Dah lama kan Mus tak letak gambar nyiau Mus.. Ni la yang tinggal.. 2 ekor anak Putih, Comot & Tam.. Sekarang ni Putih ngandung lagik.. Ekekek.. Mak Mus duk marah Putih sebab rajin tui dia ngandung.. Dah tengah sarat rasanya Putih, duk cari tempat nak lahirkan anak dia dah rasanya.. Ok, berbalik pada Comot & Tam.. Dulu kan Putih beranak 3 ekor kan, ingat tak? Sayang nya, Si Bolat tuh dah mati sebab kena gigit dengan binatang rasanya.. Sebab pagi nak makankan depa 3 ekoq, buka sangkaq tengok kaki dia dah bengkak.. Then kejap ja, Bolat ni dah senyap.. Aminah menagis sakan la.. Bolat ke Gemuk ke nama dia.. Mus tataula.. Ni semua Aminah punya kerja, Aminah yang punya jagaan.. Hehe.. Ni sekarang tinggai 2 ekoq budak-budak ni ja la.. Tengok depa buat apa.. Mak Mus dah tak kurung dalam sangkaq sebab dah besaq, so bagila depa tidoq kat luaq dah.. Tapikan, satu hari tuh depa 2 ekoq pi berak dalam bilik Mus.. Cesss.. Terus depa dah kena duk luaq..
Mak Mus tak bagi masuk.. Adala raga depa kat luaq bawah bumbung tuh.. Sebab takut kat Mak kan, depa 2 ekoq ni tidoq depan pintu atas alas kaki ni.. Suka tui depa tidoq kat sini.. Kita duk keluaq masuk depan pintu tuh depa buat tajheran aihhh.. Depa lena serupa tuh jugak.. Cuma Tam ja kalu malam kan sejuk, dia pi masuk dalam raga dia.. Tapi Comot ni tempat dia depan ni je la.. Takmo bergerak.. Haha.. Kadang tuh depa 2 ekoq duk intai-intai la nak masuk dalam, sekali Mak Mus sergah, lari lintang-pukang.. End up, duk depan tuh ja la.. Tak berani masuk.. Ekekek.. Kesian tengok.. Mak Mus geram sebab depa suka tarik wayar komputer Mus.. Dah nama budak kan, main ja kerja depa.. Atas kereta kita pun depa lompat golek bagai, sakan ok.. Tak lama depa ada adik la.. Haha..
Comot & Tam
Monday, August 11, 2008
Posted by Mrs. Fedex at 11:12 AM 0 comments
Labels: My Life
Resepi Puding Jagung
Saturday, August 9, 2008
Ok.. Hari ni Mus nak letak resepi puding jagung.. Ramaikan request untuk resepi ni.. So, pasni leh ramai-ramai cuba.. Nanti boleh tunjuk hasilnya.. Dijamin sedap.. Resepi ni Mus dapat daripada kakak receptionist di opis yang sebelum ni.. Kalu nak tau, ni la resepi Mus yang kedua masa hati Mus mula-mula terbuka hati nak masak-memasak.. Tetiba je.. Tatau macam mana boleh fikir nak masak-memasak.. Haha.. Sebelum tuh resepi pertama Mus cuba puding jagung juga tapi tak boleh potong, kena makan pakai camca sebab dia tak masukkan agar-agar, so dia lembik.. Pas sukses buat puding ni terus la mengembang kan bakat sampai sekarang.. So, bawah ni resepinya.. Selamat mencuba..
Bahan-bahan :
1 peket agar-agar
4 cawan air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung castard
1 tin jagung (sweet corn)
Esen vanilla
Cara-cara :
1. Masak agar-agar bersama 4 cawan air.
2. Dah cair agar-agar tapiskan dan masukkan ke dalam periuk yg lain dan didihkan.
3. Campurkan gula, susu cair, custard yang dicairkan dengan susu cair, jagung serta esen vanilla.
4. Masukkan dalam loyang, biarkan habes wap dan baru masukkan dalam peti sejuk..
5. Dah sejuk dan keras, boleh la potong dan makan. Variasi untuk makan dengan aiskrim, kuah custard, coklat dan sebagainya.
