Made By MUS

Wednesday, February 13, 2013

As-Salam..

Kawan- kawan.. Mai support Mus beramai-ramai.. Jom like page business kecik Mus.. Made By MUS.. Something sweet for your mouth and passion.. Thanksssss.. Hugsssss..

Jom Baking

Friday, February 8, 2013

As-Salam.. 

Sedikit hebahan untuk warga Penang yang mana masuk keluaq atau terlintas kat blog Mus.. Berminat kalau sila call pada nombor tertera ok.. Jomla join beramai-ramai..

Kusyen Bunga Cengkih

Wednesday, February 6, 2013

As-Salam..

Seperti dijanji semalam.. Hari ni tayang kusyen bunga cengkih nama dia.. Hasil dari buku yang dipinjam dari Hany jugak.. Duk ada satu dua pattern lain lagi yang teringin nak try.. Nanti ada masa sikit boleh try test.. Mus buat sambil-sambil ja, bukan sepenuh masa.. Sambil lepak-lepak teman Alisha tengok kartun, jadila.. Hehe.. Bila dah siap, suka tengok-tengok.. Hak ni bagi ke Hany upah pinjam buku dia.. Terima kasih na.. Jasamu dikenang.. Ok la.. Till then.. Hugsss..

Kusyen Segi Empat Bintang

Tuesday, February 5, 2013

As-Salam..

Today kita tak sembang-sembang lagi kan.. Today nak cerita pasai jahit-menjahit sikit.. Masa lepak-lepak menjahit kat rumah Hany, ternampak ada buku jahit kusyen kat rumah dia.. Saja belek-belek.. Hany pun duk kumpul habuk ja.. Ekekek.. Berkenan, minta pinjam.. Balik tu teruih try test.. Alhamdulillah.. Menjadi jugak.. Nama kusyen ni segi empat bintang.. Ramai nampak dulu jadi satu fenomena orang duk buat letak dalam kereta kan? Mau kena kaler lawa jugak.. Ada satu lagi pattern Mus try jugak.. Esok Mus posting.. Ok la.. Cukup takat hari ni.. Nak tepuk Alisha lena sat.. Hugsss everyone..

Tartlet

Monday, February 4, 2013

As-Salam..

Semalam kita intro, hari ni berbalik pada normal.. Hehe.. Baking-baking dan crafting.. Setakat aktiviti sekarang ni, yang paling laris dan steady tengah duk buat setiap hari adalah tartlet ni.. Mus buat 4 jenis.. Egg tart, choc tart, cheese tart dan fruit tart.. Ada juga sikit-sikit hantaq pada mini market dan gerai-gerai kecil.. Alhamdulillah.. Setakat ni tak menghampakan.. Yang penting kita usaha kan? Selain-nya Allah akan tentukan bukan.. Kalau ada sesiapa yang order untuk kenduri kawen pulak Mus buat tart yang diameter besaq ni, lebih kurang 9.5 inch diameter, gambaq kat bawah ni.. Hias fresh fruit yang mana boleh senang dapart kat supermarket la.. Sekarang ramai orang suka kelainan.. Depa ganti dari potong kek jadi potong tart.. Hehe.. Best jugak bunyi kan? Lain dari yang lain.. Ok la.. Esok-esok Mus cerita lain aktiviti Mus lai ok.. Till then.. Hugsss..

Selamat Berjumpa Kembali

Sunday, February 3, 2013

As-Salam..


