Polka Dots Diaper Bag

Tuesday, July 26, 2011

As-Salam..


Semalam Mus cuba-cuba buat diaper beg ni.. Tak pernah cuba lagi peten ni.. Sangat suka peten ni.. Comel sangat.. Peten gini, tali dia panjang bebenor sebab wrap satu beg tuh.. Lagu mana nak cerita tatau.. Takpa.. Esok-esok siap Mus tunjuk gambaq penuh.. Tinggai nak sambung saja.. Malam ni insyaAllah kalau tak terbabas lena ngan Alisha, siapla beg ni.. Haha.. Kalau idak, sambung esok malam pulak la na.. Mus jahitkan stroller baby guna felt di poket depan.. Comel tak? Actually nak buat kain pink.. Tapi dah habes.. Yang tinggai cuma kain biru ni.. Biru pun biru la.. Seimbangkan dengan stroller pink ni.. Sebab baby girl kan.. Kain adalah kepunyaan tuan badan.. Mus upah jahit saja.. Doa-doa malam ni siap na.. Ok la.. Until then.. Hugsss..

Bunga Penanggah

Wednesday, July 20, 2011

As-Salam..

Lepas update depa diam pulak na.. Haha.. Ok.. Ok.. Takmo malas-malas.. Mus benaqnya banyak WIP.. Dulu rajin na update WIP ni semua.. La ni awat tatau, asyik cerita barang hak siap ja.. Makin lama makin tak kreatif dah kat blog ni.. Dah tua ka? Haha.. Ok.. Sekarang ni Mus duk buat bunga penanggah ni.. Sempena kenduri adik ipaq yang bakal berlangsung bulan 11 ni.. Buat simple-simple ja ikut pada apa material yang depa bagi saja.. Awat bunga penanggah kena guna duit seringgit? Takdak duit tak boleh ka? Fesyen kot no.. Macam-macam jenis ada.. Dari semurah-murah hingga ke semahal-mahal.. Macam-macam jenis zaman la ni.. Makin lama makin komplikated.. Pening juga.. Dah siap dah semua riben semua.. La ni tinggai nak kumpul-kumpul duit seringgit nak lipat ja, pas tu assemble siap.. Mudah ja.. Kalau ada kemahuan, sapa-sapa pun boleh buat.. Kalau takdak, payah la jugak.. Abaikan background surat khabaq yang buat lapik laci tuh na.. Tak senonoh betui.. Haha.. Tangkap gambaq baru perasan selama ni surat khabaq tu gambaq apa.. Kah.. Kah.. Okla.. Kita jumpa lagi esok.. Mudah-mudahan Mus ni rajin lagi.. Hugsss..

Perihal Booth

Thursday, July 14, 2011

As-Salam..


Today Mus nak cerita perihal booth yang Mus buka hari Sabtu yang lepas.. Barang Mus tak la meriah mana pun sebab banyak yang tak sempat nak siap pun.. Tak cukup masa pun.. Mana yang ada saja la.. First try.. At least, experience kan.. Memang saja nak try.. Nak test market.. Alhamdulillah.. Jualan bagus.. Mus share booth dengan seorang kawan.. Dengan Hany.. Hany jual dress budak perempuan.. Memang jahit sendiri dress.. Bukan yang ready made kilang buat.. Ada macam-macam jenis.. Ada yang biasa.. Ada yang smocking.. Lawa sangatla.. After all, dah petang tuh memang penat la.. Nak pengsan rasa cuaca panas.. Tapi sukala.. Puas hati.. Next time dah tahu apa yang perlu, apa yang tak perlu.. Ada next time ka? Hehe.. Mana tau.. Kalau ada lobang lagi, boleh share dengan Hany booth lagi.. Layan gambaq sekitar hari tuh.. Tengok-tengok lupa tangkap gambaq dress Hany yang penuh dia penyangkut tu.. Gambaq-gambaq ni adalah gambaq di awal-awal Mus sampai set up booth.. Lepas tu, ramai orang dah.. Apa pun tak dan.. Bestla.. Moga-moga ada rezeki di lain kali.. Mudah-mudahan..

Clutch Bag

Wednesday, July 13, 2011

As-Salam..


