Tulip Bag

Thursday, May 26, 2011

As-Salam..


Sejuk hari ni.. Haishhh.. Banyak kerja.. Nak update blog pun tak dan.. Selalu sangat kita cerita pasal reversible bag kan? Hari ni kita cerita tentang tulip bag pulak.. Demam beg tak habes-habes lagik.. Hiksss.. Kali ni experiment design lain.. Yang lebey menarik.. Beg tulip ni lebey steady.. Sesuai ok kalau nak bawa keluar jalan-jalan takat nak buh beg-beg duit segala mak nenek keperluan.. Actually beg tulip ni pun boleh juga kalau nak alihkan.. Reversible jugak.. Dalam luaq boleh guna.. ikut mood.. Beg ni siap penutup.. Tak la terburai masa letak barang kan.. Digandingkan dengan fabric flower pin yang comel tu di luar.. Means kalau nak guna sebelah dalam di luar, maka pinkan flower ni kat belah fabric yang kita nak gunakan.. Simple.. And nice.. And steady.. Tak lembik-lembik.. Lain kali nak experiment beg lain pulak.. Seronok jahit beg.. Lumayan.. Keh.. Keh.. Hugsss..

Reversible Bag + Tiny Crocheted Bebear

Tuesday, May 24, 2011

As-Salam..

Masih lagi berlegar-legar sekitar cerita reversible bag.. Tapi kali ni lain sikit.. Selalunya reversible bag digandingkan dengan bouquet pin, tapi kali ni digandingkan dengan tiny crocheted bebear.. Heavy cotton fabric bermotif mickey hitam diganding dengan normal cotton fabric bermotif turqoise.. Actually, tiny crocheted bebear tu adalah berfungsi sebagai keyfinder.. Means, boleh gantung kunci kat keyfinder tuh.. Key finder tuh suka hati kita la.. Nak letak belah dalam ka luar ka.. Mudah nak cari kunci.. Lawa dak? Kah.. Kah.. Masuk bakul angkat sendiri.. Sapa-sapa nak order bebear saja pun boleh.. Nak order sekali dengan beg jugak boleh.. Apa-apa email Mus eh.. Next nanti Mus cerita pesen lain plak.. Beg tetap beg yang sama.. Pesen berbeza.. Hehe.. Ada-ada ja eh.. Banyak akai.. Ahaksss..

Reversible Bag Merah Aminah

Monday, May 23, 2011

As-Salam..

Lamanya tak bersiaran.. Minggu lepas banyak sungguh halangan.. Macam-macam jadik.. Satu-satu.. Dugaan betul kan.. Takpa.. Harus ditempuh dengan rela hati.. Banyak benda Mus nak cerita.. Pending banyak item.. Tak terpost dah.. Kita mula dengan cerita reversible beg yang sinonim dengan blog Mus ni.. Kali ni kain heavy cotton motif mickey merah digandingkan dengan kain cotton jalur merah.. Di luar tuh crochet rose bouquet macam biasa.. Bunga ni memang menjadi pilihan kegilaan sungguh.. Mus ada buat bunga baru juga, sesuai dengan budget si penempah.. later Mus cerita ok.. Satu-satu.. naik pening dah pun ada ni.. Sesapa nak order reversible bag, jangan malu-malu na.. Sila email mus ok.. Jumpa lagi esok na.. Hugsss..

Roller Cutter

Wednesday, May 18, 2011

As-Salam..


