Customized Romper - Husna

Friday, April 29, 2011

As-Salam..


Selamat hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Aminnn.. Masih lagi berlegar-legar cerita customized romper baby.. This time untuk Kak Balqis.. Katanya nak hadiahkan untuk cucu menakan yang bari saja menjengah dunia ini.. Untung sungguh na.. Tok menakan bagi hadiah very the vogue the vass.. Request dari Kak Balqis sendiri, nak kaler-maler seceria pagi Jumaat ni.. Kalau dapat kaler yang terang-benderang fluorescent lagi bagus.. So, Mus pun carila kaler terang-terang kasik match.. Lawa no.. Nampak ceria sangat.. Masa jahit pun seronok aihhh.. Colourful habes.. Harap Kak Balqis suka amat-amat la.. Plus si kecik tu juga ceria bila memakainya.. Esok Sabtu dah.. Happy holsss kengkawan.. Hugsss..

Air Mata Wanita

Thursday, April 28, 2011

CERITA SI AIR MATA IBU


Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak." "Saya tidak mengerti ibu," kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…".

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?" "Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab. "Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."

Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar jawapannya:

"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.

"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."


DISEBALIK AIR MATA WANITA

Dalam Islam, menangis merupakan salah satu bentuk pengakuan terhadap kebenaran. Dalam Al Quran dikatakan bahwa “Dan apabila mereka mendengar apa yang diturunkan kepada Rasul (Muhammad), kamu lihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran (Al Quran) yang telah mereka ketahui (dari kitab-kitab mereka sendiri); seraya berkata, ‘Ya Tuhan kami, kami telah beriman, maka catatlah kami bersama orang-orang yang menjadi saksi (atas kebenaran Al Quran dan kenabian Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam). (QS. Al-Maidah ayat 83).

Rasulullah saw dan para sahabat benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka. Kelembutan hati mengantarkan mereka kepada derajat tertinggi sebagai hamba Allah Subhanahu Wata’ala. Suatu ketika Abdullah bin Umar berjalan di hadapan sebuah rumah yang penghuninya sedang membaca Al Quran. Ketika sampai pada ayat Al Quran yang tafsirnya,” …(yaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?” (Al-Muthaffifiin ayat 6), pada masa itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya seakan-akan sedang menghadap Tuhannya. Kemudian beliau menangis. Abu Bakar digelari oleh putrinya Ummul Mukminin Aisyah RA sebagai Rojulun Hakiy (orang yang senantiasa menangis). Beliau sangat sering menangis, dadanya bergolak ketika shalat bersama rasulullah karena mendengar ayat-ayat Al Quran. Begitulah para sahabat dan pengikut Nabi banyak mencucurkan air mata karena meyakini kebenaran yang dibawa Rasulullah saw.

Menangis akan sulit jika hati dalam keadaan tidak peka. Tak mudah menemukan air mata, ketika berdoa sendirian bila hati tidak lembut. Pada masa ketika kehidupan diliputi gemerlap dunia, seorang mukmin harus senantiaa menjaga diri dan hatinya. Menjaga kelembutan dan kepekaan jiwanya.Menangis merupakan hal positif jika merupakan refleksi dari kesadaran. Sadar akan kelemahan-kelemahan dirinya ketika tiada lagi yang sanggup menolongnya melainkan hanya Allah. Sadar bahwa hanya Allahlah tempat bergantung. Kesadaran yang menimbulkan kerendahan hati dan membawa manfaat dunia dan akhirat. Di antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan pada hari di mana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabb-nya dalam kesendirian kemudian dia meneteskan air mata. Air mata juga bisa menjadi penawar duka, ketika rasa sedih menyempitkan perasaan dan menyesakkan dada. Namun, setetes air mata kerana takut pada Allah akan jauh memiliki keindahan.