Posted by Mrs. Fedex at 9:11 PM 4 comments
Labels: Cooking
Puding Buah Peach
Thursday, August 7, 2008
Dah kenyang dengan puding jagung, kita layan puding buah peach pulak.. Mus beli buah peach dalam tin buat nak letak kat hantaran kan. So, baki still ada banyak lagi.. Kebetulan, sengaja Mus beli agar-agar strip 2 bungkus.. Tak plan nak buat apa2, nak pakai satu ja untuk buat puding jagung.. So, pagi tu masa lepas assemble hantaran tuh Mus buat puding buah peach ni.. Andai kata tak buat puding ni, karang sayang pulak buah peach tuh.. Adik laki Mus kan takda, Mak saja yang suka makan buah ni.. Aminah tak layan buah cenggini.. Dia pelik-pelik tak layan.. Sementara tunggu Mak Mus habes basuh baju, Mus pun masakla agar-agar buat puding buah peach ni.. Takdak spesifik resepi.. Mus main suka hati agak-agak apa yang syiok and best ja.. Haha.. Pernah tengok kat satu blog depa susun buah peach cenggini then puding clear2 camni.. Apa lagi, idea merapu mai la kan.. Mus ada jugak buat yang letak dalam container ice cream sundae mc'd kecik-kecik tuh.. Tapi tak dan aih tangkap gambar, dah selesai.. Hehe.. Mus suka bila makan ice cream sundae mc'd tuh, basuh simpan container dia sebab nak guna buat puding-puding macam ni la.. Abes kutip yang kawan-kawan makan juga.. Haha.. Buat puding buah peach ni tak susah, sat ja.. Tak renyah.. Mus pernah gak tengok satu resepi tuh yang dia blend buah peach ni then tuang masuk sana.. Kaler dia kuning-kuning nak oren tuh.. Mus tak boleh buat macam tuh sebab Aminah ni tak berapa suka hak pelik-pelik.. Dia siap request suh buat agar-agar merah yang klasik tuh.. Haha.. Ada ka.. Tu la Aminah.. Tak macam adik laki Mus, Achik suka makan benda yang dia tak pernah makan.. Rasa itu, rasa ini.. Sebab tuh andai Achik ada, Mus seronok masak-masak sebab Mus suka masak ja, makannya tidak.. Haha.. Pas dah siap semua, masuk peti la.. Kasik sejuk dan keras.. Then pas balik dari market, baru Mus buka tuang atas pinggan.. Excited benaqnya nak tengok buah peach tuh kat atas.. Suka.. Mak Mus suka puding ni, sedap katanya rasa manis-manis buah..
Gambar yang atas nih pas Mus potong buh lam tupperware nak bagi Mr. Fedex.. Dia mai makan cucuq udang Mus buat petang tuh pas balik kerja.. So, ni tapaukan buat adik laki serta parents Mr. Fedex.. Sebelum tuh, Mus cairkan coklat masak then tuang kan atas tuh.. Mus tataula apa rasanya makan dengan coklat tuh.. Tapi Mr. Fedex kata dia suka.. Tataula Mus.. Tak dan aih, rapat.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:24 AM 7 comments
Labels: Cooking
Brillante Weblog Premio - 2008
Tuesday, August 5, 2008
Mus dapat award lagik.. Musim award agaknya.. Haha.. Kali ni dari Cik Seri dan Cik Kema itewww.. Brillante Weblog Premio - 2008.. Bahasa apa gamaknya? Haha.. Terima kasih na Cik Seri.. Million-million thank you for the award.. So, here goes the rules..