Benaqnya menyepi sebelum ni bukan pasai apa.. Duk buat barang nak letak kat booth.. Tu dia.. Sakan.. Depa pun teringin nak test market bukak booth.. Alhamdulillah.. Bisnes ok.. Laku.. Hehe.. Antara yang menjadi bahan jualan di hari tu adalah clutch bag ni.. Lawa dak? Tu dia.. Suh orang puji.. Kah.. Kah.. Memula buat clutch ni memang la rasa payah sikit pasai nak quilt dalam dia semua.. Tapi bila dah siap satu, terus laju ja semua hak lain.. Dah dapat skill dia, cepat aihhh.. Clutch ni bahagian dalam adalah di quilt.. Kalau letak handphone ka, selesa la handphone tuh, tak calaq semua.. Kot-kot sapa berminat, bolehla email Mus na.. Ada tinggai 4 ketui lagi yang dah siap.. Till then, hugsss everyone..

Alisha 6 Bulan

Tuesday, July 12, 2011

As-Salam..


Disebabkan lama menyengalkan diri.. Hibernate kat mana tatau.. Pagi ni kita mulakan semangat rajin dengan gambaq pembawa rezeki Mus.. Ekekek.. Sapa tak kenal ni? Anak Mus.. Diam tak diam dah 6 bulan.. Alhamdulillah.. Perkembangan terkini Alisha dah duduk seawal usia 5 bulan 3 minggu.. Yang paling terkini, kaki dan tangan dah pacak hebat cuma tak mula merangkak saja lagi.. Mungkin dalam sehari dua lagi.. Alhamdulillah.. Berkat zat susu ibu.. Mungkin ramai kat luar sana yang akan persoal fizikal Alisha yang kurang gemuk.. Tapi ketahuilah.. Alisha tembam sedap-sedap dengan tulang dia.. Isi sangat kental.. Tegap.. Cergas dan cerdas.. Bukan sengaja nak puji anak sendiri.. Tapi ini hakikat yang memang orang suka sangkal.. Susu ibu bukan pemangkin gemuk.. Tapi susu ibu pemangkin otak yang cerdas dan fizikal yang cergas.. Disebabkan susu ibu, Alisha rapat dengan Mus.. Walau bekerja, cukup masa mesti Alisha cari Mus.. Mungkin sesetengah orang adalah rasa rimas.. Tapi Mus adalah suka.. Suka sangat.. Mus menunggu masa, menghitung hari di mana Mus dapat hidup dengan Alisha dan juga Mr. Fedex.. Hanya kami bertiga.. Indahnya.. Dan masa tu, Mus akan jalankan tanggungjawab seorang ibu dan isteri sepenuhnya.. Bekerja mengikut masa pejabat hanya dari rumah.. Doakan Mus ya.. Masa tu baru hati rasa senang dan lapang.. Alisha sentiasa depan mata.. Mr. Fedex mus uruskan sepenuhnya.. Haishhh.. Doakan Mus.. Mus juga doakan kawan-kawan sekalian.. Moga bertambah rezeki dan hidup bahagia.. Aminnn..

Customized Felt Tee - Aisya Humayraa & Anwar Hasif

Tuesday, June 28, 2011

As-Salam..

Lama bebenor tak update blog kan? Huhu.. Sengal.. Bukan apa.. Kes pindah-randah sat.. Sekarang dah settle.. Lega rasa.. Customized felt tee ni dah lama siap dah.. Minggu lepas lagik.. Tuan dia pun dah terima dah.. Entah membelek apa tatau sampai tak update ke blog.. Haha.. Pemalas lipash!!! Baju-baju ni untuk anak Azizi yang jauh di Negeri Sembilan.. Sabar dia menunggu turn.. Terima kasih na Azizi.. Esok-esok boleh la order lagik.. Keh.. Keh.. Ok.. Pas ni turn barang-barang Cik Kema pulak.. Rayna dah selamat keluaq dah pun.. Huhu.. Pengsan Cik Kema marah.. Huhu.. Ok la.. Nak pi cari idea lain.. Nak kumpul barang nak jual-jual ni.. Nanti Mus kasik announce yer.. So, take care everyone.. Hugsss..

Crochet Bow

Friday, June 17, 2011

As-Salam.. Salam Hari Jumaat..