Penghuni surga ialah mereka yang sering menangis di dunia karena Allah. Manusia senantiasa berada dalam dua tangisan yaitu tangisan karena Allah dan tangisan bukan karena Allah. Tangisan pertama adalah tangisan yang disukai Allah, sedangkan yang kedua meski dapat mengurangi beban perasaan namun tidak bernilai ibadah. Wahai para wanita, menangislah seperti Saidina Umar yang selalu berkata pada dirinya sendiri,”Jika kiranya semua manusia ke dalam surga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu.” Menangislah di kala membaca Al Quran, menagislah di kala berdoa di sepertiga malam terakhir, tangisilah kekurangan dan kelemahan diri.

Petikan dari: Dunia Senyuman

Sandwich Roll

As-Salam..


Menghitung hari.. Khamis all.. Cepat-cepat.. Hujung minggu lepas, Mus buat sandwich roll berinti sardin.. Lama Mus tak cerita pasai sandwich roll ni kan? Selalu juga buat.. Tapi lupa nak snap gambaq la.. Macam dah lama tak cerita bab makan-makan kan? Hehe.. Sandwich roll kali ni berinti sardin.. Inti sardin tuh dimasak dulu baru roll kan dia.. Baru sehdappppp.. Buat sempena besday budak kecik nan seorang tuh.. Ada buat kek coklat juga.. Tapi lupa la nak tangkap gambaq kek coklat.. Then beli ice pop juga.. Dulu masa Mus kecik-kecik, ice pop ni glamer kan? Tapi budak-budak sekarang dah tak makan ais pop ni kot.. Nak buka gigit hujung pun tak pandai.. Apatah nak kepak dia.. Keh.. Keh.. Tengok sandwich roll ni lapaqnya perutsss.. Huhu.. Tetambah lepas pump susu, lagi la lapaqqqqq.. Nak pi makan.. Nak pi makan.. Selamat leleh air lioq semua.. Keh.. Keh.. Hugsss..

Lagi Burung Twitter

Wednesday, April 27, 2011

As-Salam..


Sekejap masa berjalan kan? Pejam celik.. Pejam celik.. Dah hari Rabu pun.. Haishhh.. Kenapa masa jalan pantas sangat ni? Tak sempat nak kejar saja rasanya.. Huhu.. Ok la.. Ni masih lagi berlegar kisah burung twitter.. That day kan cerita 7 ekor.. Ini adalah baki lagi another 3 ekor.. Habes.. Lega rasa satu benda dah siap.. Ado lagi ni.. Keh.. Keh.. Malam ni kena runner pantas buat customized felt romper.. Untuk newborn yang lahir minggu lepas rasanya.. Macam biasa.. Dah siap nanti kita jaja di sini.. Ado lagi dua tiga benda dalam list.. Pengsan!!! Huhu.. Until then.. Hugsss everyone..

Ripple Cover

Tuesday, April 26, 2011

As-Salam..


Hari tuh kan kata nak cerita macam-macam.. Bi la salah satunya.. Kah.. Kah.. Gelak hebat dulu.. Sebab apa.. Sebab peram.. Dah lama ni.. Aktiviti dalam pantang ni.. Boleh? Mus kait ripple cover ni untuk fridge, rak dan oven Mus.. Kalau sesiapa pengait tegar mesti perasan.. Ni la pattern untuk ripple afghan kan? Mus xbuat afghan, buat alas.. Wahhh.. Memandai eh.. Memang mencari pattern yang rapat-rapat gini nak buat alas.. Masa dalam pantang, bila Alisha lena.. Mula la tangan ni macam-macam menggodeknya.. Ala.. Duduk atas katil, tatau nak buat apa.. Apa lagi, kaitla aktiviti yang paling santai sekali.. Seronok sungguh duk mengait.. Ralit pulak tuh.. Pas ni ada masa kalau nak sambung kait alas lain pulak.. Berangan je lebih ni.. Hehe.. Owh.. Masa lam hujung-hujung pantang Mus ada sambung hexy blanket Mus.. Dah besaq godang sikit.. Ada masa nanti Mus snap sikit gambaq kasik tonton dan bakaq geng-geng hexy sekalian.. Ekekek.. Niat tuh tak baik eh? Mana ada.. Saja kasik booster ja.. Muahahaha..