Posted by Mrs. Fedex at 3:05 PM 0 comments
Labels: Misc
Puding Jagung Peach
Ahad lepas, kan Mus dah cakap sebelum tuh ada kenduri sarung cincin a.k.a kenduri bertunang anak jiran kan.. So, seperti biasa Mak Abah memang nanti suruh Mus buat satu hantaran bagi pada jiran.. Sebelum tuh kan, Mus ada buat hantaran yang Ngah Mus tempah.. So, kelam kabut sikit la.. Sebabnya kenduri bertunang ni derang bagi tahu sehari sebelum ja.. Mana le Mus nak menggagau semua barang-barang kan.. Otak bukan saja TERBEKU tapi terus BEKU.. Wakakak.. Takleh fikir ok.. Terus tenung Mak Mus tatau nak buat apa.. Then, teringat le kat puding jagung Mus yang glamer tuh.. Perasan lagik kan.. Haha.. Sebab sebelum ni punya kenduri, semua jenis and pesen hantaran Mus dah buat, so tak boleh nak buat benda yang sama.. Mak Mus suh la buat benda yang tak pernah buat serta tak pernah bagi pada sesapa lagi sebagai hantaran kat area rumah Mus tuh.. Sebab rumah dekat-dekat, semua tahu kan.. Fikir punya fikir, ni yang dapat idea buat puding jagung sebab nya sambil fikir sambil korek apa barang yang Mus ada dalam rumah kan.. Sesambil tuh, terkorek acuan lama Mak Mus yang zaman dulu-dulu.. Rupanya Mak Mus banyak acuan ooo.. Perak sat.. Terjumpa acuan besi bentuk love.. Tuh yang confirm buat puding jagung semata-mata nak try acuan.. Haha.. Boleh kan? Then balik kerja hari Jumaat tuh menapak la mencari barang bagai semua.. Suruh Mak pi tanya, depa buat kaler apa semua, katanya Coklat.. Aiseh.. Reben Mus takdak Coklat.. Kebetulan, hari Sabtu tanpa dirancang pi Carrefour nak cari mesin mee.. Mana tau, tetap tak dak.. Frust la.. So kena beli juga la yang harga RM40.00 something tuh.. Dah alang-alang, singgah kat AtuZ beli riben then balik.. Pas mandi bagai terus gedebuk-gedebak kat dapur buat puding bagai.. Dah siap lega.. Simpan peti.. Then baru buat riben dia semua tapi takleh assemble sebab kena buh puding lam kotak baru leh assemble.. So, esok pagi bangun awal-awal, assemble semua.. Buka puding dari acuan then hias dengan buah peach.. Mak Mus duk suka buah peach tuh.. Sedap katanya.. Bunga plastik tuh kiranya bunga terjun ok.. Tak sempat dah nak buat bunga apa bagai.. Teruk betui.. Tapi tengok-tengok balik kira sweet juga kan.. Hehe.. Puji diri sendiri na.. Sebelum jalan-jalan kat market, pi la hantar hantaran dulu.. Rupanya, anak dara duk tidoq lagi sebab baru balik kerja malam.. Haha.. Boleh pulak.. Orang kampung dah sakan duk masak-masak dah.. Mus pas balik market terus pi menyinting lengan.. Sampai petang tuh sambil riba gelas yang derang pinjam sebakul dari rumah Mus, nak bawa balik konon tapi tukang angkat dah tersandar kat pangkin.. Haha.. Hari Ahad tuh memang letih gila sampai terlali-lali sambil jalan.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:53 AM 0 comments
Labels: Cooking
Baju Melayu Johor Achik
Monday, August 4, 2008
Hepi hepi mood.. Sebabnya untuk pertama kali dalam sejarah hidup.. Haha.. Statement melampau.. Pertama kali cubaan Mus buat Baju Melayu Johor.. Tak sangka berjaya juga setelah beberapa kali study dan tenung-menenung.. Mus kan tak pandai buat leher cekak musang, jadik Mus cuba buat leher baju kurung dulu.. Pas ni, InsyaAllah ada masa sikit mus telek lagi manual dan buat cekak musang.. Baju Melayu Johor adik lelaki Mus, Achik.. Perasan tak? Kain ni sama dengan kain baju kurung adik perempuan Mus.. Depa sedondon tahun ni.. Achik tak tahu yang baju raya dia dah siap.. Tahu kalu, seronok la dia.. Takla macam tahun lepas, esok sehari lagi nak raya, baru dia dapat cuti balik kampung nak sambut raya.. Sesampai di Penang, bawa buka puasa then terus menapak beli baju raya dia.. Masa tuh semua dah tinggai saki-baki ja.. Kaler yang