Customized Felt Romper - Alisha Is 1

Monday, April 23, 2012

As-Salam..

Today we cerita pasal benda lama-lama.. Haha.. Today Alisha dah pun masuk setahun tiga bulan lebih dah.. Baru hari ni nak up pasal Mus buatkan customized felt romper untuk birthday party pertama Alisha.. Dah lama kan benda berlalu.. Ekekek.. Masa party Alisha, mus customized-kan romper dia then matchkan dengan tutu.. Also buat sendiri.. Masa that party, everything buat sendiri.. Gigih sangat.. Tatau pasaipa.. Hahaha.. Nanti Mus pilih-pilih seketui dua gambaq.. Mus sharekan dekat blog ni.. Tak dak orang nak tolong tangkap gambaq.. Tuan badan lak sebuk ke-hulu ke- hilir.. Nasebla yang mana ada.. Nanti kita pandai-pandai susun edit masuk album.. Buat kenangan.. Asal ada jugala kenangan sikit kan.. Ok la.. Until then.. Hugsss everyone..

After 3 Years..

Saturday, April 21, 2012

As-salam..

After 3 years.. Mai kita pakat gelak guling-guling.. Exactly after 3 years, baru siap ini quilt.. Dah siap basting tergantung menutup rak Mus masa nak kenduri that previous year.. After 3 years, baru siap quilt dan bind.. Haha.. Apa nak jadi ha? Ish.. Ish.. Amek masa beberapa hari ja nak quilt dan bind.. Mekalau malas, bertahun-tahun pun tak siap yer.. Ekekeke.. Ok la.. After this, menunggu beberapa senarai quilt lagi.. Boleh percaya ker ni ha? Ekekek.. Will see ok.. Hopefully.. Hopefully masih berpegang pada kata-kata.. Muahahaha..

Customized Felt Pillow - Alisha

Friday, April 20, 2012


As-salam..

Lama tak menjenguk sini.. Dek kerana sekarang payah nak buka dah semua blog.. Kena tunggu memalam la baru nak menjenguk.. Itewww pun sempat menjenguk saja.. Takdan nak buat apa pun.. Hope this time betulla niat tu nak update blog secara teratur kembali.. Kah.. Kah.. Tak leh caya budak ni.. Ok.. Berbalik topik.. Selalu Mus jahit felt atas baju kan? This time atas sarung bantal pulak.. Nice tak? Try for Alisha first.. Mengheret merata makcik kecik tu.. Alisha memang suka semua sarung bantal dia.. Asal kalau nampak sarung bantal terlipat kat rak, sah dia amek then bagi ke kita suh tukarkan.. Pandai eh.. Anak.. Anak.. Anyone berminat nak sarung bantal camni, do contact me ok.. Mus buatkan siap sebijik bantal.. As seen on my blog and fb.. Hehe.. Until then.. Hugsss ketat-ketat everyone.. Sangat-sangat rindu semua..

Kelas Jahit Felt-On-Tshirt/Fabric

Thursday, April 5, 2012

Kelas Jahit Felt-On-Tshirt/Fabric
Sabtu, 7 April 2012, BJ Court
1.00 petang - 4.00 petang
Bayaran RM80, Deposit RM40
Semua bahan-bahan disediakan, tidak perlu bawa apa-apa..
Berminat? Email: musliha.yusof@gmail.com Call/Sms: 012-4577301

Ehem.. Ehem..

Wednesday, February 1, 2012

As-Salam..


Ehem.. Ehem.. Sakit tekak.. Ekekek.. Mus tengah selsema dan pinau-pinau kepala.. Tu dia.. Alasannnnn.. Padahal pemalas!!! Dah sebulan na blog tak berupdate.. Haihhh.. Actually memang sebuk.. Sebuk renovate rumah.. Sebuk pindah barang masuk rumah.. Sebuk pindah mesin jahit.. Sebuk macam-macam.. Bla.. Bla.. Bla.. Tuh.. Tak sempat nak share apa-apa pun.. Alahai.. Takleh jadikla begini.. Rasa tak best eh.. Okla.. Kejap nak ushar-ushar tengok apa yang ada di dalam kamera.. Banyak barang tergendala tau.. Kena atur satu-satu ni.. Banyak actually kraf dan DIY yang Mus buat, sangatla tak sempat nak buat posting.. Juga ada hasil-hasil cross stitch yang Mus dah framekan.. Mesti kawan-kawan cross stitch teruja dan TERimbas kenangan lama.. Juga ada nak share gambar rumah ni.. Hasil deco-deco sendiri.. Nantila yer.. Doa-doakan Mus ni rajin ya.. Mus pun nak kena doa-doa bagi diri-sendiri rajin juga ni.. Ekekek.. Actually rindu nak chat dan view blog kawna-kawan dulu.. Tapi apakan daya, semua sebuk.. Tatau perkembangan pun.. Hehe.. Okla.. Till then.. Hugsss ketat-ketat.. Sangat rindu semua..

