Doily Progress

Monday, January 28, 2008

Banyak ni ja mampu dicrochet selingan itu dan ini.. Ni Mus nak share the experience.. Nak tau tak, peten ni kan dekat pineapple dia tuh kita kena crochet one by one.. Perasan tak tuh Mus baru buat dua ketul pineapple.. Mula2 masa decide nak buat peten ni tak perasan pun yang dia kena buat macam ni.. Dah naik sampai line 22 baru perasan kenapa pelik sangat line 23 sebab dia tak bersambung.. So, baru teringat nak baca instruction atas, ditulis kat situ, line 23 - working seperately.. Haha.. Amek engkau.. Setengah jam Mus duk belek macam mana nak naik dan buat pineaplle tuh asing2, sesambil tu kepala ligat ja duk fikir nak sambung ke tak.. Haha.. Tak sambung kalu maknanya mengalah so kerana hati degil kan, tuh yang renung setengah jam sebab taknak kalah plus kan Mus dah buat banyak tau, sayang ooo nak buka balik, mau nangis kuciwa.. Haha.. Ni baru stage pineapple dia, entah apa pulak la halangan masa nak sambung semua pineapple balik sebab kena potong benang then sambung kat tempat2 yg dia suruh then baru boleh jalan balik.. Fuh.. Semangat waja ni.. Ekekek.. Kita nantikan kemunculan doily ni.. Hehe..

Doily Duet In Net & Pineapple Patterns

Monday, January 21, 2008

Ni projek crochet di office.. Mengisi masa semasa breakfast time dengan lunch time.. Mula minggu lepas, baru dalam line 19, banyak lagi tak abes.. Niat tuh nak buat alas mineral pot Mak yang Mak alas dengan towel je.. Dah siap nanti baru leh terus tunjuk kat Mak, kalu Mak tahu buat untuk dia karang asek tanya ja bila nak siap.. Rasa macam kena kejar je.. Haha.. Doily ni Mus guna benang Minlon Family, actually benang ni lebihan masa buat doily tuk excen dulu.. Kaler macam ala2 cream nak ceklat rasanya.. Sekarang tengah on Projek Mega, so kat rumah menjahit gedek2 je kejanya.. Tarak crochet or cross stitch.. Sekarang ni rutin asek pi Kamdar je, belek2 peten langsir depa.. Belek tak kena duit.. Haha.. Copy idea sket.. Nanti dah siap semua baru leh tayang, sekarang preview sket dulu.. Lambat sikit le Mus menggedek mesin tuh, amatur katakan.. Macam snail.com jugak.. Haha..

Baju Kurung - 100% Completed

Wednesday, January 9, 2008

Kelmarin dulu siap baju kurung ni.. Hari tuh siap jahit badan je, then dah siap jahit kain sekali.. Jenuh mentelaah nak tahu jahit kain ni.. Dah siap rasa leganya.. siap alter kain baju kurung mak sekali.. Wah.. Macam tera.. Haha.. Sekarang tengah on projek mega.. Projek langsir satu rumah.. Sebab tingkap baru siap so nak kena buat langsir baru la.. Tengok macam simple kan tapi besaq dan berat kain.. Jenuh la jugak, renyah masa nak ukur dan pin bagai la, nak jahit laju je.. Hehe..

Tom The Mouse Framed

Tuesday, January 8, 2008

"Tom The Mouse" dah siap diframekan.. Framing oleh Uncle Roi @ Mr. Patrick dekat Sunshine Square.. Framing ni kos RM18.. Turns out dia mabeles.. Tengok gambar ni rasa macam duk kat taman munger plak.. Rasa lapang ja.. Pandai orang tuh match the kaler, Mus suka sebab nampak hidup.. Dia buat pun kemas, pendek kata memang puas hati.. Tak rugi buat.. Jom pakat2 kita berangan duk kat taman munger pagi ni.. Hehe..

