Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saturday, September 27, 2008

"SELAMAT HARI RAYA"
"MAAF ZAHIR BATIN"

Di kesempatan ini.. Mus nak ucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" serta "Maaf Zahir Batin" pada semua yang membaca blog Mus.. Maafkan kesalahan Mus selama berceloteh kat sini.. Andai terkasar bahasa, mengguris hati sesapa, maafkan Mus juga ya.. Mus doakan semua pembaca bergembira di hari raya yang mulia ini.. Pada sesiapa yang balik kampung, jangan lupa servis kereta.. Andai letih, rehat secukupnya di rnr yer.. Pada yang naik bas, tiket bas balik jangan lupa beli eh.. Hehe.. Ni kes pesanan untuk adik sendiri.. Hehe.. Mus cuti seminggu raya ni.. Seronoknya.. Semoga semua berbahagia.. Aminnn..

Biskut Y

Friday, September 26, 2008

Pagi tadi pas sahur Mak Mus dia tak tido dah.. Terus dia basuh baju dan sesambil tuh bakar Biskut Y nih.. Mus bangun nak pi kerja tengok dah siap dah satu adunan.. Katanya nak buat lagi satu adunan, nampak sikit je satu adunan.. Karang Achik balik, diangkutnyer ke hostel.. Kami tinggal serbuk jer.. Tengok, Mak Mus tuh.. Dah disuruh tunggu karang malam ni Mus cuti bangun sahur Mus boleh tolong, buat sesama.. Tak mahu katanya.. Nak siapkan biskut dia dulu, karang turn biskut moden Mus pulak.. Dah tuh.. Mak nyer tak reti duk diam, macam mana anak nan seorang ni nak diam? Haha.. Mesti ikut la tak banyak sikit perangai Parents kan.. Kagum kan tengok Mak kita semua.. Sambil buat satu kerja boleh sesambil buat bermacam-macam kerja.. Sesambil bakar biskut, Mak basuh baju, gerak 3 orang yang liat nak bangun pagi ni pulak.. Jerit panggil.. Haha.. Then sementara biskut nak masak, basuh pinggan, kemas dapur, sapu rumah.. Turunkan langsir rumah nak basuh.. Fuh.. Tegar kan? Mus tak tahu la.. Andai esok Mus dah berumah-tangga, mampukah Mus jadi macam Mak Mus? Ermmm.. Kuat kan? Mesti semua orang yang bergelar Ibu pun macam ni sebuk dia kan? Andai kata ada helper a.k.a maid, ringan la sikit kan.. Andai tiada, macam Mak Mus tuh? Fuh.. Kagum! Doa-doa esok-esok ni Mus pun boleh sehebat Mak.. Berangan! Aminnn..

Kueh Raya

Thursday, September 25, 2008

Pagi semua.. Dah tak sampai seminggu je lagi kita nak berhari raya.. Semua orang dah ready ke? Mus tengah berhempas-pulas la sekarang ni.. Hehe.. Minggu lepas baru lepas bersilat bagai kat dapur siapkan tempahan kueh raya.. Tak banyak, sikit jer.. Tapi cukupla buat penambah rezeki.. Syukur.. Tu pun, tak tidor malam.. Habes dikerah semua orang jadik pekerja sementara.. Nasibla ada Aminah.. Dalam manja-manja dia tuh, boleh juga diharap membantu kat dapur.. Tapi wajibla kasik upah.. Laju ja.. Haha.. Mus dah selesai satu bab, tinggal sekarang nak siapkan baju kurung orang je lagi.. Target dalam minggu ni nak siapkan semua then nak sambung buat kueh raya.. Aminah dah cebik-cebik dah, takut takda kueh raya.. Excited nak bawa pi sekolah kan.. Budak-budak.. Adik Mus yang lelaki tuh wajib nak balik hostel karang nak angkut berbalang-balang.. Mus siap bungkus asing pada dia.. Bukan apa, karang berebut bising kat rumah dengan Aminah.. Sorang nak itu, sorang nak ini.. Nasib baik adik Mus cuma dua sahaja.. Tak kalu, aiseh.. Roboh rumah.. Haha.. Dua tuh pun, kaki tangan ni tak larat nak cekau dah.. Moga-moga besar esok, derang jadik orang yang berguna.. Aminnn..