dia nak semua takdak, kaler yang dia tak nak saja bersepah.. Tapi nak buat macam mana kan, harusla rembat jugak.. Tahun ni, dia nak pakai dengan kain pelikat.. Tatau apa mimpi, taknak pakai sepasang.. Nanti Mus beli kain pelikat yang match.. Nak pakai macam Abah Mus katanya.. Tatau apa mimpi dia tahun ni ntah.. Tahun lepas Mus beli baju melayu Achik sepasang mahai ok, RM75 sepasang.. Tapi tahun ni, kain untuk baju ni 2 meter after diskaun cuma RM10.00, upah jahit tepi RM2.oo, butang RM0.10.. Cuma RM12.10 saja.. Upahnya free la sebab Angah nya yang jahitkan.. Wah.. Wah.. Tahun ni Mus dapat berjimat, cuma tenaga saja yang perlu diguna banyak.. Tak kalu setiap tahun kena bayar upah untuk 2 pasang baju melayu, sepasang baju kurung, 2 pasang baju kebaya.. Mahal tuh.. Mencecah RM400.00 cuma dekat baju ni saja.. Tuh tak termasuk baju moden buat adik 2 orang dan mak abah.. Angahnya tak payah baju moden la.. Ada rezeki lain kali boleh beli tapi this year boleh beli ha.. Wah.. Wah.. Tinggai baju melayu Abah Mus saja yang belum siap.. Baju kebaya Mus harusla tempah, tak pandai kan menjahit lagi.. Berdoa, pas raya ni ada la mana-mana chegu nak ajar Mus ni.. Haha.. Berangan harus tinggi, kalau jatuh pun maybe tersangkut kat dahan kan.. Sakan tau.. Baju ni dah suruh Abah trykan.. Muat tak tengok.. Fuh.. Sejibik-sejebon seperti ukuran sample.. Kira pas Abah Mus kata.. Harusla kembang hati direndam air.. Haha.. Sejambak na kembang.. Ekekek.. Perasan! Untuk tatapan chegu virtual, Cik Seri.. Ni gambar setiap bahagian, leher, tekan tepi pesak dan poket baju melayu Mus, amacam? Chegu nak berguru tak ngan anak murid? Wah.. Perasan! Haha.. Syukur banyak-banyak.. Akhirnya, Mus berjaya buat.. Tak sangka.. Bila sesekali tengok, rasa tak sangka tuh Mus yang jahit.. Mesin tua warisan tok Mus tuh sangat berjasa.. Tua banyak jasa kan.. Ha.. Harus Mus sayang mesin tuh.. Syahdu.. Mesin warisan turun-temurun.. Sentimental value..
Posted by Mrs. Fedex at 9:18 AM 0 comments
Labels: Baju Melayu
OLDTOWN White Coffee
Friday, August 1, 2008
Walalalala.. Mood happy tahap tak tau nak habaq macam mana.. Haha.. Boleh? Lawak aih rasa.. Ni.. Punya lama teringin nak makan kat sini.. OLDTOWN White Coffee.. Selalu melepak di blog Kak Ej, meleleh ayaq lioq tengok mee kari dia.. Hari ni dengan sukacitanya telah melepak makan tengahari di sana bersama EP.. EP la ajak pi makan kat sana, tak kalu tak merasa lagi nak makan kat sana.. Kebetulan OLDTOWN ni baru buka di Bayan Baru, area Sunshine Square.. Dulu sini adalah pejabat Xerox.. Sekarang OLDTOWN amek alih jadik lawa kan.. Sangat terasa macam ada di Ipoh masa duk lam kedai nih.. Semua hiasan termasuk kerusi meja sangatla menampakkan macam zaman rumah Chinese dulu-dulu.. Hiasan dalam, environment best.. Kami makan di tingkat atas.. Mus rasa macam pi rumah orang Chinese.. Hehe.. Sebab kat atas tuh, Mus the only one Malay yang ada kat sana.. Lain semua Chinese.. Tingkat bawah baru ada Malay masa turun nak bayaq.. Kebetulan kan, lunch our hari Jumaat.. Kerajaan kan lunch 2 jam, orang kilang lagik, ramai sangat orang kat situh.. Glamer na OLDTOWN nih..
Mai Mus cerita apa Mus makan.. Dah pastila OLDTOWN Curry Mee yang glamer the voogies the vass.. EP pulak makan OLDTOWN Ipoh Chicken Hor Fun.. Ada cabai melaka, terangkat.. Makanan nya memang sedap.. Tak sesia ok beratur kat luar tuh nak amek seat.. Curry Mee tuh memang kow ahhh, tak pekat, tak cair, sangat cukup rasa dan semua.. Pendek kata berbaloi rasa dengan harga.. Ni kira pandangan Mus la.. EP pulak cakap koew tiew dia lembut dan rasa sup pun sedap.. Memang sedap.. Ni kira review orang yang dah lama teringin nak makan kan.. Kira semua sedap belaka na.. Haha..
