Putu Beras Anggur

Friday, August 1, 2008

Pagi-pagi ni nak sarapkan semua orang ngan putu beras.. Nyum.. Nyum.. Putu beras replika anggur.. Mus terlioq na bila tengok kaler merah tuh.. Sangat memberansangkan.. Di mata Mus menarik, sedap, yummy, segala macam la rasa sedap duk terbayang.. Mungkin kerana ketaksuban ke kaler merah yang terang gituh agaknya.. Haippp.. Ngarut dah.. Ok.. Ni la hantaran yang Mus buat untuk Ngah Mus.. Hantaran bidan terjun.. Kalut nak pikiaq nak kena buat apa.. Ni pun nak kena buat lagi satu hantaran untuk hari Ahad ni.. Ada anak jiran nak bertunang, so orang dah kirim salam, paham-paham la na.. Haha.. Nak kena la bagi satu hantaran kan buat pemanis mata dan mulut.. Duduk kampung macam ni la, semangat kejiranan.. Ha.. Melalut mana tatau dah.. Berbalik ke hantaran atas ni.. Nampak dak bunga satin Mus yang glamer the voogie the vass? Perasan.. Hehe.. Ce tengok kat reben sejambak tuh, Mus suka kat reben tuh.. Tatau pasai apa, sukala reben pesen tuh.. First time Mus try buat reben pesen tuh.. Nampak lembut dan gebu kan? Tetambah putih.. Abah kata yang reben tuh dah tarik semua keglameran buah anggur.. Haha.. Reben lagik terserlah dari anggur tuh.. Tapi Mus suka.. Sebab kaler dia ala2 match.. Putih ada hijau-hijau skit buat pewarna mata.. Mula buat putih saja nampak dull tak bermaya betui.. Tambah sikit hijau tuh ngan daun2 ala rimba.. Daun tuh je sempat dirembat.. Jadikla.. Harap-harap la Ngah Mus suka.. Malam ni buat satu lagik, musim orang nikah kawen le yer sekarang ni.. Hujung minggu ni bersinting lengan la basuh pinggan, buat sambal belacan.. Huhu.. Selamat berhujung minggu..

2 comments:

pearl'E.J said...

uihhhhh... akak tengok ni pun rasa mcm nak makan jugak laa putu bambu tu yang.... menarik tertarik da bommmmm okeh...

Mrs. Fedex said...

Kak Ej..
Putu BERAS na.. Haha..
Bukan Putu BAMBU.. Haha..
Kak Ej wat lawak lak..
Sah duk teringat Putu Bambu na..