Pre-Birthday Present

Tuesday, September 23, 2008

Tengok ke title tuh.. Tahu dah.. Ada orang nak hadiah lagi.. Haha.. Mr. Fedex, Sabtu ni baru kita beli hadiah rasmi kan? Eheh.. Kan? Haha.. Sebenarnya semalam makan kat New World Park tuh sebab konon Mr. Fedex nak belikan handbag.. Walalala.. So, boleh pilih sendiri yang mana suka dan kat mana.. Apa lagi, terus nak handbag yang macam Kak Ej pernah beli tuh.. Mus suka betul.. Comel sangat.. Tapi kan.. Apa kan daya.. Bukan rezeki Mus.. Handbag fesyen tuh dah habes.. Langsung takda even kaler lain or apa.. Takda jejak langsung.. Siap tanya kat SA tuh.. Mana tau masuk stok baru.. Takda juga.. Erm.. Nampak sangat takda rezeki Mus kan.. So, jalan-jalan pusing kat situh tengok andai kata ada kedai lain ka apa.. Tapi hampa la.. Takda.. Ada satu kedai souvenir bear lawa2.. Pusing situh then keluar.. Then jalan sampai depan dah, nak balik.. Then tak jadik, patah balik pi kedai souvenir tuh.. Mr. Fedex suh juga ambil apa-apa buat present kecik la.. Karang dah Sabtu dah macam lepas hari kan.. Memang kalu balik tangan kosong, mesti sedih.. Haha.. Perempuan.. Sori eh Deary Lovey Dovey.. So, masuk kedai tuh.. Pusing-pusing amek juga bear kecik sekor dan Mus suka tabung burung antu nih.. Haha.. Dah letak duit dah.. Dah besar pun banyak tabung.. Sukaaa.. Suka giler.. Even takda handbag tuh, dapat barang kecik-kecik ni pun jadila.. Mus suka.. Thanks a lot My Deary Lovey Dovey.. Sekarang duk atas meja solek.. Suka kat dia.. Gelek-gelek suka.. Walalalala..

Birthday Dating

Semalam sempena besday girl punya hari, so gi makan dating-dating bercintan-cintun kat OldTown White Coffee.. Pergi ngan Mr. Fedex la, tunang tersayang.. Haha.. Kami berbuka kat New World Park punya.. Duduk kat atas, open air.. Best.. Nampak bawah, nampak air terjun.. Sana tak ramai orang.. Best.. Aman damai jer.. Memula Mr. Fedex kata nak bawa gi buffet kat Hotel.. Macam best eh? Tapi perut kecik macam Mus ni, buat rugi je la makan buffet.. Tak berbaloi.. Takat makan macam ni pun, dah sengkak gila.. Penuh rasa perut.. Padahal makan biasa ja.. Haha.. Rugi aihhh.. Kami sampai pukul 7.00 petang dah.. Ngam-ngam pesan makan, ngam-ngam Azan Maghrib makanan dan minuman pun sampai.. Mus makan nasi rendang ayam.. Sungguh, sedap giler.. Sambal tumis dia tuh sedap, cukup rasa semua.. Wangi serai.. Sangat sedap.. Rendang ayam dia pun marbeles.. Haha.. Pendek kata, licin.. Tinggai tulang sebatang je dalam raga tuh.. Sedap sangat.. Mr. Fedex makan Curry Mee.. Hak tuh hari tuh masa Mus pi OldTown dekat Bayan Baru Mus makan dah.. Sedap.. Kuah kari dia memang pekat.. Sedap sangat.. Banyak lak tu.. Sedapla.. Then ada pesan double toast bread tuh.. Dalam tuh dia letak butter dan kaya.. Banyak.. Sedap!!! Yang ni sangat sedap.. Rapuh.. Bestla.. Lepas kempunan duk nak makan double toast bread ni.. Sapa-sapa yang terliur, cubala.. Sedap!!! Then, Mus macam biasa suka coffee kat situh.. Sedapla.. Tak ingat dah nama dia.. Mr. Fedex amek Honey Lemon Juice eh? Tak ingat la nama.. Tapi sedapla yang ni.. Masam-masam manis.. Sedap.. Haha.. Semua sedap.. Apa yang tak sedap pun tatau.. Sebab semalam jadik besday girl, sedap belaka.. Plus perut lapar kan.. Puasa.. Sedap memanjang.. Thanks eh my Deary Lovey Dovey for the birthday treat.. Nanti birthday present lain kan? Haha.. Nak jugak besday present.. Haha..

Happy Birthday To Me!!!