Lama Mus xbersiaran ha.. Ahaksss.. Ahaksss.. Pemalas kot.. Banyak benda nak cerita actually, banyak juga benda yang dah jadi.. Banyak juga benda yang dah berubah.. Semuanya untuk kebaikan.. Alhamdulillah.. Syukur pada Allah Yang Satu.. Ermmm.. Dari mana nak mula sekarang ni yer.. Ok.. Cerita pasal hidup skit la.. Mus dah hampir 7 bulan resign dari post yang memang Mus sayang.. Tapi takpa, demi anak dan suami juga rumahtangga yang Mus sayang.. Mr. Fedex sihat.. Alhamdulillah.. Alisha juga bertambah sihat.. Alhamdulillah.. Alisha masih fully bf.. Alhamdulillah.. Dah menginjak usia 2 tahun.. Alhamdulillah Ya Allah.. Kehidupan juga bahagia di rumah milik sendiri yang mana ada hanya kami bertiga.. Alhamdulillah.. Usaha dan impian tidak sia-sia, Allah makbulkan segala jerit-perit yang dah keluar.. Dapur milik saya sepenuhnya.. Hehe.. Suka sangat.. Sekarang Mus buat small business di rumah saja.. Alisha bawah jagaan Mus sepenuhnya.. Bahagia.. Segala-galanya berjalan lancar walau ada tergelincir sikit dua di mana-mana.. Itu tak menjadi masalah.. Hidup yag berjaya memang perlukan dugaan.. Betulkan? Dah mula menceceh la tu.. Ok.. Enough roughly story untuk sekarang.. Kita jumpa next post, InsyaAllah.. Mus ceritakan seperti biasa kembali apa yang sedang Mus buat and so-on.. Till then.. Hugsss ketat-ketat dari Mus, Mr.Fedex dan Alisha.. Muahhhhh..

Reversible Bag

Sunday, June 24, 2012


As-Salam..

Lama na tak cerita pasai reversible bag ni kan.. Bukan takdak cerita pasai dia tapi kan.. Tuan dia kan.. Haha.. You know I know.. Muahahah.. Gelak besaq skit.. Ni Mus tempek yang terbaru la.. Yang tak terbaru pun ada.. Ekekek.. Nanti kena korek gambaq.. Tapi this one latest order.. Flower brooch tu dari benang campoq2.. Dari China.. Syiok juga crochet pakai benang tu.. Nanti nak try benang-benang lain yang dah lama bertapa dalam gobok.. Ekekek.. Ok la.. Enough this time.. Until then.. Miss everyone.. Hugsss..  

Paus

Saturday, June 23, 2012

As-Salam..

Ikan paus ekoq tonggek.. Melentik ke atas.. Ekekekek.. Nice tak? Comel kan? Saja try tengok jadi dak.. Tu menjadi setelah berhempas pulas.. Lepas ni leh try menda lain plak.. Ni saja isi masa lapang lepas jemu-jemu menjahit.. Until then.. Hugsss everyone..

Blue ABC Quilt

Friday, June 22, 2012

As-Salam..

Last time kita tengok pink ABC quilt.. This time Mus share dengan blue one.. Nice tak? Ada motif kereta border quilt ni.. Sesuai untuk budak lelaki.. Also handquilt.. Mus xda mesin yang sesuai untuk machine quilt.. Plus lebih selesa handquilt.. Walau ramai yang cakap renyah.. Tapi tu la.. Suka jugak.. Perlu kesabaran yang tinggi.. Sesuai untuk budak-budak nak membesar.. Sambil main-main, boleh baca ABC na.. Hehe.. After this akan ada lagi.. Tunggu ok.. Quit sebuk nowadays with all those order.. Berminat kalau boleh email Mus.. Do thanks to all yang jenguk blog ni.. Hugsss ketat-ketat everyone..

Teka & Menang

Tuesday, May 29, 2012

As-Salam..

Masa Mus buka booth that day.. Ada la buat sikit peraduan suka-suka.. Teka & Menang.. Beli apa-apa barang, tak kisah apa harga pun, then berpeluang masuk Teka & Menang.. Kita teka sepeket butang.. Beraap isi dalam.. Mus pun tak kira berapa jumlah butang tu.. Sebab kalau dah tau brapa jumlah, jenuh bila orang tanya kita klue.. Haha.. Maka lepas abes booth baru Mus kira.. Jumlah adalah 869 biji.. Peneka palin hampir adalah Auntie yang jadi orang pertama customer kami.. Keh.. Keh.. Dengan tekaan 886 biji butang.. Auntie ni macam pakai ilmu.. Haha.. Hadiahnya adalah bebear shocking pink tu.. Maka, nanti Mus poskan ke rumah Auntie ya.. Tunggu.. Yang tak menang tu, nanti cuba lagi na.. Hehe.. Thanks to those yang support.. Hugsss to everyone..