Lamanya Mus tak besiaran.. Banyak hal.. Blog tak leh pakai eh? Under maintenance.. Blogger pun suram jer.. Kali ni nak cerita pasai roller cutter kat atas tuh.. Hehe.. Gadget.. Ni semua TERpengaruh ngan Cik Kema itewww la.. Cik Kema mengidam roller cutter, Cik Mus pun TERjebak.. Kah.. Kah.. Nak juga salahkan orang kan? Padahal diri sendiri dah leleh air lioq tak terhingga.. Ok.. Roller cutter yang tangkai kaler kuning tuh memang Mus dah ada dah.. Jenama Olfa.. Beli lama dah masa mula-mula TERjebak dengan quilt-quilt ni semua.. Beli yang murah jer.. Nama pun baru nak belajaq kan? Then, tengok depa duk pakai yang hebat punya lebih sedap grip dia masa potong.. Mau la konon.. Sekali Cik Kema ajak beli.. Apa lagi.. Kasik ON saja.. Hehe.. Ni Cik Kema yang settlekan hal belian.. Cik Mus cuma bayaq ja.. Keh.. Keh.. Murah giler.. Sangat murah dari Mus beli yang tangkai kaler kuning tuh.. Beza kan? Giler besaq yang kaler kelabu tuh.. Jenama Fiskar.. Dia boleh pakai dua jenis size mata cutter.. Either 45mm or 60mm.. Hebat!!! Pembelian berganda.. Pandai Cik Kema itewww rikki.. Cik Kema bab-bab soping ni dia memang tera.. Kah.. Kah.. Cik Kema, pas ni nak beli apa lagi? (Tanya sambil jeling-jeling kat Mr. Fedex.. Lariksssssss..)

Felt Keychain

Tuesday, May 10, 2011

As-Salam..


Kali ni masih berkisar tentang felt projek.. Gambar kat atas tuh hanya ada 8 ketul felt keychain dari 10 ketul order yang datangnya dari Janna.. Ada lagi 2 ketul lagi.. Seketul dah siap.. Seketul ja lagi yang tinggal.. Hope Janna suka dengan semua ni ya.. Kebetulan.. Raya nak dekat dah ni.. Projek baju-baju raya soon akan bermula.. Meja semua dah kemas.. Order pun dah masuk.. Kali ni terima yang mana ada saja.. Selebihnya tak nak.. Nak fokus pada Alisha dulu.. Tahun ni Alisha boleh pakai baju kurung la.. Hehe.. Best.. Best.. Jumpa lain kali.. Sesiapa yang berminat nak order felt keychain dan hp strap, boleh email Mus.. Tinggal pesan ke apa ka.. Apa cara pun xpa.. Take care all.. Hugsss..

Make Over Tin Kacang

Friday, May 6, 2011

As-Salam..


Hari tuh kita bercerita tentang make over romper.. Kali ni kita make over benda lain pulak.. Kali ni kita make over tin kacang.. Sapa tau tin kacang yang popular kalau kita pi Thailand tuh.. Kat supermarket pun ada dah la ni.. Nak dijadikan cerita, ada besday kawan.. So, another kawan telah minta make over kan sebab nak letak biskut.. Tuh Mus ada potong felt dan lekat nama si empunya besday juga.. Nampak sekerat je ha.. Saja try and error.. Pantas dan mudah.. Cantik juga rupanya.. So, after this.. Bolehla kita make over kan semua tin eh.. Sajaaaaa.. Cari kerja kan.. Pas ni jangan buang lagi tin-tin sardin, susu semua.. Kasik make over.. Kah.. Kah.. Kedekutsss.. Apa pun nak jimat kan.. Muahaha..

I Love You

Thursday, May 5, 2011

Dress

Wednesday, May 4, 2011

Happy Birthday Mr.Fedex

Tuesday, May 3, 2011

For Someone Who's Wonderful In Every Way..

Because Nobody Else Cares As Much..
Shares As Much..
And Loves As Much As You..
You Deserve An EXTRA SPECIAL BIRTHDAY!!!
Happy Birthday My Mr.Fedex..
Wish You Many Happy Returns..

With Love Today And Always,
Mrs. Fedex

Bebear Mr. Bean

As-Salam..


Bebear Mr. Bean ni siap untuk dijual.. Sesiapa berminat boleh contact Mus ya.. Boleh pilih sama ada nak strap atau keychain.. Ada dua ni ha.. Nak yang pakai bow ker.. Nak yang ada love ker.. Pilih.. Pilih.. Cepat!!! Cepat!!!

Contact Mus :
Email : musliha.yusof@gmail.com