Minuman pulak.. Mus tak suka makan then minum dengan air yang berperisa.. Mus suka minum air suam ja setiap kali makan.. Then EP complaint.. Dia kata apa glamer mai sini minum air suam.. Tryla coffee dia.. Asekla sedap sangat air suam EP kata.. Sakan complaint orang.. Melampau EP.. Mus tak berapa suka makan then minum air berperisa sebab satgi rasa mengah then perut penuh.. Tapi OLDTOWN punya pasai, Mus order OLDTOWN Enriched White Coffee (Gao).. Yang pasti memang kow gila-gila.. Sedap.. Pekat.. Melekat.. Syahdu ok minum air tuh.. Sedap gila na.. EP punya air yang sebelah kanan ni, dia pesan OLDTOWN "Cham" - Coffee Mix Tea.. Dia kata sedap, ada rasa tea ngan coffee.. Dah nama pun mix kan.. Sedap gila kata dia.. Semua kira gila-gila la.. Haha.. Review dari dua orang yang memang dah lama ok nak pi makan sana.. Semua nya kata gila, apa pun sedap gila.. Lawak..
Kami makan until licin.. Nampak? Licin na kuah semua.. Tuh makna kata sedap gila.. Haha.. Sapa-sapa teringin tu pi la makan.. Dijamin sedap.. EP kata, "Kita ni lapaq kot, tuh yang semua sedap".. Ekekek.. Rasanya tuh yang betui.. Lapaq.. Tapi sekarang dah puas.. Dah puas sebab dah merasa.. Lenkali nak pi makan nasik dia pulak.. Kak Ej, kita pi makan sana berdua pulak na.. Nak rasa yang ayam rendang apa tatau.. Syahdu ok tengok.. Sedappp.. Nyum.. Nyum..
Posted by Mrs. Fedex at 3:11 PM 2 comments
Labels: My Life
Putu Beras Anggur
Pagi-pagi ni nak sarapkan semua orang ngan putu beras.. Nyum.. Nyum.. Putu beras replika anggur.. Mus terlioq na bila tengok kaler merah tuh.. Sangat memberansangkan.. Di mata Mus menarik, sedap, yummy, segala macam la rasa sedap duk terbayang.. Mungkin kerana ketaksuban ke kaler merah yang terang gituh agaknya.. Haippp.. Ngarut dah.. Ok.. Ni la hantaran yang Mus buat untuk Ngah Mus.. Hantaran bidan terjun.. Kalut nak pikiaq nak kena buat apa.. Ni pun nak kena buat lagi satu hantaran untuk hari Ahad ni.. Ada anak jiran nak bertunang, so orang dah kirim salam, paham-paham la na.. Haha.. Nak kena la bagi satu hantaran kan buat pemanis mata dan mulut.. Duduk kampung macam ni la, semangat kejiranan.. Ha.. Melalut mana tatau dah.. Berbalik ke hantaran atas ni.. Nampak dak bunga satin Mus yang glamer the voogie the vass? Perasan.. Hehe.. Ce tengok kat reben sejambak tuh, Mus suka kat reben tuh.. Tatau pasai apa, sukala reben pesen tuh.. First time Mus try buat reben pesen tuh.. Nampak lembut dan gebu kan? Tetambah putih.. Abah kata yang reben tuh dah tarik semua keglameran buah anggur.. Haha.. Reben lagik terserlah dari anggur tuh.. Tapi Mus suka.. Sebab kaler dia ala2 match.. Putih ada hijau-hijau skit buat pewarna mata.. Mula buat putih saja nampak dull tak bermaya betui.. Tambah sikit hijau tuh ngan daun2 ala rimba.. Daun tuh je sempat dirembat.. Jadikla.. Harap-harap la Ngah Mus suka.. Malam ni buat satu lagik, musim orang nikah kawen le yer sekarang ni.. Hujung minggu ni bersinting lengan la basuh pinggan, buat sambal belacan.. Huhu.. Selamat berhujung minggu..