Monday, September 22, 2008

Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me..
Happy Birthday To Me Musliha..
Happy Birthday To Me..

Haha.. Feeling-feeling nyanyi lagu besday sorang-sorang ok.. Mus nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada semua yang buat birthday wish pada Mus.. Happy giler.. Dah tua-tua ni happy tahap sakan pulak.. Tak lupa juga terima kasih banyak-banyak pada Mr. Fedex yang wish berkali-kali dah ha.. Setiap kali pas nak letak telepon, wish jer.. Sehari birthday wish nyer tak tahu berapa kali sehari.. Haha.. Thanks you my deary lovey dovey.. Terima kasih pada semua yang ingat birthday Mus.. Mus suka.. Hugsss semua.. Nak tunggu birthday present nih.. Tahun ni dapat apa eh? Hehe.. Gelek-gelek jap.. Haha..

P/S - Happy birthday to Elin.. Kami share tarikh lahir yang sama.. Cuma tahun yang berbeza.. Happy birthday Elin..

Popia Goreng

Muahaha.. Citer popia lagi hari ni.. Sekarang dalam mood kulit popia.. Sebenaqnya baki buat popia inti karipap hari tuh ada lagik.. Lagipun, selain alasan nak habeskan kulit popia tuh.. Mak Mus merungut kata popia hari tuh tak cukup, Mak nak suruh buat lain.. So, buat kali ni baru pi beli taugeh, carrot, sengkuang ngan udang kering bagai.. Baru buat inti betul untuk popia.. Hari tuh inti klon ja.. Haha.. Petang tuh habes bersilat kat dapoq goreng kerepek orang tempah baru la buat popia ni.. Nak ikut tak larat memang la tak larat.. Tapi dari tido lentang, baik buat keja.. Ini perangai Mus la.. Pas goreng inti pi mandi dulu baru gulung bagai.. Dah dekat pukul 6.30 petang dah masa buat ni.. Popia ni ambil masa tak lama.. Kejap ja.. Habes gulung goreng bagai then siap la.. Buat lebih skit, nak bagi kat jiran sebelah.. Makcik sebelah rumah datang tanya, "Angah dah tak buat kueh ka posa tahun ni?" Huhu.. Ada orang ingat kueh Mus rupanya.. Mus selalu hujung-hujung minggu buat kueh then saja hantar jiran-jiran.. Saja ja.. Kampung kan.. Adat la tuh.. Tuh bulan ni banyak kali petang hujung minggu ja hujan.. Mus ada ja buat kueh tapi nak keluar hantar tuh tak boleh.. Tu yang tak bagi.. Tak tahu pula Makcik tuh duk ingat kat kueh Mus.. So, petang tuh panas-panas pas goreng terus hantar.. Mak kata derang dah siap bersila tunggu azan dah pun.. Haha.. Pucuk dicita, ulam mendatang.. Syiok dia tetiba ada kueh datang.. Mak Mus bungkuskan agar-agar merah sekali.. Saja la.. Share-share apa sikit kan.. Dapat sikit, kita pakat kongsi sikit.. Dapat banyak, kita kenduri banyakla kan.. Betui tak? Orang kata, andai kita share tak kira la apa-apa, tuh tandanya mengeratkan kasih sayang.. Haha.. Ya ka?

Followers

Saturday, September 20, 2008

Ha.. Nampak tak gambar kat atas ni kat side bar sebelah kanan? Duk godek-godek blog ni then terjumpa gadget baru kan.. Orang lain dah lama agaknya buat.. Mus ni kan jahil skit bab-bab IT.. Hehe.. Follower ni bagus eh.. Kita terus boleh keep track sapa yang update.. Syiok.. Function dia apa lagi pun Mus tak berapa arif sangat tapi suka la jugak.. Baru nak cuba-cuba.. So, pada kawan-kawan yang selalu follow or sekali sekala datang tegok update blog Mus tuh, klik la follow kat situh eh.. Takda sapa lagi ha.. Tak glamour.. Haha.. Sesambil boleh kita tukar-tukar link.. Jangan lupa eh kawan-kawan sekalian.. Hugsss..


P/S - Mana pi kakak-kakak crafting sekalian? Sebuk eh buat persediaan sambut Aidilfitri? Semoga semua selamat.. Aminnn..

