Mus dah lama admire Bunga Satin nih.. Selalu merenung saja bunga ni bila terjumpa di blog-blog atau di web-web.. Merenung meng"figure" out macam mana depa buat bunga ni.. Berbekal ayat-ayat samar-samar dan perasaan kental mencuba, semalam Mus cuba buat Bunga Satin nih.. Mula cuba buat gam dengan hot glue, tak layan.. Dia takmo lekat.. Then cuba pulak dengan gam UHU, baru kena padannya.. Kebetulan, Ngah Mus pesan satu hantaran untuk hujung minggu ni.. Katanya simple-simple je sebab Ngah pun baru inform semalam kan nak hantaran hujung minggu.. Mus pulak browse tak dapat idea.. Kalut-kalut kalu macam ni la jadiknya.. Haha.. Otak TERbeku.. Pastuh tanya dia kaler apa? Boleh dia kata depa tuh pun tatau kaler apa.. Haha.. So, Ngah request kaler putih or cream ja.. Andai kata berkaler apa pun depa, kita punya still boleh masuk dengan hantaran depa.. Entah siapala lah pulak yang kawen hujung minggu ni, sebelah ipar duai Ngah agaknya.. So, niat nak mencuba Bunga Satin ni dah lama.. Alang-alang nak buat tuh, Mus pun cubala untuk hantaran kali ni.. Sekadar bunga sahaja, simple-simple.. Nanti petang karang balik kerja nak pi beli kotak.. Sebab katanya nak bawa balik kampung.. Dah siap bunga, esok Mus interpremkan hantarannya.. Bunga Satin ni kena gayanya lawa, nampak merelit-relit.. Cantik juga.. Andai kata light pink sure lawa kan? Haha.. Tak abes-abes dengan pink.. Haippp..
Baju Kurung Sulam Aminah
Tuesday, July 29, 2008
Lama tuh hibernate.. Duk buat apa tatau.. Layan migraine.. Doktor bagi ubat tidoq, Doktor suruh tidoq 12 jam satu malam tuh tak hengat donia.. Ambik.. La ni dah ok, sehat walafiat dah.. Ok.. Kali ni Mus nak interprem baju kurung sulam Aminah.. Ingat dak hari tuh Mus cakap Mus dah siap jahit baju kurung raya dia? Mus kan kata pas hantar sulam nak tunjuk kan.. Ni la hasilnya.. Baju kurung Aminah dipadankan dengan kain batik then sulam benang cincang.. Lawa dak? Harga upah sulam tuh hanya RM25 sahaja.. Sulam di kaki baju serta tangan sahaja.. Memang pilih sulam yang simple sebab budak-budak karang kalau pakai yang sarat nampak macam orang dewasa kan, tak berapa nak match.. Saja sulam simple-simple bagi nampak sweet sesuai dengan umur dia.. Suka la tuh.. Baju dia dah siap.. Baju adik Mus ni lagi besar dari Mus tau.. Mus kalu nak pi kenduri-kendara yang agak rasa tak boleh nak glamour sangat kan, Mus saruk baju dia la.. Mus ni deret kebaya, baju kurung ada sepasang ja, sepasang lagi yang baru Mus buat hari tuh.. Adik Mus lagi besar dari kakak na.. Haha.. Nak buat macam mana kan, kakak spesis pokok herba renek tak cukup baja.. Haha.. Butang baju tuh Mus rasa macam tak kena ja.. Sebab kan, Mus beli 2 biji kaler ni sebab kain baju melayu adik lelaki Mus sama ngan Aminah punya juga, depa sedondon.. Tapi Mus terlupa yang sulam dia tuh kaler ala-ala kuning tuh kan.. Supposed butang dia pun kaler kuning la kan? Apa pendapat semua? Patut kaler apa? Mus kena tukaq ke kaler kuning ka? Or kaler merah ni pun ok? Macam mana? Mus puas hati dapat buat baju raya tahun ni sendiri.. Boleh buat macam mana yang Mus suka, tak lagi nak gaduh ngan tailor kan sebab dia buat baju tak kena cara kita suruh.. Haha.. Customer ni cerewet na.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:52 AM 2 comments
Labels: Baju Kurung
Kreativ Blogger Award
Wednesday, July 23, 2008
I got this award from Kak Ros & Kak Reen.. Thanks a million Sis for the award.. Very appreciated that..
Posted by Mrs. Fedex at 9:59 AM 0 comments
Labels: Misc
Progress - Bakul Telur
Seperti dijanjikan.. Ni adalah bakul telur Mus setakat hari ni.. Dah dapat dalam 150 biji siap anyam.. Abah Mus tolong anyamkan.. Dah makin tera dan laju Abah.. Hehe.. Mus berhenti seketika buka kedai jahit baju so Abah tolong teruskan sorang-sorang.. Seb baik Abah membantu, tak kalu pengsan Mus.. Fuh.. Berpeluh.. Mus hari-hari kerja menggulung kertas serta kelim bakul yang Abah dah siapkan.. Cepat sikit kerja.. Mr. Fedex dan Daddy nya jugak tolong menggulung kertas.. Huhu.. Import.. Dah siap semua jumlah yang nak nanti br pasang tangkai dan syelekkan.. Sekarang simpan semua yang dah siap dalam kotak besar dulu.. Progress 150 biji dalam masa sebulan.. Minta-minta sempat serta dimudahkan jalan.. Aminnn..
