh.. Ermmm.. Nanti na.. Ada sok gambaq Mus buh sini..

Nak buat pesanan pada sesapa yang tengah duk tunggu date nak bersalin tuh.. Jangan risaula.. Takdak apa yang perlu ditakutkan.. Mus bersalin tanpa sebarang ubat bius semua.. Normal delivery.. Hehe.. Kena gayanya, ikut cakap Dr. insyaAllah selamat semua.. Banyakkan membaca.. Yang paling penting, jangan sesekali terpengaruh dengan cakap-cakap negatif orang yang dah deliver.. Positif.. Positif.. Banyakkan membaca Quran.. InsyaAllah.. Allah bersama kita.. Nak tambah lagi semangat, kalau boleh En. Suami masuk sekali.. Tak takut langsung.. Rasa ada orang di sebelah bagi semangat.. Mr. Fedex sentiasa ada dengan Mus pagi petang siang malam sampai ke labor room.. Rasa tak keseorangan.. Semangat tu ada.. Lain orang lain cerita kan.. Paling penting, jangan jerit.. Sakit contraction kalau sila geget tuala.. Tak pun gengam kuat-kuat tangan En. Suami anda.. Itu petua Mus.. Makan nasi cukup2.. Ni semua penting untuk simpan tenaga.. Biaq apa orang kata.. Kalau kita rasa cara kita sesuai untuk kita, buat saja.. Mulut jangan segan tanya ngan nurse ngan Dr.. Depa baik-baik aihhh nak layan.. Jangan takut ok.. Orang yang nak bersalin ni, kita fighter ok.. Hehe.. Banyak cakap pulak no.. Ekekek.. Pas ni kita sambung cerita kraf balik.. Kena rajin-rajinkan diri.. Dah tambah sorang ni.. Kena kerja kuat.. Yeahhh..