Mom's Pink Doily - Round 4

Monday, April 7, 2008

Mom's Pink Doily
http://www.be-stitched.com/momspinkdoily.asp
1 Shuttle + 1 Ball
Floretta 10, Colour 4492

After demam, sakit gigi, sakit tekak dan sekarang ni migraine.. Siap juga round 4 doily nih.. Have to frog the last one.. Haishhh.. Dalam berjaga-jaga tetap silap jugak.. Nak frog tuh pulak bukan main bercinta sakan.. Haha.. Tapi once dah siap, seronok tak terkata.. Tergendala seminggu lebih disebabkan demam semua.. Hope pas ni dapat la kurangkan sikit sakit tekak dan migraine nih.. Selagi migraine, tak dapat nak tat lama-lama.. Dah la kerja terpaksa tengok pc je kan.. Sangat sakit kepala.. Tatau nak buat apa dah lagik nak kurangkan rasa sakit nih.. Asyik mkn roti gardenia kosong je, naik tak lalu.. Haha.. Nih dah mula bercinta pulak nak start round 5.. Haha.. Nampaknya Mus ni kena tinggal berdesup-desup la.. Makan asap ler Mus lepas nih.. Haishhh..

Recycle

Friday, April 4, 2008

Nih Mus testing benang crochet yang baru, Marvel 8 ply Acrylic.. Besaq benang ni, kena pakai jarum crochet 2mm.. Buat penutup botol jem.. Cantik dah pulak botol jem nih.. Habes semua botol jem kat rumah dicrochet penutup dia.. Lawa.. Boleh buat letak button, riben, jarum dan macam2 la.. Recycle for better environment.. Haha.. Kempen Alam Sekitar..

Tagged

Thursday, April 3, 2008

I have been tagged by Ibu, so here it is the mode 5 Blogger :

5 things found in my handbag :

  • Sony Ericsson HP
  • Purse & Small coins casing
  • Tissue
  • Pen drive
  • Note book & Pen

5 things found in my favorite purse :

  • IC & Driving license
  • Membership cards (Craftworld, Sunshine, Bonuslink, etc.)
  • Photo of me (6 years old) & Mr. Fedex
  • Medical card
  • Ringgit Malaysia

5 favorite things in my room :

  • My bed with bantal busuk (very2 busuk since born, 27 years old)
  • My big bear (Birthday present from Mr. Fedex) & Big pooh
  • Photo album
  • Craft magazines
  • Decorative frog, made from wood

5 things i’ve always wanted to do

  • Join sewing class
  • Hand and machine embroidery
  • Travelling
  • Shopping
  • Perform Haji/Umrah

5 things I’m currently into :

  • Cross Stitch
  • Tatting
  • Beads Embroidery
  • Sewing
  • Cooking

Token Of Friendship

Monday, March 31, 2008

A Picture Worth A Thousand Words.

Bantal Cincin

Thursday, March 27, 2008

Rasa macam Mus tak interprem lagi bantal cincin tunang Mus hari tu.. Bantal cincin dan duit tuh Mus juga yang buat.. Sounds like I am the conqueror.. LOL Tuh interprem cincin risik, masa snap ni baru lepas siap.. Masa rombongan lelaki datang bawak dengan tepak sirih dah tak sempat nak snap sebab dulang ni dipegang kemas, takut hilang gamak.. Haha.. Bantal cincin ni boleh recycle.. Nanti pakai masa nikah pulak.. Tu dia.. Perancangan kewangan, jimat.. Mus jatuh hati sangat dengan frame nyiau gatai sepasang tuh, terus grab masa pi skodeng nak beli frame buat tempat letak duit ni.. Lagipun, pas majlis dapat kat Mus kan.. Apa lagik, rembat ler.. Haha.. Sekarang, derang ada di atas meja solek, bermesra-mesra di sana.. LOL

Mom's Pink Doily - Round 3

Tuesday, March 25, 2008

Mom's Pink Doily
http://www.be-stitched.com/momspinkdoily.asp
1 Shuttle + 1 Ball
Floretta 10, Colour 4492

Yes.. At last.. Mus hampir-hampir dapat mengejar Kak Reen, Mus betul-betul di belakang Kak Reen.. Nak buat sorang-sorang macam tak best.. Bila Kak Reen beritahu nak buat doily ni, Mus pun berangan nak Tat-A-Long, ada kawan lebih menarik.. Bila benang Floretta sampai pesan dari Ibu, baru Mus mula buat.. Hari-hari asyik belek doily ni saja.. Sementara takda WIP lain, dapatla tengok pada doily ni saja.. Hope pas abes doily ni baru nak buat WIP lain, tak kalu mesti Mus tertinggal di belakang.. Kak Reen sangat cepat, Mus ni very slow.. Takut silap sebab Mus tak pandai frogging if tersilap di ring.. Semangat waja ni, nak siapkan doily ni.. Haha.. Semangat besar, tak padan dengan tuan badan.. Haha..

Bantal Biru

Monday, March 24, 2008

Hehe.. Dah lama kan Mus tak jahit sarung bantal ni.. Semalam siap satu, this time biru.. Cross stitch piece tuh dah lama dah buat, semalam siapkan attach button-button tuh.. Then potong kain dan jahit tepi bagai.. Dah siap, baru mula menjahit.. Boleh tahan dah Mus jahit zip, takde frogging dah.. Tapi ada juga herot-berot bagai.. Huhu.. Kita kan amatur in the house.. Haha.. Sekarang dalam proses melangsaikan semua WIP yang tergendala sebab buat preparation barang tunang hari tuh.. Syiok oooo boleh back to normal.. Tapi sekejap je la ni, nanti mesti nak kena buat itu ini tak berhenti-henti.. Lega dah siap.. Fuhhh..

Friendship Gift

Jumaat lepas dapat call dari GD Express.. Dia kata ada bungkusan.. Dah letak fon, baru terfikir.. Sapa yang hantar? Mus pesan barang dari siapa? Kenapa pakai courier tuh? Wah.. Banyak soklan lagi.. Tunggu dr tengahari sampai petang baru terima, tuh pun dah siap kemas2 nak balik dah.. Dapat call dari Abang GDEx terus terpacak kat guard post.. Hehe.. Excited punya pasai.. Kali ni Abang GDEx tak ngorats dah, maybe sebab dia nampak inai ngan cincin bling bling menusuk mata dia kot.. Terenyih je dia.. Haha.. Mus kaleh tengok nama pengirim, Kak Ana.. Aishhh.. Mula la duk pelik.. Awat Ka Ana pos-pos barang ni tatau, Mus tak pulak pesan barang, duk pelik lagik.. Pegang tuh dah rasa berat macam frame, berlari2 masuk punya excited nak buka bungkusan.. Haha.. Orang tegur sepanjang jalan semua tak layan, peluk bungkusan macam orang lain nak curik.. Haha.. Sampai kat tempat duk jerit nama EP, suh tengok barang besaq yang Mus dapat.. EP siap pembaris besi nak buka pembalut.. Tu dia, boss tanya ada komplot apa kalut2 ni.. Huh.. Tak layan, sebuk duk koyak bungkusan, dah nampak tuh baru puas.. Wah.. Dapat cross stitch piece siap frame.. Best ooooo.. Siap ada mattress pincushion itewww.. Dan juga surat cinta serta pamplet insuran ke apa ke? Ish.. Hak ni tak tera, tatau nak describe apa.. Tapi, most of all memang suka giler la iteww frame.. Kak Ana kata, treat this as "Friendship Gift" bukan tunangan gift.. Tu dia.. Pakat2 kami duk baca ramai-ramai apa yang ditulis kat frame tuh.. Termasuk boss sekali baca sekali.. Siap depa gatai duk translate.. Huhu.. Aishhh.. Terima kasih banyak2 Kak Ana.. Tatau nak kata macam mana ni.. Suka giler.. Siap balik dah test2 area mana nak gantung.. Hehe.. Semalaman, perhati frame tuh.. Siap kepo-kepo dengan mak.. Haha.. Thanks a lot Kak Ana.. Suka sangat..

P/S - Kak Ana, just set the time.. Me always available to teach you tatting..

Lagi Tunangan Gifts










Wah.. Layan.. Tunangan gift from Ibu dan Eva.. Sori, kualiti gambar tak memuaskan.. Ibu beri beg jerut ribbon embroidery, ingat Ibu buat sendiri.. Haha.. Gurau je Ibu.. Mai sekali dengan benang tatting yg dipesan, tak tentu hala bila dapat benang tuh.. Lupa alam sekitar kejap.. Second gambar tuh dari Eva, plastik tuh pun jauh dari nun seberang laut ke seberang laut yang lain.. Haha.. Eva beri kain sut benang hitam, sangat lembut kaler biru bunga purple.. Suka.. Memang duk ingat nak beli sepasang kain benang hitam ni sebab lembut.. Tak payah beli lagila, Eva dah bagi.. Apa lagik, Mus nak jahit sendiri baju kurung Mus dengan kain ni.. Wah.. Berangan besar.. Pelan-pelan Mus godek sebab kain dia sangat lembut.. Tapi memang suka.. Thanks Ibu dan Eva.. Sangat suka kedua-dua gift tuh.. Thank you very much..

The Second Day Of December

Friday, March 21, 2008

Snowflake - The Second Day Of December
From 24 Snowflakes In Tatting By Lene Bjorn
1 Shuttle + 1 Ball

Anchor Cordonnet 20, Colour 1281