Posted by Mrs. Fedex at 9:03 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Ala Songket Pink
Tuesday, July 22, 2008
Baju ni siap last week.. 2 pasang untuk ibu dan anak.. Kain ala songket pink tapi kain ni lebih kukuh dan elok material dia berbanding yang kain ala songket hijau yang sudah.. Semalam derang dah datang ambil.. This is my first real customer.. Macam tak percaya.. I can sew.. Yes.. Yes.. I can sew.. Si anak tuh try baju then siap jalan-jalan pusing hall.. Seronok baju raya dah siap katanya.. Si mak juga dah try juga sarungkan baju di situ juga.. Suka katanya.. Tetiba terasa puas kan orang suka baju kita jahit.. Agaknya ni la rasa perasaan tukang jahit kan.. Mus macam tak percaya, Mus boleh jahit baju kurung ni yang dulu asyik tenung dan rasa mustahil untuk Mus menjahit.. Dan kalu tak kerana jasa besar Cik Seri juga, maybe sekarang tak dapat menjahit lagik.. Million thanks to Cik Seri, sudi bg nota yang mudah paham, tutorial, kaunter pertanyaan serta segala-galanya.. Terima kasih banyak-banyak.. Moga Cik Seri cepat sihat dan dapat meneruskan mero-YARN kita.. Haha.. Jasamu dikenang.. Terima kasih juga pada semua sis yang banyak melayan soalan Mus, pada Kak Gee, Kak Ain serta semua sekali.. Thanks a lot.. Sekarang dalam pembikinan, 2 pasang Baju Melayu Johor untuk Abah dan adik lelaki Mus.. Harapnya percubaan kali ni juga membuahkan hasil.. Doakan Mus berjaya.. Amin..
Posted by Mrs. Fedex at 8:31 AM 0 comments
Labels: Baju Kurung
Buah Ste @ Bijik Seralat @ Setoi @ Sentul
Monday, July 21, 2008
Ha.. Mus tatau mana satu orang panggil buah ni.. Tapi yang Mus tau Mus panggil Buah Ste @ Buah Bijik Seralat.. Gamaknya panggil nama Bijik Seralat sebab buah tuh permukaan kulit dia tuh baldu ala-ala Bijik Seralat @ Bola Tenis.. Bijik Seralat pun maybe ramai yang tak tau kan.. Semalam pi market, jalan menonong ke Pasar Tani saja cuci mata plus beli ulam ja.. Nampak buah peberet ni, sepinggan banyak tuh ja dah RM2.. Sekarang ni apa pun mahai, tetambah buah-buah or sayur-sayur kayu semakin mahal.. Sedap na buah ni.. Kupas kulit, cincang kulit dia tuh then Mus gaul garam dan gula, peram dalam peti sejuk.. Perghhh.. Syahdu.. Haha.. Buah ni masa kecik-kecik dulu pas kupas kulit then cincang suka tuang to'yu @ kicap.. Wah.. Meleleh kicap sampai ke lengan na punya duk jilat.. Ramai suka telan bijik dia tapi Mus tak telan, takut.. Haha.. Kat bandar-bandar tatau la masih ada tak orang jual buah ni.. Pada sesapa yang tak kenal dan tak pernah makan, cubala.. Sedap ooo.. Hingga menjilat siku.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:48 AM 0 comments
Labels: My Life
Coklat Cengkerang Laut
Thursday, July 17, 2008
Wah.. Tajuk.. Haha.. Sendiri baca pun takleh tahan bahak.. Haha.. Tetiba jadik Dewan Bahasa Dan Pustaka.. Dekat kotak coklat ni tulis "Seashell Chocolate".. Masa snap gambar ni dah keluarkan dari kotak sebab nak kena ketuk dia, penut semut.. Diulang, SEMUT.. Semut dari KL eksport ke Penang.. Jauh tuh jalan.. Sesengap ja dia diam dalam kotak tuh.. Seb baik sesemut semua ni baik tak keluar kotak.. Tak kalu jenuh kalu dia merayap ke dalam benda lain yang sekali dalam kotak besar tuh.. Coklat ni dari Langkawi.. Sedap noo.. Lama pulak rasa tak makan coklat.. Pemberian Cik Seri yang coti-coti Malaysia.. Sekarang ni tatau la ke mana hilang Cik Seri nih.. Missing In Action ok.. Mus lost betui.. Mabuk lagi rasanya tuh, tak sehat.. Apa pun, terima kasih banyak na Cik Seri.. Coklat ni sangat sedap.. Sehari makan sejibik, bagi lambat habes.. Haha.. Mus sekarang tengah gigih siapkan dua helai baju kurung.. Sehelai sedang jahit, sehelai sedang memata lalat dia.. Dah siap karang boleh upload gambar.. Progress bakul bunga telur Mus juga sedang berjalan dengan jayanya.. Nanti dah siap 50 biji lagi baru Mus snap gambar.. Dah siap 100 biji dah masuk kotak besar, lupa nak snap gambar semalam.. Ish.. Sebelum terlupa, Rejab dah pun hampir setengah bulan.. Semua dah habes ganti puasa? Ada masa lagi nih if belum.. Sekarang ni sebuk duk browse resepi kueh raya baru pulak.. Tuh.. Excited na.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 2:11 PM 0 comments