Burung Twitter

Monday, April 25, 2011

As-Salam..


Today Isnin kengkawan.. Ahaksss.. Letih la rasa today.. Haishhh.. Tak leh diikutkan sangat hati ni no.. Menjadi-jadi aihhh letih.. Tapi sungguh la.. Letih.. Nak hidup baru.. Hu.. Hu.. Hujung minggu lepas, Mus siapkan keychain burung twitter ni.. Order 7 ketul.. 4 dah siap.. Tinggal 3 jer lagik.. Esok boleh siap dah.. Sambung nak jahit beg pulak.. Rezeki.. Rezeki.. Kawan-kawan semua diam ja noh.. Hibernate sakan semua orang.. Sunyi sepi.. Pi.. Pi.. Ahaksss.. Mus duk teringat eskrem la.. Haha.. Tetengahari ni dapat makan eskrem sedap nih.. Ok la.. Nak pi sambung isi borang.. Hugsss everyone..

Jaden's

Friday, April 22, 2011

As-Salam..


Tadi Mus duk browse post-post lama.. Ishhh.. Dulu rajin no Mus update.. Macam-macam benda Mus cerita.. Kenapa sekarang Mus kena tapis apa nak cerita.. Takut nanti ada orang kata itu ini kah? Kenapa jadi macam tu? Ishhh.. Sonokla rasa hidup yang dulu.. Zaman berubah.. Kita tak sedar kan.. Selari kita juga dah berubah.. Haishhh.. Macam mana nak bangkitkan kegembiraan perasaan dulu.. Seronoknya.. Dulu rasa sangat enjoy.. But nowadays.. Become stresssss.. Uwaaaaa..

Ok la.. Sebelum bertambah kememeh.. Kita buka topik lain.. Semalam buat trial door gift untuk bithday party Jaden yang akan datang.. Jaden ni adalah anak kepada ex-colleague Mus.. Ni hanya trial saja.. Sample.. Nombor satu tuh besaq sangatla rasanya.. Dah minta kecikkan muka Jaden, kita try buat kecik sikit.. If proceed.. Boleh pikiaq lain pulak.. Today Jumaat.. Esok cuti.. Yeahhhhh.. Happy holsss buddies.. Hugsss..

Customized Romper - Zaheen

Monday, April 18, 2011

As-Salam..


Hari ni semua orang moody Monday ker? Hehe.. Jangan gitu eh.. Isnin permulaan minggu, kasik ceria.. Mai layan gambaq another romper Mus make over.. Asal plain ada dinasour tuh saja.. Ini romper milik Eusoff Zaheen.. Zaheen dah 8 bulan.. Comel.. Comel.. Customized benda gini rasa seronok juga.. Jahit pelan-pelan.. Siap kalau syiok duk belek-belek.. Felt ni Mus jahit semuanya.. So, memang kukuh la.. For sure lawa.. Dijamin!!! Ekekek.. Ada sesapa yang berminat lagi kah? Seronok pulak.. Next!!! Kah.. Kah..

Blue Baby Stroller

Wednesday, April 13, 2011

As-Salam..


Lama betul nak amek mood nak menulis.. Buka dashboard dah lama.. Peram! Hehe.. Apa ke malas ni ha? Today Mus nak cerita tentang felt craft lagi.. Semalam buat blue baby stroller.. Ada seorang ni minta contoh.. Nak buat untuk besday anak dia.. Anak lelaki.. Baby stroller ni cute kalau nak buat untuk majlis kekah ke, kan? Kalau chinese, full moon ker.. Untuk baby shower lagik la nice, kan? Chomel la sgt.. Sendiri tengok pun tension.. Actually, apa-apa saja yang ada kaitan dengan baby memangla chomel kan? Geram! Geram! Rasa nak penyet-penyet.. Kalau-kalau ada sesiapa yang berkenan jugak, email Mus eh.. Banyak medium pengantaraan ni.. Ok la.. Esok nak cuti.. Yeehaa.. Hugsss..