Ikan Pari Bakar Cicah Air Asam

Friday, September 19, 2008

Muahaha.. Gelak Boya.. Jangankan kata orang yang baca.. Mus yang posting ni dah leleh air lioq ha.. Sambil tulis title atas tuh pun dah tak tahan.. Haha.. Actually dah lama Mus ambil gambar ni nak letak kat blog tapikan macam tak sampai hati.. Tadi duk buat house keeping nampak gambar ni, so takpala na.. Mus letak ni.. Haha.. Rasanya ni cerita first week puasa.. Teringin sangat nak makan ikan pari bakar.. Nak beli yang kat Bazar Ramadhan tuh takut keras.. Dulu last year puasa rasanya Mus pernah beli kat Bazar Ramadhan.. Masa nak berbuka dia dah sejuk dan keras.. Plus takdak isi sangat ikan tuh.. Some more ikan ni bab bakar-bakar ni jadik mahal kan.. So, Mus pagi-pagi pi market semata-mata nak cari ikan pari ni.. Naseb baik ada juga kat satu peniaga tuh.. Ikan pari yang mentah ni pun mahal.. Sejorong ni saja dalam RM8.. Tapi nak makan, bukan selalu kan.. Pejam je mata, beli.. Hehe.. Petang tuh dah excited suh Mak Mus marinate ikan tuh.. Terliur dah.. Then dekat nak berbuka, bakar dalam oven je.. Plan tuh nak bakar guna dapur kayu tapi dek hujan lebat.. Simpan la angan-angan.. Mus kalu teringin mesti suh Mak yang masakkan.. Andai Mus yang masakkan, alamat tak bersentuh la kejap lagik.. Entah kenapa, takda feel kot eh.. Ka sebab masa kita masak kita dah bau kan, so nak makan dah tak selera.. Tapi andai Mak buatkan, apa-apa pun sedap.. Haha.. Alasan tuh.. Air asam pun Mak buatkan, sedappp.. Bukak puasa hari tuh, habes dihirup air asam ni.. Sedappp.. Licin pinggan.. Ni dah akhir-akhir Ramadhan ni, mula tak berselera balik.. Mak duk kata nak beli ikan pari ni buat bakar lagi, baru sedap sikit kot nak berbuka.. Ingat Sabtu ke Ahad, boleh tengok-tengok kat market.. Andai kata ada, sedappp nya.. Nyum.. Nyum..

Baju Raihan

Thursday, September 18, 2008

*Chicken Dance**Gelek-gelek* Hari ni rasa lega.. Siap dah 2 pasang Baju Raihan officemates Mus.. Hari-hari bertanyakan update baju derang.. Tak sabar gamaknya nak pakai baju baru.. Gaya orang first time tempah baju nak beraya.. Dia excited tuh terlebih sikit dari orang lain.. The moment Mus cakap je Mus boleh cuba buatkan andai ada sample baju.. Nah.. Zass.. Tengahari derang keluar pi Kamdar beli kain hantar terus kat Mus.. Esoknya terus bawak sample.. Lusa pulak bawa sample lain nak mix and match peten then ukur-ukur bagai.. Tuh gaya tanya pagi yang mula tuh.. Haha.. Tak ke excited namanya tuh.. Nak ketawa pun ada sebab semua kita tahu kan.. Kebanyakan lelaki tak excited bab-bab nak tempah baju raya bagai.. Ha.. Depa 2 orang ni terlebih excited pulak.. Siap dah ada kain pelekat yang match dengan baju dah.. Nak gelak pun ada.. Then siap cakap, pas raya ni nak tempah lagik buat pi Sembahyang Jumaat.. Haha.. Ok.. Ok.. Mus mengerti.. Layan je la..

