Projek Mega!!! A Set Of Cardigan + Hat

Friday, October 29, 2010

As-Salam.. Happy Friday..


Semalam Mus cerita pasai cardigan.. Today Mus cerita pasai set dia pulak.. Mus buat topi ni pas abes buat cardigan ni.. Bagi ada set.. Baru ngam pakai cardigan ngan topi pom-pom kalau keluaq malam.. Kan? Ececeh.. Berangan! Haha.. Cute dak topi tuh? Actually cardigan ni pun Mus nak crochet something buh kat tepi baju.. Atau crochet pengikat pom pom kat tgh baju.. Tatau macam mana lagi.. Tak decide lagik.. Tapi kalau ikut pattern dia, memang kosong gini.. Buat topi ni sehari ja amek masa.. Nampak benau excited kan? Ahaksss.. Syiok ok.. Excited pulak nak tunggu Baby ni.. Ekekek.. Nanti dah ada model, bolehla kita melaram.. Hiahahaha.. Berangan lagik! Mus sekarang ni tak abes-abes berangan.. Macam-macam.. Petang ni confirm nak singgah kedai benang.. Nak ushar apa yang patots.. Dengaq kata ada orang nak belanja benang sepapan.. Owh.. Tapi.. Sesambil tuh.. Mus dah potong kain putih.. Dah jahit hexy sikit-sikit.. Semalam dah sambung sikit dah.. Nanti dah besaq skit, Mus tunjuk progress.. Happy hols kawan-kawan.. Hugsss..

Projek Mega!!! Siap!!!

Thursday, October 28, 2010

As-Salam..


Lama tak update blog no.. Bukan apa.. Tertinggai kamera kat umah mentua.. Tuh nak update takdak gambaq bukti macam tak berapa nak best pulak.. Tuh yang delay lama tuh.. Ni la projek mega yang Mus gembar-gemburkan tuh.. Siap lama dah ni.. Hebat ok.. Tak pernah pulak siap projek crochet mega jenis gini-gini.. Ni semua penangan Cik Seri yang hebat meracun itewww.. Akhirnya.. Bila racun TERserap.. Hasilnya cardigan baby yang comel itewww.. Ahaksss.. Comel dak? Lantak.. Orang tak puji, sendiri puji sendiri.. Muahahaha.. Ni ada set dia ni.. Nanti esok pulak Mus tunjuk set dia.. Set dia pun siap dah.. La ni tengah berangan nak beli benang baru.. Nak buat projek lain pulak.. Nak CAL ngan Cik Seri itewww.. Entah jadi ke tak.. Ekekek.. Berangan ja lebih selalunya.. Ahaksss.. Ahaksss..

Projek Mega!!!

Friday, October 22, 2010

As-Salam.. Happy Friday..


Agak-agak Mus tengah crochet apa? Ahaksss.. Gatai owh nak suh orang teka-teka.. Nanti siap baru Mus tunjuk ok.. Sat kalau habaq sungguh-sungguh tak jalan kerja pulak.. Macam tatau.. Mus kan cepat TERpengaruh.. Nih pun Cik Seri punya penangan la jugak ni.. Ni kira projek start selepas siap tawashi rose tuh.. Masa tuh tak pi beli kain putih lagik.. Tatau nak belek apa, tuh yang buat Projek Mega ni.. Tak la Mega sangat pun.. Tapi bagi Mus agak Mega la.. Pasai tak pernah try.. Ni saja nak test skill hak berkarat dah ni.. Ekekek.. Nanti minggu depan kita tengok apa jadik.. Kalau tak siap, makna jadik UFO.. Eh.. Tapi jangan memain.. Benang dah beli stand by sampai 3 bijik.. Tak jadik kalau sah Mr. Fedex jeling.. Muahahaha.. Minggu depan Mus update progress ok.. Harap-harap jadik something daripada jadik nothing.. Haha.. Ok la.. Mus sat lagi nak attend akad nikah BFF Mr. Fedex.. Happy hols everyone.. Hugsss..

Rose Tawashi

Thursday, October 21, 2010

As-Salam..