Buai

Friday, December 9, 2011

As-Salam..


Bersambung lagi kita hari ni.. Haishhh.. Seminggu na tak update.. Sebuk bebenor.. Ekekek.. Alasan.. Biasa.. Biasa.. Sambung cerita berbaki that day.. Ni last pic la yang ada.. So call "pelamin" untuk Alisha.. Actually kan semua nampak ni buaian.. Tapi orang-orang lama ni depa panggil pelamin kecik.. Layan saja.. Mus hias guna bunga hidup keliling tuh semua.. Memang wangi bunga saja-saja masa ni.. Alisha masuk buai ni saja, masa makcik-makcik nak marhaban, dan-dan mata pejam.. Lena sungguh.. Kena pulak makcik-makcik alunan mendayu-dayu.. Sesuai sangatla na.. Kenangan sungguh.. Sebulan lagi Alisha nak masuk setahun.. Cepat sungguh masa berjalan.. Haiiiii.. Ok la.. Till then.. Happy hols kawan-kawan.. Hugsss..

Bunga Telur + Goody Bag

Thursday, December 1, 2011

As-Salam..

Sorry.. Lama tak bersiaran.. Busy body like alwaysssss.. Kah.. Kah.. Ok.. Sambung sekitar majlis aqiqah Alisha.. Mus buat sendiri bunga telur ni.. Menggodekla pagi petang siang malam.. Bunga stokin putih, daun merah.. Buat dalam 100 batang.. Untuk pakcik-pakcik yang buat tahlil dan makcik-makcik marhaban.. Selebihnya untuk jiran-jiran yang buat kerja masak-memasak didapur.. Goody bag pun sama.. Dalam goody bag ada maruku mak mus buat, ada sapu tangan ala-ala nyonya untuk makcik-makcik marhaban, tasbih untuk pakcik-pakcik tahlil dan juga sampul duitsss seperti biasa.. Okla.. Itu jer.. Pasni kita lepak tengok buai Alisha pulak.. Esok la yer.. Till then.. Hugsss..

Bunga Rampai

Thursday, November 24, 2011

As-Salam..


Bersambung kita.. Hari ni cerita pasai bunga rampai.. Since Mus nak berendoi Alisha.. Alisha dah menginjak 9 bulan masa tuh, maka persediaan bahan dia lain la dari budak yang kecik kan.. Kalau budak lepas lahir tuh kita berendoi sekali ada cukur jambul orang kata.. Alisha ni rambut dia dah botak di hari ke-13 usianya.. Dah siap dilaksanakan oleh Tok Mus sendiri.. Dulu Tok Mus ni bidan kampung.. Sekarang dah uzur sikit dah.. Dah menginjak usia.. Biasalakan.. So, masa panggil group marhaban, depa request bunga rampai dan bedak wangi.. Budak dah besaq kalau kita pakat-pakat calit bedak kat pipi dia.. Hehe.. Selepung la makcik kecik itewww.. Ahaksss.. Ok.. Memula semua amek position, Alisha kasik landing dalam buai.. Alisha masuk buai tuh terus mata pun lali ha.. Masa tuh dah dekat pukul 12, mengantukla.. Then makcik-makcik mula marhaban.. Mus di tepi tuh duk berayun sajala si Alisha ha.. Apa lagi, lena sakan aihhh.. Lepas marhaban, ada nyanyian "Syair Untuk Anak Perempuan".. Perghhh.. Mendayu-dayu.. Terasa ke lubuk hati.. Mak Si Alisha pun mata dah terpejam-pejam dah.. Serius.. Memang membuai-buai makcik-makcik ni nyanyi.. Puas hati sungguh.. Then dah abes syair, angkat Alisha.. Kita round semua orang tabur bunga rampai, sapu bedak kat pipi dia.. Then ciumla dia, doa yang indah-indah untuk Alisha.. Abesla.. Makcik-makcik marhaban dan nyanyi syair lama juga.. Puas hati la.. Korang-korang yang nak berendoi anak, bolehla kalau nak panggil group marhaban ni.. Dijamin bagus.. Siap adat istiadat lama la.. Confirm! Then dah siap semua, bagi bunga telur, beg goodies, rabbit plush toy dengan lolipop.. Owh.. Masa memula group makcik-makcik marhaban mai, depa bawa sekotak coklat dan cekak rambut ke Alisha.. Jangan tatau, ada hadiah.. Ekekek.. Syiok na.. Kat kampung, budak yang nak diendoikan tu kita panggil "pengantin kecik".. Ekekekek.. Buai dia pulak, depa panggil "pelamin".. Lain tempat, lain cara na.. Tapi di Penang ni kalau kena gaya keluarga yang masih pegang adat, beginila etikanya.. Warna-warni.. Okla.. Esok Jumaat.. Hehe.. Kita sambung esok pulak.. Till then.. Hugsss..