Berbalik pada baju.. Ni kira first time ni Mus buat Baju Raihan.. Dah jahit banyak Baju Kurung dan Baju Melayu, dah tahu sikit kat mana perlu skill apa bagai, tuh yang Mus confident kata Mus boleh jahit baju ni.. Hari sebelum nak potong kain bagai, pagi tuh pi menuntut ilmu dulu kat Kakak Tailor kat rumah Mus.. Kena slow talk bodek-bodek sikit baru leh dapat ilmu dan skill.. Hehe.. Dia marah pun kan, kita kena senyum je.. Senyum je memanjang, terus dia sejuk perut then akan ajar.. Yang payah nak korek tuh adalah skill.. Nak skill, tektik dan teknik kita kena pandai ayat, buat muka square.. Haha.. Tak semua orang akan reveal teknik yang efisen.. Yer la.. Tuh kan sumber rezeki Tailor.. Kena baca doa sebelum masuk, tadah telinga.. Haha.. Apa-apa pun, end of the day, Mus dapat bodek dan Kakak tuh akan cerita teknik dia.. Merah telinga pun takpa kan? Asal pandai.. Kan?
Ok.. Baju Raihan ni ada 2 pasang tapi yang membezakan cuma la peten tangan.. Yang seorang nak tangan cekak tuh, yang seorang lagi lak nak tangan biasa ja.. Tang leher sama cuma button jer tak sama.. Masa nak mula jahit, tang leher tu la yang Mus duk tenung sangat.. Sebab 3 button sebelah kanan cuma hiasan, 3 button sebelah kiri baru ada kegunaan.. So, nak kena jahit lapik kat belakang then tebuk lubang kat depan.. Macam dalam gambar kan.. Jenuh telek baju sample.. Masa jahit baju yang mula saja rasa payah tapi masa nak buat kali ke-dua dah takda masalah.. Yer la.. Practise makes perfect, right? Kocek kecik satu di depan.. Itu jer..
Then baju ni ada belah tepi kiri kanan.. Poket sisi juga kiri dan kanan.. Sebelah kanan letak zip dan sebelah kiri jenis yang biasa terbuka saja.. Part dekat poket ni renyah sikit la.. Sebabnya kita nak kena jahit kantung dia.. Agak-agak nak hilang sabar tuh, baca doa banyak-banyak dan tarik nafas.. Haha.. Dan-dan sejuk.. Poket Baju Kurung kita tampal dan jahit sekali kat pesak kan.. Tapi poket sisi Baju Raihan kan takdak pesak, tuh yang kena buat ala kantung tuh.. Tapi apa-apa pun Alhamdulillah.. Berbekalkan mesin warisan tuh Mus dah berjaya siapkan 2 pasang Baju Raihan ni.. So, conclusion nya.. Tak nanti mesin mahal kan untuk dapat jahitan yang cantik? Betul tak? Skill pusing memusing tuh yang penting kan? (Ayat Cik Seri setiap kali Mus nak skodeng mesin canggih.. Haha..) Tapi andai ada rezeki Mus nak juga rembat satu mesin elektrik yang canggih macam org lain punya.. Doakan kejayaan Mus na.. Aminnn..

Tetap Bersinar Selama Ramadhan

Wednesday, September 17, 2008

Mus dapat award ni dari Cik Kema.. Cik Kema sekarang dalam pantang.. Raya nanti dalam pantang juga ke Cik Kema.. Baby Ryan Cik Kema comel.. Muka sapa tatau, rasa macam muka Si Babah nya.. Mus ni tak pandai sanagt bab-bab award ni.. Dah lama aih peram award ni.. Tatau nak tulis lagu mana.. Haha.. Apa-apa pun, thanks a lot eh Cik Kema.. Congratulations on your baby boy Baby Ryan!!!

Tauhu Sumbat

Mus tak ingat dah bila Mus buat Tauhu Sumbat nih.. Lama peram gambaq ni.. Tapi rasanya macam minggu first puasa.. Rasanya ni masa hujan lebat gila-gila pokok tumbang jalan tutup bagai kat Balik Pulau.. Dek puasa kan, teringin macam-macam.. Teringin nak makan Tauhu Sumbat ni.. Lama tak makan.. Dulu masa kecik, suka makan.. Sekarang dah tak nampak orang jual kat mana.. So, pi market beli tauhu 6 ketul.. Then beli rencah sayur dia.. Sengkuang, tauge serta timun.. Balik tuh dekat-dekat nak berbuka baru goreng dan sumbat semua sayur dia.. Mak masakkan sikit kuah kacang.. Sedap.. Mus sukala.. Makan masa bulan tak puasa sedap lagik rasanya.. Makan panas-panas kan.. Ni tunggu berbuka dia dah sejuk.. Ada orang jual dengan sos kan? Mus tak suka sos, suka yang makan dengan kuah kacang.. Tauhu ni sejuk kan.. Makan pulak masa time hujan lebat gila-gila, lagi tambah sejuk.. Haha.. Tapi yang pasti, sedappp..