Dah penghujung minggu kerja.. Esok cuti.. Cepatnya.. Semalam Mus meng-eksperimen-kan diri crochet bow ni.. Pattern yang sama tapi berbeza saiz jarum.. Juga berbeza cara kait.. See.. Ada perbezaan kan? Walau guna pattern yg sama.. Macam biasa, jarum saiz kecil akan buat outcome jadi kecil dan rapat.. Jarum saiz besaq akan buat outcome jadi gebu dan besaq.. So, pilihla mana yang memasing suka.. Ini hasil loose lagi.. Later Mus akan hasilkan something dengan bow ni.. Sesiapa yang minat nak order loose bow ni, sila email Mus ok.. Jangan malu-malu.. Until then.. Hugsss everyone..

Customized Tee - Daughter & Son Of Che'GuBard

Thursday, June 16, 2011

As-Salam..

Cepatnya masa berlalu.. Hari ni dah khamis.. Tak sempat apa-apa rasanya.. Macam sotong ja rasa ni.. Ok la.. Seperti dikata entry lepas.. Customized felt tee pulak.. Kali ni order dari wife Che'Gu Bard.. Puan Zarerah Hanim.. Sapa kenal Che'Gu Bard? Orang politik mesti kenal sangat eh.. Hehe.. Sempena hari father's day hujung minggu ni nak buat surprise ke husband kot.. Mus gigih ni siapkan dalam masa cuma 2 hari saja.. Bersengkang mata giler.. Huhu.. Risau tak sempat sampai sebelum hujung minggu.. Dah pos semalam.. InsyaAllah petang ni kalau takda apa aral akan sampai pada tuan dia.. Queue panjang, terpaksa la beratur eh.. Biasala.. Lega giler bila dah siap.. Suatu kelegaan yang TERamat sangat.. Tatau nak cakap macam mana.. Bila benda kita buat menjadi, rasa seronok tak terhingga.. Haha.. Emosi betul.. Ok.. Pasni maseh berkisar tentang customized felt tee juga.. Buek Azizi.. "Ni sey tengah buek untuk Azizi".. "Jangan sedey-sedey ya".. Haha.. Orang Nogori.. Terbelit lidah sey.. Haha.. Until then.. Hugsss..

Reversible Bag + Fabric Flower

Tuesday, June 14, 2011

As-Salam..

Hari ni nak sambung cerita tentang beg pula.. Benaqnya dah lama pun buat beg ni.. Beg ni Mus ambil upah menjahit saja.. Kain adalah dari koleksi customer.. Still lagi ramai yang meminati reversible beg.. Beg ni senang nak bawa ke mana-mana.. Kali ni, digabungkan dengan fabric flower brooch dari kain yang sama juga.. Kain kali ni kain bulu-bulu.. Haha.. Apa eh terms yang bagus untuk kain jenis ni? Asal paham sudah.. Kah.. Kah.. Apa jenis kain pun, Mus tukang jahit jer.. Boleh saja.. No hal.. Hehe.. Okla.. Today takdak idea nak merepeks meraban.. So, kita jumpa esok je la eh.. Hugsss..

Jaden 1st Birthday

Monday, June 13, 2011


As-Salam..

Last week tak meng-update blog pun.. Sehbuk.. Kali ni tak tipu.. Betui sehbuk.. Hehe.. Sehbuk siapkan bulk order ni.. Untuk Jaden 1st birthday party.. 60 pcs semuanya.. Thank you mama Jaden.. Mama Jaden request jadikan hp strap.. Design cupcake with polka dot emblishment.. Atas tuh letak nombor satu macam lilin la kan.. Then initial huruf "J" stands for JADEN.. Dah siap tuh lega ok.. Lega sesangat.. Mencabar buat bulk order ni.. Makan masa yang banyak.. Tapi masa ambil order ni, nak finalize dia punya design pun dah mkn masa banyak.. So, kesuntukan masa.. Tapi Mus try juga siapkan.. At last.. Siap walau jam tido adalah dikurangkan.. Keh.. Keh.. Lega giler.. Dan puas hati.. Walau masa suntuk, kerja tangan wajib kemas.. Tak suka nak buat halai-balai.. Rasa sendiri tak puas hati.. Biar makan masa, janji hasil jahitan terjaga rapi.. Next, projek meng-felt-kan baju pulak.. Perghhh.. Queue berjela ok.. Huhu.. Harap sesiapa yang ada dalam queue tolong bersabar yer.. Untuk semua yang dah meng-order dengan Mus, terima kasih banyak-banyak yer.. Pada sesiapa yang teringin, nak tanya apa-apa, or nak order apa-apa, jangan segan-silu ok.. Do contact Mus.. Hugsss for all..