Make Over Romper Alisha

Monday, April 11, 2011

As-Salam.. Monday bluesssss..

Kenapa asal Isnin jer ada blues eh? Sebab mandom eh semua orang? Haha.. Today nak cerita aktiviti hari Jumaat.. Balik kerja gedebuk-gedebak.. Habes settle kerja semua.. Alisha pun dah lena, Mus mula aktiviti.. Habeskan apa yang belum habes yang ada dalam raga tuh.. Potong felt dah lama ni.. Cuma tinggal tak jahit saja.. So, malam tuh kuat semangat la.. Kasik jahit.. Siap almost dah tengah malam.. Alisha dan Mr. Fedex dah lama berkeroh tepi Mus.. Alisha tu kalau lena atas katil malam-malam Mus mau ada tepi.. Tak peluk dia takpa.. Tapi asal ada bau kot.. Dak kalau dia pusing kiri kanan buka mata cari.. Pandai eh bebudak ni.. Ajaib.. Ajaib.. Dah siap tu, esok pagi semangat aihhh.. Kita kasik pakai.. Siap duk habaq kat Alisha yang Mus buat kat dia.. Haha.. Keciwi betul! Romper Alisha ni kaler kuning plain saja.. Tuh kasik comel-comel sikit.. Saja carik pasai kan? Alisha genap 3 bulan interprem baju yang baru make over siap bertepung muka Ami dia ni lumuq bedak.. Boleh goreng! Ekekek..

Sarung Bantal Kak Reen

Friday, April 8, 2011

As-Salam..


Entah apa nak cerita eh.. Ada jer cerita.. Tapi malas nak upload gambaq.. Haha.. Malas!!! Tuh.. Huduh perangai.. Ni tengok-tengok dalam folder ni, ada gambar sarung bantal yang Mus buat untuk Kak Reen ni.. Kasik pamer.. Penat tangkap gambaq.. Sebenaqnya.. Ni projek sebelum deliver.. Masa masa-masa akhir nak deliver tuh Kak Reen minta jahitkan 4 keping sarung bantal besaq tuh.. Nak dijadikan cerita.. Masa siap sarung bantal ni.. Ingat masih ada masa.. So, takpa.. Nanti baru mus pos.. Tup.. Tup.. Tak dan aihhh.. Nak TERberanak dah.. Terus lepas pantang baru posla.. Kemain eh peram sarung bantal ni.. Sorila na Kak Reen.. Peram barang Kak Reen.. Nanti Mus tunjuk projek Mus dalam pantang juga.. Ada nampak satu gambaq ni.. Hehe.. Nanti kasik cerita.. Happy holsss everyone.. Hugsss..

Reversible Bag

Wednesday, April 6, 2011

As-Salam.. Happy Wednesday..

Ramai orang duk tanya-tanya.. Mus dah tak menjahit ke? Hehe.. Jangan risau.. Ado ni.. Jahit sedia ada.. Tapi tak terposting kat blog ni.. Ecewahhh.. Macam Mus ni busy sangat eh.. Busy body adala.. Ahaksss.. Yang terbaru projek Mus jahit reversible bag ni.. Order dari Kak Ratna.. Heavy cotton bunga-bunga, gandingan cotton biasa merah.. Tambah pulak rose bouquet ada merah terang.. Perghhh.. Bangkit kan? Hah.. Perahsan sendiri! Rasa macam ceria semacam je bawa beg ni.. Dalam boleh letak macam-macam.. Boleh buat beg telekung untuk Muslim.. Boleh juga buat beg pergi kerja hari-hari.. Shopping beg juga amat sesuai.. Bergaya habes ok.. Memang nice sangat.. Dijamin kualiti yang kemas.. Cehhh.. Promote.. Pada sesapa yang nak order reversible beg ni.. Contact Mus na.. Jangan malu-malu.. Pilihan kain banyak ada.. Lawa-lawa.. Selawa tuan yang buat beg ni juga.. Haha.. Ini sudah melampau.. Lariksssssss..