Posted by Mrs. Fedex at 8:04 AM 2 comments
Labels: Projects And WIPs
Bunga Satin Putih
Wednesday, July 30, 2008
Mus dah lama admire Bunga Satin nih.. Selalu merenung saja bunga ni bila terjumpa di blog-blog atau di web-web.. Merenung meng"figure" out macam mana depa buat bunga ni.. Berbekal ayat-ayat samar-samar dan perasaan kental mencuba, semalam Mus cuba buat Bunga Satin nih.. Mula cuba buat gam dengan hot glue, tak layan.. Dia takmo lekat.. Then cuba pulak dengan gam UHU, baru kena padannya.. Kebetulan, Ngah Mus pesan satu hantaran untuk hujung minggu ni.. Katanya simple-simple je sebab Ngah pun baru inform semalam kan nak hantaran hujung minggu.. Mus pulak browse tak dapat idea.. Kalut-kalut kalu macam ni la jadiknya.. Haha.. Otak TERbeku.. Pastuh tanya dia kaler apa? Boleh dia kata depa tuh pun tatau kaler apa.. Haha.. So, Ngah request kaler putih or cream ja.. Andai kata berkaler apa pun depa, kita punya still boleh masuk dengan hantaran depa.. Entah siapala lah pulak yang kawen hujung minggu ni, sebelah ipar duai Ngah agaknya.. So, niat nak mencuba Bunga Satin ni dah lama.. Alang-alang nak buat tuh, Mus pun cubala untuk hantaran kali ni.. Sekadar bunga sahaja, simple-simple.. Nanti petang karang balik kerja nak pi beli kotak.. Sebab katanya nak bawa balik kampung.. Dah siap bunga, esok Mus interpremkan hantarannya.. Bunga Satin ni kena gayanya lawa, nampak merelit-relit.. Cantik juga.. Andai kata light pink sure lawa kan? Haha.. Tak abes-abes dengan pink.. Haippp..
Posted by Mrs. Fedex at 8:59 AM 0 comments
Labels: Bunga
Baju Kurung Sulam Aminah
Tuesday, July 29, 2008
Lama tuh hibernate.. Duk buat apa tatau.. Layan migraine.. Doktor bagi ubat tidoq, Doktor suruh tidoq 12 jam satu malam tuh tak hengat donia.. Ambik.. La ni dah ok, sehat walafiat dah.. Ok.. Kali ni Mus nak interprem baju kurung sulam Aminah.. Ingat dak hari tuh Mus cakap Mus dah siap jahit baju kurung raya dia? Mus kan kata pas hantar sulam nak tunjuk kan.. Ni la hasilnya.. Baju kurung Aminah dipadankan dengan kain batik then sulam benang cincang.. Lawa dak? Harga upah sulam tuh hanya RM25 sahaja.. Sulam di kaki baju serta tangan sahaja.. Memang pilih sulam yang simple sebab budak-budak karang kalau pakai yang sarat nampak macam orang dewasa kan, tak berapa nak match.. Saja sulam simple-simple bagi nampak sweet sesuai dengan umur dia.. Suka la tuh.. Baju dia dah siap.. Baju adik Mus ni lagi besar dari Mus tau.. Mus kalu nak pi kenduri-kendara yang agak rasa tak boleh nak glamour sangat kan, Mus saruk baju dia la.. Mus ni deret kebaya, baju kurung ada sepasang ja, sepasang lagi yang baru Mus buat hari tuh.. Adik Mus lagi besar dari kakak na.. Haha.. Nak buat macam mana kan, kakak spesis pokok herba renek tak cukup baja.. Haha.. Butang baju tuh Mus rasa macam tak kena ja.. Sebab kan, Mus beli 2 biji kaler ni sebab kain baju melayu adik lelaki Mus sama ngan Aminah punya juga, depa sedondon.. Tapi Mus terlupa yang sulam dia tuh kaler ala-ala kuning tuh kan.. Supposed butang dia pun kaler kuning la kan? Apa pendapat semua? Patut kaler apa? Mus kena tukaq ke kaler kuning ka? Or kaler merah ni pun ok? Macam mana? Mus puas hati dapat buat baju raya tahun ni sendiri.. Boleh buat macam mana yang Mus suka, tak lagi nak gaduh ngan tailor kan sebab dia buat baju tak kena cara kita suruh.. Haha.. Customer ni cerewet na.. Haha..
Posted by Mrs. Fedex at 8:52 AM 2 comments
Labels: Baju Kurung