Popia Inti Karipap

Tuesday, September 16, 2008

Sabtu lepas, lepas buat Kueh Lapis dan Agar-agar Kepala Santan tuh.. Mak Mus kata dia nak makan popia.. Mak suruh Mus gulung popia guna inti karipap.. Lagi pun, inti karipap yang hari tuh masih ada bakinya.. So, dalam larat tak larat tuh Mus keluarkan kulit popia dan gulung menggunakan inti karipap.. Sedap.. Kan Mus beritahu inti karipap Mus bukan yang macam dijual di kedai.. Inti dia ubi Mus masak dengan daging then buh lada skit.. Mus tak berapa suka inti karipap yang kat kedai tuh.. Yang pedas guna rempah kari tuh.. Dekat nak berbuka tuh baru goreng.. Dapat makan panas-panas sedap rasanya.. Rapuh sungguh.. Goreng setengah ja.. Ada lagi setengah dalam freezer.. Nanti petang boleh goreng lagi.. Sedap.. Cubalah.. Cepat dan mudah..

Lapis & Kepala

Monday, September 15, 2008

Tajuk.. Eheh.. Macam misteri ja.. Hari Sabtu lepas, ada orang itewww tempah buatkan Kueh Lapis dan Agar-agar Kepala Santan untuk majlis berbuka puasa di surau kediaman dia.. So, Hari Sabtu pas saja bersahur Mus dah mandi-mandi siap bagai then terus kukus Kueh Lapis ni.. Syukur jadi dan takda halangan.. Tapi dah nama pun bulan puasa kan, tak tahu la apa rasanya Kueh Lapis tuh.. Mus buat 3 talam besar, 2 talam bulat serta 1 talam empat segi.. Tuan kueh request suruh potong siap-siap serta masukkan dalam satu tupperware besar.. Senang nak bawa balik.. Tak la nak merembeh berberan-beran loyang tuh semua bagai kan.. Berat Kueh Lapis ni masa dah satukan.. Berat santan! Haha.. Kueh ni banyak guna santan.. Tak tahu la berapa kilo lemak dalam tuh.. Tapi dengar cerita, licin semua.. Berlemak la gamaknya eh.. Kat atas ni ada belen lebih sikit adunan masa dah siap masukkan dalam 3 loyang.. So, Mus kukuskan satu mangkuk buat Aminah.. Dia asyik duk mai kat dapur kata sedap.. Macam bunyi nyamuk kat telinga.. Haha.. Asyik duk kata dia suka kueh ni.. Tuh tektik nak suruh kita tinggai sikit untuk dia la tuh..

Agar-agar Kepala Santan ni pulak Mak Mus yang buatkan.. Juga 3 talam, 1 talam empat segi besaq serta 2 talam empat segi tepat.. Agar-agar Kepala Santan ni wangi je baunya.. Maybe sebab bau daun pandan kan.. Menusuk hidung.. Yang ni pun tak tahu la apa rasanya.. Tapi sekali lagi, tuan nya kata licin habes.. Senyum sampai telinga la kan Mak Mus tuh.. Mus dalam proses menuntut ilmu buat agar-agar ni.. Sebab pernah tengok yang jual punya kepala dia tuh sama ja.. Mak Mus pulun duk bagi teori kena begitu begini bagai.. Ya.. Ya.. Baik Chegu! Haha.. Upah kena bahagi sorang setengah.. Huhu.. Lepas buat beli Pringles.. Hehe..

Tahniah Ahkak Lindt!!!

Friday, September 12, 2008

Tahniah!!! Tahniah!!! Tahniah!!!
Ahkak Lindt dah selamat melahirkan Baby Girl..
3.18kg, 11.38am 11 September 2008..
Di Hospital Ampang Puteri..
Tahniah!!! 3 dara pingitan!!!

Karipap

Wednesday, September 10, 2008

Disebabkan Cik Seri hari-hari datang sini nak skodeng karipap.. Hari ni Mus interpremkan karipap yang Mus buat Ahad lepas untuk berbuka puasa.. Awal minggu kita puasa pun Mus buat karipap juga.. Tatau pasai apa suka sangat ke karipap.. Tapi karipap Mus inti ubi dan daging cincang berlada.. Mus tak suka karipap inti ubi yg pedas tuh.. Andai kata makan karipap inti pedas tuh, sah Mus buang inti makan kulit ja.. Haha.. Bulan puasa ni mula la perangai teringin nak makan itu ini kan.. Ada saja kueh yang Mus nak buat.. Sesambil jahit baju bila teringat nak makan ja, terus berhenti jahit pi buat kueh.. Haha.. Tak lama mana.. Sat ja.. Inti tuh dah masak awai dah.. Nak kulit karipap yang rapuh, kita kena kuat menguli tepung la.. Air tak boleh banyak.. Tapi tak sia-sia sakit jari-jari ni, sedappp.. Puji diri sendiri.. Gambar ni pun sempat snap masa dah lepas berbuka.. Dah nak habes baru teringat nak tangkap gambar.. Masa goreng banyak panas-panas tuh, tak ingat apa dah.. Ingat nak makan ja.. Kadang Mus suka sangat buh inti banyak.. Bila goreng, mula la isi perut dia semua nak terburai.. Haha.. Takpa.. Janji sedap.. Ada masa nak buat lagi.. Tak cukup rasa.. Karipap ni andai buat selalu berebut dengan Aminah saja.. Ya la.. Tinggai kami berdua ja.. Hang tengok muka aku.. Aku tengok muka hang.. Haha..