Kronologi Kelahiran Alisha

Saturday, April 2, 2011

As-Salam..


Today kita jumpa lagi.. Hehe.. Rajin terlebih.. Tak abes-abes lagi cerita bab Alisha eh.. Biasala.. Macam kita beli kereta baru.. Jakun sikit.. Hari-hari nak gilap.. Hari-hari nak belek.. Ekekek.. Mus ni orang yang jenis emosi sikit kot.. Apa-apa pun suka simpan buat kenangan.. Huhu.. Suka lagi cuci gambar masuk album dari simpan dalam cd.. Retro betulkan? Orang lain xhingin dah pun buat.. Mus sorang jer yang album bertimbun-timbun.. Sekarang ni pi supermarket nak beli album pun dah kurang.. Pakat-pakat tak jual ker? Haishhh.. Melalut dah.. Sori-sori.. Ni Mus buat untuk Alisha.. Dari mula Alisha lahir hingga apa kejadian yang jadi.. Hadiah apa serta siapa beri.. Semua ada.. Kronologi kelahiran Alisha juga lengkap Mus tulis.. Dengan niat, moga suatu hari Alisha dapat baca perjuangan Mus.. Serta moga Alisha juga dapat semangat dari tulisan Mus.. Mana la tau kan.. Ajal maut di tangan Allah.. Pendek ke umur.. Panjang ke.. Belum tentu.. At least, ada buah tangan Mus untuk Alisha membesar.. Mus mengharapkan Alisha membesar sihat, cergas dan cerdas.. Serta sangat pandai jaga diri seperti mana Alisha behave duduk dalam perut Ami ni.. Alisha sangat memberi kerjasama semasa dalam kandungan.. Alhamdulillah.. Ramai komen kata Mus buang masa.. Ya ka? Takpala.. Mus suka hidup dalam dunia Mus yang Mus paham sendiri.. Bukan semua orang boleh terima pandangan dan fahaman kita kan? So, buat apa kita nak kecoh-kecoh bagi orang paham.. Belajar dari kesilapan lepas.. Masing-masing ada dunia masing-masing.. Warnai dunia anda sendiri.. Walau Alisha takda rupa Mus.. Biarla at least Alisha ikut jejak dunia kraf Mus.. Kan? Dak kalau, mana Ami nak lempaq barang-barang kraf Ami yang banyak tuh Alisha? Pengsan kalau tengok!!! Harta pusaka ok.. Wakakakak..

My BF Journey - Stok Bulan Mac 2011

Friday, April 1, 2011

As-salam..


Semalam Mus janji jumpa hari ni kan? Ekekek.. So, hari ni kita jumpa lagi.. Ngengada eh.. Pang!!! Nak cerita menda lain sebenaqnya.. Tapi kita upkan cerita susu yang tak berkesudahan ni.. Suka hati tengok bekalan banyak.. Tapi tak muat tempat nak simpan pula.. Jika slow down kan pump susu, risau susu makin berkurangan.. Dilema betul.. Gambar menunjukkan baki hasil perahan selepas mus simpan stok yang fresh untuk Alisha pada esok hari.. Setiap hari Alisha akan minum 20oz pada siang hari waktu Mus kerja.. Malam hari dia gunggung direct jer dari Ami nya ni.. Estimate sehari paling kurang Mus dapat pam sehingga 40oz.. Makna kata Mus pam untuk 2 hari bekalan Alisha.. Huhu.. Alhamdulillah.. Rezeki masih berpanjangan.. Dan harap berkekalan sehingga umur Alisha 2 tahun.. Minggu depan akan genap Alisha 3 bulan.. Alisha makin sihat, cergas dan cerdas.. Cepat masa berlalu.. Harapan Mus moga rezeki berpanjangan.. Aminnn..