Semalam dalam keta, sesambil tunggu Mr. Fedex abes kerja.. Mus pintal-pintal benang buat rose tawashi ni.. Ni semua gara-gara terpengaruh ngan Cik Seri itewww yang suka pada tawashi.. Tapi tawashi depa dari benang Jepun besaq hak glamer tuh.. Tawashi Mus pakai benang Nona saja.. Ahaksss.. Nak jugak.. Disebabkan selembar benang Nona kecik sangat, so Mus gabungkan dua lembar.. Jadik besaq dan gebu.. Some more, sekarang ni Mus dah belajaq ngan Cik Seri itewww menggunakan jarum gauge besaq.. Wah.. Lebih mudah kait dan lawa hasil kaitan rupanya.. Patutla tengok web omputih nuh depa semua pakat pakai jarum gauge besaq.. Elok rupanya hasil kaitan.. Rose tawashi ni chart dia dalam bahasa Jepun.. Berkat menuntut ngan Cik Seri itewww juga ditambah dengan kecekapan suka hati kait ikut hati sendiri, maka jadila jugak rose tawashi ni.. Cara dia sama dengan buat spiral epal tuh saja.. Ok la.. Pas ni apa pulak Cik Seri? Fish cracker? Ekekekek.. Merepek sungguh Mus ni..

Apple Slice Tawashi Scrubber

Wednesday, October 20, 2010

Ahak.. Ahak.. Ni la jadik kalau terpengaruh.. Sempat siap masa lunch tadi sesambil sembang ngan kawan sebelah yang datang bertandang.. Syiok sungguh la.. Cik Seri punya angkara.. Haha.. Pandai sungguh influence di masa-masa kecederaan.. Esok tatau nak buat apa lagik.. Tapi dah ada list.. Habes la.. Boleh pengsan kalau perangai excited ni bertandang.. Tapi harap-harap petang ni dapat singgah Kamdar beli kain putih.. Itu masih menjadi misi utama.. Takleh lupa daratan ni.. Ok la.. Sekali nak beli benangla petang ni.. Muahahahaha..

Spiral Apple Tawashi Scrubber

As-Salam..


Dah Rabu kan today? Uh.. Syiok.. Syiok.. Hari ni kita cerita pasal Tawashi ni pulak.. Ni semua gara-gara Cik Seri itewww yang telah mempengaruhi Mus.. Ahaksss.. Nak juga salahkan orang.. Dushhh.. Dushhh.. Projek blanket Mus kan tergendala sebab kain putih habes kan.. Sementara nak pi beli dan buat, tu yang merapu duk buat menda lain sampingan.. Kalau tangan ni tak jalan, sat masa rehat lunch mata asyik nak tutup saja.. Ish.. Takleh la lena.. Rimas aih kalau selalu.. Jenguk blog Cik Seri terpikat ngan Tawashi ni.. Kecik dan mudah saja.. Dah lama Mus tak crochet, kena asah balik skill.. Huhu.. Sesambil tu, bawakla benang godekla.. Jadikla epal ni.. Since benang crochet pun dah out of stock.. Ini saja kaler yang ada.. Ahaksss.. Ada can beli benang baru no.. Alasan! Epal Scrubber ni besaq tapak tangan saja.. Lawak sungguh.. Mr. Fedex kata muat untuk scrub baby sajala.. Haha.. Ala.. Saja isi masa lunch saja ni.. Pas ni nak buat apa tatau.. Duk tunggu Mr. Fedex tu nak pi beli kain ni.. Tengok hak Kak Shima punya progress dah besaq dan lawa.. Huhu.. Takleh jadik.. Kena pantas!!!

"Hexy Blanket" - Progress Sehingga 17 Oktober 2010

Tuesday, October 19, 2010

As-Salam..


Berhari tak update.. Takdak citer baru.. Huhu.. Hari ni nak citer pasai Hexy Blanket Mus.. Progress dalam gambar di atas adalah setakat Ahad lepas, 17 Oktober 2010.. Sekarang ni tergendala pulak pasai kain putih dah out of stock.. Nak kena beli baru.. Nak kena cepat beli ni, sat enjin sejuk, susah.. Dalam sikit-sikit sambung lama-lama tengok besaq dah kan.. Syiok juga sambung-sambung dia.. Relaks saja.. Rasa semangat sikit.. Once dah beli kain putih, mesti kena cepat-cepat potong ni.. Kang semangat pudar, jenuh.. Nanti ada progress lagi, Mus update lain na.. Kawan-kawan Hexy hak lain buat apa ngan bunga-bunga ni semua? Mesti masing-masing ada projek ni.. Tuh pepakat diam eh.. Ekekek..