Kurung Pahang

Tuesday, September 9, 2008

Seperti dijanjikan.. Hari ni Mus sajikan hasil jahitan Kurung Pahang Mus yang pertama.. Mus sebenarnya pun tak berapa tau, apakah nama yang sesuai untuk fesyen baju ni.. Sebabnya sekarang ni macam-macam fesyen ada kan.. Setahu Mus la kan, Kurung Pahang ni leher cekak musang kan.. Entahla.. Celaru lak.. Dah orang kata Kurung Pahang, Mus pun Kurung Pahang la jugak.. Baju ni dia ala-ala kembang kat bawah.. Boleh nampak kan? Then dia takda kekek.. Tangan dia kembang setaman gituh.. Hehe.. Ni kira Mus first time buat.. Syukur.. Menjadi.. Nanti kita tunggu testimoni Tuan Baju.. Ekekek.. Tuan Baju tak mai ambil lagi.. Tak tau la sama ada Tuan Baju suka ke dak.. Harap-harap suka na.. Kurung Pahang ni kain selisih.. Mus dah confident nak buat kain selisih dah sekarang ni.. Siap pi amek balik kain batik Mus yang Mus tempah nak buat kebaya ngan kain belah.. Mus buat sendiri kain belah, baju saja Kakak Tailor jahitkan.. Kasik dia kurang beban sikit.. Hehe.. Suka.. Sekarang ni tengah jahit baju Raihan lak.. Siap nanti leh interprem.. Baru duk potong kain semalam.. Belajar benda baru.. Suka.. Doakan Mus success lagi na..

Ala Songket Pink Junior

Monday, September 8, 2008

Malas ke Mus ni? Haha.. Kena tanya diri sendiri.. Melengung depan pc buat apa entah.. Menaqnya.. Ingat tak lagi Ala Songket Pink dulu? Ha.. Ni seangkatan dia la ni.. Baju kurung ni dah siap minggu minggu lepas lagi ha.. Dah berapa minggu tuh.. Tapi kan.. Naper ntah.. Mood pi mana tatau nak update.. Tak silap kalu Isnin lepas baru tuan baju datang collect.. Si Junior a.k.a anak kawan Mus datang sekali.. Dah kata ini baju dia kan.. Mus balik kerja nampak dua beranak depan pintu rumah Mus.. Tersengih Si Junior tengok Mus.. Yer la.. Baju raya dah ada.. Seronok la tuh.. Until dah naik moto pun, tersengih je memanjang.. Haha.. Budak2.. Excited kan.. Hari tuh Mak dia ingat anak dia kecik sangat until boleh muat dua pasang kain nak buat untuk tiga orang.. Sekali Mus cakap mana cukup sebab anak yang first tuh dah besar pun.. So, derang pi beli lagi sepasang untuk Si Junior nih la.. Sebab semua samakan, happy la derang dapat pakai sedondon tuh.. Mus dah masuk kain yang ke-tiga sama, bila jahit sangat rasa nak muntah.. Haha.. Mus memang spesis tak boleh ulang corak agaknya.. Peten sama tapi kain lain corak takpa.. Andai sama semua, harusss.. Haha.. Pening.. Dah siap rasa lega gila.. Mus pun dah siap sepasang kurung Pahang.. Nanti Mus interpremkan.. Selamat melayan Monday Blues semua.. Eheh..