Labels: My Life
Jambu Air
Saturday, July 12, 2008
Posted by Mrs. Fedex at 7:00 AM 1 comments
Labels: My Life
Baju Kurung Hijau
Friday, July 11, 2008
Posted by Mrs. Fedex at 7:57 AM 0 comments
Labels: Baju Kurung
Jambu Air + Kuah Rojak
Thursday, July 10, 2008
Hua.. Hua.. Gelak boya darat.. Wajib leleh ayaq lioq sapa-sapa yang suka menyicah.. Ni aktiviti menyicah tengah malam buta.. Sedap ooo.. Jambu air kecik-kecik ni dari pokok tepi rumah Mus.. Kuah rojak ni Mak Mus buatkan.. Sedap sampai leleh-leleh ayaq hidung.. Tuh.. Buah jambu ni dah lama tak berbuah sejak pindah tempat tanam dia atas tanah.. Agaknya dia terkejut kot.. Asekla berbuah 2/3 ketui ja sekali, ala-ala merajuk.. Tetiba tahun ni, berlambak.. Berangkai-rangkai di dahan tuh.. Pokok dia renek je tapi buah merah-merah tengok syiok.. Ada lagik kuah rojak dalam peti.. Petang ni balik keja boleh petik buah jambu lagik.. Huh.. Excited pulak.. Menyicah punya pasai..
Posted by Mrs. Fedex at 9:02 AM 0 comments
Labels: Cooking
Benang a.k.a Yarn
Wednesday, July 9, 2008
Huh.. Benang lagi dan lagi.. Thanks a bunch to Kak Reen.. Benang dari Singapore lagik.. Syiok.. Tuh ada set crochet needle jugak, besaq ya amat.. Tuh buat crochet tali kapal.. Tapi kaler dia lawa2.. Suka.. Actually batch benang ni masa tak hibernate dulu, masa tengah sakan meroYARN.. Hehe.. Sekarang cannot anymore.. Harus hibernate sakan.. Nesting.. Haha.. Dah bercita-cita banyak ni nak buat apa dengan benang ni semua.. Haishhh.. Cuma kena cari masa saja sekarang.. Sekarang tak boleh buka kedai crochet lagi sebab sekarang kena buka kedai jahit baju raya.. Posting seterusnya bagai wajib ada baju kurung pas ni.. Haha.. Mabuk baju kurung Mus nanti.. Kan ke nak raya nih.. Tailor semua sekarang dah tutup tempahan kan.. Diam tak diam kita dah nak puasa kan.. Dah tak lama.. Sekarang dah Rejab.. Erm.. Bestnya.. Dah tempah baju raya ker all my sis? Hehe.. Semangat tau.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 10:16 AM 0 comments
Labels: Stash and Tools
Baju Kurung Purple
Monday, July 7, 2008
Hehe.. Lama no Mus hibernate.. Tatau buat apa aishhh.. Bertapa kot.. Plus pc opis kena format, payah nak buat keja, benda download semua kena orang IT buat, lembap sikit perjalanan kerja.. Takpala.. Ni antara aktiviti hibernate.. Baju kurung purple ni kepunyaan bakal mak mertua.. Haha.. BAKAL.. Baju purple ni tailor yg dulu dah jahitkan tapi tangan pendek dan kain tak sempat jahit.. Yer la.. Meraung dia kata nak bunuh diri bila derang nak pi amek baju nih.. Sebab dia dah overload, asyik amek jer semua baju until tak tengok keupayaan sendiri kan.. Dengar dia cerita rasa lawak pulak.. Kekadang kejar duit sampai tak terkejar kan.. Tula.. Tak boleh tamak.. So, Mus habeskan la jahit kain dia.. Mus jahit kain dia, alter baju dia sekali.. Baju dia Mus buka hujung tangan then jahit tepi halus sebab memang dah singkat sangat, xdak cara nak buat lagi, nak tongkah tak boleh, kain jarang.. Then jahit span bahu baru, span bahu yang ada tuh dia kiat.. Haha.. Tatau nak habaq lagu mana, bahu jadik herot, senget.. Semalam dah hantaq, senyum sampai telinga dia baju dia simpan setahun dah siap.. Ada baju baru katanya sebab tahun lepas raya derang takda baju baru dek baju yang terbengkalai nih.. Kembang juboq sat.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 10:12 AM 0 comments
Labels: Baju Kurung