Amateur In Making - Part 1

Wednesday, June 11, 2008

Amateur in making.. Macam buat filem pulak.. Filem blue in color.. Sakan aishhh merapu.. Sebenarnya tengah godek baju kurung.. Semalam baru siap jahit bahagian baju tapi belum kelim lagi hujung lengan, leher dan kaki baju.. Sekarang ni sedang jahit kain dia dulu.. Mau makan masa dua or tiga hari lagikla baru boleh nak siap.. Dah nama amatur.. Haha.. Lembap sikit cam siput.. Tergedek-gedek tak lepas.. Kain benang hitam, lembut ya amat.. Mula-mula rasa nak teriak, pi teriak kat chegu a.k.a Cik Seri.. Huhu.. Dapat khidmat nasihat dari chegu, mula buat, pastuh lajula.. Dah tera konon.. Overtake chegu sakan.. Haha.. Jangan marah no chegu.. Esok-esok Mus upahla apa-apa.. Erkkk.. Rasuah ke hadiah ke ni? *wink*

P/S - Eva, kenai tak kain ni?

ww22 - Kitchen Alphabet D

Wednesday, June 4, 2008

At last, finished! Kitchen Alphabet D.. D for what? Haha.. Still out of the track.. Haishhh.. Manage to catch up.. Errr.. But.. Nak kena bungkus all this crafty thingy masuk gobok dah.. Mus dah nak kena buka mesin jahit balik kerana dah cukup masa untuk menjahit gedebuk gedebak baju bagai.. Dan have to prepare goodies, bunga telur, etc etc for my wedding.. Hehe.. Mine? Eeee.. Sounds weird huh.. Jangan lupa eh all my stitching sis, next year.. Hope to see all of you.. Lately terasa sunyi, don't know where, all gone.. Ermm..

Asam Laksa

Monday, June 2, 2008

Ahad lepas, semalam, managed to cook this.. Found somewhere the recipe, cannot recall anymore.. Haishhh.. Short of memory.. Haha.. Asam laksa.. Mus sangat suka, sangat-sangat suka Asam Laksa compare to Laksa Penang tuh.. Asam Laksa ni isi ikan dia seketui-seketui tapi yang Laksa Penang tuh isi ikan dia kan blend hancur sekali.. Sedap aishhh Asam Laksa.. Tatau nak habaq lagu mana, sangat sedap.. Haha.. Perasan no.. Sendiri masak sendiri puji aishhh.. Tuh ada sekali fishball dan fishcake, jangan terpedaya.. Resepi takdak letak pun fishball dan fishcake.. Mus yang nak makan, saja letak dalam tuh.. Saja bagi ramai dalam mangkuk.. *grin* Next time cuba simpan the link.. Asyik lupa ja mana dapat resepi ni, just blog hopping then tersangkut.. Haha.. Hujan lebat ni Penang sekarang, tu saja nak jamu mata semua.. Hujan-hujan makan sedap.. Haha..

ww21 - Kitchen Alphabet C

Friday, May 30, 2008

Hehe.. Akhirnya.. Siap Kitchen Alphabet C.. Tengok, suppose siap minggu lepas week 21 tapi Mus dah terlepas, this week suppose Kitchen Alphabet D.. Main banyak tau Mus ni.. Takpa, tak tertinggal belakang sangat kot sebab semalam dah stitch Kitchen Alphabet D sikit, hope leh siap this week juga.. Next week, berangan nak on track.. Haha.. Next week, ikut schedule kena buat Kitchen Alphabet E.. Ha.. Cakap je la Mus ni, esok-esok tertinggal jugak.. Haha.. Konon..

Penang Tourism - Beca (Trishaw)

Thursday, May 29, 2008

This time, out of craft thingy.. Hehe.. Hari Isnin lepas, Mus keluar menapak cari pejabat Takaful waktu petang.. Tapi nasib malang, dia tutup pukul 5.00 petang, kami jumpa pejabat tuh pukul 5.05 petang, even 5 minit lewat kami tetap tak dilayan.. Haishhh.. Takpala, memusing carik dah setengah jam, dugaan.. Dah tuh, mak bekaikan keropok ikan kat Mr. Fedex.. *wink**wink* Apa lagi, kami pi layan keropok ikan kat Padang Kota la.. Sekarang kan musim cuti sekolah, Penang memang meriah la.. Masa kami sampai sana, Mus terkejut juga sebab tak pernah tengok beca begitu beratur sederet panjang.. Siap lagu-lagu menari bagai pakcik-pakcik beca tuh.. Mus duk figure out, apa depa buat kat situh, macam ada pameran.. Hehe.. Rupanya kan, ada satu agent yang kumpul derang semua untuk bawa pelancong-pelancong dari luar negeri.. Derang beratur ikut giliran.. Makna setiap pakcik-pakcik tuh akan dapat pelanggan.. Dah tu, bukan satu dua bas pelancong yang datang, tak putus-putus, kebanyakan pelancong dari Jepun dan China.. At least kan, pakcik-pakcik ni tak payah la bersusah-payah tunggu pelanggan datang, memang dah sedia tahu ada pendapatan even agent makan kot atas kan. Best ooo.. Mus macam 'perak' duk berdiri atas tembok tangkap gambaq.. Haha.. Banyak beca dari biasa.. Lawa-lawa.. Pakcik-pakcik beca ni nampak saja dimakan usia tapi speaking 'London' tip top ooo.. Haha.. Derang serba boleh, pandai speaking, pandai tangkap gambaq untuk pelancong, pandai nyanyi dan macam-macam gaya ada.. So, sesapa datang Penang, naikla beca seround dua.. Best..