"Sweet As The Rose" Pillow Cover

Monday, January 7, 2008










Woot.. Woot.. Macam lama tak menjahit pillow cover.. Ni projek hujung minggu.. Mus stitch pattern ni free from web then finished it into pillow cover.. The best part is Mus dah pandai jahit zip.. Dah pandai sembunyikan zip tuh.. This time zip dijahit di tengah cover.. This time senang pulak rasanya sebab pakai tapak zip yang beli kat Tesco hari tuh.. Ingat nak present pada someone.. Hehe.. Pas ni macam nak jahit bantal lagi satu tapi lambat skit kot sebab tengah trial and error projek langsir.. Projek Mega tuh.. Berangan besaq.. Haha..

Tom The Mouse

Friday, December 28, 2007

Mus siapkan Tom The Mouse ni semalam.. Walaupun kecik tapi amek masa juga ni, rasa macam dah 2 or 3 hari duk belek menatang ni.. Dahla atas kain 16 ct rasanya, penin la mata yang rabun ni tapi enjoy jugak.. Masa nak sort kaler tuh bermasalah la pulak, nampak semua kaler sama ja.. Hehe.. Mak Mus duk kata, "Kaler blind dah, grey ngan biru tak kenai.." Wahaha.. Apala ibu ku iteww.. Nanti nak carik frame buh Tom.. Tom ni free kit dari magazine Cross Stitch Crazy.. Dia ala2 tampal kat kertas yg dia sedia tuh then framekan.. Nanti dah siap semua baru tunjuk len.. Pas ni tatau nak mula apa pulak.. Rasa macam nak bersenang-lenang tengok tv ja tapi macam tak best la.. Haha.. Nantila tengok kita korek apa yang patut dalam gobok.. Hehe..

Botol Jem

Thursday, December 27, 2007

Mus crochet satu piece pattern macam CPU Cover tuh semalam.. Balik then iron lawa2 then susup kan reben kat keliling lubang yang hujung sekali sebab kalu susup lubang atas tak muat.. Then ikatkan pada botol jem.. Walla.. Ni la hasilnya, botol jem berwajah baru.. Fit nicely.. Cantik kan? Wah.. Perasan.. Botol jem yang tak lawa sekarang dah comel.. Mus letakkan reben yang dibeli by meter punya.. Memang duk fikir efisen way nak simpan reben ni, then teringat cara ni.. So sekarang tak serabut dah.. Suka betui semalam.. Pasni, jangan kita buang botol jem ni lagi.. Cantik bila dah deko dia macam ni.. Nampak sweet.. Cubala.. Leh buat buh button, manik, jarum dan macam2 lagik small things la.. Recycle..

Baby Daisy Siap!

Wednesday, December 26, 2007

Jangan ketawa.. Ketawa jangan bunyi.. Ketawa dalam perut semua.. Make sure tak bunyi kalu ketawa.. Baby Daisy Mus dah siap kat tangan, kat leher tuh merapu tak hengat.. Saja boring jait selagu, kasik dua lagu tuh jadik lagu tuh.. Hehe.. Mementang kain test, test macam2.. Sok2 nak test apa lagi pun tatau.. Rasa macam nak berehat sebentar.. Walalala..

Crochet Sedondon

Lamanya Mus cuti.. Hehe.. Tak efisen pun cuti ni.. Hampesh.. Hari tuh Mus kata nak tunjuk sedondon nyer alas tuk komputer yang Mus buat tuh.. Ni dia.. Tarak projek baru lak buat sementara waktu.. Layan blues yang TERlebih blues.. Komputer ni sat nak kena bawak masuk hospital.. Haha.. Cuci otak..

Siap!

Wednesday, December 19, 2007

Walalala.. Gembiranya.. Terasa lapang.. Hehe.. Baru siap ni alas CPU Mus.. Balik rumah nanti iron ngan basuh.. Then dah lawa nanti kita posing sedondon na.. Leganya rasa.. Esok mula cuti, dah atur banyak agenda nak bergerak aktif nih.. Guna masa sebaik mungkin.. Aiyarks.. Tatau leh efisen ke tak cuti2 ni.. Tinggal projek baju kurung je nak kena siapkan ni, pas tuh leh mula projek baru lagi.. Wah.. Projek baru, tatau nak asah bakat skill apa lagik eh.. Haha.. Sebelum terlambat dan terlupa, "Selamat Hari Raya Aidil Adha", "Merry Christmas" and "Happy Holiday"..