Rabbit Plush Toy

Wednesday, November 23, 2011

As-Salam..

Sori.. Semalam busy jadik nurse.. Pastu busy jadik driver.. Kah.. Kah.. Busybody yang betulnya ha.. Ok.. Sambung cerita tentang aqiqah Alisha.. Macam kenduri biasa, ada bunga telur, ada goodies juga.. Macam-macam.. Sebabkan kali ni adalah untuk Alisha maka Mus telah buat buah tangan bertema kanak-kanak la.. Mus jahitkan rabbit.. Trace bentuk rabbit atas kain, potong, jahit, terbalikkan, sumbat fiber, jahit tutup, jahit mata dia, jahit ekoq dia then ikat la reben kat leher letak tag.. Siap!!! Mus buat dalam 60 ketul lebih rasanya.. By the end of the ceremony, settled! Haha.. Licin.. Ngam.. Ngam.. Semua tetamu macam terpegun sikit tengok rabbit ni.. Tak pernah dapat before this kat majlis mana-mana.. Tu dia.. Mak Alisha ni kan merepeks lebey.. Haha.. Sekali gambaq kat bawah ni, meja tempat Mus letak rabbit plush toy ni.. Ada strawberry lolipop, ice pop juga ada dalam fridge.. Ekekek.. Yang merah love putih depan tu guest book.. Sambungan dari guest book Mus kawen that day.. Ada belen sikit lagi, boleh sambung untuk majlis masuk rumah pulak nanti.. Ekekekek.. Jimats eh.. Pepandaila korang decorate divide dalam tuh.. Yang penting kreativiti.. Takyah pakai brg mahal-mahal.. Being creative bukan perlu barang mahal.. Then tepi tuh hias dengan bunga kain kalerful dalam vase, ada bunga hidup tepi tuh belen dari hias buaian tempat Alisha nak berendoi tuh.. Then, bunga rampai jangan lupa.. Wajib ni.. Nanti Mus cerita pasai bunga rampai ni.. Alisha dah besaq ha.. Mak dia ni sebuk nak berendoi.. Haha.. Jangan korang rasa tak boleh eh.. Bolehhh.. Ada cara dia.. Lain sikit.. Nanti next Mus cerita.. Ok la.. Berjela dah ni.. Till then.. Hugsss everyone yang sudi singgah blog Mus ni..

P/S - If sesiapa berminat nak buat rabbit plush toy ni macam Mus buat kat atas ni, boleh tengok kat sini ha.. Inspired by Yoonie.. Klik sini.. Good luck guysss..

Kad Jemputan Aqiqah Alisha

Monday, November 21, 2011

As-Salam..


Hehe.. Monday.. Bluesssss.. Yer la.. Memanjang! Ekekek.. Ok.. Berbalik pada cerita kenduri aqiqah Alisha.. Ni hari tuh tersekat kat tag saja.. Kali ni kita sambung.. Sambung ke kad jemputan.. Mus upahkan Chu Majorflava untuk designkan kad ni.. Canthek tak? Mus suka ja design-design dia semua.. Like! Like! Like! Nak mengharap diri-sendiri buat sahla hampes.. Design jer.. Pastu Mus print then potong.. Punch atas, buh eyelet dan ikat reben.. Siap! Ni style Mus la.. Nak lawa-lawa kena DIY sendiri.. Baru syiok.. Then masa menjemput, bagila kad ni.. Senang orang nak ingat.. Sapa2 berkenan nak suh design apa-apa, boleh la pergi ke blog Chu ni.. Next nanti kita tgk nak up apa.. Until then.. Hugsss..