Benarkah Wanita Mencapai Klimaks Bahagia Di Usia 28?

Wednesday, July 1, 2009

LONDON: Hasil penyelidikan mendapati wanita berasa paling yakin dan gembira dengan kehidupan cinta serta bentuk tubuh mereka pada usia 28 tahun.

Ia juga tempoh mereka menikmati hubungan seks paling baik dalam hidup tetapi kegembiraan tidak kekal lama kerana sebaik memasuki usia 30 tahun, wanita mula bimbang menjadi tua dan tumbuh uban serta kemunculan kedut.

Kajian yang dilakukan ke atas 4,000 wanita, mendedahkan bahawa “Segala-galanya dalam hidup mencapai kemuncak pada satu masa, menghampiri usia 30-an tidak terlalu teruk sebenarnya.”

“Usia 28 tahun dikenal pasti sebagai masa dalam kehidupan seorang wanita yang rambut mereka kelihatan paling cantik, bentuk tubuh menawan dan keyakinan berada pada paras tertinggi.

“Memiliki kerja, pendapatan mencukupi, menjalin hubungan dan persahabatan yang kukuh membantu mencipta saat paling sempurna dalam kehidupan apabila semuanya bersatu.”

Kini, mencecah dan melepasi usia 20-an tidak lagi mencetuskan kebimbangan mengenai penampilan dan keyakinan diri.

Tinjauan ke atas wanita berusia antara 25 dan 65 tahun mencatatkan pada usia berapa wanita paling selesa dalam 12 cabang utama kehidupan mereka.

Hasilnya, wanita paling gembira dalam karier pada usia 29 tahun dan paling berpuas hati dengan hubungan cinta setahun kemudian pada usia 30 walaupun menikmati hubungan seks paling baik pada usia 28 tahun.

Bagaimanapun, wanita paling berpuas hati dengan kedudukan kewangan pada usia 33 dan senang dengan rumah dan kehidupan berkeluarga pada usia 32 tahun.

Penyelidikan mendapati dua pertiga daripada wanita berasa lebih menjadi tua lebih cepat berbanding lelaki. - Agensi

P/S - Artikel diambil dari sini --> Dhiela Dot Com
Pssttt.. Siapa umur 28? Hiahaha.. Betulkah.. Mus adalah di umur 28 sekarang.. Nak kena pi kaji kejap.. Menarik artikel ni.. Sangat tertarik.. So, read it.. Kaji sedalam-dalamnya.. Kebahagiaan tiada noktahnya selagi kita tidak menoktahkannya..

7 comments:

mila said...

mus..aku pon 28 gak..tp x puas dengan bentuk tubuh pon..waaa..
tp bersyukur sbb aku chat..Alhamdulillah..

Mrs. Fedex said...

mila.. kerek kamu..
sila diet ok.. hahaha..
tuh makan durian banyak.. ekekekek..

mila said...

mus..
x terlambatkan kalau aku kata, aku nak bagi hadiah kawen kat hang...
bila ble aku jmpa hang??

Mrs. Fedex said...

walla.. ada org nak bg hadiah kawen ka? hahaha..
tempat keja dekat ja pun kan?
bila2 nak jumpa habaq la..
selepas 10 thn xjumpa.. lamanya..

tulipurple said...

ehem ehem...uhuks'.hehehehe

mila said...

mrs fedex...
wei mus aku tag hang..buat tau..

Mrs. Fedex said...

kak salwa..
naper tuh? sakit tekak? ekekek..

mila..
pe hal la kamu kasi aku kerja ni ha? hiahahaha..