To My Special New Friends Award

Friday, September 5, 2008

Award lagik.. Kali ni To My Special New Friends Award pulak katanya.. Mus dapat award ni dari Kak Ej yang the voogie the vass itewww.. Thanks a bunch Kak Ej.. Mus ni tak pandai la award-award nih.. Dapat 3 hari lepas dah.. Tapi entah apa duk buat depan pc.. Melangut je kejanya.. Eheh.. Depan pc rumah pun lagi la, nganga ja.. Haha.. Mesin jahit lagi berahi dari pc dah sekarang nih.. Nak kena settlekan tempahan baju raya awal-awal sebab nanti nak settlekan tempahan kueh raya pulak.. Order dah masuk.. Ha.. Tangan sapa ada lebih? Mai nak pasang sementara.. Ekekek.. Bulan-bulan puasa ni, dugaan betul.. Dengan sakit tekak yang perit ya amat bila batuk.. Dengan hingus meleleh nya.. Haha.. Tahan.. Moga-moga sihat cepat sikit.. Sakit tekak sampai tak dak suara.. Cuaca tak menentu agaknya kan.. Dugaan.. Dugaan..

New Toy

Wednesday, September 3, 2008

Akhirnya.. Siap sudah.. Mus menunggu meja mesin jahit tepi Mus siap.. Abah Mus buatkan.. Siap syelek bagai.. Wah.. Kena bayar upah kerja.. Meja tuh diletak 3 kayu tetulang bawah dia bagi stabil, tak nak gegar.. Atas tuh letak macam foam apa tatau Abah bawa balik.. Semua Abah buatkan.. Suka.. Tip top.. Haha.. Inila toy baru Mus.. Sebenarnya bukanla baru sangat pun.. Baru beli ja.. Mesin dah lama.. Mus beli mesin jahit tepi Singer second hand jer.. Made in Japan.. Bayar 2 kali.. Warranty 2 bulan.. Mus beli sebab payah nak menjahit baju.. Selalu kena potong then tunggu hari Sabtu baru boleh jahit tepi.. Kedai jahit tepi yang cantik kat rumah Mus tuh tutup pukul 4.30 petang.. Mus balik kerja pukul 6 petang.. Sementara nak sampai, mana sempat nak jahit tepi di hari biasa.. So, banyakla kerja tertangguh.. Andai kata Sabtu tuh baru duk potong kain bagai sambung ke Isnin, Selasa tak boleh menjahit sebab kain yang potong belum berjahit tepi.. Mus tak tahu orang lain tapi Mak Mus tak bagi potong kain pada hari Selasa dan Rabu.. Tailor kat kampung Mus pun semua tak potong kain pada hari Selasa dan Rabu.. Mus tak tau kenapa.. Mus tak dak jawapan.. Mak dah cakap macam tuh, Mus ikutla.. Even kita tak percaya ke apa ka tapi demi hati seorang Mak, kenala turutkan.. Bodek sikit.. Hehe.. Sejak ada mesin jahit tepi ni.. Senang sangat.. Dah tak payah terkejar-kejar nak potong kain kumpul then pi jahit tepi.. Jimat masa, jimat duit serta jimat minyak.. Bila potong kain leh terus jahit tepi tak kira siang ke malam ke.. Tak kalu, termenung la depan kain tu tak boleh menjahit.. Disebabkan halangan ni semua la, so Mus pun fikir punya fikir.. Rembat jugak mesin jahit tepi second hand nih.. Mus suka.. Jahitan dia kemas.. Bunyi tak kuat, efisen.. Tak banyak songeh.. Masa beli mesin ni, Auntie ni siap bagi kelas macam mana nak trouble shoot mesin ni semua.. Balik rumah, Mus tukar kepada pemegang benang yang tinggi ni sebab nak letak benang polyster, so senang.. Sendiri boleh masuk benang bagai semua.. Masa mula-mula takut.. Haha.. Tekan je pedal kaki mula la rasa gelabah.. Sekarang dah tera ok.. Perasan.. Tapi Mus sayang la mesin ni.. Mus suka.. Wala cuma second hand tapi berjasa sangat.. Sama juga dengan mesin jahit warisan tok Mus tuh.. Walau uzur, tapi dah service dan jaga dia selalu, banyak jasa.. Sebab mesin uzur tu la, Mus boleh menjahit sekarang ni.. Bila fikir nak beli baru pun, rasa sayang pulak.. Takut ketepikan dia.. Tapi andai kata Mus ada rezeki lebih.. Nak jugak Mus rembat mesin baru sebijik.. Hehe.. Niat.. Or mana tau sapa-sapa kot nak hadiahkan.. Besday dah dekat nih.. Wakakak.. Perasan ok..