Kutu BOM 2010

Wednesday, October 13, 2010

As-Salam.. Selamat Petang..


Today excited nak cakap pasal kutu BOM 2010 pulak.. Lama dah Mus tinggalkan benda ni.. Tak boleh jadik.. Nak kena mula semula.. Ikut perancangan akan habes hujung tahun kan? So, Mus masih ada masa.. Kena langsaikan semua hutang-hutang BOM yang tergendala sejak duk hibernate hari tuh sebelum Mus deliver.. Risau aih.. Harap-harap Mus sempat siapkan semua.. Mus dah mula potong kain semalam untuk bulan yang ke-3 iaitu giliran Ahkak Naiz.. Malam ni akan sambung lagi untuk giliran yang seterusnya.. Then, siap semua baru nak jahit.. Sekali pos semua orang.. Nanti Mus nak update yang mana Mus dah terima.. Harap dapat close la BOM 2010 ni sebelum hujung tahun ni.. Baru lega hati ni nak pi duk ngan Baby.. Ahaksss.. Doa-doa kan la semangat Mus ni berterusan na.. At least, satu malam potong satu part.. Siap juga kan by end of the month.. Harap-harap.. Yang mana tertunggu-tunggu daripada Mus tuh, Mus minta maaf sebab hibernate lama sangat no.. Tengah semangat waja ni.. Muahaha..

"Hexy Blanket" - Kerja-Kerja Penyambungan

Tuesday, October 12, 2010

As-Salam..


Tajuk macam kerja-kerja JKR pulak.. Hehe.. Ok.. Sesiapa ingat lagi tak dulu Mus ada main kutu Hexy ni dengan kawan-kawan blog? Ngengada nak suruh orang ingat eh.. Lempang mau Mus? Ahaksss.. Di tangan Mus ada 90 keping bunga "Hexy The Sexy" itewww.. Tak cukup lagi 10 keping sebenaqnya.. Tapi takpa.. Halal.. 90 keping ni pun banyak owh.. Bebaru ni, dua tiga hari lepas la.. Rasa macam dah abes zaman duk bawah selimutkan.. So, pi la godek gobok hak berabuk bersawang tuh.. Bukak drawer first nampak bunga-bunga yang menawan ni.. Apa lagi.. Bawak keluaq.. Bedak-bedak.. Potong kain putih.. Jahit-jahit apa yang patut.. Pastu sambung-sambungla.. Setakat pagi semalam, 11 Oktober 2010 itula perkembangannya.. Terkini kalau, dah bukak dah kertas tengah tuh dan dah besaq dah sikit kerja-kerja penyambungan.. Sonok pulak rasa.. Sambil bed rest, sambil tangan jahit-jahit.. Hampaq atas perut.. Ekekek.. Meja segera.. Jimat no.. Betul kan KD macam ni Mus buat? Mus ni berangan nak jadik lagu KD nuh.. Cepat sungguh siap.. Takda langsung mak nenek UFO bagai.. Takpa.. Nak masuk rumah baru ni.. Semangat baru nak siapkan blanket ni untuk bilik baru nanti.. Doa-doa Mus berjaya la no.. Harap esok-esok baby rajin macam Mak dia yang perahsan ni ha.. Muahahaha..

I Am Officially 7 Months Pregnant!!!

Monday, October 11, 2010

As-Salam..


Mula-mula kena gelak dulu.. Laugh Out Loud!!! Muahahaha.. Lama no Mus pi hibernate.. Semunyik bawah selimut.. Ahaksss.. Minta maaf bebanyak pada semua yang Mus BERhutang ke, TERhutang ke, TER apa-apa lagi la.. Berbulan-bulan no duk diam sorang-sorang.. Minta maaf la na.. Tak sengaja.. Rahsia hibernate adalah seperti tajuk di atas.. Rahsia kebenda ntah.. Merepek je lebih.. Sekarang ni dah ok.. Sehat walafiat ni.. Alhamdulillah.. Rezeki.. Akhirnya.. Berkat doa-doa orang sekeliling kan.. Terima kasih banyak-banyak na sama ada secara langsung atau tidak.. Pas ni Mus ada kat blog ni ha.. Cari la di tempat biasa.. Ada sapa-sapa rindu dak? Ahaksss.. Perahsan! Mus rindu pada semua.. Lama tak kepo-kepo kan.. Nanti kita kepo semula ok.. Miss you ALL.. Hugsss..