Banyak ni ja mampu dicrochet selingan itu dan ini.. Ni Mus nak share the experience.. Nak tau tak, peten ni kan dekat pineapple dia tuh kita kena crochet one by one.. Perasan tak tuh Mus baru buat dua ketul pineapple.. Mula2 masa decide nak buat peten ni tak perasan pun yang dia kena buat macam ni.. Dah naik sampai line 22 baru perasan kenapa pelik sangat line 23 sebab dia tak bersambung.. So, baru teringat nak baca instruction atas, ditulis kat situ, line 23 - working seperately.. Haha.. Amek engkau.. Setengah jam Mus duk belek macam mana nak naik dan buat pineaplle tuh asing2, sesambil tu kepala ligat ja duk fikir nak sambung ke tak.. Haha.. Tak sambung kalu maknanya mengalah so kerana hati degil kan, tuh yang renung setengah jam sebab taknak kalah plus kan Mus dah buat banyak tau, sayang ooo nak buka balik, mau nangis kuciwa.. Haha.. Ni baru stage pineapple dia, entah apa pulak la halangan masa nak sambung semua pineapple balik sebab kena potong benang then sambung kat tempat2 yg dia suruh then baru boleh jalan balik.. Fuh.. Semangat waja ni.. Ekekek.. Kita nantikan kemunculan doily ni.. Hehe..
Doily Duet In Net & Pineapple Patterns
Monday, January 21, 2008
Ni projek crochet di office.. Mengisi masa semasa breakfast time dengan lunch time.. Mula minggu lepas, baru dalam line 19, banyak lagi tak abes.. Niat tuh nak buat alas mineral pot Mak yang Mak alas dengan towel je.. Dah siap nanti baru leh terus tunjuk kat Mak, kalu Mak tahu buat untuk dia karang asek tanya ja bila nak siap.. Rasa macam kena kejar je.. Haha.. Doily ni Mus guna benang Minlon Family, actually benang ni lebihan masa buat doily tuk excen dulu.. Kaler macam ala2 cream nak ceklat rasanya.. Sekarang tengah on Projek Mega, so kat rumah menjahit gedek2 je kejanya.. Tarak crochet or cross stitch.. Sekarang ni rutin asek pi Kamdar je, belek2 peten langsir depa.. Belek tak kena duit.. Haha.. Copy idea sket.. Nanti dah siap semua baru leh tayang, sekarang preview sket dulu.. Lambat sikit le Mus menggedek mesin tuh, amatur katakan.. Macam snail.com jugak.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 2:18 PM 0 comments
Labels: Crochet
Baju Kurung - 100% Completed
Wednesday, January 9, 2008
Kelmarin dulu siap baju kurung ni.. Hari tuh siap jahit badan je, then dah siap jahit kain sekali.. Jenuh mentelaah nak tahu jahit kain ni.. Dah siap rasa leganya.. siap alter kain baju kurung mak sekali.. Wah.. Macam tera.. Haha.. Sekarang tengah on projek mega.. Projek langsir satu rumah.. Sebab tingkap baru siap so nak kena buat langsir baru la.. Tengok macam simple kan tapi besaq dan berat kain.. Jenuh la jugak, renyah masa nak ukur dan pin bagai la, nak jahit laju je.. Hehe..
Posted by Mrs. Fedex at 7:53 AM 1 comments
Labels: Baju Kurung
Tom The Mouse Framed
Tuesday, January 8, 2008
"Tom The Mouse" dah siap diframekan.. Framing oleh Uncle Roi @ Mr. Patrick dekat Sunshine Square.. Framing ni kos RM18.. Turns out dia mabeles.. Tengok gambar ni rasa macam duk kat taman munger plak.. Rasa lapang ja.. Pandai orang tuh match the kaler, Mus suka sebab nampak hidup.. Dia buat pun kemas, pendek kata memang puas hati.. Tak rugi buat.. Jom pakat2 kita berangan duk kat taman munger pagi ni.. Hehe..
Posted by Mrs. Fedex at 8:20 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
"Sweet As The Rose" Pillow Cover
Monday, January 7, 2008
Woot.. Woot.. Macam lama tak menjahit pillow cover.. Ni projek hujung minggu.. Mus stitch pattern ni free from web then finished it into pillow cover.. The best part is Mus dah pandai jahit zip.. Dah pandai sembunyikan zip tuh.. This time zip dijahit di tengah cover.. This time senang pulak rasanya sebab pakai tapak zip yang beli kat Tesco hari tuh.. Ingat nak present pada someone.. Hehe.. Pas ni macam nak jahit bantal lagi satu tapi lambat skit kot sebab tengah trial and error projek langsir.. Projek Mega tuh.. Berangan besaq.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 10:46 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs