Wah.. Fresh ni.. Baru siap.. Semalam dah cuba cucuk semua tapi nampak kosong ya amat.. Dah pulak nampak macam raga ceklat budak sekolah rendah sebab lolipop tuh menonjol habes ngan kaler rainbow dia.. Haha.. Then balik pi nak beli kertas yang buat jambangan bunga kaler turqoise, pusing merata takde kaler turqoise.. Lolipop kaler-maler cam rainbow budak sekolah tuh dah dibalot ngan plastik biru tuh, tu je warna terdekat.. Penin kepala carik warna turqoise nih.. Then pagi ni datang bawak hamper wrapper biru corak bintang tuh ngan belen wrap lolipop tuh.. Masa gubah ni semua EP Chan yang tolong gubah.. Ni semua idea dia.. Dia memang pandai bab2 gubah bunga ni.. Mus buat semua barang then dia tolong gubahkan, try & error macam2.. Last2 tadik ni la hasilnya.. Bagi Mus kalu, tak mengecewakan la still ada sket kaler2 turqoise tuh.. Dah tatau mana nak carik lagik kaler ni.. Ni je yang termampu.. Tapi overall Mus suka la.. Cantik juga bila tengok.. Ahakss.. Sekali lagi, masuk bakul angkat sendiri.. Haha..
Sejambak Hantaran
Tuesday, November 13, 2007
Posted by Mrs. Fedex at 2:15 PM 0 comments
Labels: Bunga
Alas CPU
Pas abes SAiLing, baru leh mula projek baru.. Huhu.. Dek tergoda nengok doily Ahkak Index so Mus pun buat Mus punya juga pattern sejibik cam Ahkak Index buat tuh.. Senang sangat pattern ni.. Enjoy betui masa buat dia.. Cepat siap pulak tuh.. Ni Mus nak buat alas CPU sebab alas CPU mak dah amek alas printer, so kena gantikan baru.. Mus buat alas komputer satu set la kiranya.. Haha.. Besaq impian.. Nanti dah siap semua kita amek gambaq.. Kuning je semua.. Yang alas coffe table hari tuh masa siap Mus lupa nak amek gambaq.. Since meja tuh dah takda sekarang so kita ubah jadik alas monitor.. Recycle.. Haha.. Benang dah habes, kena beli baru.. Gamaknya sempat kot siap sebelum bulan depan.. Jangan banyak berangan sudahla.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 7:54 AM 0 comments
Labels: Crochet
Wedding Sampler
Ermm.. Boleh jadik wedding sampler tak? Erm.. Dah kesuntukan masa, macam2 nak buat, ini je yang mampu dibuat for present tuk kawan Mus kawen hujung bulan ni.. Hope dia suka la.. Simple ja plus charms skit kasik berseri.. Tapi Mus suka pulak bila dah siap semua, nampak kemas dan bersih.. Haha.. Masuk bakul angkat sendiri.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 7:47 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Bunga Stokin
Tuesday, November 6, 2007
First try buat bunga stokin.. Kombinasi kaler putih dan turqoise.. Ni la hasil menggodek sana sini.. Macam mana? Boleh tahan dak? Mus nak buat hantaran untuk kawan Mus kawen ujung bulan ni.. Amatur kan, so tak berapa lawa lagi.. Nanti kena practise lagik.. Nak kena siapkan juga by this week.. Next week nak kena buat menda lain plus nanti Pinkeep Exchange lagik.. Wah.. Wah.. Schedule penuh dan padat.. Haha.. Siap nanti Mus snap gambaq lain.. Adios Amigos..
Posted by Mrs. Fedex at 8:23 AM 0 comments
Labels: Bunga
D'Tembuns Club
Walalala.. Sempena penubuhan Kelab D'Tembuns serta pengaktifan ahli, ni dia kita cuci mata dengan Instant Puff Gulung Sosej dan Nasi Dagang.. Instant Puff tuh buat hari Sabtu lepas, untuk adik bongsu a.k.a busuk masam Mus.. Dia suka sangat sosej nih, tuh semua dia punya seorang tapi still tak cukup.. Aish.. Makan banyak tuh budak kecik tuh..
Ni pulak Nasi Dagang, second time ni Mus makan Nasi Dagang.. Kali ni punya boleh diterima tekak Mus.. Sedap.. First time dulu Mus makan rasa macam mantah2 ja plus tak berapa ingat dah tapi yang pasti memang tak sedap dan tak lalu nak makan la.. Tapi yang ni sedap betui, rasa macam nasi la, ada bahan2 rempah.. Hehe.. Sorila, tak pandai nak describe sebab tak pandai makan sebenaqnya.. Haha.. Gulai tuh sedap, harum semerbak, tambah lemak yang dah sedia ada berkilo-kilo ni.. Haha.. Nasi Dagang ni Mus tak buat, amek kat pagar seseorang iteww yang nak pi berdagang di pagi hari.. Hehe..