P/S - Nak tahu history beca? Baca di sini..

Weekend

Tuesday, May 27, 2008

Semalam Mus Emergency Leave, personal matter.. Hehe.. Alasan no.. Macam tak percaya lak Cik Mus cuti.. *wink* Nih nak buat report aktiviti hujung minggu lepas.. Minggu lepas ni tatau rajin apa ntah, macam-macam digodek oleh Mus.. Dikorek abes semua gobok-gobok yang ada di rumah tuh.. Dilap, disusun, dikemas bagai.. Tatau angin apa ntah.. Ok.. Ok.. Mai nak mula bercerita-ceriti.. Alkisah hari Jumaat lepas duk meroyan pasai cupcake pincushion dengan EP.. Mula la lawan duk challenge tengok sapa leh buat.. Haha.. Ni la keja kami bedua, bergosip sakan bila Bos bagi rehat sat.. Dah tu tarak gosip lain, asekla menggosip pasai craft, macam-macam.. End up, balik rumah Mus pun apa lagi, tak mau kalah kan.. Terus angkat semua gobok, godek apa yang patut then hasilnya seperti gambar yang tertera.. Cupcake pincushion versi baru yang ditengok di satu web itewww.. Disebabkan semalam cuti, so kejap lagik baru nak bergosip tanya EP punya version.. Hehe.. Then hari Sabtu pagi pulak.. Sabtu pagi tuh terlebih rajin.. Haha.. Mengaku nih, ikhlas.. Godek gobok masak-memasak kat dapur lak.. Godek-godek nampak ada pulut susu, dah lama xsentuh pulut ni, nak habeskan dia dari hari tuh lagik tapi tak terhabis juga.. Haishhh.. End up, buat Kueh Lopes nih.. Tak salah Mus, resepi dari web Mamafami agaknya.. Mus tak ingat lak.. Sebab masa Mus amek resepi tuh memang duk terliuq aishhh tengok gula merah dia meleleh-leleh atas Kueh Lopes tuh.. Haha.. Sekejap ja buat Kueh Lopes nih, sedap pun sedap.. Sangat sedap resepi tuh.. Tak keras macam beli kat kedai, lembut berlemak.. Lenkali leh buat lagi, senang.. Masa mula nak buat ingat payah sangat, padahal tak payah mana pun aishhh.. Tu dia, ayat macam berlagak na.. Haha.. Pastuh ada personal matter, terkejut tergempaq balik kampung.. Haishhh.. Terbatal program hari Ahad, dahla plan cantik punya.. Haha.. Takpa.. Takpa.. Next time.. So, semalam Birthday Future Daddy.. Haha.. Macam pelik ja bunyi.. Future Father-In-Law a.k.a Daddy Si Mr. Fedex.. So, buatkan dia kad tapi lain skit dari bagi kat Abah punya.. Daddy sebaya dengan Abah dan Mak Mus.. Daddy dengan Abah sama bulan beza cuma 6 hari ja.. Kebetulan kan.. Mr. Fedex kata Daddy tak ketawa, dia terpegun aishhh tengok bunga-bunga, reben-reben dalam kad tuh.. Haha.. Malu aishhh.. Tapi tatau nak present apa, bagi kad boleh kan? Ha.. Happy 52nd Birthday Pakcik..

ww20 - Kitchen Alphabet B

Friday, May 23, 2008

Haishhh.. Alphabet B ni supposed siap masa ww20, last week tapi Mus kan meleret macam-macam then sekarang baru siap.. Mus nak kena siapkan alphabet C minggu ni jugak, tak kalu Mus mesti terkeluaq schedule.. Kalu dah terkeluar schedule tuh, paham-paham je la kan.. Haha.. Dahla sekarang ni ada idea baru.. Ha.. Nanti kita tunggu kemunculan idea baru pulak.. Hari ni Mus dah nak kena mula alphabet C.. Mesti mula satgi breakfast.. Waishhh.. Semangat.. Zam Zam Ala Kazam..

Buaya Darat

Thursday, May 22, 2008

Hua.. Hua.. Hua.. Gelak buaya, buaya darat.. Ha.. As requested by Ahkak Ain, presenting buaya darat.. Dia kena kuarantin buat masa sekarang, duk sensorang.. Nanti ditelan abes Gumi2 hak lain, dah la mata dia terbeliak, lidah terjelir.. Takut dak? Haha.. Abah Mus kata ni buaya darat mata besaq terbeliak.. Mata special dari Australia.. Thanks to Cik Seri, bagi Cik Mus merasa skit aura-aura mata Australia nih.. Ada rasa gerun dak? Haishhh.. Nak kena bagi warning kat Taman Bunga Kak Gee/Dania.. Jaga-jaga na.. Satgi buaya darat terlepas susah.. Haha..

P/S - Interested? The pattern is free.. Thanks to BitterSweet..

Happy Birthday Abah

Tuesday, May 20, 2008

20th May.. Yeayyy.. Abah's birthday.. I bought a card and made 2 crocheted love.. Then, pagi tadik lekat kat fridge, then larikkk.. Haha.. Itik bintik-bintik pelangi tungging juboq antara itik putih semua.. You're special.. One in a million.. I love you Abah.. Happy 52nd Birthday..

Jiwang Karats

Monday, May 19, 2008

Snowy Heart Cookies with a greeting card & two crocheted love.. Cik Seri said that I am a romantic person a.k.a Jiwang Karats.. Am I? Haha.. Tanpa sedar? Haha..