Posted by Mrs. Fedex at 7:59 AM 0 comments
Labels: Cooking
SAL 2007 - As At 2nd November 2007
Friday, November 2, 2007
Walalalala.. Fresh from the oven.. Presenting my JE Friendship Sampler SAL.. Siap semalam lepas bertungkus lumus selama ni.. Finished piece memang ngancam habes, menarik, klasik, sharp.. Gamaknya kalu nak ulang balik pattern yang sama, tak mau dah la.. Haha.. Fikirkan semua kesusahan kepayahan yang ditempuhi.. Mencabar habes semua part di badan.. Haha.. Rasa lega yang teramat-amat sangat dah dapat siapkan SAL ni.. Alhamdulillah, syukur sangat.. Bolehla start projek jahit-menjahit.. Wah.. Wah.. Syioknya.. To all my SAiLing sis, boost up your power.. Kayuh sedaya mungkin and have fun while stitching this piece.. Kena have fun, kalu tak rasa nak ngamoks je all the time.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 7:49 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Facelift Drawer
Monday, October 29, 2007
Ce tengok drawer tuh sebelum dan selepas.. Hehe.. Ni la projek orang sakit kepala.. Tak boleh nak stitch hari Sabtu lepas sebab sakit kepala so godek menda alah lain le.. Drawer mesin jahit tuh banyak selumbar, takleh nak letak barang langsung.. Sebab Mus tukaq meja mesin baru seketui, yang lama tuh dah patah.. Rugi pulak tak pakai drawer tuh so lapik dengan kain then now dah lawa, baru boleh simpan barang.. Tak kalu mau asek tercucuk tangan ngan selumbar..
Posted by Mrs. Fedex at 9:18 AM 0 comments
Labels: Projects And WIPs
Instant Puff
Tuesday, October 23, 2007
Hehe.. Sekarang nak interprem Instant Puff pulak.. Teringin nak buat lama dah ni, semalam berkesempatan pi beli bahan2, malam balik buat.. Sepeket 5 keping dapatla 10 ketui puff ni.. 4 ketui bakaq semalam, 4 ketui bakaq pagi tadi, 2 lagi adek suh simpan kat dia nak bakaq tengahari makan masa pi sekolah.. Tak cukup katanya.. Semalam dia rebut ngan abah.. Hehe.. Abah pun suka puff ni.. Selalu Abah bolayan je apa2 masakan macam ni tapi semalam gamaknya dia bau2 macam karipap wangi2 gitu, menyelerakan.. Haha.. Nak kena pi carik yg 25 keping la, pepakat ngadu tak cukup.. Tak rugila sesapa try buat, memang menjadik.. Tetambah makan panas2, lagik sedap.. Mus buat inti sardin.. Nyum.. Nyum.. Sedap.. Rapuh2 puff ni.. Kesimpulannya, pantas & sedap.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 2:20 PM 1 comments
Labels: Cooking
Laksa Sarawak
Laksa Sarawak.. Dulu cukup risau nak buat Laksa Sarawak sebab banyak sangat komen kata tak sedapla, rasa rempah la, macam2 la.. Tapi sekali try.. Walalala.. Sedap betui.. Teruja.. Tak rugi la kalu try buat, senang je reneh kuah bagai.. Pes laksa ni dah lama simpan dalam gobok, tak expired lagi.. Haha.. Duk perabih stok lama gobok la ni.. Bukan nak katala, rasa lemak2 sedap, makan pulak dengan sambal udang kering memang terangkat.. Nyum.. Nyum.. Habes licin dek penangan sedapnya Laksa Sarawak.. Adik2 suruh buat lagi, tak puas makan katanya.. Haha.. Nampaknya nak kena carik supplier dari Sarawak la ni, tolong poskan pesnya.. Haha.. Kepada sesapa yang berkenaan, yang ada pes Laksa Sarawak dalam gobok, meh ler try buat.. Ahaksss..
Posted by Mrs. Fedex at 10:23 AM 0 comments
Labels: Cooking
Biskut Raya
Wednesday, October 10, 2007
"Selamat Hari Raya..
Diucapkan pada semua.. La.. La.. La.."
Haha.. Nyanyi lagu raya pulak.. Syioknya.. Sekarang tak bercross stitch buat sementara.. Sebuk gedebuk gedebak kat dapuq buat biskut raya.. Hasilnya.. Tadaa.. Meh kawan2 kita cuci mata nengok biskut raya pulak.. Ada Biskut Dahlia, Biskut Sarang Semut, Biskut Aiskrim, Maruku, Biskut Buah Kana, Biskut Tart Gulung, Biskut Almond London dan Snowy Heart Cookies.. Wah.. Dah.. Dah.. Takyah buat biskut dah.. Mabuk tengok biskut raya je hari2.. Kita tunggu raya ja.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 10:18 AM 0 comments
Labels: Cooking





